Sampai rumah suami, Aku tergamam, rumah yang bakal aku tinggal, dah tak macam rupa rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku dan suami berkahwin di usia muda. Masa tu aku baru habis STPM. Suami pula masih lagi belajar di sebuah pusat kemahiran.

Aku mengahwini suamiku yang pada itu tiada harta. Waima sebuah motor pun atas ihsan bapa mertua memandangkan dia masih belajar.

Kami berkahwin pun tanpa majlis. Yang tahu hanyalah ahli keluarga aku dan di pihak suami pula hanya ibunya seorang sahaja yang tahu anak lelakinya bernikah di pejabat agama.

Bapa mertua seorang bekas tentera pencen. Dari kecil suami dan adik beradiknya diajar untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Hubungan mereka sekelurga baik cuma tidak mesra. Dan sampai sekarang aku dapat rasa.

Berbeza aku dan adik beradik ku yang lain. Kami suka berkumpul bila time cuti, buat family day.

Hubungan adik beradik kami erat. Bukan tak pernah gaduh tapi bila gaduh pasti sekejap. Esok boleh borak macam biasa seolah olah semalam tiada apa apa.

Tapi family suamiku pula lain. Mereka baik tapi tak suka kumpul adik beradik. Ibarat sorang datang, sorang pergi.

Aku tak nampak dekat mana silapnya mungkin ayah kurang mesra dengan anak anak. Buat anak anak lebih rapat dengan emak.

Apa apa bincang dengan emak mertua. Ayah jenis tak kisah dan tak ambil port. Yang baik nak buat, buatlah. Ko buat tak baik. Ko tanggung sendiri.

Aku cuba untuk merapatkan hubungan adik beradik suami. Kami biras biras plan nak buat family day.

Rancang buat family day dekat rumah je pown. Adik beradik balik, kumpul semua. Tapi tak pernah menjadi.

Mak kalau buat majlis kenduri pown banyak hantar ke surau. Tempah makanan luar. Adik beradik tak kedekut duit.

Mak minta berapa je mesti dapat. Tapi untuk balik kampung berkumpul memang payah. Pelikkann.

Aku pown dah 11 tahun kawin dengan suami masih pelik hingga ke saat ni. Hahaha. Tapi hari ni bukan cerita pasal keluarga suami yang nak aku sampaikan.

Berbalik ke tajuk asal aku tadi. Masa awal perkahwinan. Hidup aku dan suami sangat susah. Kami menumpang di rumah kawan kawan suami yang dah berkeluarga.

Rumah pertama kami tumpang, aku dan suami tak ada bilik. Hanya tidur di depan tv ruang tamu. Oleh kerana suami masih belajar.

Aku dan suami hanya mampu jumpa hujung minggu. Dan pada ketika itu aku dah mengandung anak sulong kami.

Aku tak bekerja. Suami belajar dengan bantuan full dari kerajaan. Dan hujung minggu buat part time tolong bapa dan mak mertua menoreh.

Alhamdulillah. Suami tau aku tak selesa dan batas aurat dia paham semua tu. Tapi dia sedar dia tak mampu. Aku nampak effort dia.

Bila kandungan sarat, suami kenalkan aku pada keluarga mak angkat dia. Suami kerap bercerita tentang keluarga angkatnya. Tapi masa tu aku tak kisah. Janji dia ada saat aku nak melahirkan anak kami.

Satu hari suami ajak aku berpindah ke rumah mak angkatnya. Dia kata mungkin dekat rumah mak angkatnya aku lebih selesa sebab ada 1 bilik kosong. Aku setuju.

Setibanya aku di rumah mak angkat suami. Aku macam tak sangka rumah yang aku akan duduk tak serupa rumah. Laman tak terurus, tempat buang sampah dekat tepi rumah. Longkang belakang rumah berbau. Masuk rumahnya jangan cakaplah. Macam macam bau ada.

Belum pergi bilik air lagi. Dengan baju kotor berlonggok, lubang jamban pown dah tak nampak putih. Hahaha.

Dapur jangan cakaplah. Ulat sampah sampai terkeluar dari plastik sampah. Tak taulah sampah dah berapa hari. Aku memang mengucap panjang waktu tu.

Mak angkat dan suami baik sangat orangnya. Anak yang sulong sebaya suami. Dan yang paling bongsu ketika itu berumur 10 tahun tak silap.

Dan ada 2 orang anak dara yang mana si kakak baru habis pengajian politeknik dan dah bekerja masa tu dan si adik masih lagi belajar di kolej swasta.

Sebaya aku. Dia masih belajar sedangkan aku tak lama lagi akan bergelar seorang ibu. Rezeki aku alhamdulillah.

Kalau tengok dari segi penampilan diaorang bila keluar rumah memang tak akan sangka mereka seorang pengotor. Bau haruman minyak wangi, rambut tersusun rapi kalau yang lelaki.

