Kerjaya suami hebat tapi tidak berjaya jadi suami dan ayah yang hebat untuk anak-anak aku. Agak kecewa disitu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak mintak pendapat. Saya tahu sepatutnya lebih baik saya ke pejabat agama. Tapi saya buntu. Saya juga malu.

Tak tahu nak mula dari mana. Saya berkahwin nak masuk 5 tahun. 2 anak. Saya dan suami sama sama penjawat awam. Sama sama kerja yang berlainan shift.

Nak cerita pasal pendapatan. Cukup lah saya rumuskan. Saya lah penyumbang utama untuk perbelanjaan kami.

Soal pendapatan sebenarnya saya tak lah berkira sangat. Saya rasa mesti ramai perempuan seperti saya.

Kita perempuan tak kisah pun kalau perlu hidup bersusah. Asalkan anak anak cukup makan pakai. Hidup sederhana yang selesa.

Apa yang buat saya rasa terkilan. Bila suami macam tak hargai segala usaha saya. Pengorbanan saya. Penat lelah saya. Saya tak suka hidup dalam konflik. Bergaduh, masam muka, ungkit mengungkit.

Mungkin masa awal perkahwinan saya banyak bergaduh dengan suami soal kewangan. Sebab saya penat. Saya kerja 3 shift. Jarang dapat cuti.

Time cuti selalunya saya terpaksa naik kerja kerana tuntutan jabatan akibat kekurangan staff.

Tapi suami jarang membantu saya uruskan anak dan kerja rumah (masa tu baru seorang anak) pengasuh saya cuma jaga anak saya seorang. Walaupun suami cuti, anak tetap hantar ke pengasuh mengikut waktu kerja saya.

Suami juga jarang membantu saya dalam menguruskan kerja kerja rumah. Saya letih nak buat benda yang sama hari hari.

Suami bukan seorang yang berdisiplin dalam kehidupan seharian. Mungkin sebab cara dia di besarkan.

Keluarga dia hidup dalam keadaan rumah yang tunggang langgang. Walaupun di awal perkahwinan kami kerap bergaduh sehingga hampir bercerrai.

Alhamdulillah. Masih kekal hingga sekarang. Dengan 2 anak. Anak no 2 belum setahun.

Bila anak masuk 2. Saya boleh nampak perubahan suami. Dia makin bertanggungjawab dan lebih banyak luangkan masa di rumah apabila dia cuti.

Kalau dulu. Dia lebih suka melepak dengan kawan kawan time cuti. Jarang ada di rumah. Mungkin sebab saya juga jarang ada di rumah kerana tuntutan kerja.

Suami juga ada sesekali membantu uruskan kerja kerja rumah. Tapi selalunya apabila saya pesan. Kalau saya tak pesan memang tak bergerak segala kerja macam tiada common sense langsung bagi suami.

Disebabkan saya sudah lali dan penat bergaduh untuk benda yang sama. Saya cuma diamkan.

Selagi saya mampu saya akan uruskan. Saya redha dengan suami yang Allah bagi pada saya. Tidak ada apa yang boleh saya buat lagi. Ini lah jodoh saya walau macam mana pun diri dia.

Saya redha bila suami saya tidak mampu untuk beri saya nafkah zahir yang secukupnya. Bagi saya. Tidak mengapa lah. Mungkin ini lah maksudnya dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Iaitu suami saya.

Saya juga redha bila suami saya seorang yang kurang disiplin mungkin ini lah ujian saya. Saya akan terus berusaha untuk didik dia supaya dia dapat ubah budaya yang sudah sangat sebati dalam diri dia.

Tapi apa yang buat saya terkilan sangat. Suami juga kurang beri saya nafkah batin. Suami tidak mesra dengan saya. Jarang berpegangan tangan. Berpeluk. Bergurau senda. Saya selalu positifkan diri. Mungkin penat. Tapi saya juga penat.

Saya bekerja. Ada masa saya bekerja double shift tetapi balik rumah saya masih mampu menguruskan kerja rumah. Kerja saya memang kerja yang memenatkan. Tetapi saya latih diri saya untuk jadi seseorang yang lebih kuat demi anak anak.

Kadang kadang cuti kami jatuh pada hari yang sama. Saya tertunggu tunggu untuk suami mengajak saya untuk tidur bersama. Tetapi tak ada pun.

Ada masa saya tebalkan muka saya dengan bersiap dan ‘meminta’ dari suami walau pun ada masa dalam nada bergurau.

Ada masa saya meminta dengan bersungguh dan serius. Tetapi jarang suami melayan saya. Mungkin silap nya kami tido berasingan.

Saya tidur di dalam bilik dengan anak no 2 manakala suami di ruang tamu dengan anak sulung saya.

Suami hanya bersama dengan saya mengikut kehendak dia. Tetapi hanya sebulan sekali. Sebulan sekali tu kira ok berbanding dulu hampir 4 bulan tiada hubungan suami isteri.

Soalnya sekarang. Saya sudah tidak mampu untuk berpura pura kuat dan bahagia. Saya kesian dekat diri saya yang banyak makan hati. Saya bukan tak cantik. Tak perlu saya zahirkan diri saya.

Tapi saya yakin dengan kerjaya dan rupa saya. Saya sayang keluarga saya.

Tetapi saya sedih kenapa suami saya tidak melayan dan menghargai saya dengan baik. Saya banyak kali rasa ingin bercerrai tetapi saya tahan diri saya demi anak. Sehingga ke anak no 2.

Bagi saya. Saya hidup hingga hari ini dengan ibu bapa yang sangat bahagia walaupun hidup dalam sederhana sahaja.

Jadi saya tak nak anak anak saya membesar dalam keluarga yang berpecah. Tambah meraka kecil lagi. Tak sanggup saya memikirkan hidup mereka apabila saya dan suami bukan lagi pasangan suami isteri dan hidup dalam kehidupan yang berbeza.

Cuma sebagai seorang perempuan. Saya sedih bila dalam kehidupan dan pandangan mata orang luar mesti rasa kami mempunyai keluarga yang sempurna. Sedangkan hakikatnya. Saya sunyi. Hati saya kosong.

Saya selalu menangis mengenangkan kehidupan yang saya lalui sekarang. Kadang kadang saya rasa macam tak ada siapa yang sayang saya.

Saya cuma nak suami saya melayan saya pandang saya dengan penuh kasih peluk saya dengan rasa cinta seorang suami pada isteri. Tapi saya tak pernah rasa semua tu. Pernah saya meluahkan segala apa yang rasa buat suami.

Tapi suami buat biasa sahaja. Macam tidak ada rasa apa pun dengan linangan air mata saya. Bila saya tanya dia faham ke dia cuma jawab faham sahaja.

Selalunya dia cuma beranggapan saya melalut dan mengarut sengaja cari masalah untuk bergaduh.

Seolah olah tak ada sekelumit pun rasa bersalah atau kasihan pada saya.

Dulu saya pujuk hati saya mungkin cara dia membesar dalam keluarga dia yang buat dia jadi lelaki seperti sekarang. Sebab tu saya masih bersabar dan bertahan.

Tapi sekarang. Makin hambar dan makin tawar. Hati dan perasaan saya rasa kosong sebab saya dah terlalu lali dengan kekecewaan yang saya selalu rasa.

Saya cuma fikirkan anak anak yang masih kecil. Mereka perlukan ibu bapa. Saya tak nak anak anak saya membesar dan jadi seperti ayah dia dan keluarga mertua yang tak mesra.

Tapi demi anak saya perlu korbankan jiwa saya. Bahagia saya cuma anak anak sahaja. Tak merasa saya bahagia sebagai seorang perempuan.

Ada ke yang sudi bagi pandangan… perlu ke saya bertahan ?

Part 2: Bercerai atau Bertahan?

Assalamualaikum semua. Untuk pengetahuan saya pernah confess di sini. Sebab saya tak tertahan mental dah. Terima kasih buat kakak kakak yang komen bagi semangat dan nasihat. Saya hargai sangat.

Saya masih belum bercerrai. Saya masih pertahankan keluarga yang saya bina. Demi anak anak saya.

Sebelum ni anak bongsu saya masih baby. Hari ni da besar sikit lebih mudah saya jaga mereka.

Suami saya. Masih sama. Tiada perubahan sangat. Selepas saya confess di sini. Saya baca komen semua dan saya tabahkan diri dan kuatkan semangat untuk berusaha dengan lebih lagi.

Ada masa saya tanamkan dalam hati. Ini pengorbanan saya. Demi anak anak membesar dalam kehidupan yang punya ibu bapa.

Ada kala saya cuma paksa hati saya untuk redha. Mungkin inilah pahala saya. Walau pun ada masa saya ikhlas dan redha ada masa saya cuma paksa diri saya untuk bertahan.

Hidup saya lebih mencabar bila anak sulung saya mula bersekolah walaupun baru 5 tahun. Kenapa mencabar? Sebab saya bekerja waktu shift bukan waktu pejabat.

Suami saya juga sama. Bekerja shift tetapi berlainan kementerian. Kadang kadang saya rasa tak mampu da nak lalui perkahwinan ni. Sebab penglibatan suami sangat kurang bab pengurusan rumah dan juga anak anak.

Mungkin dia hebat dalam kerjaya dia. Tetapi bukan lah suami dan bapa yang hebat. Sebab dia cuma bantu bila disuruh. Setiap hari saya rasa.

Waktu saya rehat hanyalah waktu tidur saja. Bukak mata. Saya macam robot yang sudah di charge. Mulakan rutin harian saya dengan uruskan kerja kerja rumah. Bersiap untuk kerja dan uruskan anak sekolah dan ke pengasuh.

Memang baru 2 orang anak. Yang saya rasa inilah maksimum kuantiti anak buat saya. Saya memang merancang kehamilan saya dengan ketat. Walaupun hubungan fizikal sangatlah kurang. Buat masa ini saja.

Sudah 2 bulan kami tak bersama. Confession sebelum ni ada cakap hilang spark semua. Saya da cuba macam cara. Merasa la jugak walau tak kerap.

Untuk 2 bulan ni pun saya ada ajak suami bersama berkali kali jugak. Tapi dia cuma cakap penat dan tidak sihat saja. Saya??

Ok jeeee. Kalo nak kita on. Tak nak tak apa lah. Nanti jawab dengan Allah. Inilah penguat semangat saya. Kerana Allah. Jika ini ujian saya. Maka saya lalui semua ni dengan usaha saya.

Cuma hari ni. Saya mental breakdown. Seminggu yang memenatkan. Sebab kerja dan uruskan anak anak sendiri. Off day pun tak rasa rehatnya. Issue yang sama.

Keadaan rumah yang tunggang langgang. Hari hari saya tinggalkan rumah tergesa gesa sebab berkejar masa nak settlekan anak dan kerja.

Kalau suami saya banyak bantu mungkin kerja rumah jadi ringan dan kurang. Tapi suami saya begitu juga.

Sebelum ni saya pernah cerita. Suami saya susah untuk terima teguran saya. Dari teguran yang biasa akan jadi tegang dan terus ke pergaduhan besar. Sama macam hari ni. Siap maki saya lagi.

Sebelum ni kalau dia start maki. Saya akan balas dengan makian dan bahasa yang kasar juga.

Tapi hari ni saya pandang dia dengan mata yang tak ada apa apa rasa langsung. Saya teruskan jugak bebelan saya dalam melawan penat yang tak cukup rehat sebelum saya masuk kerja malam ni.

Cuma dalam suami dengan ego ke atau cacat otak nak melenting saya tadi dia jadi diam bila saya dah sebut perkataan cerrai.

Selalunya bila perkataan tu di sebut dalam pergaduhan kami tu mesti ada air mata saya. Tetapi hari ni. Setitik pun tak ada.

