Rasa kecik hati bila masak untuk mertua, Tak ada siapa pun sentuh masakkan kita. Tak tahu nape

Salam perkenalan. Nama saya Liya seorang wanita berumur 27 tahun, menetap di ibu kota raya Malaysia, Kuala Lumpur. Seorang yang bekerjaya dan telah pun mendirikan rumah tangga hampir 2 tahun.

Aku memang gemar lah, menonton apa apa jenis drama yang disiarkan di televisyen terutama drama Korea.

Kebanyakan babak babak kekeluargaan di dalam drama ni, macam comel saja. Kalau scene menantu dan mertua tu boleh bergurau bertepuk tampar konon akrab giila giila lah kan.

Mertua yang sayang menantu macam anak sendiri, dan kadang tu lebih daripada anak sendiri.

Aku tak nafikan dalam dunia ini, masih ada mertua yang berjiwa malaikat dan kalau sesiapa yang dapat mertua macamni, ya Allah heavennya rasa. Memang akan sayang sampai mati lah kan.

Tapi, kebanyakannya banyak yang makan hati disebabkan title menantu. Walaupun, kau cuba try hard macamana pun kau tetap orang luar. Menantu takkan pernah dianggap sebagai anak sendiri.

Sehingga aku berumah tangga ini, baru aku faham kenapa ada yang makan hati dengan mertua.

Sebelum kawin, expectation kita (sebab banyak sangat tengok drama kan),

Expectation di dapur : Kononnya, ibu mertua dan menantu berpakat masak lauk hidangan bersama sama.

Sambil sambil itu, mertua ajar menantu masakan kegemaran suami dan berborak borak mesra di dapur dengan keadaan yang penuh harmoni.

Tapi hakikatnya, realiti di dapur : Mertua tak pernah nak ajak masak apa apa juadah bersama.

Menantu cuba ambil hati, ingin masak tengah hari, konon ingin membantu. Mertua suruh masak satu juadah sahaja, kerana takut suaminya tak suka apa yang menantu masak.

Juadah siap, ketika waktu makan tengah hari , yang santap masakan menantu cumalah si menantu dan suaminya. Orang lain macam geli geli nak rasa.

Waktu nak balik ke rumah sendiri, disuruhnya bawak balik lauk yang masak tengah hari tadi. LOL . “ni, bawaklah balik lauk tu, tak de sape nak makan” .

Macam terhiris hiris hati ceq waktu tu, hahaha… kita masak konon nak tambahkan kemesraan family tapi, dah lah tak de sape nak sentuh lepastu suruh bawak balik lauk yang aku masak tu. Memang itu adalah kali terakhir aku masak rumah mertua aku. Haha.

Expectation : Sambutan hari jadi mertua, kononnya expectation nak buatkan kek harijadi istimewa untuk mertua.

Acah acah nak buat surprise lah konon bagi ibu mertua terharu dan sambutan hari jadi yang meriah walaupun sederhana.

Tapi hakikatnya, yea still aku masih nak buatkan kek harijadi untuk mertua aku, walaupun aku tak pernah bake apa apa jenis kek sebelum ni tapi gigihlah nak belajar buat kek. Taraa!! Jadilah sebiji kek chocolate moist.

Aku harapkan ucapan terima kasih, tapi yang aku dapat “kek ni, macam mendap, sebab apa eh” . LOL.

Lepastu, sebabkan kek tu aku buat untuk dia, dia makan lah sesudu dua. Orang lain, macam biasalah jiijik nak sentuh air tangan aku.

Dan bila nak balik rumah, cam biasa lah suruh bawak balik semua kek yang aku buat untuk dia tadi. LOLLLLL. Kau tak rasa, kalau aku bawak balik kek tu rasa macam bdoh ke?

Kau nak bagi dedkat orang, tiber kau bawak balik . Hahahahahah. Yeap, and sejak dari haritu memang aku semat dalam hati, aku tak ingin nak buat ape ape dah untuk mertua aku. Next time, beli jelah senang, tak yah nak gigih sangat.

Expectation pergi vacation dengan mertua : Mertua sporting dengan apa apa cadangan dari menantu tentang vacation day.

Tapi hakikat realiti kehidupannya, mertua ajukan permintaan kepada menantu untuk cari tempat vacation yang seronok di samping boleh celebrate hari ulang tahun FIL.

Mertua kata, tak kisah di mana mana mereka okay saja. Menantu yang baik hati ni, bersengkang mata lah dok mikir nak bawak family mertua pergi vacation dekat mana.

Cadangkan tepi laut, tepi bandar dan lain lain. Cadangkan jugalah hotel yang selesa dari hotel 3 bintang sampai 5 bintang.

Hentah apa yang dirasuk mertua tiba tiba jerkah depan muka aku katanya, bukan nak bercuti, ni kita ni nak sambut hari ulang tahun FIL.

Aku macam terkedu lah jugakan, haritu kata nak suruh cari tempat nak vacation ni tiba tiba lain macemm pulak mertua aku ni.

Tambah dia lagi, “macamana dengan hari jadi suami dia? Kalau nak celebrate beli kek dekat hotel saja…baik buat dekat rumah”

Tiba tiba tup tup, mereka pergilah vacation sekeluarga tanpa kami (aku dan suami), hahahahaha. Terkebil kebil aku rasa.

Part paling kelakar ialah, dorang beli kek sambut dalam bilik hotel LoL haritu kemain jerkah aku kata, kalau setakat nak sambut dalam hotel baik sambut dekat rumah saja. Huhu.

Maka, sejak hari itu juga , aku memang malas masuk campur hal family depa. Jangan nak suruh suruh aku buat apa apa lagi. Haha fedup weh.

Expectation: Suami outstation seminggu, menantu tinggal seorang dirumah, konon bayangkan mertua bertanya khabar, walaupun rumah cuma 15 minit saja jaraknya dari rumah mereka,

Tak mengharap pun datang singgah cuma harap kononnya mertua bertanya khabar keadaan menantu yang tinggal sorang sorang di rumah.

Tapi hakikat realitinya : seminggu suami outstation sepatah haram tak de langsung mertua nak ambil peduli.

Mesti korang kata, kalau nak emo emo kau sendiri jelah pergi rumah dorang, 15 minit jekan habis citer.

Actually, aku kerja, lepastu aku semacam awkward nak datang rumah mertua lepas macam macam cara layanan yang aku dapat.

Aku cuma datang, bila ada suami saja. Aku memang dah cop dah aku ni orang luar pada depa, jadi aku malas nak amik peduli.

Walaupun, sedih jugak lah kan, kita nak anggap depa macam family sendiri tapi depa langsung tak mau kita ni dalam family depa.

Expectation keluarga mertua yang friendly dan seronok untuk berborak, kononnya apa yang aku bayangkan dulu keluarga mertua yang friendly dan kita pun sentiasa rasa welcome saja bila nak datang rumah depa.

Tapi hakikatnya, hampir nak dekat setahun lebih aku kawin dengan suami ni, tiap kali aku balik rumah mertua, ipar duai memang asyik berkurung lah dalam bilik.

Bila turun bawah, aku nak borak pun aku rasa awkward, sepatah aku tanya sepatah dijawab lepastu main fon.

Hmmm memang aku dah sampai tahap, ikut korang lah. Sumpah bosan gila bila balik sana, 3 jam aku duduk dekat sana, yang dengar cuma bunyi tv hahahaha. Aku pernah tanya husband, memang you punya siblings memang diam ke?

And husband pun kata, memang dorang macamtu. So, okay jelah. Cuma yang aku rasa awkwardnya, kita cuba nak jadi diri sendiri lah kan..

konon nak rapat. Saje lah buat lawak tentang perangai suami. Tapi, ibu mertua kemain lah backup anak dia. Adeh, relaxlah. Tak perlu serius sangat.

Kalau family aku, kitorang chill saja kalau adik ipar aku melawak pasal adik aku siap kitorang gelak gelak sekali.

So, pelajaran aku dekat sini, dalam family ni kau jangan sesekali lah nak melawak pasal anak dia. So, jadi lah aku batu tiap kali balik rumah mertua ahhahaha.

Konklusinya daripada aku, kalau korang ada family in law yang rasa macam banyak makan hati.

Chill jelah sebab korang tak keseorangan haha. Tak pelik pun sebab menantukan orang luar kih3.

Yang peliknya kalau dapat mertua yang baik berhati malaikat, jagalah elok2 elok mertua anda, sayangilah depa.

Macam kita ni, kita cuba lah nak sayang jugakkan kita punga in law tapi, hentahlah perasaan tu tak sampai lagi, jadi let it be jelah. Macam lah depa nak sayang kita jugakkan.

Orang kata, bila kita berkawin, selain jaga hati suami kena jaga hati mertua juga. Lepastu, kita yang makan hati.

Bagi aku, aku akan protect family aku ja, in law tu buat biasa biasa saja tak perlu nak beria ia.

Orang tak sudi buat apa nak terhegeh kan ? Haa gittew. So chin up. Brace yourself and lets enjoy our life!