Hai assalamualaikum admin dan pembaca. Saya nak berkongsi cerita tentang kejadian yang berlaku pada saya minggu lepas.
Waktu tu, saya ke klinik untuk mengambil suntikan perancang. Anak yang nombor 3 berumur 6 tahun ikut saya.
Ketika menunggu giliran, saya menyedari ada seorang baby 3 bulan yang menangis tanpa henti.
Kelihatan ibu baby ke hulu kehilir mendukung dan menenangkan baby. Saya terdengar suara seorang ayah yang duduk dibelakang saya bersama baby bersuara,
“Bisingnya baby tu. Anak aku nak tidur pun susah”.
Lepas nama saya dipanggil dan selesai suntikan, saya masih melihat ibu tu belum dipanggil nama. Saya datang dan bertanya pada ibu tersebut.
Rupanya, itu adalah anak pertama dan baby high demand. Dia terlupa minyak yang biasa disapu pada perut baby.
Nasib baik saya punya pengalaman, anak sulung 14 tahun lepas juga kategori kuat menangis.
Saya ajak ibu masuk bilik menyusu. Massage baby tanpa minyak, saya bedung (asalnya baby tu tidak berbedung). Kemudian saya pasang bunyi air cooler di youtube dan dodoi berdiri.
Lama lama bayi tu pun tertidur. Nampak sangat ibu tu sangat letih dan mungkin malu juga dek pandangan orang ramai.
Disebabkan saya dah habis appointment, saya offer untuk jaga baby di bilik menyusu dan minta ibu duduk diluar bilik nurse tunggu nombor giliran.
It takes a village to raise a child. Kepada semua ibu, marilah kita bantu sesama sendiri. Terlupa bawa pampers? Jangan malu untuk minta pada ibu lain.
Dengar bayi asyik menangis tidak berhenti di public? Offer some help. Puan, boleh saya cuba tenangkan anak puan?
Terlupa sunscreen? Some of us got it. Tanya je. Terlupa bawa toys? Kebetulan anak ada bawa lebih.
Jangan malu untuk minta tolong dan jangan malu untuk tolong ibu ibu yang lain. Kadang ibu ibu ni takut dilabel ibu yang tak pandai jaga anak sebab tu mereka segan minta tolong.
Anak anda lapar di klinik tapi makanan tertinggal atau dompet tertinggal? Tanya je. Kita bantu.
Ada ibu yang sumbat roti roti dan snacks baby dalam handbag. Kita ni kan boleh jadi doraemon. Macam macam ada. Kalau nampak dia segan, kita sendiri offer pada dia.
Menjaga anak lagi lagi yang masih kecil di public adalah susah bagi sesetengah orang. Mana yang kita boleh tolong, tolonglah.
Lets help each other. Kongsi ilmu (yang betul) pada new parents.
Pernah saya terserempak dengan parents yang susah pujuk anak tantrum mintak belikan toys.
Dari mimik muka nampak yang parents tengah malu orang pandang anak mereka terbaring tantrum. Saya cangkung sebelah dan cakap pada anak tu.. (hasil pengalaman anak waktu kecik dulu).
Alhamdulillah tantrum berhenti. Saya cakap pada parents tu, its okay. Budak masih belajar untuk kawal emosi dia. Kita ajar kan anak tu pelan pelan supaya dia faham..
Apa yang new parents tengah hadapi, saya pernah hadapi suatu masa dulu.
Sabar, sabar, dan sabar. Sekejap je mereka akan membesar. Apa yang penting, kurangkan jadi judgemental.. dan lebihkan membantu.
Kepada ibu ibu yang ada baby high demands, bersabarlah.
Anak high demand saya dah membesar dah 14 tahun, dia seorang yang sangat penyayang, berdikari, dan sangat bijak. Jangan merasakan anda gagal jika anak anda kuat menangis waktu kecil.
Take a break, dan enjoy the moment. Waktu tu sahaja mereka akan menangis minta ibu. Bila anak dah besar, kita pula yang rindu nak mereka panggil kita.
Teruskan semangat para ibu!