Yang anak perempuan cantik pula tu. Kecil molek je. Berdandan bagai. Memang cantik. Tapi siapa sangka kalau masuk bilik mereka seperti sarang tikus. Baju bersih dan baju kotor berlonggok jadi 1. Hihihi.

Aku pernah bergurau dengan suami. “cantik cantik betul anak mak angkat awak. Kenapa awak tak kahwin dengan salah seorang dari diaorang je. Daripada mak angkat terus jadi mak mertua” Aku saja menduga. Ternyata suamiku hanya ketawa.

Mak angkat bekerja mengambil upah menjahit baju manakala bapa angkat seorang penganggur terhormat. Kerjanya hanya duduk menyembang di warung dan mancing udang ketika musimnya.

Mak angkat ada masalah semput yang sangat kronik. Akibat dari sakit semputnya dia tidak boleh buat kerja berat. Pasti akan semput. Hospital memang dah menjadi rumah kedua mak angkat.

Kadang kadang tengah potong baju siapkan tempahan, bila semput datang memang kesian. Tapi demi nak menyekolahkan anak anak terpaksa gagahkan diri.

Pernah sekali suami bagi duit belanja untuk beli lauk. Duit tu habis diberi ke anak untuk pergi ke kerja sebab belum siapkan baju customer.

Anak anak perempuan mak angkat rajin kerja. Duit gaji habis buat isi minyak pergi kerja dan mebayar segala bil dan separuhnya bagi ke ayah mereka untuk beli rkok, duit minyak motor dan ngeteh.

Bila tak di bagi bapa angkat akan mengamuk. Tapi tak ada pown anak anak mereka yang melawan.

Perangai bapa angkat kalau mengamuk dia tak akan pukul anak anak atau mak angkat. Tapi dia suka rosakkan barang dalam rumah.

Pintu rumah tu akan dihayun kuat kuat bagi semua dalam rumah dengar bunyi hayunan pintu. Pinggan, cawan jangan cakaplah.

Bila mengamuk campak, mengamuk campak. Pecahhh. Yang kelakar pernah sampai nak makan dan minum pown cawan kena pakai gilir gilir. Kelakar bukan..

Ingat perempuan je mangamuk campak barang. Lelaki pown ada okey.

Mak angkat kata dahlah tak membantu membeli. Menjahanamkan harta lagi ada. Hahaha. Dan untuk pertama kalinya aku jumpa lelaki perangai begitu. Dugaan.

Mengamuk dia tu meleret hingga berhari hari sampailah ada anak anak yang bagi duit atau mak angkat yang bagi baru hilang angin kus kusnya.

Akibat terlalu sibuk mencari duit dan kerap sakit, mak angkat akui dia tak mampu kemas rumah. Bila dia suruh anak anak dan anak2 tak gerak dia tak boleh marah. Automatik akan semput.

Melihat perangai bapa angkat yang tak membantu dalam urusan keluarga. Anak anak tak ambil kisah tentang keadaan rumah mereka. Nak bersepah lantak sana.

Tentang makanan pula pada ketika itu hari hari menu utama sambal tumis. Beras pon mampu beli 5kg sahaja. Kalau ada rezeki lebih beli telur.

Ikut tekak masing masing sama ada nak buat sambal telur goreng, sambal telur rebus atau sambak telur hancur. Air tangan ibukan.

Walupun hanya sambal tumis tapi sambal tumis mak angkat memang power giler. Aku tak pernah rasa sambal tumis sesedap itu.

Dan aku pown sempat belajar cara buat sambal tumis mak angkat aku. Dan sekarang anak lelaki dia mewarisi bakat mak angkat sampai dapat buka restoran nasi lemak power di 1 daerah di Johor.

Masa mula mula duduk bersembang dengan mak angkat, dia akui dia orang miskin. Rumah tak terurus.

Kalau nak tumpang rumah dia, dia izinkan tapi terimalah seadanya keadaan keluarga mereka ketika itu.

Dan alhamdulillah bila mak angkat bagi tumpang duduk je. Dia tunjukkan bilik yang akan duduki.

Memang tak dinafikan tak serupa bilik. Suami minta maaf, dia kata dia belum mampu untuk sediakan tempat yang selesa.

Tapi pada aku ketika itu keluarga mak angkat dapat terima aku, orang luar yang tak pernah jumpa.

Itulah nikmat terbesar yang aku rasa tatkala perkhwinan kami tidak disenangi keluarga aku sendiri pada waktu itu.

Kesungguhan suami tak nak menyusahkan keluarga dia dan keluarga aku. Aku kagum.

Mak angkat pown terkejut beruk bila suami aku datang bawa aku yang sarat ketika itu. Dia sempat berseloroh.

“Tak ada kad sampai rumah mak pown. Tau tau dah mengandung bini” Aku yang dengar waktu tu hanya tersenyum.

Mak angkat yang perangai agak brutal buat aku lebih mudah mesra dengan dia banding dua anak perempuannya. Tak dinafikan anak anak mak angkat semua boleh terima aku.

