Tak sangka umur dah 40an, aku masih laku sebab aku dikejar oleh suami orang. Dia cuba call aku, datang sampai rumah,

Assalamualaikum dan hai semua. Nama aku Ann, tahun ni genap umur 35. Masih bujang dan belum ada hubungan serius. Bekerja biasa biasa dan rupa pun biasa juga.

Ceritanya, aku sempat membeli dan berpindah rumah sebelum PKP yang pertama lalu. Rumah kondo di tengah bandar metropolitan.

Permulaan semuanya indah, yer la dah lama teringin nak ada rumah sendiri setelah berbelas tahun menyewa.

Masalah bermula bila aku berkenalan dengan Rizal (bukan nama sebenar) jiran depan rumah. Fuh, intro pun dah serupa drama.

Awal perkenalan aku ingat kan dia bujang. Mana taknya, duduk seorang dan tiada tanda tanda milik orang.

Tiada heart feeling antara aku dan dia, sekadar terserempak di lif, tempat parking kereta, depan pintu rumah dan sesekali lepak mengopi di kedai mamak bawah rumah.

Topik perbualan pun kadang kadang random dan merepek tentang hal negara. Entah kenapa perbualan kami tidak pernah ke arah peribadi, seperti umur berapa, asal mana, adik beradik berapa ramai, dah berpunya atau belum, etc.

Yang aku tahu dia seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional negara. Entah betul entah tidak, tapi tiap kali jumpa aku perasan lanyard hijau dia dalam poket seluar. Hubungan yang aku anggap sekadar jiran yang kebosanan.

Setelah hampir 5 bulan berjiran, baru aku tahu dia sudah beristeri dan mereka PJJ. Isterinya bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi.

Tu pun sebab masa tengah lepak mengopi, anak tiri dia video call. Anak tiri duduk dengan mertua dia, dan dari cerita dia, diaorang memang rapat.

Sejak tahu dia sudah beristeri, memang tak la aku nak lepak mengopi lagi dengan dia. Hilang akal apa, nanti dituduh penyondol tak ke naya.

Bermacam alasan aku bagi, sibuk kerja, penat, malas eh macam macam la. Dan tak lama lepastu PKP 1.0 pun menjelma

Sepanjang PKP, aku memang bekerja dari rumah, dan Rizal kadang kadang ke ofis kadang kadang di rumah. Bagaimana aku tahu?

Setiap kali dia ke ofis, mesti ada makanan yang dia belikan untuk aku. Dari sekecil kecil karipap, sampai kadang kadang Tony Romas. Walaupun berkali kali ditegah, tetap juga belikan.

Sampai kemuncaknya, aku berterus terang tentang ketidak selesaan berhubungan dengan dia begitu atas faktor dia suami orang.

Dan dia dengan berani juga berterus terang telah jatuh suka pada aku. Gila ke apa, bini dia tahu nanti dah aku yang dikata menggatal pula.

Setelah meluahkan perasaan, Rizal mula berani menghantar mesej bunga bunga cinta. Dan kadang kadang call tengah malam sekadar nak ucap ‘Good night, sweet dreams’.

Jika aku tak angkat call, standby door bell pula berbunyi. Alasan dia, risau aku tak sihat dan dijangkiti c0vid.

Bila umur hampir 40an ni, dikejar oleh suami orang tak pernah difikir oleh akal aku.

Disebabkan runsing dengan kelakuan pelik dia, aku ambil keputusan block nombor dia dari menghubungi aku. Dia tekan bell, aku pekakkan telinga.

Dah tak dapat hubungi/jumpa aku, kad dan bunga pula menjengah ke pintu rumah. Makanan tu tetap ada juga.

Kadang kadang aku biarkan, esok esok aku humban dalam tong sampah. Belum kira entah nombor siapa dia guna call aku sepanjang malam.

Rumah yang dulunya ibarat ‘rumahku syurgaku’ bertukar menjadi tempat menakutkan buat aku.

Nak keluar buang sampah pun jenuh mengintai dahulu. Belum kira tiap kali keluar aku harap tak terjumpa dia. Gugur jantung habis bersepai.

Sepanjang tempoh PKP adalah waktu paling mengerikan, sudah lah keluarga, adik beradik semua jauh terpisah negeri, dengan sekatan pergerakkan lagi.

Makin lama aku rasa boleh jadi kemurungan berhadapan orang seperti Rizal.

Panjang lagi sebenarnya apa yang terjadi dari tempoh PKP hingga sekarang. Lagi lagi aku dah mula kembali bekerja.

Seawal subuh aku dah keluar rumah, dan selewat mungkin aku pulang. Semuanya kerana nak mengelak dari terjumpa dengan dia.

Nak buat report polis, aku tak tahu la diaorang terima ke tak.

Rizal tak pernah buat perkara yang mendatangkan kecederaan atau membahayakan nyawa aku, cuma sikap dia hampir dua tahun ni buat aku lelah dan menyeksa jiwa. Adakah dia manusia psikopat?

Sekarang ni, aku sendiri pun tak tahu nak buat apa. Nak buat laporan polis, atas sebab apa? Pindah rumah, bukan pilihan terbaik yang aku ada.

Cari suami, siapa lah yang nak dekat aku sekarang ni. Rakan serumah, aku tak rasa Rizal peduli. Lagipun aku sendiri tak rela berkongsi.

Atau aku upah mamat mana mana menyamar jadi pakwe aku, rasa rasa menjadi tak? Aku terfikir untuk beritahu isteri dia, pandai pandai lah nanti aku cari bagaimana. Cuma, rasa rasa adakah isterinya akan percaya?

Sekian