Kau nak tengok aku punya kerja gila. Jangan sampai aku simbah minyak ni dekat budak2 tu nanti

add_filter('the_content', 'wpse_ad_content'); function wpse_ad_content($content) { if (!is_single()) return $content; $paragraphAfter = 2; //Enter number of paragraphs to display ad after. $content = explode("

", $content); $new_content = ''; for ($i = 0; $i < count($content); $i++) { if ($i == $paragraphAfter) { $new_content.= '
'; $new_content.= '//Enter your ad code here....'; $new_content.= '
'; } $new_content.= $content[$i] . "

"; } return $new_content;

(Nama dalam cerita ini bukan nama sebenar. Harap maklum.)

Sambungan daripada part 1. Nak baca di K0men

Assalammualaikum. Aku Alisa. Sebelum korang baca lebih lanjut tentang apa yang bakal aku ceritakan bulat bulat tentang hidup aku,

di sini ingin aku nyatakan yang aku tidak pandai bercerita untuk membawa korang semua mendalami kisah hidup aku sedari aku kecil lagi. Ada yang kata ini kisah rekaan.

Ya tumpah air mata aku tak semena mena kerana baru aku meluahkan dengan cara ini. Kalau aku meluahkannya secara berdepan mahu ada yang meludah ke atas diriku.

Hanya kerana aku mengolah cerita ini seperti jalan cerita seperti cerpen ataupun novel, sudah dikecam aku hanya mereka reka cerita.

Aku tidak pandai bercerita dan sama sekali tidak merasa ianya seperti aku membawa korang ke alam novel ataupun cerpen.

Tapi itu pendapat masing masing. Dan ini cara aku meluahkan segalanya. Tapi salahkah jika aku mengolah dengan cara seperti cerpen atau novel?

Hanya kerana jalan kisah aku seperti ini sudah ada yang memandai mengatakan yang ini cerita rekaan. Allahu. Manusia kan.

Takpe aku akan cuba untuk tak seperti dalam sebuah novel atau cerpen. Hati aku sangat sangat rapuh jika aku terbaca sesuatu yang seakan menguris hati aku.

Aku tak kuat. Aku cukup tak kuat. Rasanya hati aku tunggu untuk hancur saja ni. Korang cakap aku ni bersabar dan kuat orangnya hakikatnya tak. Hati aku sangat rapuh dan sensitif.

Dia punya rapuh macam bila someone tanya pasal mana ibu bapa awak Alisa? Dah cukup untuk buat mata aku bergenang.

Belum lagi kalau ada yang tanya kenapa keduanya boleh kemalangan? Aku tak boleh kalau aku duduk seorang diri.

Mulalah aku akan teringat pada benda yang menjahanamkan hidup aku dan muncullah muka muka barua yang buat aku 10 kali ganda rasa nak jahanamkan balik anak anak dorang.

Aku tak sekejam macam lagi macam dorang. Hakikatnya perit untuk aku hadam kan apa yang dorang dah buat dekat aku masa zaman kecil aku.

Aku takde kenangan zaman kanak kanak macam budak budak lain. Dekat sekolah bila cikgu up pasal benda ni aku dah gelabah semacam.

Aku takde kenangan yang boleh buat aku rasa macam nak terjun balik zaman kanak kanak aku macam kanak kanak lain yang teringin nak ke zaman mereka dahulu kala.

Satu kenangan pun takde. Yang ada hanyalah kenangan yang ada bersama dengan kedua aruwah ibu bapaku. Al Fatihah.

Nenek mempunyai 5 orang anak tiga perempuan dan dua lelaki. Yang pertama semestinya Maklong Ila aku yang durjana tu.

Korang dah kenal dia kan? Cukup kenal? Haha tak weh korang tak kenal lagi dia macam mana.

Kekejaman dia bukan takat kat aku je. Aku cerita satu persatu agar korang semua faham jalan kisah hidup aku ni.

Maklong aku ni dia ibu tunggal yang kematian suami, juga meninggal dalam kemalangan membabitkan lori yang bertembung antara satu sama lain. Senang cerita paklong aku ni seorang pemandu lori.

Disebabkan tu lah dia meroyan dan asyik nak cakap dan salahkan aku dalam semua hal termasuk mengatakan aku ni bernasib malang yang menyebabkan aruwah paklong aku meninggal padahal kejadian itu dua tahun sebelum perginya kedua aruwah ibu bapa aku.

