Aku Natasha, umur 30 tahun. Baru ni aku balik rumah parents, buka store jumpa kotak besar

Assalamualaikum admin juga para pembaca sekalian.

Sedikit pasal aku, Aku Natasha berusia 30an plus plus, berkahwin, mempunyai sepasang cahaya mata dan bekerja dalam sektor professional.

Baru baru ni aku pulang ke rumah parents aku dan terdetik nak kemas stor. Semasa mengemas aku terjumpa satu kotak besar berhabuk yang tak bertulis apa apa.

Tertarik nak tahu isi kandungan, lantas aku membuka kotak itu. Aku lupa benda apa dalam kotak tu eh..

Rupa rupanya isi kotak tu adalah koleksi barang barang sekolah aku dulu. Ada walkman, kaset kaset linkin park, peterpan, radja.. Inteam pun ada weh. Pastu koleksi hadiah dari bestfriend, ada diari then surat surat, kad raya pun ada..

Kenangan dulu menjelma.. Izinkan aku bercerita tau. Maaf sekiranya panjang.

1. Telefon

Aku dulu bersekolah di sekolah berasrama penuh terletak di pantai timur. Zaman 2003 dulu ketika tu Whatsapp pun tak de.

Jadi segala urusan memang melalui surat, kad telefon atau pun SMS (dulu kami student pakai Nokia 3310, masa tu boleh bawak telefon lagi ke hostel).

Naik sahaja tahun baru, tiba tiba sekolah asrama diharamkan untuk bawak fon. Gelupur aku masa tu dahlah parents jauh.

Ayah aku kata tak pe hang bawak saja incase kena rampas ayah beli lain tapi kena rampas lagi juga, ayah tak beli dah. Jadi aku berani bawak.

Satu malam tu aku tak bawak fon ke kelas prep, aku tinggal hp aku dalam bilik bawah bantal. Tiber member aku gelupur cakap ada spotcheck dekat asrama.

Tingkap kelas aku pulak berhadapan dengan asrama masa tu. Lampu dekat sebelah bilik aku dibuka then kemudian tutup. Lampu bilik aku pula dibuka. Sah ada spotcheck.

Lepas tu kitorang pakat angkat kain belaka berlari ke asrama nak selamatkan harta benda. Aku masa tu dah pasrah dah barang aku memang kena rampas punya.

Slow slow kitorang naik ke bilik (lepas kitorang makesure wing kitorang clear), ternyata betul. Handphone aku kena rampas! Semua kena rampas! Nasib walkman aku bawak.

Aku dah gelupur masa tu. Macam macam aku duk fikir weh. Ketar ketar aku macam mana aku nak call ayah dan mak aku, boyfriend aku (eh aku tak de hehe). Tiba aku dapat satu idea.

Pecah masuk rumah cikgu! (Adik adik yang membaca please jangan ikut prangai bangang aku sebab aku memang nakal giila masa tu)

Esok malam tu lepas prep dengan bantuan rakan rakan aku), aku masuk ke rumah cikgu warden aku. Niat aku cuma 1 saja, aku nak ambil fon aku balik. Member aku cover kat tangga wing takut ada orang lalu.

Bila masa sesuai terus aku buka pintu, anehnya pintu cikgu aku tu tak berkunci. Terus aku nampak satu plastik besar dekat ruang tamu.

Aku terus straight godek plastik tu dan tarik fon aku , mujur la fon aku tak sampai ke bawah, so aku dapat cari dengan mudah. Then terus aku keluar dari rumah warden dan kitorang berlari ke bilik masing masing.

Dua hari selepas itu, semasa kitorang dalam waktu kelas pagi, kira kira jam 10 pagi rasanya.. guru aku buat pengumuman minta semua student ke Dewan Besar masa tu.

Tiba kami di dewan tu ada satu kereta polis dan ada beberapa pegawai polis disitu. Aku yang tak syak apa apa siap gelak ketawa dengan member member ni sebab masa tu tengah syok cerita pe entah.

Then Kawan aku si Husna (bukan kalangan geng kami) berkata, “Korang tau tak kenapa ada polis bagai ni? Ada orang pecah masuk rumah warden 2 hari lepas curi telefon. ”

Biru kitorang dekat situ.

Aku tengok kau, kau tengok aku.

Masa tu aku dah habis fikir dah, kalau aku yang kena, aku takkan sesekali petik nama member aku walau kena siksa sekali pun (acah).

Lagipun aku pecah masuk bukan mencuri, aku nak ambil balik fon aku.

The end baru tahu kenapa, rupanya pada waktu yang sama kami pecah masuk, senior lelaki kami juga buat benda yang sama.

Bezanya dia juga kaut phone orang lain khabarnya nak jual. Warden lelaki yang pergi report polis rupanya. Polis itu datang untuk ambil senior kami.

Cerita selepas itu tak pasti dah macam mana.

Tapi ketika itu, hanya kami saja yang tahu debar gila masa tu. Fon aku pulak aku memang jaga sebaiknya selepas itu. Bayangkan kalau kantoi sekali lagi warden mesti dapat tahu macam mana aku boleh dapat fon semula.

Bila ada dengar dengar macam spotcheck, terus kitorang korek tanah dan simpan fon (fon kitorang letak dalam plastik hitam) atau kitorang gi letak dalam kocek dekat baju yang kitorang sangkut kat penyidai tingkat bawah.

Ada yang korek kamus tengah tengah tu then letak fon situ. Bila cara tu dah diketahui, ada yang letak dalam kaki katil. Dulu aku ada baik dengan anak cikgu, aku mintak tolong dia simpan kejap, petang esok aku amek balik dari dia.

Macam macam weh. Sekarang ni aku insaf buat perangai pelik pelik. Jangan tiru perangai bongok aku ni. Tak fikir panjang.

Bila difikirkan balik memalukan betul. Aku tak bangga pun. Cerita kembali sebab kalau ada antara korang nak buat macam ni, tolong jangan buat. Silap hari bulan naya.

2. Mat

Dulu sekolah aku ni menghadap sekolah teknik dan sekolah menengah jadi kalau ada perlawanan sukan daerah memang selalu saja dorang dijemput untuk main kat sekolah kami.

Kadang sekolah dorang ada tumpang buat latihan kat sekolah kami dek kerana padang kami besar dan cantik.

Yang menariknya pasukan sekolah menengah Y ni hensem hensem belaka. Dahlah terror main bola sepak weh. Compare dengan sekolah aku, ada lah hensem jugak tapi tak sehebat skill dorang main bola.

Bila time dorang buat sesi latihan kat sekolah aku, tiba tiba padang sekolah aku dipenuhi ramai pulak student girls.

Ada yang berebut jadual nak main netball (padang bola and padang netball sebelah menyebelah saja).

Ada yang berjoging tawaf 10 pusingan bagai, termasuk lah aku hehe. Tapi aku bukannya nak berjoging sangat. Takat cuci mata dah.

Ada seorang player sekolah dorang ni cukup aku namakan Mat. Mat ni kira hensem la sebab dengar dengar dia kacuk Jerman. Tak tahu lah aku sebab aku ni lebih suka dengar saja orang cerita.

Mat ni aku nampak jenis fokus dengan praktis dia saja tak de la pulak aku nampak dia melilau tengok girls ke apa. Nama Mat ni famous la dikalangan girls sekolah aku tapi menurut kata member aku Mat ni jenis hidung tinggi. Mat ni tua setahun dari aku.

Satu hari aku lapar petang tu, kebetulan area bandar ada pasar malam. Memandangkan masa tu hari Sabtu, weekend pula tu, gate tutup sampai pukul 7 malam saja sebab esok tu Ahad dah sekolah.

Jadi nak tak nak aku nekad nak fly (panjat tembok) keluar ke pasar malam.

Lepas setel amek order dari member (kebetulan semua lapo gamoknya),

Member laki aku pun order jugak (memang pemalas dorang ni padahal boleh sangat dorang nak pergi sendiri tapi dorang memang banyak tolong aku dalam apa apa hal) aku dengan 3 orang lagi panjat tembok nak fly ke pasar malam.

Then kitorang naik kereta sapu ke sana. Excited gila nak makan makanan pasar malam weh.

Sampai pasar malam kami berpecah mencari makanan apa yang nak beli.

Aku stop beli air balang. Milo masa tu aku ingat. Yang tolong cedokkan air aku tu rupanya Mat.

Terkejut aku tengok dia. Mat macam cam aku sebab dia tegur aku, “Sekolah xxx ya, saya cam la awak, suka joging joging macam itik”

Eh dia notice ke pasal aku? Aku joging macam itik?

Malu aku. Bapak dia ada kat belakang, tengah hidup generator aku tengok. Mat gelak tengok aku yang terbungkam and blur. Habis bayar aku terus blah. Tak guna ko Mat. Itik kamu bilang gue.

Kami selamat tiba ke sekolah dengan fly masuk lagi.

Perkara itu menganggu aku sampai lah satu petang tu aku berjalan dari koop nak balik hostel. Aku dah tak joging gara gara Mat punya ayat.

Laluan aku itu kena lalu padang sekolah dulu baru sampai hostel.

Kebetulan pasukan sekolah Mat baru ada tengah warming up. Tak silap aku masa tu ada perlawanan persahabatan dorang dengan pasukan sekolah aku. Padang dah penuh dengan girls nak tengok match dorang ni.

Aku terserempak dengan Adli member aku jadi AJK tolong bagi air kat player. Dia beli sekarton air mineral dari koop katanya tak cukup air botol.

Adli minta tolong aku untuk bawa barang barang peribadi dia sementara dia nak angkut bawak air mineral bertan tan tu. Aku akur. Jadi aku dapat masuk ke kawasan dekat dekat dengan player sekolah Mat jugak.

Tiba Mat tegur aku, “eh, awak kan girl itik yang saya jumpa kat pasar malam hari tu. Saya cam awak sebab mata besar awak”. Wah direct ko Mat. Aku spesies pantang bila orang duk ejek aku gini.

Aku sound dia, “Itik lah, mata besar lah, esok awak nak kata apa saya pula”. Terus aku blah. Tak tengok reaksi dia pun.

Esok lusa tu aku terdengar gosip gosip baru. Tapi menyakitkan hati. Sebab gosip tu pasal aku, mengaitkan aku dengan Mat. Awalnya memang aku ada crush dengan dia tapi aku jadi trigger bila dia kata aku itik.

Kononnya aku ni gf baru Mat hanya gara gara mereka nampak Mat tegur aku kat atas padang. Masa tu aku rasa malu sangat sebab satu sekolah dah salah anggap. Ada yang sanggup datang kelas aku sebab nak tengok gf Mat.

“Eh yang ni ke? Tak lawa mana pun aku tengok” Sedih aku bila dengar. Ada yang kata aku bukan putih mana pun. Mat tu putih (celah mana putih pun aku tak tahu). Sindir aku macam macam. Tapi aku buat bodoh saja.

Tambah lagi dengan kes aku selalu kena denda datang lambat lah, tak masuk kelas la, ponteng prep la, ponteng surau Maghrib Isyak la duk bersidai kat asrama tu ha (aku semayang kat bilik, malas nak ke surau). Lagi lah rancak berdosaaa dorang umpat aku.

Satu hari Adli sms aku cakap Mat nak jumpa aku. Aku tolak awal awal aku tak nak sebab aku malas mengundang kecaman orang ramai.

Mat kata ada benda nak cakap dengan aku sebab nanti dorang dah tak tumpang padang sekolah aku sebab match wakil daerah dorang dalam esok lusa macam tu. Plus Mat tahun masa tu SPM jadi ini match last dia. Ok aku setuju. Aku ajak Nana dan Pira teman aku.

Kami jumpa kat tepi padang sekolah. Mat kata dia dapat tahu aku kena kecam gara gara Mat tegur aku. Dia say sorry and kata say sorry jugak pasal dia panggil aku budak itik.

Actually bila difikirkan aku tak de lah nak trigger mana pun dia panggil aku itik tapi tak tahu la kenapa la aku masa tu tisu sangat. Tapi Mat kata direct terus dekat aku.

“Saya suka tengok mata awak. Ini ada surat. Saya balik dulu ye”

Terus dia blah tak tengok belakang lepas aku ambik surat tu. Ah sudah.

Balik bilik, aku bukak surat tu. Rupanya ada no phone and hasrat dia nak kenal dengan aku. Ui nakk. Aku jadi penasaran kejap. Member aku gelak sakan sebab macam satu doa sekolah ni termakbul saja. Yelah orang duk sindir gf Mat gf Mat sekali terkena.

Dengan rasa gatal, aku start sms dengan Mat and aku cakap aku setuju member dulu dengan dia sebab aku baru kenal sangat dengan dia.

Maka ber mesej mesej la kami. Setiap minggu Mat akan datang bawak bekal ibu dia masak untuk makan sama dengan aku, konon cakap kat guard jadi abang aku atau sepupu ke.

Kadang kitorang lepak kat tepi padang atau ada gazebo kat ruangan tengah taman. Dapatlah aku makan makanan rumah. Tapi kami tak berdua. Mesti ada orang teman aku. Kadang Adli pun join makan sekali.

Kalau dia tak bawak makanan pun dia akan datang bawak buku buku sekolah nak study.

Silibus lain sebab lain tahun jadi aku selalu tanya dia pasal subjek Fizik dan Addmath (aku Form 4 masa tu). Tapi memang aku sangat bebal jadi Fizik aku tak pernah lagi score. Addmath lak aku boleh score.

Kitorang tak pernah declare couple ke apa sehingga Mat habis SPM. Tapi dia galak saja duk datang bawa makanan setiap minggu sampai lah dia dapat offer masuk IPG.

Last last aku dengan Mat macam rasa yang kitorang ni lagi sesuai jadi member. Ikutkan Mat pernah bagitahu aku, dia memang suka aku. Tapi dia tak ready for any commitment sebab tu dia selesa nak member.

Dalam diam aku setuju walau agak kecewa. Tapi tak pe lah sebab Mat treat aku bukan ke arah jiwang jadi aku boleh terima.

Sekarang ni Mat jadi Guru kat satu sekolah selatan tanah air. Kami berhubung tapi tidak selalu dek kerana aku dah berkahwin.

Ya aku berkahwin dulu dari Mat. Tapi Mat kata jangan risau, dia gembira tengok aku gembira. Next 2 years dia pulak kahwin. Dengan guru juga rasa.

3. Mandi

Sekolah aku dulu jenis suka sangat tak de air. Bila hostel tak de air, aku angkut dengan baldi, pakej dalam tu shower shampu gayung pergi toilet kelas. Mandi la kitorang kat sana.

Kadang Mat hantar air 3 tong, cukuplah buat amek wuduk, and buang air kecik besar.

Satu hari toilet kelas pun tak de air. Mat pulak tak de masa tu nak seludup air. Aku pergi sekolah masa tu memang tak mandi guys. Ya rabbi Tuhan saja yang tahu.

Tapi bukan aku saja, hampir satu sekolah masa tu. Aku hanya berbekalkan setengah tong saja masa tu. Tiba member aku sorang ni Ilham namanya datang. Muka dia ceria lain macam.

“Ko nak mandi?” Dia tanya aku. Eh apa soalan ni.

“Ko dah kenapa?. Ko tak nampak aku ni tahap apa dah?” Aku tengah tulis karangan rasanya siapkan esei BM.

“Aku cakap direct kat ko ye, semalam aku mandi kat sungai belakang sekolah. Kalau esok dah tak de air lagi, ko pergi lah mandi sana” Then dia tunjuk and citer satu laluan bla bla bla.

Aku tak fikir panjang ajak member member aku ke sana. Sekali rupanya ada pengawas perempuan, Ayong tahu aku nak ke sungai, dengan geng pengawas si Ayong tu join aku mandi sana dengan syarat, rahsia kita kita saja. Pandai makan pandai simpan.

Lepas dari tu jadi kamceng aku dengan si Ayong tu. Apa yang kitorang dapat tahu ada spotcheck semua dari si Ayong ni lah. Ada satu peristiwa mandi sungai belakang kantoi dengan warden lelaki masa tu time solat Jumaat.

Kena denda berdiri depan asrama lelaki dengan basah basah panas jam 3 petang masa tu. Demam sorang member masa tu. Tapi Ayong kata bukan dia bagi tahu warden tu. Sampai sekarang tak tahu sapa bagitahu.

Maaf lah karangan panjang sangat guys. Tapi peristiwa peristiwa ni mengajar aku menjadi manusia sebenar.

Fikir panjang dulu sebelum bertindak. Sungguh kadang aku jadi malu bila fikir nakal betul aku masa tu..

Semoga korang dirahmati Allah…