Bila sampai garaj tengok ada kereta lain. Rasa pelik sangat dia terus tanya kau ada bawa lelaki lain masuk rumah ke

Assalamuaikum dan salam sejahtera.

Nama aku Jeslina. Umur sudah 38 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 8 tahun.

5 tahun yang lalu, aku telah bercerrai dengan suami iaitu Ikhwan (bukan nama sebenar).

Punca pencerraian kami adalah kerana perangai bekas suami masa itu. Dia merupakan lulusan perakaunan. Dan bekerja sebagai pegawai bank.

Dia juga menyertai satu kumpulan macam geng usrahlah kiranya. Aku tak kisah benda tue. Tapi yang aku hairan, apa yang dia belajar itu kadang bertentangan dengan landasan agama. Satunya dia tak boleh ditegur walau terang terangan dia salah.

Dia kata dia banyak join usrah, ceramah. Dan mengatakan orang yang kurang join usrah, ceramah tue tak fikir agama. Itu kata dia.

As a wife, aku cuma diam. Sebab tahu, kalau dibangkang nanti, dia akan cakap, “Nak jadi isteri derhaka ke? Nak jadi nusyuz?”.

Sepanjang aku berkahwin dengan Ikhwan, awal awal dia larang aku bekerja. Katanya isteri layaknya duduk rumah, uruskan rumah, uruskan suami. Tapi bab nafkah, belanja rumah, sangatlah kelaut.

Bagi pun, RM200-RM300. Duit belanja isteri takde ya.

Duit dua tiga ratus tue belanja keperluan. Wifi rumah dah lama tak dibayar, akhir dia terminated kan.

Alasan sebab nanti saya tengok benda benda lagha. Katanya tak mati pun takde Wifi. Tapi bukan sebab itu, memang dia dah malas bayar.

Kadang join gathering keluarga aku, siap siap dia warning jangan nak rapat rapat sangat dengan mereka (keluarga). Katanya tempat isteri di sisi suami. Jadi tak seronok aku dibuatnya.

Dahlah jarang berjumpa, tak bagi nak bersilaturahim pulak. Lagi satu kalau ada saudara mara dia buat kenduri ke apa, jarang sangat pergi.

Dia kata, “Kita tak pergi pun tak batal majlis diorang. Ada ke tak, kita pergi bukan kisah pun.”

Satu lagi perangai bekas suami, kalau anak sakit or demam, takkan dia benarkan di bawa ke klinik atau hospital.

Katanya kita kena redha. Kita tawakkal saja. Bawa ke hospital pun kalau dah sampai ajal, mati jugak.

Tapi dia jugak bising kenapa anak masih tak sihat. Alih alih dituduhnya aku tak jaga elok elok anak. Dia nak jaga anak? Kirim salamlah!

Pernah satu ketika, dia tegur anak buah aku yang berusia 6 tahun sebab pakai skirt. Bagi kita, normallah budak. Tapi bagi dia tak normal.

Selamba cakap Mak Ayah budak tue tak pandai ajar agama dekat anak. Sampaikan Kakak ipar dengan Abang aku dengar kot. Memang terasalah hati mereka.

Bekas laki aku memang takde perasaan. Bagi dia, apa yang dia kata tue betul sebetul betulnya. Jangan bantah atau bangkang.

Satu hari, anak kami kena sawan. Jadi tak fikir apa, aku cepat cepat bawa ke hospital. Tengah anak dirawat, aku call dia cakap bagitahu anak dekat hospital.

Fikir dia risau tapi, guess what? Dia cakap, “Siapa yang izinkan?! Tak cakap dengan aku pun! Kau nie nak jadi isteri derhaka ke?! Siapa izinkan kau bawa ke hospital?!”

Dia jerkah aku dalam telefon. Berderai airmata aku. Sikit pun dia tak tanya macamana dengan anak.

Sepatah pun takde. Yang dia cakap aku isteri derhaka sebab tak minta izin bawa anak ke hospital.

Sepanjang anak aku dekat hospital, sehari pun Ikhwan tak jenguk. Katanya dia marah aku. Aku isteri nusyuz katanya. Katanya macamana nak hidup kalau semua benda nak belakangkan suami.

Aku bukan belakangkan dia. Anak kena sawan takkan aku nak biar, redha jer tengok anak aku tue.

Dia tak boleh fikir semua tue. Dalam kepala otak dia, aku isteri derhaka, nusyuz. Itu jer yang dia selalu sebut.

Dia selalu hantar video, atau petikan ceramah pasal isteri derhaka pada aku. Aku pernah share satu perkongsian pasal suami.

Sudahnya, dia mengamuk sakan. Terasalah tue. Sampai tak nak tidur sebilik. Rela tidur dekat ruang tamu. Lama lama aku keraskan hati. Cakap apa yang perlu jer. Sediakan apa yang patut jer.

Dia perasan. Then dia “ceramah” kan aku begitu begini. Tetap jugak nak label aku isteri yang derhaka, yang nusyuz. Aku cuma diam mengangguk jer. Dia mendengus lepas tue berlalu pergi.

Dan yang paling kelakar, dia ada buat air Yasin. Katanya untuk aku sebab aku dah berubah. Takut ada hantu syaitan menempel. Sebab tue jadi derhaka.

Aku just senyum. Aku senyum saja, dia yang sakit hati terus ambil air Yasin tue simbah dekat aku.

Dia geram sebab aku just senyum. Dalam hati aku memang dah nak meletup tapi aku gagahkan diri dengan berkata, “Thanks Abang mandikan saya. Selama nie Abang tak pernah mandikan saya pun. Mandikan anak pun tak pernah.”

Dia diam tapi air muka dan pandangan dia macam nak telan orang gamaknya. Dan kemuncak ceritanya, sebelum kami bercerai, Mak aku call tanya khabar dan tanya bila nak balik kampung.

Saja aku pasang loudspeaker kebetulan Ikhwan ada. Mak aku rindukan cucu. Belum sempat aku nak jawab, Ikhwan terus rampas telefon.

Dia cakap, “Jeslina nak balik kampung, tue semua izin saya. Saya tak izinkan, jangan gatal balik. Saya suami dia, dia kena taat.” Terus dia matikan talian.

Aku cakap, “Tue kan Mak saya. Kenapa cakap macam tue? Boleh jer cakap elok elok.” Ikhwan tuding jari depan aku dan cakap,

“Mak ke Bapak kau ke, takde hak nak campur urusan rumahtangga kita! Kau dah jadi isteri aku. Kau kena taat! Kalau tak isteri neraka kau!”

Sejak dari itu, Mak Abah aku jadi suspicious. Abah aku kata ada yang tak kena dengan Ikhwan.

Beberapa hari kemudian, Abah aku datang seorang ke rumah dari kampung. Drive sendiri sebab Abah masih kuat lagi. Ikhwan tak tahu. Abah datang dan bertanya hal sebenarnya.

Aku pun berterus terang sambil menangis. Dan kebetulan Ikhwan balik. Dia nampak ada kereta lain dekat garaj rumah. Terus dia serbu jerit nama aku. Dia jerit, “Betina murah! Kau bawa jantan masuk rumah!”

Dia tarik aku sampai aku tersungkur. Abah aku datang dan jerit,

“Ikhwan!!!”. Dan Ikhwan terkejut. Tiba tiba dia jadi lembut then cakap, “Eh, Abah…”

Belum sempat dia habiskan kata kata, Abah cakap, “Abah amanahkan kau untuk jaga anak perempuan Abah, kau bimbing dia.

Tapi Abah tak sangka, kau buat anak perempuan Abah macam nie ya. Tergamaknya kau, Ikhwan.” Abah aku kecewa dengan sikap Ikhwan.

Dan Abah sambung, “Kalau macam inilah, lebih baik kau lepaskan Jeslina. Pulangkan Jeslina pada kami. Kami keluarga dia. Tak gamak kami biarkan Jeslina macam nie sebab sikap kau, Ikhwan.”

Ikhwan diam. Tapi sekejap saja.

Sepanjang aku di kampung dengan anak, ada saja mesej dia. Dah macam orang gila. Dia ugut, dia nerakakan aku.

Dia nerakakan Mak Abah aku. Dia cakap keturunan aku keturunan ahli neraka. Derhaka, nusyuz tue dah pasti disebut.

Ada satu kali, dia cakap, “Patut isteri derhaka bnuh jer. Halal drahnya kalau dibnuh.”

Dan aku cuma balas, “Baik, jumpa dekat mahkamah. TQ.” Bila aku mesej gitu, dia lagi bertalu talu mesej aku. Siap cakap jangan menyesal kalau cerraikan aku. Aku tak balas pun.

Dah cerai pun, dok ganggu aku lagi. Telefonlah, mesejlah. Aku cuma cakap, “Kita dah cerai.

Jangan sibuk lagi kacau orang. Kang aku report polis!” Barulah dia berhenti called dan mesej aku.

Mak Ayah Ikhwan kemana? Ada tapi tak macam keluarga. Disebabkan Ikhwan rasa dia paling beragama.

Dan juga sanggup nerakakan Mak Ayah dia sendiri. Pernah Ikhwan kata sebelum kami cerai, “Kenapalah aku lahir bukan dari Mak Bapak golongan agamawan.”

Now, 5 tahun sudah aku jadi ibu tunggal. Lepas cerai, habis Eddah, aku start cari kerja dan aku diterima bekerja di sebuah perusahaan di bandar.

Gaji agak lumayan. Dapatlah aku beli kereta secondhand. Dapatlah bayar semua keperluan rumah dan anak tunggal aku nie…

Ikhwan? Dia ada kahwin buat kali kedua tapi hanya seketika. Dengar kata, Ikhwan sudah jadi gila. Gila Isim…Entahlah. Cuma Mak Ayah dia jer selalu jumpa anak aku tue.

Mereka malu sebab anak mereka macam tue. Diorang sendiri pun dah tak tahu nak berubat dimana lagi untuk Ikhwan.

Mak Ayah dia tak salah pun. Hubungan kami walaupun aku dengan Ikhwan dah lama cerai, tetap baik. Bekas mentua aku tue baik.

Jadikanlah kisah aku nie sebagai pengajaran terutama pada kaum hawa. Dan tak salah belajar agama tapi kena pandai beza mana betul, mana yang tidak.

Kalau tak, jadilah macam Ikhwan tue. Dan geng usrah dia pun dah takde. Aku lebih senang sendiri besarkan anak aku.

Kalau dulu, kesian. Dia sakit, bukan Ikhwan ambil tahu. Ikhwan pun, hal anak semua atas bahu aku nie.

Berak kencing anak sekalipun tak pernah dia cucikan. Minta tolong, dijawabnya tue tugas isteri.

Begitulah lumrah hidup…