Dan yang rajin bertandang ke rumah nenek aku tak lain tak bukan Maklong aku. Dia suka menghasut nenek aku yang “terlebih bijak pandai” tu untuk tak suka adik beradik dia yang lain.

Disebabkan mulut puaka dia tu makngah dan kakcik berhijrah ke Brunei dan Singapore mengikut laki masing masing.

Tapi nenek aku dia bijak. Dia tak percaya langsung pun apa yang Maklong aku umpatkan pasal anak anaknya yang lain.

Dia lebih kenal Maklong tu punya belit dalam menyampaikan sesuatu cerita. Punyalah bersungguh kalau dia bercerita.

Yang keempat pakcik dan paksu ku. Mereka ni belajar pandai. Ada gelaran doktor dan arkitek. Mereka dua baik tapi tak tinggal pun dengan nenek.

Masing masing ketika itu duduk di Kl dan jarang pulang ke kampung melainkan hari raya. Selain Amar, aku baik dengan Paksu sebab dia selalu ambil tahu pasal pelajaran aku.

Tapi tak lama lepastu dorang dua ni kahwin. Dan tinggal jauh dari kampung masing masing dek tak tahan dengan sikap Maklong aku tu yang sesuka dia je nak menyemak dalam segala hal sekecil kuman dan hal dalam kain pun dia nak masuk campur.

“Hah tu bila nak dapat anak? Kau reti ke nak buat anak? Ala kangkang je apa nak malu. Ke ada bau bauan hahahaha.”

Benda kalau cakap dengan isteri paksu sendiri takpe lagi. Ini masa kenduri weh! Dia punya suara dah lah besar sampai luar rumah boleh dengar.

Pendek kata tak payah guna pembesar suara. Suara Maklong aku tu memang berkicau. Maklong aku semakin hari semakin teruk perangainya.

Memang malu lah isteri paksu masatu menahan pertanyaan yang macam tu. Ape ke bdoh lah orang tua ni? Tak cukup tu dia bantai gelak ramai ramai dengan rakan seperjuangan dia yang lain. Aku cuba cari lawak dia. Tapi aku tak jumpa.

Memalukan orang memang bagi dekat dia. Muka memang muka tak tahu malu siot. Dah tu paling tak boleh blah dia bukan main sibuk canang anak dara kembar dia tu cantik tak sewenangnya orang boleh masuk minang.

Kena hadap dia. Kalau tak berani hadap dia, tak tunaikan apa yang dia nak. Dia tak kisah kalau anak dia tu dipanggil anak dara tua yang tak laku. Asalkan ada yang “layak” untuk “puteri raja” yang terlampau lah perfect tu!

Tapi memang masin mulut dia sampai sekarang. Yang ni aku dah mula gelak bila ingat balik. Pandai jugak dia melawak.

Pernah suatu hari ni Kakcik dan Makngah balik beraya. Nenek call suruh dorang balik raya.

Kata nenek “nak dengar khabar aku meninggal dulu ke baru nak datang”. Aku dengar je nenek cakap macam tu lepas sorang, sorang dia call suruh balik raya.

Tak lama tu nenek call Maklong. Dia siap pesan kalau Maklong buat hal harta tu satu sen pun dia tak hingin bagi dekat Maklong aku.

Maksudnya nenek aku taknak maklong mencetuskan kedinginan antara anak anaknya yang lain.

“Kau tolong lah aku Ila. Jadilah bisu sehari dua. Kalau kau tak datang raya pun tak apa.”

Lebih kurang macam tu lah apa yang nenek aku cakap dekat Maklong aku. Tiba hari raya apa yang nenek aku jangkakan memang benar benar terjadi.

Maklong aku tu memang tak dapat dikawal. Ada je busuk hati dengki dia tu nak buat orang sakit hati.

Tak tengok orang sakit hati berdosa agaknya diri dia tu. Sebab tu dia nak buat orang tu sakit hati. Biar dia tak “berdosa”.

Punya dah berkumpul ramai ramai dan aku pun agak bahagia masatu sebab makngah dan kakcik dorg memang baik.

Anak anak dia pun baik dengan aku dan ketika itu aku dalam tingkatan 3. Aku ingat lagi baik baik ayat lahanat maklong aku tu….

“Anak kau ni ikut muka sape? Hodohnya. Tengok anak aku. Kembar seiras cantik lagi tu. Muka boleh pergi jauh. Anak kau? Hahaha.”

Sumpah weh maklong aku cakap macam ni dekat makngah aku. Nenek aku yang dekat luar beranda dah geleng kepala.

Maklong aku tu dia cakap macam tu memang sengaja nak bagi semua yang ada dekat situ dengar.

Kesian sepupu aku padahal tak hodoh pun. Padahal dia yang hodoh orang tak cakap pulak.

Memang makngah aku balas balik lah sebab dia bukan jenis duduk je orang nak mengata dia bagai.

Dia balas balik bertubi tubi. Macam macam ayat yang tak sepatutnya didengar oleh budak budak lebih lebih lagi sepupu aku.

“Anak sape ni? Nak cakap anak kau pun tak. Anak laki kau pun tak? Anak angkat? Ke anak ha…..ram?”

Punyalah kurang ajar maklong aku tu. Memang kena sedas dua penampar dengan laki makngah. Lepastu dia nak play viictim.

Sebab lelaki angkat tangan dekat muka dia dan dia nak jadikan kes polis. Maklong memang sakit. Hati dia hitam.

Sepupu aku memang down teruk masatu. Makngah memang sentap habis. Dan petang raya tu jugak dia ajak laki dia balik Brunei terus disebabkan kes itu sepupu aku takde keyakinan diri untuk ke sekolah dan sering bertanya pasal rupa dia dekat makngah dan pakngah aku. Dan betul ke dia anak angkat atau yang itu…

Itu cerita pasal makngah. Cerita pasal kakcik. Aku pernah terkantoi dengan kakcik masa nak mandi yang badan aku penuh parut dan berbirat seperti didera. Kakcik memang syak maklong aku punya kerja.

Kakcik pun jumpa nenek dan cerita pasal hal ni. Dan dia kata dia nak buat report polis pasal aku yang didera.

Kakcik jugak berhasrat nak bawak aku tinggal dengan dia. Tapi hajat tu tak kesampaian.

Masatu maklong pun ada sekali dalam rumah tu dan lepas je dia dengar kakcik cakap macam tu, nenek bangun dan terus ke luar rumah. Tak lama tu dia datang bawak satu tong minyak tanah. Nenek seakan dah bersedia…

“Kau nak tengok aku punya gila Zura?! Kau bagi tahu Ari memang aku simbah diri aku dengan budak tu dengan minyak tanah bakar diri aku hidup hidup dengan rumah rumah ni sekali aku bakar! Kau jangan cabar aku Zura! Aku cakap aku akan tunaikan memang aku akan tunaikan!”

Nenek mengamuk besar masatu. Maklong aku dah tersengih seperti dia baru saja menang durian runtuh.

Kakcik apa lagi dia memang menangis teruk dan tak dapat memaafkan diri dia sebab tak dapat bantu aku.

“Kau nak angkut budak ni pun aku tak izinkan. Hutang dia tak habis lagi. Sama ada kau nak bawak budak ni atau kau memang taknak panggil aku ni emak kau. Kau buatlah Zura. Kau buat.”

Sadis kan maklong aku. Aku tak faham kenapa dia jadi macam tu. Tak habis lagi weh. Itu pasal diri dia dengan adik beradik dia yang lain. Dengan aku? Hahaha begitu banyak aku kena terima.

Kenapalah aku bdoh ya tak lari rumah atau ke balai polis masatu? Ya tuan puan. Aku memang bdoh. Sila tepuk tangan dan jangan berhenti tepuk atas kebdohan aku.

Ada suatu hari ni tengah aku sedap sidai baju dekat ampaian maklong aku memekik dari tingkap suruh aku datang jumpa dia dekat dalam. Aku yang naif takut takut ni pun berlari ke dalam rumah mendapatkan maklong aku.

“Kau belikan aku ubat nyamuk. Dengan tepung. Lekas aku nak balik rumah ni.”

Macam apa? Ye macam haram! Kau dah tahu kau nak balik rumah kau apesal kau tak singgah je kedai masa nak balik rumah tu?

Bukannya kau tak lalu! Dia memang puaka. Hah lagi best aku terus tinggalkan kerja kerja jemuran aku tu.

Tak lama tu aku balik. Masatu jugaklah aku nampak si kembar bonceng motor then terlanggar baldi kain basuhan aku. Maka apa dia sekali lagi tuan puan? Ye memang harommmm.

“Lain kali buat kerja tu cuba pantas sikit…. kau tengok apa kau dah buat tak pasal pasal je kan? Kau tunggu apa lagi!”

Macam baju dia yang jatuh ke tanah dia punya bising. Nenek aku tak bising manapun. Dia bebel gitu jelah.

Anak dia yang macam taik aku pulak yang kena. Dia tarik telinga aku tinggi dan cuba tolak aku untuk jatuh tapi aku tak jatuh pun.

Si kembar puaka tu aku nak aje gunting rambut keriting dua ekor tu. Patutlah otak susah nak berkembang sebab rambut dia dah kembang terlebih dahulu.

Lagi macam lahanat dia boleh baling batu dekat kepala aku. Lepastu lari tergedik gedik masuk rumah.

Yes. Kuatkah aku? Entahlah. Aku dah penat dengan semua benda bdoh ni. Sebab apa? Sebab aku pun bdoh.

Bdoh sebab tak nak mempertahankan hak dan maruah diri sehingga senang je orang nak pijak kepala aku.

Lagi satu maklong aku cukup tak berkenan dengan rambut aku. Rambut aku elok je lurus panjang.

Tapi pagi yang malang bagi aku. Pagi tu jugak aku menangis teruk. Lama aku tak menangis seteruk tu walaupun acap kali aku kena macam macam.

Aku bangun je aku terasa rambut dekat atas dada aku dan sekeliling tilam aku. Rambut aku dah pendek.

Tak ubah macam rambut lelaki yang pendek sampai nak ikat pun tak boleh. Tak cukup tu dikuncinya aku dari luar.

Nenek tahu nenek memang mengamuk lah sebab dapur dia tak berasap. Aku jugak yang kena. Rambut aku pendek aku jugak yang kena. Takde orang lain.

Petang tu dia datang lagi. Lagi best masa dia datang tu nenek tengah libas aku dengan buluh dia.

Hah apa lagi dia pun join sekaki lah membeduk aku. Dia cubit yang paling bisa tu guna kuku jari dia yang panjang tu sampai luka isi lengan aku. Sakit weh. Kesian betul hidup aku masatu.

Menginjak ke zaman universiti aku, aku rasakan semuanya akan berakhir sebab aku dah tak duduk dengan nenek dan tak akan hadap maklong puaka tu. Ternyata aku salah sama sekali.

Kejadian hitam tatkala aku berumur 12 tahun menghantui aku semula bila mana prof aku sendiri cuba memikat aku dengan sentuhan s3ksualnya terhadap diri aku. Dia buat aku ingat balik pasal apa yang telah Anas buat dekat aku.

Aku menangis bila kejadian hitam tu bersiaran secara langsung dekat minda aku. Aku jadi tak tentu arah dan terasa dunia aku gelap untuk seketika.

Hakikatnya dunia aku dah gelap. Tapi kalini aku berjaya meloloskan diri aku dari prof miang tu! Memang aku bersyukur untuk itu. Kalau tak mahu aku terjun tingkat 5 masatu jugak. Aku tak kuat weh…

Dan Aku jadi sedih dan hampir menangis kalau kawan kawan aku bercerita pasal ibu bapa dan betapa rindunya dorang dekat rumah masing masing. Untuk pengetahuan korang kembar pun belajar kat universiti yang sama dengan aku.

Tapi kembar tu makin dewasa dorang makin menjadi jadi perangai ikut maklong gamaknya. Cuma dorang tak berani nak bersemuka dengan aku.

Kalau terserempak pun dorang yang akan melarikan diri dari aku. Ini ketika zaman universiti aku. Ada banyak part untuk aku ceritakan.

Tapi tulah aku pun tak faham kenapa as long as dorang tak kacau hidup aku lagi aku pun okay je.

Dan pertama kali dalam seumur hidup ada seorang lelaki memberanikan diri untuk berkenalan secara serius dengan aku.

Aku mulanya takut takut nak berkawan dengan dia. Bimbang dia ada niat lain. Tapi dari segi perwatakan dia sebijik macam Amar. Aku jadi rindu dekat Amar tiba tiba.

Pasal Amar pulak dia tak jadi tinggal dekat rumah nenek sebab tak lama tu dia dapat tawaran belajar dekat KL. Tipulah aku tak sedih. Tapi dalam pada masa yang sama aku gembira.

Ingat lagi Halim yang Anas kata Halim suka dekat aku? Rupanya dia ada niat buruk dekat aku itupun lepas Anas sendiri yang cerita dekat dia pasal aku.

Dia pun mengaku benda tu dekat aku yang dia sebenarnya suka aku hanya sebab nak sedap sedap dengan aku. Funny kan?

Disebabkan itu aku seakan akan berjaga dengan mana mana lelaki yang mahu berkawan dengan aku.

Dan lelaki yang serius nak berkenalan dengan aku tu namanya Arif. Nak dijadikan cerita Anas tu kenal Arif. Kenal kenal gitu.

Bila dia dapat tahu Arif tu nak aku dia mula buat rancangan dia. Weh Anas tu dia memang celaka! Memang celaka! Dia sebarkan yang teruk teruk pasal aku yang aku ni sebenarnya dah takde dara, kotor bagai dekat Arif!

Katanya lagi aku ni dah banyak laki yang tidur dengan aku. Aku enjoy buat macam tu! Dan lagi dia kata aku ni sebenarnya baru nak berubah tapi aku boleh berubah ke?

Sungguh melampau sekali apa yang Anas fitnah pasal diri aku! Aku dah tak kisah kalau Arif nak percaya aku ataupun tak.

Aku dah penat nak hadap semua ni. Apa yang aku perlukan sekarang seseorang yang aku boleh percaya dikala aku terus lupa arah tuju aku.

Saat itu Allah hadirkan Saleha dan Sarah dalam hidup aku. Allah.. kenapa begitu lambat kau hadirkan insan ini dalam hidup aku?

Tapi aku sangat bersyukur untuk itu. Perkenalan aku dan kedua kawan baik aku bermula pada suatu hari ni….

Ketika ini aku berjalan untuk ke gerai membeli roti canai. Waktu tu dalam pukul 8 malam. Tak jauh mana dalam kawasan tempat aku duduk. Masatu jugaklah….

“Fuh sorang sorang ni tak takut ke? Ke memang saja sorang sorang biar kitaorang ngorat kau? Hehehe!”

Aku dikepung dalam 5-6 pelajar lelaki. Masing masing buat muka gatal dan mata tak lepas menatap diri aku! Aku mula jadi tak keruan.

Memang aku bimbang akan diapakan apakan mana taknya dua orang dari mereka berani mencuit pinggang aku! Ada yang dah mula longgarkan tali pinggang masing masing. Memang celaka! Korang memang celaka!

“Ala takut ke! Kata suka! Hahaha. Ke dia malu ni? Weh dia malu lah ramai ramai! Sorang sorang lah weh tunggu turn masing masing!”

Senyap dan gelap. Di sekitar kawasan itu walaupun perumahan yang besar memang cukup sunyi buat aku yang keseorangan di situ. Dijadikan cerita gerai yang jual roti canai tu tutup pada hari itu dan menjadikan kawasan itu agak sunyi sepi.

“Woi apa korang buat ni?! Korang nak aku laporkan benda ni kat polis ke hah? Aku dah rakam siap siap tau! Jelas apa yang korang cakap lagi! Jangan sampai jatuh dekat tangan mak bapak korang. Mak bapak korang tu bukan calang calang orangnya!”

Itu Sarah. Dia bersuara lantang dan tegas. Dia hadir bagaikan seorang hero yang menyelamatkan heroinnya.

Aku sangat bersyukur kepada Allah! Manakala Saleha dia lembut dan manis macam mak mak orang.

Keduanya mendapatkan aku lepas budak budak nakal tu pergi dari situ. Aku dah mula nampak sinar dalam hidup aku.

Saat aku menaip kisah aku ni pada hari Ahad 19 Ogos 2019 sejurus aku bukak je facebook IIUM dan baca komen dari korang, aku terus menaip kisah aku yang agak panjang untuk diceritakan lagi.

Allahu betapa tersentuhnya aku dengan komen komen murni yang lagi membawa aku untuk terus kuat untuk hidup.

Hakikatnya balasan demi balasan yang setimpal sudah mereka terima pada dunia aku yang baru.

Buat yang mempertikaikan cara aku bercerita sebelum ni hanya kerana olahan aku dalam bentuk cerpen/novel dan terus mengecam aku dan mengatakan aku mereka reka cerita, aku maafkan korang.

Buat Anas, Maklong, Si Kembar dan Nenek. Tahniah di atas “hadiah” dari aku.

Salam bahagia,