Mulut cakap laju macam ribut, sampai aku terfikir siapa lah nak kahwin pada dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nama aku Ezra, lelaki yang berumur 35 tahun. Dah berkahwin selama 5 tahun dan sudah ada 2 anak lelaki.

Straight to the point, aku nak cerita pasal bekas girlfriend aku yang ganas dan garang (sekarang dah jadi isteri). Nama isteri aku ni Icha. Aku kenal Icha ni dari kawan aku.

Masa aku kenal dia ni, aku tengah kecewa dengan ex tunang aku. Putus ditengah jalan angkara orang ketiga. So kire Icha ni macam rebound aku lah.

Aku sebenarnye malas nak kenal Icha tapi kawan aku yang beriye sebab dia cakap Icha ni saja yang sesuai dengan aku. Icha pun tengah single time tu sebab dia pun baru dikecewakan boipren dia, duda anak dua. Haha.

So bile dah dapat no tepon semua, aku mesej lah dia satu malam ni. Aku memang takde hati nak mesej tapi sebab aku bosan dan rasa loser sebab putus tunang, aku mesej jelah.

Awal mesej saja dia dah kecam aku macam macam. Dia ni jenis pakai cakap saja ape dia nak. Aku geramlah waktu tu.

Aku tak ingat conversation dia camne tapi aku cakap dalam hati, berlagak tol pompuan ni, memang taklah aku nak kahwin dengan ko.

Tapi aku mesej jugak dia keesokannye. Aku pun tak tahu apsal, aku saje suka nak mencarik pasal dengan Icha.

Sebab dia ni jenis perempuan garang yang asyik nak mengaum saja, lagilah aku rasa nak kacau dia. And ayat ayat dia boleh tahan power.

Masa tu aku fikir, sapelah nak kahwin dengan minah ni dah kalau mulut kemain laju macam peluru kalau time argue. Pastu nak menang aje. Icha ni jenis educated. Masa aku kenal dia, dia tengah sambung PhD.

Aku pulak just diploma Engineering dekat politeknik. Kerja govt level biase saja. So aku rasa Icha ni macam berlagak dia tahu semua benda.

Tapi satu kelebihan Icha ni (aku tak sure la perempuan lain macam ni jugak ke), bila dia dah gaduh dengan aku teruk teruk, dah keluar ayat power semua, dia memang akan minta maaf and pujuk aku.

Padahal aku yang mencetuskan pergaduhan tu kadang kadang. Even masa ni belum kaple lagi.

Dia punye pujuk tu level matahari pun boleh sejuklah kirenye. Aku rasa dia ni jenis susah nak kawal marah or memang jenis garang and susah kontrol.

Tapi pastu menyesal lepas dah mengamuk. Aku selalulah nasihat dekat dia, “jangan perangai macamni susah doh ko nak kahwin nanti. Laki ni ego, bla bla bla”. Dia dengar tapi esok tu ulang balik. Haha.

Aku mesej dia selama 6 bulan then baru jumpe face to face. Bile jumpe and cakap dengan dia, serius lain dari bila mesej. Ayat dia sopan saja.

Takdelah garang macam dalam mesej and aku suke tengok dia senyum and ketawa. Eh dah kenapa aku ni. Macam tersuka pulak.

Icha ni takdelah lawa sangat tapi dia jenis perempuan yang suka pakai baju kurung, tudung bawal jatuh and letak pin tu saja. Jumpe aku pun pakai selipar jepun. Sempoi orangnye.

So dipendekkan cerita, despite dia yang garang and suke mengaum, cepat trigger and kalau marah boleh jadi hantu kak limah tu, aku propose nak kahwin dengan dia even aku mase tu takut jugak kalau dia tak boleh respect aku lepas kahwin.

Sebab masa tunang pun dia ni memang nak mengamuk and mulut kemain laser. Aku sabar saja sebab entahlah. Aku suka bile dia pujuk aku.

Rasa cair saja. Sebab dia memang chase aku giler giler kalau aku marah or merajuk. Hati aku sakit tapi aku boleh cool down bile dia merayu minta maaf macamtu.

So ape aku nak cerita sebenarnye adelah, lepas saja kahwin, apa yang aku takuti tu semua tak terjadi. Icha ni dari jenis mengaum macam harimau terus jadi manja macam kucing.

Lepas tu dia layan aku baik and respect aku sangat sampai aku cakap dekat dia “Tak payahlah sampai nak keluar sidai baju pun sayang nak telefon abang minta kebenaran”.

Masa tu aku dekat ofis and dia habiskan cuti tahunan dekat rumah. Adoi. Tapi aku suke saja. Haha.

Dia tak reti masak sangat tapi sanggup beli buku masakan, belajar dengan mak aku makanan kegemaran aku, belajar kat youtube sebab nak buatkan aku bekal everyday.

Dan tak pernah lepas kahwin kalau gaduh, dia melawan aku. Kalau dia marah, aku tengok airmata dia saja mengalir pastu dia tutup muka dekat bantal.

Ada sekali tu dia marah sebab ada benda tak puas hati dengan aku, pastu dia pergi mandi. Keluar saja bilik air, terus senyum and cakap “Bestnye air sejuk, marah pun boleh hilang,” Tak jadi aku nak sambung gaduh dengan Icha.

Itulah Icha, perempuan garang yang aku pernah cakap tak mungkin aku akan kahwin tu.

Aku selalu syukur aku pilih jugak dia walau dalam hati aku dulu, aku takut sangat dia akan jadi queen control, mem besar or takleh respect aku sebagai suami.

Terima kasih isteri abang Icha, sebab Icha buktikan yang perempuan garang and educated dari laki selepas kahwin, boleh saja letak lelaki selayaknya sebagai suami.

Abang minta maaf sebab selalu meragui Icha sebelum kahwin.

Terima kasih sesiapa yang sudi baca.