Yg nampak mereka nampak kak ipar hanya mewah2 guna harta suami dia. walhal merakq tak nampak yg sebenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa perlu buat jika dapat mak mertua dan adik beradik ipar yang berlebihan dalam berbelanja sedangkan isteri sendiri pun cuba sedaya upaya ikat perut makan ala kadar supaya tak membazir?

Ceritanya seperti ini, saya sekeluarga tinggal luar negeri dari negeri keluarga mertua jadi keluarga mertua jarang ke rumah saya. Ibarat satu di utara satu di selatan.

Kebetulan hari anugerah anak saya, saya menjemput mereka datang ke rumah dan saya tidak menyangka mengundang mereka dengan mata iri hati melihat perabot di rumah saya.

Kalau nak diikutkan kedatangan mereka 2-3 tahun lepas rumah kosong sahaja tanpa perabot.

Sejurus mereka pulang, mereka meminta sejumlah wang rm5000 dari suami saya untuk membeli perabot. Suami saya cop duit mungkin!

Di rumah saya mempunyai kabinet tv yang dibeli setelah 6 tahun berpindah ke rumah ini. Selama tinggal di sini kami menggunakan papan ikea sekadar untuk meletakkan electric devices yang melekat pada tv.

Idea saya untuk berjimat dan tak plan untuk membeli cabinet tv lagi setelah berpindah masuk.

Untuk pengetahuan semua walupun perabot tu nampak mahal dan dilihat dalam keadaan hasad tu berharga RM900 dibeli dari china (shoppee) sampai dalam masa 3 bulan tanpa siap dipasang!

Disebabkan husband saya bekerja jauh, dibeli semasa PKP 2020 jadi saya yang memasang sendiri perabot tersebut dan memgambil masa 5jam untuk dipasang.

Perabut tu bukan ringan ya tuan puan. Sehingga 2 orang lelaki (courier) terpaksa mengangkat masuk ke dalam rumah dan mereka terkejut betapa beratnya perabut tersebut.

Perihal keluarga mertua dan adik ipar, bila dijemput ke rumah lain pula yang jadi.

Yang mereka nampak kak ipar bermewah mewahan dengan harta suami.

Yang mereka tak nampak, strugglenya ibu dan isteri menjaga anak dan rumah selama 6 bulan suami tiada di rumah.

Sayalah ibu sayalah ayah. Tanpa pertolongan sesiapa, saya tanggung sendiri.

Tambahan keluarga saya sendiri tinggal di luar negeri. Suami saya bekerja kali ini, saya cuba sebaik mungkin untuk tidak membazir supaya husband saya boleh balik ke Malaysia dan bercuti lebih dari 3 bulan dengan tenang.

Berbanding cuti suami yang lepas, suami saya bercuti tidak sampai 2 bulan atas faktor kerja. Tapi pada saya sebab duit.

Mereka tanpa segan silu meminta wang sejumlah itu yang merananya saya dan anak bercuti dengan suami dalam masa yang singkat kemudian berjauhan semula dalam jangka masa yang lama.

Secara jujurnya saya penat hadap semua ini seorang diri. Buat semua benda seorang diri.

If they are at my place least at my son’s place where are their humanity when they can enjoy my husband’s money while my kid and me juggling the deepest feeling want a husband and dad to be home with us for a quite sometime?

Memang kerja husband cari duit dan diperhabiskan oleh ‘kami’ saja ke??

Terbinasa dengan mata hasad, AM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *