Lepas bertunang aku dikejutkan yang Ali pernah kahwin dan ada anak. Ex Ali dtg jumpa ceritakan segalanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nama aku Mia, umur 28 tahun dan akan berkahwin insyaAllah hujung tahun ni. Bakal suami agak tua, dalam 35 tahun.

Aku perlukan pendapat yang matang dan tidak mengecil ngecilkan aku. Aku yakin ada antara pembaca yang lebih arif dan lebih berpengalaman.

Solat istikharah sudah, bertanya kan pada kawan kawan pun sudah. Cuma keluarga sahaja tidak tahu kerana aku malu. Mana mana pendapat yang baik aku akan ambil.

Aku ingin ceritakan kisah tentang kisah tunangku yang ku beri nama Ali.

Aku kenal tunang ku ketika aku makan moreh 3 tahun lepas, di masjlid lepas tarawih di kawasan rumah sewa lama aku sebelum ni. Ni kira puasa sebelum negara ada c0vid lagi.

Ali waktu tu jadi volunteer tukang angkat angkat air dan makanan. Aku pula memang datang seorang, sebab housemate semua non muslim jadi sorang sorang aje lah ke masjid.

Pada awal nya hanya perasan perasan begitu aje. Duduk pun dalam 5 minit makan, kemudian cau balik.

Tapi 29 hari tarawih, 29 hari tu jugak lah aku nampak muka dia hari hari. Hensem orang nya. Tapi nampak sungguh bersederhana, elok tutur kata, sopan.

Aku terpana tapi anggap biasa aje sebab memang tak bertegur.

Suatu hari waktu balik kerja, tayar kereta aku bocor. Bersidai lah aku tepi jalan sementara call abang aku untuk tolong datang tukar tayar.

Sekali ada satu kereta berhenti. Ya, Ali keluar, offer untuk tukarkan tayar. Beriya lah dia tolong aku pergi pam kan spare tayar di stesen minyak berdekatan, dan gantikan tayar tu.

Long story short, Ali dapat nombor aku sebab dia kata nak masukkan aku dalam group watsap taman. Senang kalau nak mintak tolong sesiapa dari taman untuk tolong. Aku ok je.

Hari berganti hari, aku makin rapat dengan Ali. Aku tak bertanya kan tentang latar belakang Ali seperti keluarga atau pun dah berkahwin ke.

Ya salah aku, kerana waktu itu aku anggap kisah kami ni ringkas aje biasa biasa macam neighbour.

Rumah dia pun aku tak ambil tahu sebab bagi aku kami ni biasa biasa aje dan aku tak mahu bagi harapan pada diri sendiri. Konon nya lah.

Tapi hati makin sayang. Ali pun makin sayang. Dah rapat sungguh kami ni. Kata nya nak masuk meminang aku. Tapi sebab c0vid, kami tak dapat teruskan.

Sepanjang c0vid, kami LDR. Lepas jam 10 malam baru rancak watsap, nak call jarang jarang unless weekend. Aku tak pernah syak apa apa langsung sebab aku pun busy berkerja.

Oh waktu ini, aku dah berpindah ke rumah keluarga dan bertukar cawangan tempat kerja. Jadi aku memang tak jumpa Ali dah nak dekat 1.5 tahun. Hanya video call.

Now dah tak ada restriction rentas negeri, Ali berpindah ke KL dekat dengan aku baru baru ini.

Kata nya dah lama beli rumah di sini. Jadi dia nak hias rumah untuk kami selepas kahwin.

Aku ok aje, hati gembira. Bulan February yang lepas aku selamat bertunang simple simple.

Yang datang hanya kakak dan abang nya. Ibu bapa nya tidak dapat hadir kerana jauh. Aku faham walaupun hati ada sedikit risau sebab aku tak pernah berjumpa dengan keluarganya.

Baru baru ini bulan April, bulan ke dua lepas kami bertunang, aku dikejutkan dengan khabar Ali sebelum ini pernah berkahwin. Dan ada anak seorang berumur linkungan 1 tahun.

Bekas isteri Ali, Mel, jumpa aku di tempat kerja, ajak aku lunch dan cerita kan segalanya. Aku tersentak sebentar.

Mel seorang yang lemah lembut, dia menangis ketika bercerita. Mereka kahwin suka sama suka.

Dia menyoalkan aku kenapa merosakkan rumah tangga dia sebab dia tak buat salah apa pun pada suami.

Ali cerrai kan dia tahun lepas bila anak nya baru nak cecah 6 bulan. Aku terkedu dan tak tahu nak kata apa. Mel tunjukkan semua bukti dia bahagia dengan Ali.

Gambar bersama tahun lepas, gambar raya tahun lepas mereka gembira. Video mereka bergelak ketawa pun ada.

Memang Mel seorang yang berlemah lembut dan soft spoken. Dia terkejut tiba tiba suami dia kata ingin bercerrai tiada angin tiada ribut.

Aku pada awal nya tidak percaya, jadi aku call Ali. Ali kata ya, betul dia duda anak satu. Tapi dia lebih sayang kan aku dan itu kisah lama.

Lama apa nya tahun lepas baru terjadi. Tiada explanation lain. Itu sahaja. Patutlah ibu bapa Ali tak datang merisik meminang aku, kerena mereka sayang kan menantu depa.

Aku buntu. Obvious Ali tipu aku waktu kami LDR. Waktu aku bercinta dengan dia, dia masih suami orang, masih happy dengan keluarganya.

Aku nak tarik diri, tapi Ali kata itu cerita lama. Dan dia kini dah tak bersama Mel. Dah officially divorced, hence, no changes.

Aku aku rasa dikhianati. Dan aku rasa kejam. Jauh sekali aku nak jadi penyondol tanpa sedar.

Tolong advise aku patutkah aku masih dengan Ali? Kalau dia buat perkara yang sama pada aku seperti Mel bagaimana? Aku pun sayang kan A