20 tahun lepas aku sendiri nampak masalah family tu sebab kahwin lari lepas tak dapat restu dari nenek. Dekat situ mula lah makcu

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca, perkenalkan diriku sebagai Mas.

Maaf jika cerita ini menimbulkan kurang senang kepada sebahagian pembaca.

Namun aku cuba untuk bertanya di platform ini mungkin ada yang berpengalaman seperti keluarga kami atau mempunyai kepakaran dan pengetahuan tentang masalah ini.

Masalah kami adalah mengenai harta pusaka.

Aruwah abah telah meningggal dunia pada Oktober 2020 selepas terlantar akibat kemlangan pada 2017.

Aruwah abah anak yang sulong, meniinggalkan seorang isteri (ibu kami) dan 4 anak semuanya perempuan berusia antara 30an hingga 20an.

Semua sedia maklum bahawa tanpa anak lelaki, harta aruwah abah turut berhak ke atas adik beradiknya. Abah mempunyai 3 adik lelaki dan seorang adik perempuan bongsu yang kami gelar makcu.

Untuk pengetahuan, makcu tidak mempunyai hubungan baik dengan abah dan semua abang abangnya.

Ketika kecil kira kira 20 tahun lalu, aku menyaksikan detik permasalahan keluarga itu apabila makcu kahwin lari selepas pasangan yang diperkenalkan tidak mendapat restu nenekku.

Maka, bermulalah pertelingkahan antara makcu dan kesemua abangnya.

Seluruh keluarga memulaukan dia kerana kejadian itu. Namun, dalam 5 tahun lalu hubungan mereka sedikit pulih walaupun tidak begitu mesra.

Bagaimanapun, berlaku sekali lagi pergaduhan apabila makcu tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka aruwah datuk dan nenekku yang diuruskan abang abangnya.

Kerana mereka mempunyai 4 adik beradik lelaki dan makcu seorang perempuan, maka bahagiannya tidak banyak dan dia memberontak mahukan sama rata, enggan ikut faraid kata abahku.

Namun, abah dan pakcik semua tidak pedulikannya menyebabkan makcu sekali lagi naik berang dan membuang keluarga.

Kini, selepas bapaku meniinggal dunia, kami sebagai anak anak pernah hubungi makcu untuk maklumkan perkara itu.

Namun dia perli kami adik beradik katanya tak pernah cari dia sebelum ini, abah dah meniinggal dunia baru nak contact. Dia enggan bercakap dengan kami di telefon.

Mustahil untuk kami hubunginya sebelum ini kerana dia pernah lantang berkata kepada saudara mara bahawa dia tidak lagi punyai adik beradik dalam hidupnya.

Abah menganggap dia sendiri benci dengan keluarganya. Sikap makcu yang baran menyebabkan kami adik beradik tidak berani untuk hubunginya.

Kini, hampir 2 tahun abah meninggal dunia dan harta pusaka langsung tidak terusik. Urusan pusaka tidak dapat dijalankan kerana makcu enggan bagi kerjasama.

Pakcikku ada bercerita kejadian sama sebelum ini bahawa mereka pernah melantik lawyer untuk urusan tanah pusaka datuk dan nenek, tapi makcu berkeras hati tidak memberikan kerjasama.

Lawyer telah menghantar surat dan pergi ke rumahnya di Terengganu tetapi tidak dilayan sehinggakan urusan itu tergendala sampai sekarang.

Di sini, aku ingin bertanyakan kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan berkaitan situasi sama untuk berkongsi apa tindakan yang boleh kami ambil? Kerana mustahil untuk membiarkan pusaka abah terus tergantung.

Segala harta pennggalan seperti rumah, kereta dan tanah perlu dipinda milik agar nama aruwah abah dapat digugurkan.

Namun, kami juga dimaklumkan jika salah seorang waris enggan beri kerjasama, proses faraid atau persetujuan untuk pembahagian harta takkan dapat diteruskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *