Lepas tak sebumbung dgn aku, dia terus kahwin degan perempuan tu dan now l mereka ada 2 anak. Kalau dia dtg ak sembunyi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku buntu dengan masalah ni, keliru dengan perasaan sendiri. Tak pasti apa yang harus aku lakukan.

Aku tak tahu apa yang terbaik untuk masa depan kami. Haruskah aku merampas dari perampas dan beri dia peluang terakhir?

10 tahun lepas aku kenal dia. Kami macam remaja yang lain, dilamun asyiknya percintaan. Selepas aku tamat belajar kami pun mendirikan rumahtangga.

Tapi sayangnya mahligai yang dibina hanya bertahan 3 tahun lebih. Alhamdulillah syukur dalam tempoh perkahwinan kami dikurniakan sepasang anak comel.

Asam garam rumah tangga, terkadang bahagia, terkadang sebaliknya. Kami hidup susah bersama, aku korbankan segalanya untuk membantu ekonomi keluarga.

Tapi dalam tempoh perkahwinan tu, dia berubah. Dia berubah sejak dia dapat kerja yang lebih baik.

Aku bagai halimunan bagi dia, dia abaikan tak bagi kasih sayang pada aku. Rupanya dia berubah sebab dia ada perempuan simpanan.

Aku dicerraikan masa anak masih “baby” lagi. Aku terpaksa berpisah walaupun hati masih cintakan dia.

Terpaksa terima sebab dia dah mengandungkan perempuan tu.

Lepas beberapa bulan berpisah, dia pun terus berkahwin dengan perempuan tu, dan sekarang mereka ada 2 anak.

Sejak tu aku banyak kali lari dari dia. Segala urusan tentang anak atau nafkah anak, dia hanya akan berhubung dengan keluarga aku.

Kalau dia atau keluarga dia datang rumah, sebolehnya aku lari berkurung dalam bilik.

Aku lebih rela bersembunyi dari nampak bayang dia, aku bertindak begitu sebab hati ni sakit sangat. Hanya kerana aku masih cintakan dia.

Aku dah sedaya upaya menafikan hati ni. Aku cuba padamkan dia dari hati aku. Aku pernah cuba berkawan dengan orang lain, tapi hati tak boleh terima.

Selepas aku dah boleh terima hakikat dan mula selesa hidup dengan anak anak, dia muncul kembali.

Beberapa bulan lepas anak aku jatuh sakit, dan aku terpaksa berhubung sendiri dengan dia secara bersemuka. Sejak dari tu dia mula mengayat aku semula.

Aku terima pelawaan dia untuk keluar bersama. Bagi aku, biarlah anak anak merasa ada keluarga lengkap walaupun untuk beberapa jam.

Untuk pengetahuan sejak berpisah, dia selalu ambil anak sulung masa dia cuti. Tapi dia tak pernah ambil anak yang bongsu, sebab anak bongsu tak boleh berenggang dengan aku. Dia tak nak ikut bapa dia.

Demi melihat anak anak aku bahagia, aku temankan mereka berjumpa berjalan dengan bapa kandung. Dan dah beberapa kali kami keluar bersama tanpa pengetahuan isteri dia.

Aku kalah dengan hati sendiri. Layanan dia, cara dia mengambil hati aku. Semuanya seakan akan membalut hati ni.

Luka aku kembali sembuh. Tapi aku tak rela bermadu atau dimadukan. Dan aku yakin dia takkan mampu berlaku adil.

Dia dah meluahkan hasrat dia untuk memperisterikan aku semula. Dia kata dia sanggup lepaskan isteri dia, demi aku dan anak anak.

Aku buntu. Haruskah aku beri dia peluang terakhir? Haruskah aku merampas dari perampas? Aku tak tahu mana jalan yang harus ku pilih.

Aku cinta dia, aku bahagia melihat anak-anak gembira merasa seperti ada keluarga lengkap. Tapi bagaimana dengan nasib perempuan tu.

Kejam kah aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *