Selepas pelanggan minta gambar sebenar gaun yang mahu dibeli, seorang jurujual lelaki sanggup memperagakan sendiri gaun tersebut.

Dunia moden yang dilengkapi dengan teknologi canggih hari ini telah menjadikan urusan seharian kita menjadi sangat mudah.

Contoh yang paling dekat ialah dengan melihat cara kita membeli-belah sekarang. Berapa ramai antara kita yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan membeli-belah atas talian? Pasti rata-rata pernah membeli barang keperluan mereka hanya menggunakan internet tanpa perlu keluar ke kedai.

Apa yang menariknya ialah pengalaman semasa membeli-belah atas talian. Semestinya ramai yang mempunyai momen yang melucukan antara mereka dengan penjual. Contohnya apa yang berlaku kepada seorang pelanggan atas talian, Andreea Patriche yang menggunakan sebuah laman web untuk mencari gaun untuk majlis promnya.

Andreea Patriche dikatakan sedang melayari AliExpress, sebuah syarikat China yang dimiliki oleh Alibaba untuk mencari gaun. Di situlah dia telah menemui gaun chiffon begitu cantik yang didatangkan dengan beberapa pilihan warna. Gaun tersebut kelihatan sangat cantik tetapi dia masih ragu-ragu dengan rupa sebenar gaun tersebut.

Oleh itu, Patriche telah meminta gambar sebenar pakaian itu daripada penjual tersebut. Pada awalnya dia menyangka penjual itu akan mengantar gambar-gambar baju yang ditelakkan di atas meja atau mungkin gambar patung yang memakai gaun tersebut.

Namun, lain pula yang berlaku apabila pejual itu sendiri yang memakai gaun tersebut di tubuhnya dan perkara menjadi lebih lucu kerana penjual tersebut adalah seorang lelaki!

Slamber je.

Penjual dalam talian dengan nama pengguna AliExpress Shop739960 Store yang dipercayai berasal dari China, nampaknya sanggup mengenakan sendiri gaun tersebut semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan. Patriche sendiri terkejut kerana penjual lelaki itu sendiri yang menjadi model untuk koleksi gaun tersebut.

S3kksi le pulak.

Kelakor ni.

Diperbuat daripada bahan-bahan seperti poliester, spandeks dan kulit sintetik, pakaian itu boleh disesuaikan dengan beberapa warna termasuk merah jambu, oren, kuning, pic dan ungu. Selain itu, gaun ini menjadi lebih menarik dengan dilengkapi batu permata dan manik-manik indah pada fabrik tersebut.

Ayu je.

Malangnya, item tersebut tidak lagi tersedia, tetapi penjual lelaki itu terus menjadi ‘v1ral’ selepas gambarnya yang menggayakan gaun-gaun tersebut baru-baru ini muncul di Reddit. Dia bahkan menerima beratus-ratus komen oleh pengguna Reddit serta pujian turut diberikan sehingga ada yang menggelarnya dengan gelaran “puteri Disney.”

Sumber: Elite Reader via erabaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *