Aku hanya mampu telan air liur bila nenek goreng ayam khad untuk cucu kesayangannya. Aku kadang teringin sgt nk makan

add_filter('the_content', 'wpse_ad_content'); function wpse_ad_content($content) { if (!is_single()) return $content; $paragraphAfter = 2; //Enter number of paragraphs to display ad after. $content = explode("

", $content); $new_content = ''; for ($i = 0; $i < count($content); $i++) { if ($i == $paragraphAfter) { $new_content.= '
'; $new_content.= '//Enter your ad code here....'; $new_content.= '
'; } $new_content.= $content[$i] . "

"; } return $new_content;

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kini aku bahagia. Hidup aku bahagia. Aku patut lakukan semua benda ni dari awal untuk rasa bahagia macam ni.

Kalaulah aku sedar dari awal tak perlu rasanya aku menderita selama ini. Ya aku memang bdoh sebelum ni. Tapi sekarang lihatlah siapa yang mentertawakan siapa.

Dan orang orang tersebut telah membuatkan aku seperti mahu tinggal di hospital giila dek tekanan yang aku hadapi dan kehidupan aku yang 24 jam untuk seminit pun tidak ada yang tidak derita.

Aku Alisa (bukan nama sebenar) dan ini kisah aku. Kisah hitam aku yang tersangatlah perit untuk aku hadap seorang diri.

Tahun 2019

Aku Alisa. Aku dijaga oleh nenek aku yang ketika itu berusia 70 lebih selepas kemaatian kedua aruwah ibu bapaku.

Aku berumur 10 tahun ketika itu dan ya gadis kecil yang masih mahu bermanja dengan ibu dan ayahnya tapi Allah pinjamkan mereka hanya untuk 10 tahun kepada aku.

Tapi aku seakan mengerti waktu itu. Tipulah aku tidak sedih dengan kehilangan kedua insan yang hanya mereka sahaja yang menyayangi aku. Tapi aku redha dengan pemergian mereka.

Kehidupan aku amat menyedihkan di bawah jagaan nenek yang mana aku mengharapkan belas insan terhadap diriku yang yatim piatu ini. Tapi tidak. Aku tidak diberi layanan yang sepatutnya.

Aku kecil ketika itu dan aku tidak puas lagi bermanja. Dikala aku kesedihan dan dicubit sehingga lebam lebam badanku kerana sering menangisi merindui kedua aruwah orang tuaku, Allah tempat aku mengadu.

Nenek pandang muka aku pun tak hingin apatah lagi mahu memanggil namaku. Tidak akan sesekali.

Mandi aku dirumah itu hanyalah sekali sahaja. Makan pun begitu jugak. Oleh kerana itu badan aku tersangatlah kurus dan cengkung.

Tidaklah aku meminta ingin makan yang sedap sedap selalu tetapi tipulah keinginan untuk makan yang sedap sedap itu selalu ku impikan. Kanak kanak kan, makanan boleh buat mereka gembira.

Tapi tidak aku. Nasib aku ketika kecil sangat menyedihkan. Aku hanya menelan air liur sahaja tatkala nenek menggoreng ayam untuk cucu cucu kesayangannya yang datang bercuti di kampung pada musim cuti sekolah. Hatta cekodok kosong pun tidak pernah sekali diberi kepada aku.

Tetapi nenek tetap mengajar aku menjadi orang yang berguna untuk masa hadapan dengan tidak lokek mengajar aku memasak masakan kampung dan kuih muih resipi dari air tangannya.

Itu bukan bonus untuk aku makan yang sedap sedap ketika masak. Ada sebabnya nenek aku mengajar aku masak.

Salah satu sebabnya bila ketika kenduri, anak anak dan cucu cucunya pulang beraya ke kampung atau ada tetamu yang datang aku lah yang akan dikerah memasak berseorangan di dapur.

Aku tidak kisah malahan aku memang suka memasak tetapi jika tidak kena dengan seleranya aku akan ditarik ke bilik dan dihambat dengan penyapu lidi.

“Kau ni aku ajar macam mana hah. Masuk ke tak dalam kepala kau tu??! Penat aku ajar kau kenapa nasi goreng kampung yang kau buat ni ikan bilisnya takde???!!!”

Hanya kerana hal sekecil itu aku dilibas. Aku tak perlu memberi nenek aku sebarang jawapan.

Makin teruk aku dikerjakan nanti dan aku akan dikurung di bilik mandi usang di belakang rumah untuk dua jam.

Itu baru nenek aku. Belum sedara mara dan sepupu aku yang lain.

Aku perkenalkan syaiitan syaiitan yang telah memusnahkan hidup aku sedari aku kecil lagi. Aku punya maklong dan dia punya 4 orang anak dua perempuan dan dua lelaki.

Lelaki tersebut ketika itu tingkatan 3 dan seorang lagi tingkatan 1. Yang perempuan pulak keduanya kembar dan sebaya aku ketika itu 12 tahun.

Maklong aku orang panggil dia Mak Ila. Mulut dia memang longkang habis. Entah apa yang dia benci sangat tengok aku pun aku tak faham.

Walhal dulu ketika masih ada kedua aruwah ibu bapaku dia melayan aku dengan baik sekali.

Takde nak tengking ke apa. Mencubit jauh sekali. Alasannya kepada aku hanya kerana aku ini hanya menyusahkan nenek aku yang dah tua.

Dan katanya lagi tak pasal pasal nenek kena membela aku. Maklong dan nenek mereka memang kamcing.

Tiada rahsia diantara mereka berdua. Mereka berdua ni solat jauh sekali apatah lagi mengaji. Bulan puasa solat pun ala kadar sahaja.

Maklong Ila kerap kali membantai aku di hadapan sepupu aku yang lain yakni di hadapan anak anaknya. Muka aku jangan kata lagi memang merah padam dibuatnya.

Sesekali terdengar ejekan dari mereka diselang seli dengan tangisan aku yang ketika itu sudahpun berbirat di belakang badan.

Hanya kerana aku mencedok sedikit nasi ke pinggan anaknya belakang aku berbirat ibarat aku mencuri barang milik anaknya.

“Kau nak anak aku mati kebulur? Kurus keding macam kau? Hah?! Aku tanya kau jawablah. Jangan sampai aku cucuh lidah kau dengan ubat nyamuk ni!”

Terlihat asap ubat nyamuk yang berhampiran dengan aku, bimbang jika itu yang seterusnya akan terjadi aku cepat cepat menjawab. Tapi dua kali lima sahaja.

Aku malah dirembat dengan penuh asyik. Itu hal anaknya. Hal aku berkenaan dengan hal sekolah pun dia masuk campur.

Sedang nenek aku okay sahaja tentang aku yang masih bersekolah maklong aku menghasut nenek aku yang katanya aku ini hanya membazir duit nenek sahaja dengan menyekolahkan aku.

Katanya lagi bukannya aku yang akan membela dia di usianya yang uzur nanti.

“Orang bukan apa mak. Orang cakap betul apa. Mak susah susah sekolahkan dia dah kenapa? Memang lah dia tu belajar pandai tapi esok lusa dia berjaya sikit pun tak akan ingat dekat mak. Orang jugak yang jaga mak nanti.”

Lebih kurang begitulah ayat dia menghasut nenek aku. Tapi nenek aku tak sebodoh dia. Kata nenek walaupun ayat dia buat aku sedih yang teramat. Lebih sedih dari dipukul tanpa sebab…

“Itu sebab aku nak dia belajar pandai pandai biar dia berdikari tak menyusahkan aku. Biar dia pergi jauh tak jenguk aku langsung pun tak apa.

Aku pun tak hingin tengok dia. Itu kalau aku tak sekolahkan dia mahu dia menumpang sampai mampus hidup dengan aku dekat rumah ni. Aku lagi suka sorang sorang.

Aku takda hal. Harta aku ni nanti perginya kepada kau jugak. Kau jaga hal kau Ila, aku jaga hal aku.”

Begitu dia benci aku cucu dia yang yatim piatu ini. Tetapi Maklong aku memang dia tak puas hati tengok aku. Aku mampus depan mata dia baru dia puas agaknya.

Pernah suatu hari anaknya yang sedang ulang kaji di rumah masa musim cuti sekolah menjerit memanggilnya dari dalam bilik…

“Ibu! sharpener adik tumpul lah ibu. Asahkan kejap dekat Lisa tu bu. Urgent ni bu.”

Maklong datang bercekak pinggang dan di tangannya dia membawa sebatang pensel yang tumpul. Dia mula tunjuk muka tak puas hati dia dekat aku.

“Kau asah cepat. Anak aku nak guna!”

Aku dengan terkocoh kacahnya menyambut cepat huluran pensel tersebut. Aku jadi kelam kabut mendengarkan suaranya yang bising dan tak henti henti menengking aku hanya kerana sebatang pensel.

Maklong tak puas hati dengan prestasi aku yang padanya tersangatlah lembab untuk asah pensel tersebut.

“Lembab sangatkan. Hah macam ni ya buat laju laju. Apa yang lambat sangat! Hah pulak. Kau tengok.

Kau tengokkkkk lah apa yang kau buat. Sebab kau pensel ni dah patah macam mana anak aku nak buat kerja sekolah hah!!!”

Seketika itu dia mengasah pensel itu di atas kepala ku dan aku seperti membiasa hanya membatu diri.

Entah setan mana yang merasuk dia, pensel yang dia asah tu patah dua disalahkannya aku pulak. Aku dapat dua kali tamparan di kedua belah pipiku.

Pernah dia balik kampung ketika itu bukan musim cuti sekolah. Dia datang hanya untuk mengumpat tentang adik beradiknya yang lain dengan nenek aku.

Dan banyak kali jugak lah ketika musim hujan, ada sahaja rancangan dia iatu membiarkan baju sekolah aku kebasahan dek hujan yang semalaman tidak berhenti.

Dan jugak beg sekolah aku yang ada dua tiga buku teks dan sengaja dibiarkannya di dalam sebuah tempayan yang tidak bertutup di hujung halaman rumah.

Aku hanya mampu meratap dari jauh. Nenek tidak membenarkan aku keluar kerana khuatir dalam rumahnya berlecak. Ya. Esoknya aku terlepas peperiksaan akhir tahun.

Dan aku perkenalkan syaiitan durjana yang telah meragut mahkota kesucianku. Ya Allah bertapa traumanya aku di zaman sekolah tinggi dan universiti ketika kejadian hitam ini menghantui aku.

Anas anak yang sulung; Aku yang tidak pasti ketika itu dan apa tujuan dia yang sering kali mengekori aku jika tiada orang yang berdekatan dengan aku.

Dan ketika itu sama ada aku ingin ke dapur atau ke bilik air dia akan datang merapatkan dirinya kebelakang badanku.

Waktu ini aku sudah seperti anak dara yang berusia sebaya dengannya dek wajahku yang matang dan agak tinggi.

Anas cuba meraba bermula dari perut dan ke tempat yang tak sepatutnya. Aku tidak selesa.

Aku ingin sekali menjerit meminta tolong. Tetapi aku seperti tahu bahawa itu akan menambahkan lagi kemarahan nenek dan maklong yang sudah sedia tidak menyukai aku.

Ya maklong aku pun dua kali lima je dengan nenek aku. Dan lagi bila Anas….

“Kau bagi tahu sesiapa pasal ni memang teruk kau aku kerjakan lebih dari teruknya nenek kerjakan kau. Lagipun sapelah nak percaya cakap kau ni kan.”

Tak semena mena air mata laju mengalir mengenangkan akan nasib aku ketika itu. Ya ada benarnya apa yang Anas katakan tu. Tak akan seorang pun yang akan percaya cakap aku.

“Ikut aku. Ikut aku sekarang!”

Dijadikan cerita ketika itu pukul 8 lebih malam. Maklong mengajak nenek dan yang lain untuk ke pekan membeli barang.

Maka disuruhnya Anas menjaga aku di rumah. Katanya takut aku menghabiskan makanan kegemarannya tenggiri masak cili api. Ya aku ingat lagi ketika ini.

Bergenang mata aku bila dengar nenek aku cakap dekat aku macam tu. Ya aku tahu aku ni beban kepada nenek aku yang kena menjaga dan beri makan kepada aku. Dan sebab itulah dia benci aku barangkali.

“Ikut aku masuk bilik sekarang! Kau nak aku rembat kau pakai hanger ni ke hah?! Hahaha. Kejap. Aku tahu cara nak paksa kau ikut aku.”

Dengan senyuman sinisnya Anas berjalan masuk ke bilik. Tak lama tu dia keluar dan mendapatkan aku.

Di genggamannya jelas aku lihat satu satunya gambar kenangan aku dan aruwah orang tuaku.

Anas berjaya memperdaya aku. Dan ya Anas berjaya meragut daraku. Anas puas. Manakala aku yang tewas dan menggigil ketakutan ketika itu dicium berkali kali.

Maaf ke apa tidak terucap dibibirnya. Aku 12 tahun weh! Aku tak tahu pape! Aku takut sangat.

Aku jadi takut dengan orang disekeliling aku. Aku tak percaya dekat sesiapa dah.

Aku tak pernah rasa gembira walau sesaaat. Hidup aku penuh duka dan tangisan. Aku penat menangis.

Aku jadi pendendam dengan semua orang. Aku mula berdendam dengan seorang demi seorang. Aku trauma dengan LELAKI.

Tak cukup dengan itu. Dia memperkenalkan aku dengan dunia ‘vid dewasa’ dan disuruhnya aku meniru bulat bulat aksi itu bersama dengannya.

Aku menangis semahunya bila bersama dengan Anas. Anas hanya tertawa kecil dan minta aku relax. Katanya benda sedap kenapa aku menolak?

Aku kena nikmatinya sahaja. Dia cuma nak buat aku sedap. Lagi mengalir air mata aku dibuatnya.

Aku tak enjoy sebab aku terpaksa! Dan aku sakit. Aku sakit sangat bila “bersama” dengan dia.

“Lisa kau cantik kau tahu tak. Kawan kawan aku ramai minat kau. Kau kenal Halim? Budak kelas A tu? Dia tu dulu sekolah dengan aku. Pindah pulak dekat sekolah kau. Aku cemburu tau bila dia petik nama kau.

Dia cakap sapelah yang akan jadi bf kau. Dia tak tahu aku dah tahu segalanya pasal tubuh badan kau. Merasa pun dah.

Dia yang patut cemburu dengan aku. Hahaha. Sekarang Halim kena berlawan dengan budak budak lain untuk berebutkan kau. Sebab apa? Sebab kau cantik weh. Badan kau sedap!”

Kau rasa? Budak tingkatan tiga cakap macam tu dekat budak perempuan darjah 6. Anas dia pandai. Dia memang genius.

Dia pandai dalam segala hal dan lakonan tentang dirinya. Anas bila bersama dengan maklong dan nenekku dia akan mula berlakon tidak suka dan sumpah seranah aku. Hakikatnya aku sahaja yang tahu.

Kedua kembar itu pun perangai mereka berdua sama sahaja dengan ibunya. Benda yang ditegah itulah yang dilakukannya. Lalu aku yang dipersalahkannya.

Hanya kerana hal sekecil kuman laju sahaja mereka berdua mengadu kepada ibunya.

Seakan mengasyikkan sekali bagi mereka melihatkan aku yang diperlakukan tak ubah macam perompak yang memecah masuk rumah mereka.

Ditendang. Ditampar. Ditarik rambut hingga perit kulit kepalaku. Puas sungguh mereka menyaksikan air mataku yang pada mereka hanya drama yang tidak memberi apa makna kepada mereka.

“Astagfirullahalhazim!! Ya Allah! Apa ni Lili?! Lala kau nak jadi apa ni?! Kau tak kesian ke dengan Lisa? Mana hati perut korang dua weh! Ya Allah!”

Saat itu terdengar jeritan dari anak kedua Maklong aku, Amar. Sungguh beza sekali perwatakan dia dan yang lain.

Ketika itu kantoi dua beradik itu menarik rambut aku yang panjang mengurai dan cuba melilit di balik tiang di bawah bilik seperti hendak mengikat aku. Perit sekali dan aku menangis semahunya.

DeKat dahi aku pulak dah berdrah kena baling beberapa ketul batu. Tak cukup itu aku ditolak dan tersungkur lalu terkena paku di dinding dan menusuk ke dahi.

Azab. Kehidupan aku memang azab. Kanak kanak seusiaku belajar dari ibunya dan seterusnya dipraktikkan sendiri ke atasku.

“Maaf bang. Maaf Lala janji tak buat lagi! Kitaorang janji tak buat lagi! Tapi apesal abang selalu je nak backup perempuan ni? Abang suka dia ehhhhh?”

Lala dan Lili kalau nampak Amar dorang dua memang takut dengan abang nombor dua tu. Amar memang tegas dan garang sehinggakan MakLong Ila pun “takut” akan ketegasan anaknya itu berbanding yang sulung. Amar alim dan baik orangnya.

Amar, dia saja penyelamat nyawa aku tatkala aku berada bersama dengan keluarganya. Aku berasa selamat jika dia ada dengan aku.

Sehinggakan suatu hari itu tatkala aku menginjak remaja iatu ketika aku berusia 16 tahun…

“Sampai bila bila! Amar cukup tak faham dengan nenek dengan ibu ni sampai benci dengan Lisa tu dah kenapa Nek? Bu? Salah dia ke mintak jadi yatim piatu? Berdosa besar ke jadi yatim piatu? Dia ke yang mintak nak jadi yatim piatu?

Selagi Amar duduk sini selagi tu lah Alisa akan selamat. Dari dia kecik Bu semua dekat rumah ni benci dia. Herdik dia. Pukul dia! Ikutkan hati dah lama Amar laporkan benda ni dekat polis!”

Terduduk nenek dan MakLong Ila ketika itu. Masing masing hanya membatu diri tak berani nak bersuara.

Punya dorang dua takut dengan si Amar ketika itu. Dan aku hanya mampu memeluk tubuh menangisi setiap apa yang diperkatakan oleh Amar.

Aku seolah punya sinar harapan untuk terus hidup dengan kehadiran Amar. Aku bersyukur untuk itu. Tapi tidak selamanya Amar selalu ada di sisi aku.

Oh ya aku akan sambung untuk kali kedua nanti. Aku berasa puas sekali dapat meluahkan segalanya di sini. Cukup puas. Sangat panjang perjalanan duka aku yang akan aku kongsikan di sini.

Mungkin tiada pengajaran atau motivasi yang terselit dalam kisah aku ini kerana ia lebih kepada perasaan kasihan semata mata tapi di akhir cerita nanti aku harap kisah aku dapat dijadikan pengajaran kepada semua yang asyik sekali membuatkan hidup seseorang itu derita.

Part 2 ada di K0men

Cukup untuk kali ini. Perjalanan hidup aku masih lagi panjang untuk aku kisahkan di sini hakikatnya aku ingat bulat bulat setiap apa yang jadi pada diri aku sedari aku kecil lagi.

Salam bahagia semua..