Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sedikit pengenalan mengenai aku. Panggil aku Nazmi, seorang suami dan bapa.
Long short story, sebelum ni aku bekerja di Brunei dengan jawatan yang agak stabil. Kiranya aku ni PJJ la dengan wife dan anak aku.
Wife aku seorang surirumah. Kami dah hampir 4 tahun PJJ. Tapi sejak C0vid 19 melanda, PJJ kami jadi lama. Paling lama 2 tahun aku tak balik.
Hari hari aku berhubung dengan wife dan anak melalui Whatsapp. Wife aku seorang yang sangat baik, setia dan boleh kata cinta mati pada aku. Beruntung sangat aku dapat menikahi dia.
Tapi, isteri aku tak beruntung bersuami kan aku. Aku jahat, aku dayus, aku terlalu berdosa dengan isteri aku.
Sepanjang PJJ, kadang kadang isteri tak terlayan aku sebab dia pun ada bisnes online dan jaga anak.
Kadang kadang dia mental bila aku call banyak kali bila dia tak angkat. Pasti aku dimarahi, katanya aku ni tak faham bahasa. Aku faham dia stress, tapi aku berkecik hati.
Dan sejak itu, aku mula mencari seseorang untuk menutup kesunyian aku. Mula mula aku minta nombor, ajak makan sama sama dan akhirnya kami bercinta.
Wanita itu tahu status aku, tapi dia tetap nak teruskan hubungan kami memandangkan dia pun baru berpisah dengan teman lelakinya.
Makin lama hubungan kami makin rapat, dan akhirnya kami terjebak dengan ziina. Bukan sekali, berkali kali kami check-in hotel untuk bersama.
Sepanjang tempoh itu, aku tetap melayani baik isteri dan anakku. Hari hari kami bersembang melalui Whatsapp. Dan hubungan aku dengan skandal pun tidak pernah kantoi sampai sekarang.
Tapi bila isteri aku dah mula melayani aku dengan baik, dah mula tunjuk rasa rindu dan sayang dia pada aku, aku mula rasa bersalah tipu dia hidup hidup. Aku cuba ambil cuti dan pulang ke pangkuan keluargaku.
Dan sepanjang aku di rumah, aku memang terus hentikan sebarang perhubungan dengan kekasih gelap ku kerana takut kantoi. Lama kelamaan, dia pun tinggalkan aku dan tukar no Hp tanpa dapat aku jejaki lagi.
Sepanjang di rumah bersama isteri, aku dilayan sebaiknya sebagai seorang suami. Rasa bersalah semakin membuak buak dalam diri sehingga lah isteri aku terjumpa screensh0t mesej aku dengan kekasih gelap.
Memang jelas nampak kecewa pada raut wajah dia. Aku kelu, tidak tahu nak respon bagaimana. Lalu, dia meminta izin untuk pulang ke kampung.
Aku tak ada pilihan, aku terpaksa bagi dia masa untuk bertenang.
Aku betul betul buntu, aku yakin kebolehan seorang isteri untuk mencari bukti semua. Dan aku percaya naluri seorang isteri kebanyakannya tepat.
Aku risau sekiranya perbuatan terkutuk aku terbongkar. Aku betul betul risau dibenci isteri dan ditinggalkannya.
Aku sayang rumahtangga aku, aku sayang isteri dan anak aku. Tapi layakkah untuk aku diberi peluang kedua. Aku betul betul rasa berdosa.
Boleh ke isteri aku maafkan aku dan terima aku semula selepas dia tahu kebenaran nya.
Buat isteriku Faiqah, saya minta maaf sangat sangat.
Saya tahu ayang pun selalu layan confession sini. Andai ayang ternampak post ni, saya merayu pulanglah semula. Maafkan saya, saya betul betul rasa berdosa.
Aku seorang suami pendosa, tapi aku mohon berilah peluang buat aku.