Pantang belum habis, mak dah panggil suami aku balik kampung. Kali ni aku keras dengan suami aku halau

Mak tak tau menantu yang mak benci ni tiap tiap bulan bayarkan bil elektrik dan bil air mak, tambah akaun astro mak yang ada dua via jompay. Sebab mak suka on saja tv dekat dapur tu bila mak buat kerja dekat dapur.

Sebab bila aku hulur duit belanja dekat tangan dia tiap kali balik RM100 dikatanya nak buat taik gigi pun tak dapat, baik tak payah bagi.

Tu kata dia. Aku chill je, tak nak takpa. Aku kasi dekat ayah mentua aku untuk dia simpan duit dalam tabung haji.

Ayah mentua aku pun tau aku yang dok bayar semua bil bil tu. Kadang kesian dekat ayah mentua ni, selalu sangat kena herdik dengan mak mentua. Sabar betul dia.

Satu hari, aku dapat tau suami aku dapat tukar kerja ke kampung halaman dia. Aku pelik juga. Aku tanya dia minta tukar ke, dia ditukarkan??? Dia senyap saja.

Aku call jabatan berkaitan. Dan jawapan yang aku dapat adalah amat mendukacitakan hati aku. Kenapa dia tak bincang dengan aku??? Sedih sangat hati aku masa tu.

Berderai jatuh ke lantai. Dah kenapa suami aku ni? Biar betul nak berjauhan dengan aku? Aku terfikir aku ni siapa?

Sampai keputusan nak minta tukar bertugas di kampung sendiri tu takde langsung nak bincang dengan isteri sendiri.

Then aku dapat tahu daripada mulut mak mentua aku sendiri, dia cakap, “Padan muka kau, kau duduklah rumah kau yang kau buat dekat kampung mak ayah kau tu sensorang”.

Sambil gelakkan aku. Allahuakbar, tabahkanlah hati hamba mu ini. Aku malas nak gaduh dengan suami aku.

Maka aku kemaskan barang barang dia sambil menangis. Aku tak boleh nak cakap sepatah apa pun sebab terlalu sebak, sedih.

Ibu ayah aku dapat tahu, macam biasa, “sabar saja la kakak. Kakak buatlah surat tukar, insha allah ada rezeki kakak.” Positifnya ibu dan ayah aku ni dari aku nak meroyan aku jadi positif balik.

Aku redha ntah ke berapa juta kalinya. Tapi dalam redha, aku beri kata dua dekat suami aku.

Aku terus terang dengan dia. Aku tak tahu sampai bila aku nak hadap drama ni, aku tak kuat. Sama samalah kami menangis. Abis tu nak buat apa?

Aku cakap, takkan sebab ni aku nak minta cerrai dengan suami? Sebab hubungan kami masih baik.

Cuma yang jadi tak baik bila ada campur tangan mak mentua tu saja. Suami aku minta maaf dengan aku, sebab tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami, tak dapat nak berlaku adil.

Dia mengaku dia kalah dengan tangisan mak dia. Aku tengok dia pun kesian, tertekan dengan mak sendiri.

Aku pesan dekat suami, apa salahnya say NO. Kentalkan hati. Janganlah semua benda nak ikut saja.

Sampaikan dia punya sayang dekat mak tu, kalau mak dia navigate jalan yang salah pun dia follow saja.

Dia cakap dekat aku, “abang memang tau arah jalan mak bagi tu salah, tapi abang tak sampai hati nak cakap dekat mak yang dia salah jalan.

Abang saja nak puaskan hati mak.” Aku reply, “Tapi abang lupa, sepanjang kita kahwin tak pernah pun abang cuba nak puaskan hati isterimu.” Dia diam seribu bahasa.

Sebulan suami bertugas di tanah air sendiri, aku disahkan mengandung. Terubat luka di hati ini. Aku rasa gembira.

Kalau dulu aku selalu balik kampung mentua. Disebabkan perangai mak mentua yang tak sukakan aku ni, aku dah jarang balik kampung dia. Sebulan sekali saja aku balik ziarah.

Lagipun dia pun tak kisah sebab anak dia ada hari hari depan mata dia. Aku pun bebas balik kampung ibu ayah aku yang dah 3 tahun aku abaikan.

Selalu aku berjumpa dengan suami di kampung ibu dan ayah aku saja. Biasala orang kalau dah ada perasaan hasad ni memang tak reti senang duduk.

Ada saja jalan nak kepit ngan anak dia. Pelik aku. Bila kami dah tak menetap bersama, maksudnya PJJ bila sekali sekala balik tu pun mentua nak jeles.

Iya, kadang tak tercapai dek akal. Contoh kami sama sama keluar beli barang keperluan di pasaraya. Bila dah sampai rumah, dia ajak keluar lagi konon nak beli barang yang dia terlupa nak beli.

Nak keluar berdua saja pula tu, aku nak ikut dia marahnya aku. Balik takde pun beli apa apa. Rupanya ajak anak dia keluar makan cendol. Hahaha.. kadang aku rasa kelakar pun ada.

Tak lama selepas tu, aku diuji sekali lagi. Kali keberapa juta kali. Mak mentua plan nak menunaikan umrah. Benda baik buat apa nak halangkan?

Tapi yang menjadi masalah tu tarikh dia nak berangkat ke tanah suci tu adalah minggu aku dijangka melahirkan anak sulung. And of course dia ajak suami aku yang jadi peneman dia.

Nangis lagi aku. Dah la nak beranak sulung. Mestila harapkan suami ada di sisi. Dan macam biasalah suami aku ni buat loan untuk dia dan ibu tercinta sama sama mengerjakan umrah.

Apa salahnya pergi buat umrah lepas aku bersalin ke. Nampak tak permainan dia dekat situ?

Sampai tahap ni, aku dah tak mampu nak positifkan diri. Walaupun aku cuba menahan diri daripada berkata sesuatu yang tak baik.

Iyalah suami aku ni pun satu tak reti ke nak bezakan mana satu tanggungjawab dia, priority dia sebagai suami.

Hak aku sebagai isteri dia. Aku letih, sangat letih. Aku cakap dekat suami aku. Hati aku sakit dan aku tak faham kenapa dia ambil keputusan yang sedemikian rupa.

Dalam sakit hati aku ni dekat mak mentua dan suami aku, aku tahan diri aku dari kata yang bukan bukan.

Dalam hati aku menahan sakit yang amat perit, aku fikirkan lagi pasal orang lain. Kang aku cakap macam macam tak tenteram pula suami nak menunaikan umrah.

Aku cakap, doakanlah untuk sayang bila abang sampai di sana. Doakanlah yang baik baik. Aku stress sebenarnya.

Aku meraung sekuat hati dekat mak ayah aku. Semua family aku sedih tengok keadaan aku, tapi aku jadi kuat balik sebab adanya mereka beri kata kata semangat dekat aku.

Mak mentua cakap, ala nak beranak saja pun, Bukan apa pun. Aku dulu beranak dekat rumah je, kata mak mentua.

Di saat suami nak berlepas ke tanah suci menunaikan umrah aku masih berdoa, semoga dibukakan pintu hatinya menemani aku tika bersalin nanti. Hampa memang hampa.

Kakak kena redha saja sambil telan air liur melihat mereka melangkah kaki dengan hati yang riang.

Pergi tinggalkan aku dan anak dalam kandungan tanpa apa apa nafkah pun. Beli baju baby sehelai pun takda. Dia tak terfikir kot.

Dah la tak nak temankan aku beranak. Singgit pun tak hulur dekat aku. Sodih…. Aku dah pandai mengungkit sekarang ni.

Ya, seperti yang dijangka aku bersalin tanpa kehadiran suami disisi. Aku kuat sebab anak yang aku kandung saja. Aku kuat sebab Allah ada. Aku kuat juga sebab keluarga aku sentiasa di sisi.

Ini bahagian aku. Aku nekad, aku akan didik anak lelaki aku ni untuk jadi insan yang boleh berlaku adil dan hormati perasaan insan lain.

Kalau nak ikutkan sedih memang sedih tapi aku malas nak layan sedih aku. Sepanjang proses aku mengandung, dengan perut memboyot ke hulu kilir sensorang.

Takkan la aku nak sambung sedih aku masa proses berpantang pula kan? Sepanjang proses pantang aku tinggal di rumah ibu ayah aku.

Ayah yang hebohkan ulang alik ke klinik dan hospital sebab anak aku jaundis. Hati aku tenang. Baby pun tak banyak ragam. Ketenangan jiwa aku sebentar sahaja.

Balik saja mak aji wannabe tu, dia mula lagi drama. Aku belum habis pantang dia nak suruh suami aku bawa balik baby balik kampung dia.

Maknya tak payah bawa sekali pun tak apa. Kali ni aku keras. Aku mengamuk, tak terkawal emosi rasanya.

Dengan suami aku pun aku halau balik kampung mak dia. Aku bagitau suami aku, pilih aku ke mak dia??? Masa tu aku memang macam orang hilang akal.

Macam biasa suami aku pilih mak dia. Kali ni ayah aku masuk campur. Ayah aku cakap di sebabkan keadaan tegang, masing masing tak nak beralah dan aku berdegil tak nak dengar cakap sesiapa dah.

Ayah aku minta suami aku balik rumah mak dia, tenangkan diri. Fikir masak masak. Ayah minta kami berasingan sementara waktu. (Walhal dah lama dah kami berasingan). Ambil masa untuk fikir.

Ayah akan sokong apa jua keputusan kami. Sebenarnya ayah aku pun dah tak tahan tengok aku dilayan macam tu. Dalam tempoh seminggu dua tu mak mentua dok bako line.

Dia call marah marah aku. Fed up betul. Aku call suami yang dah lama tak hubungi aku tu, aku bagitau dia aku nak pergi tenangkan diri.

Aku minta izin suami dan just bagitahu dia aku perlukan masa. Aku ajak ibu ayah aku bercuti.

Bercuti tanpa pengetahuan semua orang mana destinasi yang nak dituju. Aku nak tenangkan diri.

Aku malas nak layan drama swasta mak mentua aku. Aku dan ibu ayah offline dengan dunia luar. Aku guna nombor baru khas untuk ahli keluarga aku hubungi kiranya ada kecemasan..

Aku letih. Berapa tahun aku dok melayan karenah orang lain sampai aku tak sedar aku dah sakitkan diri aku sendiri.

Aku sewa homestay kawan aku dua bulan. Memang kali ni aku nekad. Aku nak bercuti dalam keadaan tenang.

Terpaksa ibu ayah aku ikut sama. Ada juga dia nasihatkan aku, tapi ada masa ibu ayah pun geram dengan kelakuan suami dan mak mentua aku.

Balik daripada bercuti, aku dah habis pantang. Anak aku pun sihat alhamdulillah dapat dikawal sepenuhnya daripada pengaruh yang tak baik.

Aku on jer no hp yang aku guna sebelum ni. Berjuta lemon missed call. Tak cukup dengan missed call, aku dapat ribuan WhatsApp message.

Salah satu message yang buat aku lega membacanya suami aku lafazkan cerrai dalam whatsapp message saja korang.

Hebatkan jadi lelaki? Dah la tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Heboh persoalkan tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya sedangkan kau lagi berdosa dengan aku.

Kegagalan kau sebagai suami kau tak nampak. Salah aku kau nampak. Aku tersenyum, aku tak sedih pun.

Langsung takda perasaan sedih dalam kamus hidup aku di saat itu. Aku enjoy. Perasaan aku seperti ada duri dalam daging yang tertusuk selama ni dapat dikeluarkan dengan jayanya.

Perasaan aku puas. Aku failkan permohonan untuk pengesahan cerrai di Mahkamah Syariah. Selesai saja semua urusan tu aku buat permohonan untuk hak jagaan anak (Hadhanah) sebab for sure nanti mesti ada pertikaian antara dua pihak. Percayalah. Alhamdulillah, aku tak pisahkan anak dan bapanya.

Aku bagi access untuk suami luangkan masa dengan anak dia juga. Nafkah anak aku tak pernah minta, kalau dia tau tanggungjawab dia bagi.

Sebulan dua kali adalah datang menziarah. Aku tak bagi akses bermalam sebab pernah terjadi tak bagi balik anak aku.

Stress nak melayan karenah dia orang. Aku boleh sabar, sabar dan sabar tapi hati aku susah nak capai tahap redha seikhlas hati tu.

Perkahwinan kami bertahan hanya dalam tempoh 3 tahun sahaja. Dah setahun aku memegang status ibu tunggal.

Ye aku wanita yang tak mampu redha, kalah dengan ujian mak mentua yang tak suka aku sebagai menantu, menantu dari Negeri Sembilan.

Dah berpisah pun mak mentua sibuk nakkan harta aku. Siapa yang kikis siapa tak tahulah. Dia kata nak tuntut keadilan bagi pihak anak dia. Nak tuntut harta sepencarian kata dia.

Tuntutlah mak, selagi mak boleh tuntut. Mak angkut perkakas rumah, sampai saya nak makan guna sudu pun takda. Hahahaha Siapalah yang tinggal sehelai sepinggang ni kan mak?

Nak tidur di rumah sendiri pun berbantalkan lengan. Terperanjat aku balik dari kursus 3 hari, rumah aku clear.

Pakaian aku abis dilonggokkan diluar rumah. Mak ceroboh rumah orang mak, mencuri pula tu.

Rumah aku ada cctv ye. Barang barang rumah aku tu semua aku beli sendiri. Anak mak kahwin dengan saya cuci kaki masuk rumah saya mak.

Sebelum kahwin lagi aku dah beli barang barang rumah. Kot ye pun mencik bekas menantu Negeri Sembilan ni tinggalkan laaa tilam mak oiiiii.

Aku buat repot polis. Tau pula dia merayu minta aku tarik balik repot. Dia sikit punya gigih sewa lori ntah berapa tan, punggah barang aku.

Ikutkan takde harta sepencarian dia boleh tuntut pun. Aku beli barang aku buat salinan photostat resit (sebab kalau simpan resit original akan faded bagi tempoh yang lama) attach sekali penyata akaun bank aku. Silap silap aku boleh buat tuntutan balik.

Tapi sebabkan aku daripada keluarga baik baik. Aku tarik balik repot. Saje acah nak kasi goyang saja. Dah tarik repot, play viictim lak dia.

Dah satu kampung kecoh, aku bekas menantu hantu dari Negeri Sembilan dok pedajal dia satu keluarga. Takpelaa mak, saya bagi free barang barang pusaka saya yang mak ambil tu.

Kereta MYVi saya yang mak cakap besi buruk yang anak perempuan bongsu mak guna hari hari pergi kerja tu pun saya tukarkan nama suami mak.

Saya hadiahkan saja. Saya nak melaram dengan kereta baru saya mak. Anak mak sibuk nak memperisterikan saya balik mak.

Tapi saya tak sanggup mak. Nak tanggung semua. Mak jagalah anak mak tu macam mana mak nak jaga.

Mak kahwinkanlah dia dengan jodoh senegeri. Kahwinlah anak mak dengan menantu idaman mak.

Saya nak hidup bahagia dengan anak saya, mak ayah saya dan keluarga saya. Dah 3 tahun saya menderita mak. Sayonara mak……..