Masa tu adik aku baru 20an masuk universiti. Tiba-tiba kena main pulak dengan lelaki 30an. Aku rasa macam nak cari je laki tu

Aku memang tak dapat lupakan hari adik perempuan aku bagitahu dia dah tak ada darra. Padanlah berbulan mata bengkak, rupanya menangis ditinggal ex yang dah ambil maruah dia. Dalam hati aku memang mencarut saja dekat laki sial tu.

Time tu adik aku baru awal 20-an nak up dekat universiti dah kena main teruk dengan laki tua lingkungan 30 tahun.

Kalau remaja aku tahu la memang tak boleh fikir waras, ini dah tua sel otak masih tak berhubung.

Aku kalau boleh nak cari laki tu bagi penumbuk sampai gelap masa depannnya, nasib baik adik aku halang.

Dia cakap dia dah bongkarkan dekat mak laki itu sebab nak lelaki itu bertanggungjawab, tetapi mak dia pun macam tak kasi sebab nak jaga maruah keluarga sendiri.

Konon nak perempuan yang baik bukan nya yang telah berziina.

Ex adik aku pula marah adik aku sebab bagitahu mak dia dan terus tinggalkan adik aku sebab “respect” mak dia.

Adik aku memang nampak depress. Adik aku kata yang dia dah sayangkan ex dia sepenuh hati dan bagi segalanya tapi kenapa kena tinggal?

Adik aku dah insaf taubat tapi memang nampak struggle nak move on. Ye lah, adik aku ikhlas cinta dah percaya ex dia sepenuhnya, tu sampai maruah pun tergadai.

Dekat depan adik aku, aku hanya mampu pujuk suruh dia lupakan lelaki itu dan berdoa, tetapi bila aku masuk bilik, aku pula yang menangis sebab aku rasa aku gagal lindungi dia.

Ini baru cerita dekat aku, bayangkan kalau bapak aku tau, tengok anak perempuan kena game teruk, lepas tu kena buang macam tak ada harga. Memang parang lah keluar.

Kadang kadang saja adik aku luahkan, sebab dia tak tahan nak hadap sorang rasa kena betrayed teruk dengan lelaki itu dan terlampau ikut hati sampai berziina.

Biasalah, ex dah janji nak sehidup semati sampai cakap sanggup mati demi adik aku. Last last, mak ex tahu terus lenyap. Kau ni bukan curi duit tau nak main hide and seek, kau hancurkan adik aku, a real person!

Janganlah nak bdohkan diri buat macam tak faham situation. Kau tak nak responsible pun, kau datang minta maaf dekat adik aku elok elok. Minta maaf dekat parent aku! Kau cari nahas berani pandai, bila nak settlekan pengecut akal pendek.

Aku memang cakap straight saja dekat adik aku yang lelaki tu tak ade otak dan nfsu syaiitan.

Kau ingat kalau laki tu tak start pujuk tunjuk itu ini, tiba tiba adik aku offer kasi dara ke dalam keadaan diri sendiri pun tak tahu s3ks tu apa jadah.

Maaflah aku memang geram dekat ex adik aku dan aku tak akan maafkan dia sebab buat adik aku mainan puaskan nfsu, sebab dia naïf buta cinta.

Mak bapak aku dah penat bagi yang terbaik dari kecil, sampai dekat ex terus musnah hidup. Dah rosakkan maruah, lepas tu rosakkan hidup dia pula dicampak tepi dalam keadaan tengah merayu simpati.

Aku tahu kau sedar saja apa kau buat, tapi buat buat tak faham. Bab mak ex tu reti pula nak jaga maruah keluarga.

Ingat keluarga kau saja ke hidup dalam realiti kena dijaga perasaan elok elok dipandang baik? Orang lain ini semua fantasi hiasan dunia tak ada perasaan?

Adik aku dah bertaubat cuba melupakan ex dia, siang malam berdoa menangis sebab takut nak hadap masa depan.

Kadang kadang dia nampak okay gelak gelak, tiba tiba menangis cakap ex dia lari sebab dia tak ada value macam perempuan lain ke?

Dia duduk tanya kenapa dia tak deserve disayangi macam perempuan lain, padahal dia dah bagi hidup dia.

Aku malas nak cakap yang laki tu nampak adik senang saja, tak kahwin lagi dah sayang melebihi isteri, so buat apa susah nak kahwin.

Self-esteem adik aku jatuh teruk dan dia rasa sangat insecure. Masa mungkin akan hilangkan rasa sayang dia dekat ex, tapi diri yang rosak akan kekal dan masa hadapan memang susah nak jamin.

Kau laki selagi tak kena dekat batang hidung kau memang akan buat bodoh macam benda tak wujud.

Ingat perempuan tu tak takut ke hadap masa depan yang jauh lagi gelap dari kau? tapi still tabahkan diri hadap ketakutan tak macam kau.

Ikut hati, aku tak kasi adik aku jumpa dah ex tu, tapi nampak dia masih degil nak pertahankan maruah dia, jadi aku teman saja few times.

Malu aku sebagai lelaki tengok ex dia lari lintang pukang nak sorok muka sampai akhirnya, adik aku yang terpaksa beralah give up.

Lawak tengok kau berusaha nak selamatkan diri lari dari perempuan yang kau rosakkan macam hina sangat adik aku ni. Kau taubat tu dosa dengan Allah saja tau.

Bukan taubat namanya kalau selamatkan diri sendiri biar orang lain tanggung beban yang kau buat.

Lepas tu konon restart hidup baru, lupakan masa silam dan cari bini solehah. Kau masih perosak anak/ adik/ bakal isteri/ bakal ibu orang.

Aku tak nak pun kau kahwin dengan adik aku sebab memang nampak jenis laki tak boleh pakai, tapi tinggalkan pun elok elok la sikit.

Ini bila dia demand responsible sampai naik gila, kau nak marah cakap dia murahan tak ada laki lain sanggup terima like apa jadah bro.

Nak jalan penyelesaian yang kurang kesan negatif dekat diri sendiri saja. Yelah, kau kan karakter utama dalam dunia ni, nama baik kau saja kena jaga.

Kalau kau sebelum ambil dara perempuan duduk pujuk dengan ayat geli jiwang, taraf kau lagi hina dari pergol.

Sekurangnya pergol tak manipulate dengan kata kata jiwang, kasi kepercayaan dan sayang dulu.

Aku emo macam perempuan dah sebab sakit weh tahu dan hadap adik sendiri kena game teruk dengan laki.

Manipulate perempuan semata nak puaskan nfsu padahal perempuan bersungguh cinta, lepas tu dump dia bila rasa beban kena demand ambil tanggungjawab.

Ada hati pula tu nak cari perempuan lebih baik nak jaga maruah sebab konon perempuan berzina dengan kau, dah cop jahat.

Aku nak minta tolong yang membaca supaya doakan lelaki seperti ini juga gelap masa hadapannya dan ingat, zina itu hutang ye. Allah akan balas setimpal tepat pada waktunya.

Sekarang kau seronoklah adik aku back off, tak perlu susah nak lari dalam ketakutan dah. 3 tahun dah berlalu dan adik aku dah tak sama macam dulu.

Dengan aku dan ayah pun dia nampak tak selesa sebab aku rasa, dia hilang kepercayaan dekat lelaki. Aku rasa kehilangan adik dan gagal.

Tapi syukur, adik aku makin dekatkan diri dengan tuhan dan bukan sebaliknya. Aku pun cuba jadi lebih prihatin untuk jaga dan bimbing dia.