Mesti semua marah dan menyampah dengan diri saya kan. Masih bertahan dalam keadaan hidup yang terang terang toksik ni.

Sebab bila bergaduh saya yang akan melutut. Saya pujuk suami saya. Mintak maaf dengan dia kerana berkasar. Saya juga mintak dia mintak maaf dekat saya. Supaya hati kami masing masing dapat pulih sendiri.

Hari ni. Saya tak mintak maaf pun. Saya warning suami saja dengan tegas air muka dia berubah. Sebelum masuk kerja. Saya suruh dia mintak maaf dekat saya kerana maki saya.

Dan bagi amaran saya akan keluar rumah dan proceed untuk bercerai sekiranya setiap pergaduhan tu muncul makian dari mulut dia.

Saya luahkan pada dia. Saya nk bercerai sebab saya dah penat dan tak mampu dah nak jadi orang tanpa gaji dia.

Dengan hidup macam sarang tikus. Lebih baik saya hidup sendiri dengan standard saya sendiri tak payah penat penat nak uruskan kain baju dia yang bersepah sepah dan barang barang yang tunggang langgang.

Kita berpisah tapi kita tetap perlu jadi kawan demi anak anak. Jaga anak bergilir.

Buat sendiri semua benda yang selama ni diuruskn oleh saya. Saya cakap dekat dia. Bila kita masih suami isteri kita akan kerap bergaduh. Dia melenting dia pun tension lagi sakit hati dengan bebelan saya. Saya pulak tak sudah sudah makan hati.

Jadi berpisah tu sebenarnya jalan yang baik. Supaya kita hidup berasingan. Jaga diri sendiri tak ada istilah merajuk da. Nak jaga hati la apa la. Saya juga pesan. Tolong siapkan kerja rumah yang ada.

Sebab saya sangat sangat penat. Kalau dia sayang keluarga ni, masih sayang saya dan hubungan suami isteri ni. Tolong jaga saya dan rumah tangga ni.

Kalau tak.. Dah… !!!! Saya dah give up. Saya takkan menangis dan melutut lagi. Lepaskan saya habis cerita. Kemudian saya keluar rumah dengan yakin dan berani.

Apalah yang saya nak bangga sangat kan?? Tapi bagi saya. Ini adalah sesuatu yang sangat sangat saya banggakan. Sebab emosi saya makin kurang. Hati saya lebih cekal.

Sama ada perkahwinan saya berkekalan atau tak. Saya juga tak pasti. Tapi saya yakin dengan diri saya. Suami saya??

Saya tak pasti dia nak rasa apa dengan saya lagi. Saya dah tak ambil peduli. Selama saya hidup dengan dia. Saya paksa diri saya untuk bertahan demi anak anak.

Saya rasa suami saya pula akan paksa diri dia untuk bertahan. Kerana apa?? Kerana nafkah.

Suami saya tak kan mampu untuk beri nafkah buat anak anak saya sekiranya kami bercerrai. Bila saya isteri kita boleh kongsi gaji saya. Walaupun gaji isteri hak isteri.

Tapi frasa ni boleh bergaduh bermakian kalau saya sebut. Yela sebelum ni saya kan isteri yang bdoh2 gitu. Tapi bila da bercerai dan bukan isteri. Apa hak kau pulak kan.

Buat semua. Saya cuma mohon kata kata semangat. Jangan nilai saya dan downkan saya. Mohon sangat. Bantulah saya supaya saya lebih kuat.

Kalau Allah kata rezeki saya untuk hidup dengan suami sampai dia berubah lebih baik. Maka tak sia sia usaha saya.

Tapi kalau Allah kata sebaliknya. At least saya mampu berdikari.

Terima kasih buat suami juga lah. Sebab selalu sangat jadi tak guna sampai saya mampu untuk buat banyak benda sendiri.

Kemampuan yang dia sendiri bina kan untuk saya hidup sendiri satu hari nanti.