Sebab laki aku bercerai kerana bekas isteri dia kantoi bersama majikan. Sebenarnya dah byk kali kantoi dengan majikan tu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Nama aku Feeya (bukan nama sebenar). Aku seorang isteri dan baru sahaja 6 bulan berkahwin dengan suami.

Suami aku dahulunya seorang duda dan mempunyai 2 orang anak lelaki bersama bekas isteri. Anak bongsu mereka merupakan seorang budak istimewa (autistik) berumur 6 tahun.

Punca suami aku bercerai kerana bekas isterinya kantoi curang bersama majikannya yang juga merupakan suami orang ketika itu.

Pendek kata istilahnya, “isteri orang bermain kayu tiga bersama suami orang” ditempat kerja. Suami aku ada segala bukti yang mendedahkan permainan kayu tiga mereka berdua.

Dan untuk pengetahuan korang, ini bukan kali pertama bekas isterinya itu bermain kayu tiga.

Sepanjang 9 tahun perkahwinan mereka berkali kali kantoi curang. Cuma suami bertahan demi anak anak dan dengan harapan bekas isterinya itu boleh berubah.

Tapi itulah, curang itu pilihan dan curang itu tiada ubat. Sebab tu aku berpegang teguh dengan pepatah “leave after first lie”.

Bekas isteri dia dan suami dia sekarang sudah berkahwin after betul betul habis iddah dia dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang apa perasaan aku, aku nak beri introduction tentang perangai bekas isteri after mereka bercerrai.

Dia berdasarkan dari pemerhatian aku, apabila dia communicate dengan suami aku, mesti akan selit pasal dia, pasal condition dia, kesihatan dia, pasal masalah dia dengan suami baru dia tu, baru cerita pasal anak.

Mesej jangan cakaplah, panjang lebar boleh buat karangan. So aku labelkan dia as “drama queen” dan “attention seeker”.

Dan buat pengetahuan korang, dia tak hingin nak jaga anak dia yang autistik tu dan dia telah bagi hak penjagaan mutlak kepada suami aku. Dia cuma nak jaga anak sulung dia yang normal sahaja.

Aku pon aware pasal benda ni sebelum aku berkahwin dengan suami aku. Perasaan aku masa dapat tahu tu, lebih mengasihani dekat anak syurga yang emak kandungnya sendiri tidak mahu jaga.

Selama ini pon, neneknya sahaja yang jaga sebelum suami aku ambil. Dia? huh, sibuk dengan lelaki baru dan anak perempuan mereka.

Okay berbalik kepada cerita permasalahan aku ni.

Selama 6 bulan perkahwinan aku, hari hari bekas isteri dia communicate dengan suami.

Mula mula conversation dia akan bagitahu pasal anak lah, keperluan dan kebajikan anak. Suami aku memang pasal anak memang tiptop and protective gila.

Okay itu aku tak kisah lah, sebab sebelum aku kahwin pon aku tahu dan aware pasal tu. Tapi yang aku tak boleh terima nya, lepas cakap pasal anak, bermulalah perangai menyundal dia.

Sorry agak kasar, haha sebab aku geram. Buat drama pasal suami dia lah, mengadu domba tak larat lah, apa lah.

Benda ni bukan sekali dua tau korang, hari hari, aku ulang balik “HARI HARI”. Aku dah naik berbulu dah.

Part paling bestnya, suami aku tak menunjukkan minat pon dekat cerita dia. Reply yang berkaitan anak saja, benda lain dia tak respon.

Aku sebagai perempuan, bila tengok laki tak berminat, aku malu sendiri. Tapi itulah, dah kalau perangai tu attention seeker, apa pon tak boleh.

Aku kira beginilah dia mengadu pasal suami aku dekat lelaki lelaki lain masa dorang masih bergelar pasangan.

Korang nak tahu part paling dasyat, dia boleh whatsapp suami aku pasal s3ks. Okay masa tu malam dah, dalam pukul 11 lebih, dia cari suami aku sebab dia baru bergaduh dengan suami dia.

So dia whatsapp lah mengadu kononnya. Dasar perempuan.

Pastu dia taip panjang panjang whatsapp tu bagitahu teringat moment masa dulu dia dengan suami aku.

Yang aku tak boleh terima dia cakap macam ni, “biasanya dulu after kita gaduh, mesti kita akan buat make-up s3ks”. Kau RASA?

Walaupun suami aku tak layan, tapi aku sebagai isteri mesti akan rasa insecure. Yelah, mereka pernah hidup sekali lama kot 9 tahun.

Selama 5 bulan ni, beberapa kali jugak lah aku gaduh dengan suami pasal bekas isteri dia tu. Aku sedih tiap kali gaduh pasal ni.

Aku sayang anak syurga tu dan aku masih belajar nak menyayangi dan anggap dia macam anak aku sendiri.

Tapi, aku geram dengan perangai bekas isteri yang masih lagi nak attention dari suami aku. Hidup seperti tak cukup dengan seorang lelaki.

Persoalannya, apakah patut aku buat?