“Kau rasa kau nak hidup sendiri” keluar lah rumah, anggap je kau tu anak yatim piatu dan berambus lah kau

Assalamualaikum. Nama aku Ahmad Zaki. Umur aku 35 tahun dan masih bujang. Aku bekerja biasa dengan gaji RM2.5k sebulan. Kalau buat OT, dapatlah dalam RM3k lebih.

Aku enam beradik dan aku anak ketiga. Aku nak cerita pasal adik bongsu perempuan aku. Umurnya dalam awal 20an. Dan aku terbaca kisah pasal bahana games dan handphone di sini.

Ya, adik aku adalah salah satunya. Dia pakai handphone dari sekolah lagi.

Itupun setelah dia mengamuk sakan dengan Mak Abah aku. Siap ugut nak lari rumah lagi. Disebabkan dia anak bongsu dan agak dimanjakan, so akhirnya Abah aku belikan handphone untuk dia. Memang seronoklah dia. Siang malam dok hadap jer handphone tue.

Tapi bila dia dah start kerja dan sekarang memiliki handphone Iphone, semakin menjadi perangai dan kelakuannya. Bila dia cuti, langsung tak nampak muka. Bukan merayap tapi terperap dalam bilik main games Pubg kalau tak salah.

Tengah main games, jangan haraplah dia nak angkat call bila orang telefon dia. Takkan selagi dia hadap games. Dan saya setuju dengan artikel tersebut, bab bercakap kasar dan mencarut. Kakak sulung aku banyak kali dah tegur dia.

Namun dia balas dengan nada maki hamun dan berani mencarut. Perkataan b**i, p*****k, s**l tue memang selalulah disebut.

Paling buat aku luruh dan sedih, dia takde segan silu untuk maki hamun Mak Abah aku. Dia pernah kata, “Tak payah sibuk hal akulah! Aku dah besar! Aku nak hidup sendiri. Jangan masuk campur!

“Sekali kakak nombor 2 aku balas, “Nak hidup sendiri? Haa, silakan pindah dari rumah nie. Duduk hidup sendiri kat luar tue. Anggap jer kau tue anak yatim piatu, sebatang kara takde adik beradik. Berambus kalau nak hidup sendiri.”

Adik aku bengang dan cakap, “Patutlah kau kahwin bertahun tahun takde anak. Macam haram perangai kan! Macamana laki kau boleh kahwin dengan kau! Entah kau mandul! Buat malu! ”

Satu penampar hinggap di pipi adik aku. Adik lelaki aku nombor empat yang tampar. Dia memang agak baran sedikit tapi bukan baran tak tentu pasal. Adik aku terus membisu sebab dia agak takut sikit dengan Abangnya itu. Aku? Hurmmm, langsung tak hormat.

Kalau boleh, dia kata dia taknak Abang macam aku. Puncanya sebab aku taknak bagi pinjam duit untuk dia beli kereta. Nak kereta baru dari showroom pulak tue. Aku sendiri pun pakai kereta Proton Preve yang secondhand.

Aku dulu just pakai motor Honda EX5 jer. Beberapa tahun kerja, baru beli kereta Perodua Kenari. Dah tiga tahun lepas baru beli Proton Preve secondhand.

Yang adik aku, tahu nak bergaya tapi tak padan dengan gaji. Nak hulur duit dekat Mak Abah pun setahun sekali pun payah.

Buat kerja rumah apatah lagi. Tue sebab dia obses main games Pubg. Baru nie, kami sekeluarga buat kenduri doa selamat dengan tahlil.

Time bacaan Yassin, adik aku takde. Fahamlah apa yang dia buat. Aku cakap dekat dia, “Jom baca Yassin sama sama dekat depan.

Bukan lama pun. Aku ajak elok jer tapi jawapan dia, “Kalau aku tak join, majlis batal ke?“. Dalam hati aku cuma mampu Istighfar. Aku malas nak gaduh. Jadi aku pun biarkan sajalah.

Sampaikan Maklang (Kakak Mak aku) tanya mana adik aku. Then dia bising adik aku tak join, asyik terperap dalam bilik jer. Kami tak mampu nak berkata apa dah. Macam macam cara dah guna. Tapi semua tak lut pada adik aku nie. Aku tak salahkan handphone atau games.

Tapi aku salahkan adik aku sebab tak mampu kawal nfsu gadget pada diri dia. Dan sebab dia over itulah membuat dia jadi orang yang kurang ajar. Bukan Mak Abah aku tak pandai didik. Bukan tak hantar ke sekolah agama masa sekolah rendah.

Kakak nombor dua aku dan adik aku nombor empat merupakan bekas pelajar sekolah menengah agama dari tingkatan satu hingga lima.

Aku just sekolah biasa dan Alhamdulillah, aku lepasan diploma IT.

Sekarang nie, kami macam acuh tak acuh saja dengan adik. Cakap apabila perlu saja. Dan mungkin dia perasan, jadi dia cakap semua orang dalam rumah taknak layan dia. Pulaukan dia. Aku cakap dengan dia,

“Sebelum nak salahkan orang lain, tengok diri sendiri dulu. Bagus tak kau layan Mak Abah dengan adik beradik kau. Kau sendiri pun cakap nak hidup sendiri, taknak orang masuk campur. Jadi kami pun tunaikan hasrat kau tue. Kau yang minta.“

Bila aku cakap gitu, dia just diam tapi air mukanya dalam keadaan marah.

Aku cuma doakan semoga dia berubah. Dia bukan jahat. Tapi sebab dia sendiri lalai. Terhanyut dalam dunia handphone sampai jadi kurang ajar. Nak ke kita anak anak jadi macam tue?

Relevan tak bagi tengok handphone seawal usia lima tahun ke bawah tanpa pantauan? Nak anak nangis sebab takde gadget ke nak kita menangis ada anak kurang ajar serta derhaka? Fikir fikirkanlah ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *