Syukur sangat lelaki aku sangat memahami kenapa aku suka tidur gelap-gelap dengan dia

Assalamualaikum dan salam semua. Yang baca tajuk tu, jangan salah faham ye. Aku tak suka gelap tu, bukan tak suka pada kulit orang, tapi pada persekitaran.

Aku Nasuha (bukan nama sebenar) umur aku 28 tahun, dah jadi bini dan mak orang pun tapi aku takut gelap.

Kalau aku nak tidur pun, memang aku buka lampu sampai subuh. Bila aku duduk rumah aku ke, aku balik rumah ayah aku ke. Benda wajib aku buat, aku akan buka lampu setiap penjuru.

Sebab imaginasi aku akan merasakan tempat yang gelap tu ada memerhatikan aku dalam diam. (Tu kalau aku duduk dengan anak aku berdua. Kalau suami atau family aku ada, aku takde masalah).

Berbalik pada kisah aku, ada satu sebab kenapa aku takut gelap sampai sekarang.

Masa aku kecil, masa tu aku darjah 5. Ayah aku dia guru besar di sekolah pedalaman. Memang jauh dengan rumah, jadi kami ni tinggal di kuarters guru (ada 2 bilik).

Sepanjang aku duduk di kuarters dulu tiada gangguan lah sebab selama ni aku tidur sebilik dengan abang aku. Abang aku sempat lah bersekolah dekat situ.

Lepas abang aku masuk sekolah menengah, tinggal aku seorang diri. Bila aku tidur seorang tu, maka bermula episod ketakutan aku.

Untuk pengetahuan korang, sebab sekolah tu area pedalaman, jadi kedudukan kuarters aku tu memang dekat sangat dengan hutan.

Belakang dapur tu kalau nak masuk waktu senja tu, babi hutan, anjing hutan, segala hutan lah dan tepi bilik tidur aku pun hutan. Lepas asar tu memang aku tutup tingkap nako awal awal.

Satu malam tu, bila aku nak masuk tidur, aku dah tutup lampu, aku baring baring nak bagi mengantuk.

Secara tiba tiba saja di penghujung kaki aku muncul lembaga berjubah hitam penuh, dengan kepala dia macam tertutup dengan kain hitam.

Masa tu aku yakin dia pandang tepat mata aku. Lembaga tu muka dia tiada, kosong. Aku masih ingat lagi lembaga tu pegang kucing putih.

Aku nak jerit, tak keluar langsung suara aku. Aku pejam mata, sambil baca saja surah yang aku ingat, aku cepat cepat tarik selimut tutup kepala aku.

Aku ingat aku nak buka selak sikit selimut tu, nak tengok sekali lagi. Tapi pada masa sama bimbang juga aku. Kot lah lembaga tu main aucak depan muka aku. Nayalah aku.

Selang beberapa minit tu aku memang dengar kucing tu mengiau di luar selimut. Bunyi dia purring dekat betul dengan telinga aku.

Aku masa tu aku kelu, apatah lagi nak menangis. Cuak kot! Dengan dengar bunyi kucing, siap gesel badan lagi dekat kepala aku.

Last aku tertidur sendiri.

Korang bayangkan dari malam sampai ke subuh aku bertutup selimut penuh badan dengan kepala aku, memang sesak nafas, berpeluh.

Subuh tu ayah aku kejutkan aku untuk mandi pergi sekolah. Masa breakfast tu, aku cerita lah pasal malam tadi dekat mak aku. Tapi mak aku tak percaya sebab mak aku kata aku bermimpi.

Macam mana benda tu mimpi sebab subuh tu aku memang kejut tidur yang aku tengah selimut penuh.

Jadi, untuk aku buktikan aku tak bermimpi. Malam esok tu, aku tidur aku tutup lampu lagi. Biasalah kan, masa tu budak budak lagi. Aku jadi tertanya tanya aku ni mimpi ke tidak.

Malam tu, lembaga tu memang betul ada di hujung kaki aku. Tapi sebab orang tak percaya cerita aku, jadi aku diam saja lah.

Cukup lah dua hari berturut aku kena ganggu, lepas pada tu aku tidur saja buka lampu, alhamdulillah aku dah tak nampak lembaga tu lagi.

Sejak dari tu lah aku memang tidur tak tutup lampu bila aku tidur seorang diri. Bila dah besar ni, adik beradik suka lah perli aku sebab dah jadi mak budak pun, buka lampu lagi.

Hehehe, padahal diorang bukan tahu pun kisah aku.

Nasib baik lah suami aku memahami kenapa aku takut gelap, sebab pengalaman dia lagi teruk masa dia kecil sebab ayah dia (ayah mertua aku) memang dia buat perubatan kampung.

Pengalaman suami aku tengok ayah dia ada 2 orang dalam bilik, seorang lagi di luar rumah. Nanti lah aku suruh dia cerita kalau para pembaca sudi nak baca.

Itu saja lah pengalaman aku. Maaf lah ye kalau rasa cerita aku ni membosankan, aku ni bukan pandai berkarang sangat. Assalamualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *