Aku try call hotel suami sbb hp dia tertinggal. Terkejut bila ada suara perempuan angkat telefon tu. Aku terus siasat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku seorang isteri dan juga ibu. Mempunyai anak dua orang satu lelaki dan satu perempuan. Umurku dan suami ku 30-an. Jarak 4 tahun usia antara kami.

Aku nak bercerita tentang suami ku yang tercinta yang ku beri nama Abu. Aku dan Abu dulu berkenalan dalam 1 tahun setengah sebelum kami decide untuk berkahwin.

Tapi sejujurnya kami telah hidup bersama seawal perkenalan kami baru 10 bulan. Waktu tu muda lagi dan masih berseronok.

Aku pun sebelum kenal Abu, pernah menjalinkan hubungan dengan suami orang. Lebih dari ‘kawan’.

Tapi semenjak aku kenal Abu, aku nak bertaubat. Nak ajak sama taubat sebab kami datang nya dari keluarga yang baik baik. Abu pun bersetuju.

Sepanjang kenal Abu, walaupun hidup dalam kemaksiatan, Abu sejenis solat dan Qada Subu kalau terlepas. Macam aku kata dia datang nya dari keluarga yang baik baik. Tapi nfsu menguasai segalanya.

Cut to short, selepas dua minggu bernikah, Abu kantoi curang. Aku tahu Abu ada phone lagi satu. Tapi aku tak tahu password dan tak pernah meminta. Aku sedih sangat sangat.

Di saat aku busy dengan kelas hujung minggu master, Abu contact perempuan lain dibelakang aku. Waktu aku berpeluh peluh masak, dia call dengan perempuan lain.

Ini semua aku dapat tahu waktu kantoi. Abu menangis bila tengok aku menangis. Dia janji tak buat lagi. Kata nya. Aku memberi peluang, tapi take time juga untuk aku melupakan.

Kerap aku nangis dan setiap masa tu ada yang Abu pujuk, ada yang Abu tak pujuk dan marah aku kerana tak percaya akannya.

Itu kisah di awal perkahwinan. Sekarang Abu dah berjaya. Berada di atas. Tapi tiada masa untuk aku dan anak anak.

Namun begitu, dalam tempoh 3-4 bulan busy, Abu akan bawa kami bersama berjalan ke luar negara tiap kali Abu ada outstation. Yang ini aku salute sebab Abu akan kerja at the same time dan luangkan masa bersama anak anak.

Tapi semenjak PKP haritu, Abu tak dapat ourtstation, jadi tiada lah trip berjalan ke luar negara. Sampai lah sekarang border dah mula buka, tapi Abu pergi outstation tanpa bawa kami. Atas alasan sekarang SOP strict.

Company pun restrict untuk bawak keluarga. Even aku sendiri tak dibawa. Aku cuba memahami walaupun pernah bergaduh sebab Abu jarang luangkan masa bersama anak anak.

Baru baru ni Abu ada outstation ke luar negara. Seperti biasa, tak dapat nak bawa kami anak beranak.

Ada satu malam tu anak aku, Diana demam panas dan dimasukkan ke ICU. Danial aku hantar ke rumah kakakku. Aku cuba untuk call hotel suamiku sebab handphone nya tak dapat dihubungi.

Receptionist: He is not in yet. But if its emergency you can talk to his wife.

Excuse me…? Aku dah pelik kenapa begitu. Sebab aku isteri nya. Aku fikirkan receptionist salah orang. Tapi bila di tanya nama dan nama wanita itu, aku confirm itu adalah suami ku, dan salah seorang colleague office dia.

Menyirap drah aku. Aku investigate further. COO dia sendiri seorang chinese mengaku dekat aku yang suami aku ada hubungan dengan seorang wanita lain di office nya.

PKP ni lagi rancak lah kata rindu tak dapat jumpa. Lepas PKP bawa berjalan. Banyak cantik dia.

Aku sabar dan stop trying to reach him. Aku anggap ini adalah kifarah untuk aku yang pernah menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Aku perlahan lahan make peace with it dan uruskan urusan anak aku Diana. Diana makin sihat tapi Danial pula tiba tiba sakit.

4 hari outstaion, suami pulang tapi tidak terus ke rumah, tapi kata nya ada urusan pula di Penang untuk 3 hari.

Aku confirmkan dengan CFO tempat suami berkerja dan berharap dia berlaku jujur. Ternyata tiada apa apa urusan dan suami sebenarnya mengambil cuti.

Pesanan whatsap aku tak dibaca tentang Diana sakit dan kini, Danial. Aku sabar lagi tunggu dia pulang.

Setibanya Abu ke rumah, dia terkejut lihat Diana tidak mahu akannya, dan Danial yang dah sihat menangis bila tengok abi nya. Aku?

Aku dah make peace with it. Semenjak kantoi 6 tahun yang lalu, aku dah redha kalau kalau perkara macam ni berlaku. Aku anggap ini ada lah balasan di dunia Allah bagi cash.

Abang aku berdepan dengan Abu sendiri kata aku dah tahu pasal kecurangan nya. Walaupun Abu dan aku satu rumah, aku tak bercakap dengannya dan melakukan tugas ku sebagai isteri dan sebaiknya. Abu diam.

Silent treatment buat Abu tak tentu arah. Sebulan juga aku jadi heartless. Tengok muka pun tidak. Rasa berdosa, tapi aku nak redha dan tenang kan diri. Aku minta izin dua minggu bawa anak anak keluar rumah.

Aku bawak anak anak pergi Ipoh, Lost World of Tambun, dan ke Langkawi dalam masa dua minggu. Aku guna credit card Abu. Hahaha…

Begini lah aku sekarang. Masih di Langkawi. Guna credit card Abu. Abu aku tak tahu apa jadi. Dia ada di rumah.

Kak Ani (helper) whatsap aku kata Abu WFH tunggu anak isteri pulang. Tapi kata nya tiada pula call or contact siapa siapa. Kata nya kelihatan serabut tak seperti selalu.

Helper kami memang kaki gossip. Aku layan sahaja.. Esok aku akan pulang. Aku dah hidup lavishly dengan credit card dia dua minggu ni.

Sebelum ni aku cukup menjaga kewangan. Hidup bersederhana. Walaupun dah mampu nak hidup beli rumah landed pun aku tetap dengan rumah appartment kami yang biasa biasa sahaja cukup dah bagi aku dan anak anak. Nak biasa kan hidup bersederhana pun ada cabarannya..

Doakan hati aku lembut menerima, dan suami aku berubah ke arah yang lebih baik. Aku sayang kan dia, dan aku percaya dia sayang kan perkahwinan kami.

Doakan aku kuat, dan doakan Abu bertaubat dan hentikan hubungan tak halal ni.

Thanks sudi baca. Hanya ingin meluahkan. Next week mungkin aku akan book sesi kaunseling. Doakan aku kuat ya.