Mungkin sikap aku yang mudah bergaul membuatkan kami cepat mesra. Hari pertama aku berpindah ke rumah mak angkat memang tak duduk diam. Semua tempat aku kemas. Mak angkat pula yang risau tengok perut aku yang memboyot tapi tak reti diam.

Anak anak mak angkat gelarkan aku majlis perbandaran. Mana taknya semua tempat aku bersih kan.

Bila petang keliling rumah aku sapu, bakar bakar sampah sampai daun daun kering keliling rumah bersih aku kerjakan.

Mungkin juga pembawakan mengandung masa tu aku suka bau asap bakar bakar daun kering. Tu yang bertambah rajin menyapu smpah. Hehehe.

Masa tu apa apa yang aku bersihkan dalam rumah tu. Aku minta izin dengan mak angkat. Sampai 1 tahap.

Aku tebang pokok pelam yang pada aku baru berusia 3 tahun pokok tu. Hidup betul betul tepi ampaian baju. Dengan kerengganya banyak. Memang sakit mata.

Rupa rupanya sikap aku tak disenangi bapa angkat. Aku pernah tanya mak angkat, kalau aku ada buat salah tegur.

Mak angkat aku kata dia bersyukur ada orang pembersih dalam rumah dia. Kehadiran aku memang banyak membantu mak angkat menguruskan rumah pada waktu itu.

Anak anak mak angkat yang kecil sudah anggap aku seperti akak mereka. Mereka akan rasa serba salah untuk tinggalkan pinggan kotor disinki sebab dia orang tau tak akan ada orang lain akan bersihkan kalau bukan aku.

Rupa rupanya kehadiran aku semakin lama tak disenangi bapa angkat. Dia sengaja masak lewat malam dan biarkan dapur bersepah dengan sisa sisa masakan dan makanan yang dia buat.

Tapi bapa angkat tak boleh bersuara sebab anak anak dia dan mak angkat dan anggap aku macam ahli keluarga mereka.

Pernah sekali bapa angkat merajuk. Dia pindah duduk di bangsal. Alahai. Aku pula masa tu yang sedih. Serba salah sangat sangat.

Aku suruh anak anak pujuk ayah mereka tapi tak ada seorang pown yang pujuk. Aku serba salah sangat waktu tu.

Mak angkat aku pula kata biarkan je suami dia. Nak tengok berapa lama bertahan duduk di bangsal kayu tu. Perangai macam budak budak.

Aku dah geli hati campur kesian pown ada. Akhirnya dia pindah semula ke dalam rumah setelah aku menyuruh suamiku pujuk. Bapak angkatku cair. Manjaaa tau nak kena pujuk baru nak masuk rumah. Hihihi.

Alhamdulillah. Hampir setahun aku campur dengan mereka, sampai suami habis belajar dan kami tak PJJ lagi.

Betullah bayi tu pengerat kasih sayang. Beberapa minggu lepas aku duduk bersama mereka aku selamat melahirkan seorang anak lelaki.

Orang paling suka pada waktu itu bukan keluarga aku ataupun keluarga suami. Tapi keluarga mak angkat.

Anak hanya ada dengan aku waktu hendak susu je. Selain dari tu semua mak angkat uruskan.

Sayang benar mereka dengan anak kami. Dia kata mak boleh jadi tak semput bila tengok anak aku. Sayang betul dia. Memang anak aku ditatang bagai minyak yang penuh.

Di saat keluarga sisihkan aku. Allah hadirkan orang luar, keluarga yang serba serbi kekurangan tapi kaya dengan kasih sayang. Mereka melayani anakku seperti cucu mereka sendiri.

Abah angkat yang sebelum ni tak suka aku pown dah boleh terima kami. Mereka pown dah boleh terima sedikit sebanyak tentang kebersihan adalah kewajipan.

Walaupun sekarang aku tidak lagi duduk dengan mereka. Sedikit sebanyak mereka sedar kebersihan itu tanggungjawab semua orang.

Walaupun selepas ketiadaan aku rumah tu tak sebersih semasa aku tinggal bersama mereka sekurang kurangnya tak sekotor masa mula mula aku menjejakkan kaki ke dalam rumah tu.

Dulu keluarga aku suka perlekehkan orang pengotor, miskin. Tapi bila apa yang terjadi pada aku. Disaat aku dipinggirkan. Golongan yang tak dipandang nilah mengenggam tangan aku.

Tiada orang dekat dunia ni nak jadi pengotor dan miskin. Itu ujian mereka. Ujian kita adalah diri kita sendiri yang merasakan diri kita sentiasa bagus.

Ni cerita 11 tahun dulu. Kalau nak ikotkan banyak lagi nak cerita tentang keluarga miskin dan pengotor ni sekarang.

Tapi takut korang tak berminat. Tapi kalau nak tau. Komenlah something. Nanti ada rezeki dan ada permintaan aku sambung yer.

Terima kasih membaca cerita aku yang tak seberapa ni.Wassalam.