“Ni bukan duit xbetul. Ini macam duit pocket je”. Lepas kejadian laki aku tak akan pergi rumah Amir dan Arman lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai.. namaku Hannah. Sudah berkahwin dan sudah ada cahaya mata. Kisah yang aku nak share ni bukan pasal kisah aku, tapi nak ceritakan tentang orang sekeliling yang aku kenal-makan rasuah.

Aku nak ceritakan dulu tentang kakak mak aku, iaitu mak ngah. Mak ngah aku ni berkahwin dengan seorang muslim dari Acheh dan dikurniakan anak anak yang hensem hensem dan bijak.

Diaorang bijak tapi takde rezeki sambung belajar sebab masa dulu diorang memang orang susah.

Suami dia iaitu Pak Ngah aku ni sangatla baik, sangat warak dan kematian dia pun sangat dicemburui. Meningggal Dunia elok elok saja lepas solat Zuhur berjemaah dengan anak anak.

Baru baru ni aku, suami dan anak anak bawa mak aku pergi melawat rumah mak ngah.

Mak Ngah aku seorang yang ceria, banyak bercakap. Mak Ngah bukak cerita yang dia bangga dengan pencapaian anak anak dia terutamanya Amir dan Arman.

Amir bekerja di sebuah badan kerajaan manakala Arman bekerja sebagai penguatkuasa. Jawatan biasa biasa saja sebab masing masing hanya guna results SPM.

Mak Ngah aku cerita dia bangga Amir dan Arman mampu hidup mewah walaupun gaji pokok dekat kerajaan biasa biasa saja.

Aku dan mak aku pun terujala minta mak ngah aku cerita lebih lanjut mana tau ada business yang boleh aku pun sertai.

Masa tu isteri Amir dan Arman pun ada sekali. Orang luar takde jadi seronokla bercerita.

Mengikut apa yang Mak Ngah aku cerita, Amir ni aktif dalam politik, baru baru ni kan 1 party menang besar jadi banyak la bisnes dia dapat. Siap boleh bukak syarikat.

Syarikat dia pulak jadi pembekal untuk jabatan dia. Jadi dia main harga dekat situ.

Aku pun cakapla bukan ke kakitangan kerajaan tak boleh buka syarikat apatah lagi jadi ketua syarikat.

Rupanya Amir bagi Adik adi ipar dia upah sorang RM1000 untuk jadikan nama diorang sebagai penama syarikat.

Bayangkan berapa pula yang dia dapat kalau mampu bagi upah sorang RM1000? Siap boleh upgrade kereta Kancil ke kereta BMW.

Dalam Facebook dia selalu dia utarakan masalah rasuah dan tidak amanah parti belah sana, tapi dia? Sama saja. Ini yang orang kata, pi Mai pi Mai tang tu.

Aku pandang dengan mak aku, rasa tak best dengar. Bagi aku itu dah kira ambil hak orang, awak tu kakitangan kerajaan, tak amanah buat gitu. Laki aku dekat belakang pulak dia diam saja, tak pasti dia dengar atau tak.

Kisah Arman yang seterusnya ni la yang buat aku panas sangat hati. Arman ni bekerja dekat bahagian pengambilan kemasukan warga asing.

Isteri Arman cerita satu kepala warga asing tu diorang akan cas sekian sekian untuk memudahkan diorang masuk ke sini. Siap bagitau tips tak nak kena tangkap kena buat ramai ramai.

Spontan laki aku cakap tiba tiba “itu dah kira makan rasuah tu” laki aku diam saja dari tadi, rupanya dia pasang telinga.

Mak aku pun sama nasihat “Kalau kena tangkap, makan tak habis. Dekat akhirat sana pun lagila nak menjawab apa” mak aku cakap slow slow saja.

Isteri Arman, Maria bangkang dia kata

“ni kira bukan duit haram mak teh. Kira macam duit poket saja ni. Lagipun ramai yang buat kerja ni. Dah lama dah orang buat”

“Tetap sama tu Maria oii. Ha kamu ni Rozita, nasihatkan Amir yang dia buat ni pun salah. Kira ambil yang bukan hak dia dah ni.

Kalau nak bukak syarikat, resign la dari kerajaan, tak amanah dah ni”. Memang mak aku takda nak selindung lagi.

Rozita, isteri Amir agak pemalu, dia diam dan angguk saja apa mak aku cakap.

Lepas kejadian tu, family aku macam kena boikot. Laki aku cakap dia takkan pergi lagi rumah Amir dan Arman, dia tak nak makan duit haram diorang tu. Tapi dia cakap bab paling dia kesal bila dengar Arman punya cerita.

Isteri Arman ni pulak suka masak masak, suka jamu jiran jiran dan saudara saudara makan. Yang buat aku paling sedih, dalam ramai ramai tu cuma Mak Long aku saja tak setuju dengan apa yang anak mak ngah buat.

Yang lain semua sebelahkan mak ngah sebab diorang kata yang tu bukan makan rasuah, yang tu dikira extra income. Ini bukan pertama kali aku dengar kisah orang terdekat aku makan rasuah.

Sebelum ni suami kawan aku pernah kena buang kerja sebab ambil rasuah juga. Cuma silapnya dia buat kerja sorang sorang.

Jadi betulla apa yang isteri Arman cakap, nak buat benda ni kena buat ramai ramai.

Betapa ramainya umat sekarang yang tak peduli halal haram.

Yang paling sadis, dulu kalau nak buat dosa diam diam saja, ni siap boleh canang satu family benda yang mereka buat tu.