Sy terbayang mak dia yang selalu tunduk berdiam diri mcm hamba ayahnya. Aku tak nak jadi seperti itu

Terasa sempit ruang dada. Sebenarnya minggu ini aku sibuk dan terkejar kejar dengan kerja.

Namun di belakang fikiranku masih sempat teringat ingat masalah peribadi. Seperti background music yang sentiasa bermain walau dunia nyata hiruk pikuk dan bingit.

Aku dan suami merupakan penjawat awam dalam bidang yang amat berbeza. Cukuplah aku beritahu yang gajiku lebih kecil dan pekerjaanku dipandang enteng dia dan kebanyakan keluarganya. Tidak sesibuk dan semulia kerjayanya.

Konflik bermula beberapa minggu lepas apabila keluarga mertua keseluruhannya datang beraya.

Mereka menjemput diri sendiri tetapi tiada isu pun di situ kerana aku suka saja meraikan tetamu di rumah kecil ini.

Aku sangat sangat percaya yang tetamu itu datang membawa berkat. Aku cancel kan terus semua plan ku untuk ke open house serta wedding lain untuk fokus memasak buat keluarganya.

Walaupun menu simple simple dan tak grand langsung, tapi aku tidak cekap dan lambat di dapur.

Jadi aku memang mahu fokuskan sepanjang pagi dan tengahari itu untuk persediaan rumah terbuka petang nanti.

Kami sudah berbincang tentang menu dan suami bersetuju untuk membeli satu side dish di luar sebagai tambahan.

Di hari kejadian, apabila dia pulang dari membelinya, aku bertanyakan kenapa hanya membeli satu bekas. Jumlah tetamu nanti ramai dan lebih baik berlebih makanan dari terkurang.

Suami tiba tiba naik angin dan memarahiku dengan kata kata kurang enak.

Aku yang terkejut dan sudah penat ketika itu cuba bersabar dan cuba menerangkan lagi bahawa lebih baik jika ada makanan lebih kerana keluarga dia suka saja bungkus makanan, jadi tidak akan terbazir.

Memang sesungguhnya di fikiranku hanya ingin memberi justifikasi saja dan aku sudah menahan suara agar tidak berbunyi seperti herdikan dia tadi.

Suami menyuruhku diam dan tiba tiba menuduh aku sememangnya tidak sukakan keluarga dia. Terus kemarahanku meledak jua.

“Kalau tak suka habis tu ni apa ni? Dah macam amah berjam jam dari tadi tercongok kat sini. Untuk siapa semua ni kalau bukan untuk family you?”

Aku sangat sangat kecewa kerana aku sangat sangat bersemangat ingin menjamu. Dua tiga hari aku fikirkan menu, fikirkan kudap kudap untuk anak2l anak buah yang ramai itu dan sebagainya tetapi tuduhan melulu ini yang aku dapat?

Bukankah aku cadangkan tambah menjadi dua bekas sebab memikirkan keluarga dia juga? Takkan makanan ini untuk tembolok ku sendiri pula? Aku benar benar confused dan marah.

Hanya itu saja permulaan konflik kami. Hanya itu. Niat yang baik bertukar menjadi perang besar besaran. Suara masing masing makin meninggi.

Egonya besar, ego aku jua sama letupnya. Dia fikir aku hanya akan membatukan diri menerima amarah dia? Sudahlah tiada terima kasih untuk usahaku, hanya mendapat makian pula.

Dari satu isu ke satu isu. Apa apa dia sebut aku akan jawab sepuas hatiku. Apa dia ingat dia saja boleh menghambur rasa? Aku pun boleh juga.

Dia meyuruhku diam tetapi aku tidak peduli. Memang jika aku diam tidak menjawab, tentu perang itu dapat dielakkan.

Tapi aku tidak mahu. Aku terbayang ibunya yang selalu diam menunduk diperlalukan seperti hamba oleh ayahnya.

Ayahnya sering mengatakan bdoh pada ibunya dan dia menerima saja. Ayahnya bergurau kasar yang memalukan ibunya, juga ibunya tetap diam.

Ya mungkin syurga tertinggi lah buat ibu mertuaku dan aku kagumi dia. Namun aku tidak mahu jadi sepertinya. Jalan ke syurga itu, bagiku bukan hanya ada satu.

Dia sebut tentang bab financial untuk up kan dirinya, aku bidas semula “part mana yang you dah banyak bazir duit tu?. Part duit kahwin?

Hantaran kahwin kita war warkan sekian sekian tapi you bagi i separuh saja kan? You ingat i tak ada pengorbanan? Belah i semua duit i sendiri juga.

Belah you tong tong duit siblings you sebab gabung majlis. Tengok rumah kita ni, perabot or alat elektrik mana yang i tak menyumbang sama?”

Kemudian aku ketawa sinis. Sungguh aku boleh menyambung kata lagi. Memang gajiku kecil, tapi bukan bererti dia boleh perkecilkan pula aku.

Aku sudah terfikir waktu itu, anakku baru dua. Aku boleh survive dengan gaji kecil ini untuk besarkan mereka dengan baik.

Dia menghentak kabinet sana sini. Dan mengugut untuk naik tangan. Mungkin aku pun sudah dirasuk jua.

Malah ini bukan kali pertama diugut begitu, maka aku pergi semakin dekat dan mencabarnya. Handpone ku di tangan dan aku sedikit terketar tapi aku gagahi jua.

Dia mengerling phone ku dan kata, “aku tahu kau nanti nak viralkan”. Aku gelak lagi. Mestilah.

Dalam dia meroyan itu, masih boleh meneka tindak tandukku. Fikirku, jika dia tidak malu dengan Tuhan, malu dengan manusia pun jadilah.

Kemuncaknya dia mencampak sesuatu di dapur hingga pecah dan aku menangis. Entahlah, mungkin bila aku menangis itu baginya dia sudah menang.

Selepas itu aku masih menjawab jawab juga tapi dia sudah tidak segila tadi. Kemudian dia memaksaku memohon maaf. Tetapi aku buat pekak saja.

Aku angkat tangan tanda kalah, literally angkat tangan macam orang kalah perang tu, hanya bila dia hampir mencampak juadah yang aku sediakan.

Aku tahu dia tak main main dan akan lakukannya. Katanya “maybe aku tak boleh pukul tapi aku boleh buat ni” referring tu tantrum campak campak barang dan buat kerosakan.

Aku tidak mahu usahaku berjam jam hangus begitu saja jadi aku angkat tangan dan isyitihar dia menang.

Waktu itu, terasa bencinya aku pada suami. Ini bukan kali pertama. Rumah kami sudah ada kerusi meja rosak akibat dihentamnya. Pintu pun pernah rosak beberapa.

Dengan air mata, aku ucap dalam hati “ya Rabb, beri aku kekuatan untuk keluar jika perkahwinan ini tidak membawa kebaikan lagi, aku sungguh lemah dan tidak berdaya. Aku telah tersilap ya Rabb”.

Tetapi dalam hati saja aku berbual dengan Tuhanku. Luaran ku masih isteri derhaka.

Anehnya, suami sempat mengemas semuanya dan kami berdua berlakon dengan hebat sebaik saja tetamu tiba.

Tentu keluarganya sangat mengagumi suamiku yang “ringan tulang” dan “penyayang” itu. Lagi pula ayah mereka tidak menyantuni isteri seperti suamiku itu.

Di mata mereka, tentu dia kelihatan hampir sama tarafnya dengan malaikat. Aku turut berlakon sebaiknya.

Hilang terus air mata bercucuran tadi, automatik diganti dengan senyuman isteri terbahagia.

Dah sama sama tak betul aku ini agaknya, macam ada personality dis0rder saja boleh terus switch.

Usai open house kami yang gembira itu, tiada sesiapa antara kami yang memulai maaf. Tiada lagi tidur sebilik, dan yang lebih pedih, tiada lagi solat bersama. Masing masing membawa haluan sendiri.

Event aku bersama keluargaku tidak dia sertai tetapi tiada siapa mengesyaki apa apa kerana dia sentiasa sibuk.

Kerja nya yang mulia itu menuntut banyak pengorbanan masa. Aku selesa menjadi isteri yang “memahami pengorbanan” suami even sejak sebelum perang itu.

Bila dia tiada di rumah, sejujurnya aku rasa tenang. Tiada komen, complain atau expectation dari siapa siapa jika hanya aku dan anak anak di rumah.

Sekian saja kisahku. Sudah berminggu begini namun tiada apa tindakan yang aku berani lakukan.

Hanya part baran ini saja yang merupakan kelemahan suamiku. Memang keterlaluan tetapi tidak kerap.

Ada lah dalam tiga ke empat kali amukan begitu sepanjang 6 tahun berkahwin. Waktu perang itu, anakku ada datang dan aku ujarkan “he’s a good father but he’s not a good husband, umi tersilap besar dan umi menyesal”.

Bunyi macam cliche tetapi memang anak anak lah sebab utamanya aku masih dilema. Anak pertamaku yang sebelum ini tidur di bilik kami memilih untuk tidur dengan ayahnya dari hari pertama hingga ke hari ini.

Puas ku pujuk tetapi dia tak mahu bersamaku. Memang aku berwatak umi garang dan suami berwatak the fun daddy selama ini. Anak keduaku masih menyusu sebab itu dia tidur dengan ku.

Keesokan hari selepas perang, sampailah ke hari ini memang suami uruskan kedua duanya jika dia di rumah.

Dia sangat cekap mengurusi mereka, jauh lebih baik dariku. Part nafkah dan keperluan sentiasa terjaga juga selama ini.

Gajiku hanya menambah untuk upgrade apa apa yang aku mahu, seperti alatan alatan rumah yang bukan keperluan.

Dan setakat ini dia memang belum pernah memukulku, hanya ugutan. Adakah aku akan digelakkan saja jika mengadu?

Adakah aku isteri yang terlalu ego? Atau hanya paran0id kerana selalu membaca mereka yang naik tangan pada pasangan bermula dengan memukul barang dulu. Aku risau terlambat kerana tidak cegah sebelum kena.

Apa basis nya nanti jika aku mahu menuntut fasakh? Bagaimana aku boleh mendapat temujanji kaunselor perkahwinan tanpa ada sesiapa tahu? Pekan kami ini sangat kecil.

Aku ada seorang kenalan (negeri sebelah) yang certified untuk memberi kauseling. Namun dia berkahwin dengan suami orang jadi aku hilang trust.

Sempat pula dia bercinta dengan suami orang sambil mendengar luahan rumahtangga di bilik kaunseling nya.

Jadi aku pun menangguh saja sebarang tindakan and sweep this matter ke belakang fikiran. Aku dan suami pun memang sibuk sebenarnya.

Mungkin sebab itu masing masing boleh selesa tak berbuat apa apa. Di mataku, he is a convenient and tolerable housemate.

Hanya sesekali melihat kemesraan dan kasih tulusnya pada anak anak buat hatiku terjentik.

Doakan istikharah ku mendapat satu jawapan yang tepat lagi menenangkan.

Terima kasih atas kesudian mendengar dan nasihat nasihat membina.