Aku memang sembunyikan kandungan dari kawan2. Pergi sekolah buat macam biasa sampailah satu ketika

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Safiya berusia 29 tahun merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.

Aku menulis disini kerana ingin bertanyakan pendapat pembaca semua. Aku kini hanya tinggal 29 hari (semasa menulis ini) sebelum hari perbicaraan.

Sebelum aku mulakan kisah dengan lebih lanjut. Mari aku ceritakan latar belakang aku.

Aku semasa bersekolah merupakan pelajar cemerlang, top debater peringkat daerah, public speaker yang mewakili daerah ke peringkat negeri, wakil daerah bola jaring.

Namakan apa apa aktiviti ko-kurikulum dan akademik. Mesti aku yang jadi wakil sekolah.

Namun begitu, ketika aku berumur 17 tahun sesuatu terjadi hingga merubah segalanya.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang menjadi suami aku ketika berumur 16 tahun. Kami hanya bercakap, message dalam phone sahaja.

Tidak pernah berjumpa sehinggalah cuti sekolah pada bulan Disember. Kami berjumpa. Pada mulanya aku hanya ingat dia mahu berjumpa macam orang lain. Keluar makan, tengok wayang tapi sebaliknya yang terjadi.

Dia telah membawa aku melakukan perkara terkutuk itu walaupun aku tak nak. Dia memaksa aku.

Dan ketika itu aku sedar yang aku nie hanya untuk dimain mainkan dan aku berjanji takkan jumpa dia lagi.

Setelah sebulan, akhirnya aku perasan yang aku tak peri0d, kerap sakit kepala, makan muntah.

Aku tahu aku mengandung tapi aku sembunyikan dari pengetahuan semua orang. Aku pergi sekolah macam biasa, buat macam biasa.

Ketika itu aku tidak lagi berhubungan dengan suami.

Sehinggalah ketika aku mengandung 20 minggu, mak aku perasan perut aku dan ketika itu aku terpaksa berterus terang dengan mak aku apa yang jadi.

Keluarga aku mengambil keputusan untuk nikahkan aku. Aku hanya mengikut walaupun aku tak nak bernikah dengan dia.

Sebab setelah check suami aku ketika itu memang ade berhubungan dengan perempuan lain. Aku akur dengan keputusan keluarga sebab aku tahu memang aku yang salah.

Kalau aku tak ambil keputusan untuk jumpa lelaki tu mungkin aku takkan mengandung.

Setelah bernikah, aku tetap meneruskan pelajaran aku. Aku mengambil SPM ketika mempunyai seorang anak. Aku memperoleh 6A tapi hanya melanjutkan pengajian di kolej swasta kerana tidak dapat tawaran ke IPTA.

Mungkin sebab status aku yang dah berkahwin. Banyak perkara yang bercanggah selepas aku kahwin. Sebagai contoh asal usul suami, dia cakap dia dari negeri P.

Setelah tengok surat beranak dia. Mak bapak dia orang negara jiran dan dia tidak pernah bersekolah sepanjang hidup dia. Dia dibesarkan oleh jiran jiran dan bekerja sejak umur 8 tahun.

Aku ada bertanya tentang keluarga suami namun suami aku nampak tidak berminat dengan pertanyaan aku. Suami aku merupakan salesman used car yang bergaji RM400, walaupun sikit tapi Alhamdulillah cukup untuk kami sekeluarga.

Walaupun pada mulanya susah, namun suami aku seorang yang bijak mengambil peluang. Dia banyak buat kerja tambahan untuk menampung keluarga.

Pada awal perkahwinan, memang kami kerap bergaduh. Mungkin sebab aku cemburu. Dia juga tetap berhubungan dengan kekasih dia. Pernah jugak aku terbaca msg dia. Dia cakap walau macam mana pun dia tetap syangkan perempuan tu.

Perkara tu buat aku rasa sedih, rendah diri. Aku rasa dia hanya terpaksa mengahwini aku. Dia pernah cakap dekat aku, anak tu bukan anak dia.

Mungkin anak orang lain sampai dia terpaksa kahwin dengan aku. Tapi aku yakin dan pasti sebab tiada lelaki lain yang pernah sentuh aku kecuali dia. Akhirnya, bila anak keluar dan muka sama macam dia baru dia mengaku.

Kami kerap bergaduh ada sekali dia pukul guna kasut sampai lebam ditangan namun setakat itu saja yang dia buat. Selebihnya banyak perkataan yang menyakitkan apabila bergaduh.

Sehingga tahun keenam perkahwinan, suami mula berubah. Banyak duduk didalam bilik. Sebabkan aku boleh access account dia, banyak transaksi pindahan wang yang mencurigakan. Akhirnya aku dapat tahu dia aktif berjudi online.

Setiap kali aku tanya setiap kali itulah aku dipukul sehingga lebam, tak boleh bangun.

Selepas judi, aku jumpa ddah pula. Dalam beg dia tapi dia cakap kawan dia punya. Bdoh bdoh aku percaya. Sejak jumpa ddah, dia tak menjalankan tanggungjawab dia.

Duit tak pernah bagi. Kerap minta duit dekat aku. Aku tetap bertahan. Ketika aku mengandung anak yang ketiga, perut aku pernah dipijak ketika sarat.

Alhamdulillah takde apa yang teruk terjadi. Cuma ketika itu aku hanya mampu berdoa kalau aku teraniaya, aku harap Allah tunjukkan jalan untuk aku.

Setelah bersalin, aku buat keputusan untuk berpantang dirumah mak aku. Setelah 2 minggu berpantang, aku ambil keputusan pulang kerumah.

Sampai saja dirumah, keadaan rumah berselerak. Apabila aku tengok atas katil, aku tahu suami aku ada bawa perempuan lain dan perkara itu betul.

Jiran jiran nampak suami aku bawak perempuan lain. Itupun jiran bagitahu selepas suami aku ditangkap polis.

Ada satu hari ketika anak aku main telefon suami, aku tergerak hati untuk buka whatsapp suami.

Aku nampak banyak screensh0t transfer duit kat acc nama perempuan dan suami aku panggil perempuan tu baby. Aku tanya suami aku perihal itu, akhirnya aku dipukul teruk.

Bibir pecah, kedua dua mata aku lebam. Tangan, kaki lebam. Aku dipukul selama 6jam. Suami aku bawa aku kesatu tempat dan dia cakap dia akan pastikan aku mati hari tu juga. Anak anak ada dirumah pada masa tu termasuk baby berusia 40 hari.

Setelah aku teruk dipukul, akhirnya suami hantar aku pulang kerumah dan dia terus keluar rumah. Aku buat keputusan untuk laporkan kepada polis.

Polis suruh aku pergi hospital untuk check up. Setelah beberapa hari, suami aku ditangkap. Aku buat keputusan untuk berpindah dan mulakan hidup baru.

Alhamdulillah kehidupan ditempat baru okay, cuma aku sembunyikan status aku daripada pengetahuan kawan kawan sekerja.

Suami aku ditahan reman disebuah penjara kerana tidak mampu membayar wang ikat jamin. Aku ada melawat suami dipenjara.

Nampak keadaan dia makin okay. Sebelum suami masuk penjara, aku ada failkan cerrai. Suami ada bagitahu yang dia tak nak bagi kerjasama.

Dia akan buat hidup aku tersiksa. Disebabkan aku berpindah ketempat lain, aku pun jadi malas nak teruskan kes pencerraian.

Atas faktor kos perjalanan dan cuti. Aku baru berkerja dan aku tak nak orang terbeban aku cuti.

Semasa melawat suami aku, dia cakap dia akan cerraikan aku kalau aku tarik balik kes.

Semasa sebutan kes cerrai yang pertama, bila hakim cakap setuju atau tak dia nak ceraikan aku. Dia cakap dia sayangkan aku lagi.

Aku bersetuju untuk tarik kes. Aku dah tarik balik laporan polis yang aku dah buat.

Jujur aku cakap time tu pun aku masih sayangkan dia, nak dia ada bersama besarkan anak anak. Lagi lagi bila tengok baby aku nie. Kesian.

Langsung tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa.

Cuma masa PKP nie, aku tak kerja. Banyak masa terluang, aku banyak membaca sebab aku pun ada major d3pression dan anxiety selepas apa yang jadi nie.

Akhirnya aku dah sedar, aku tak perlukan dia lagi dalam hidup. Anak anak dah boleh terima apa yang jadi nie.

Sehingga ke hari nie, walaupun penjara dah boleh melawat. Aku memang dah tak nak jumpa dia. Khamis lepas sebutan kes di mahkamah sesyen.

Peguam negara minta kes diteruskan dan dibicarakan. Bulan depan aku kena datang sebab diminta angkat sumpah jika tak nak teruskan kes.

Kalau orang tanya apa yang aku nak ketika ini, aku hanya nak diri aku bebas dari seorang lelaki yang bernama suami.

Bagi aku kalau dia dibebaskan lagi senang aku nak bercerrai ataupun keputusan yang aku buat ni salah.

Aku mohon pandangan semua tentang apa yang jadi dan aku minta komen pembaca semua tentang apa kaedah pencerraian yang boleh aku mohon. Terima kasih semua.