Suami aku balik kerja, perempuan tu dah hilang, anak pun tak ada. Tiba2 tahu ex wife dia ada rumah sewa lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Haii semua. Nama aku Lina. Baru sahaja berkahwin 5 bulan. Aku berkahwin dengan duda anak dua. Dua dua anak lelaki. Bercerrai hidup..

Umur aku 28, bujang. Sekarang dah tak bujang la.. hehe.

Aku bekerja sebagai accountant di pinggiran ibu kota. Suami aku beza usia 10 tahun dengan aku. Dia bekerja sebagai pegawai dalam uniform bodies.

Aku buat dua kerja. Hari biasa aku kerja sebagai accountant. Hari minggu aku buat side job sebagai model dan content creator.

Dari zaman bujang lagi sebab dah biasa duduk di perantauan. Jadi kena survive lebih sikit. Family semua jauh.

Awal kahwin memang dah teruji kesabaranku. Baiklah aku cerita dari awal.

Suami aku dulu pernah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata.

Pada usia perkahwinan yang kelima, ex wife lari lepas kantoi curang bercinta dengan officemate. Masatu anak mereka dah 2. Yang last sekali masatu masih menyusu. Memberontak dan lari bawa anak anak sekali selama setahun tak balik rumah.

Suami aku masatu dah tak tahan. Cari segala ceruk last last rupanya ex dia ada dekat rumah kakak nya.

Phone dirampas dan kantoi ex wife ada buat ehem2 dengan scandal dan keluar date hari hari lepas balik kerja.

Anak anak letak saja di rumah kakak supaya senang pergi dating. Segala WhatsApp curang semua ada disimpan sampai sekarang.

Dalam masa sama, ex wife tak bagi jumpa anak anak, tapi duit anak tetap diminta.

Lepastu, surat cerrai pun sampai.. Tapi masa bicara, ex wife tarik balik lepas dipujuk oleh suami aku. Lepas beberapa bulan, barulah mereka duduk sebumbung semula.

Tapi sepanjang 5 tahun selepas getback itu, hubungan mereka renggang. Last tu mereka gaduh lagi dan perempuan tu keluar rumah.

Suami aku balik kerja saja, perempuan tu dah takda. Anak anak takda. Tau tau ex wife dah lama ada rumah sewa lain dan anak anak dah sekolah baru.

Barang rumah hampir licin. Even suami aku yang beli barang tu. Then barulah ex wife failkan cerai kali kedua. Tahun 2019. Selesai.

Giliran suami aku ambil anak, sebulan dua kali. Tiap kali nak ambil anak, mesti ex wife akan minta ambil awal.

Beberapa hari sebelum hari jumaat (patutnya jumaat sampai ahad). Suruh ambil hari rabu, selasa. Time nak pulang anak, mesti ex wife tiba tiba takda rumah.

Jadi kena patah balik. Kesian budak budak kena ponteng sekolah. Urusan hantar and ambil anak, suami aku yang urus.

Ex dia takkan nak hantar dan ambil anak2. Kebanyakan masa ex wife dia tukar tukar boyfriend.

Jadi malam malam, selalu ex wife akan keluar and suruh anak anak duduk di rumah dan dia pergi dating.

Then baru la aku di introduce ke anak2 nya. Cara introduce? Suami aku bawa aku jumpa family dia.

And masatu first time dia dapat jumpa anak dia jugak lepas sekian lama tak dapat jumpa since cerai. Setengah tahun macamtu. Keadaan sangat awkward sebab aku first time jumpa family dia.

But the whole time dia pergi layan anak dia. Kat luar rumah. Sebab anak dia dah ingat ingat lupa dekat atok dorang. So whole time main basikal luar rumah.

Suami aku masatu pergi teman anak anak. Aku terpinga pinga dekat meja makan dengan satu family dia yang aku tak kenal.

Kena interrogate dengan bapak dia yang garang. Balik tu aku nangis. Lagi satu aku tak biasa family cakap kasar kasar, gurau kasar. Family dia kasar kasar ye.

Kalauu buat air cair pun kena ejek dekat situ jugak. Aku lah tu. Huhu. Tapi masatu demi sayang. Teruskan saja.

Ex wife dia tahu aku dah jumpa family suami aku. Dari sapa lagi. Anak anak la kot. Terusssss instgram n facbook aku kena rep0rt bertubi tubi. Sampai kena banned. Huhu.

Ex wife bekerja sebagai kerani. Dia pergi gelakkan aku sebab ada degree? Siap hina lagi kerja aku jadi model tapi model suam kuku.

Kawan kawan dia dekat fb hari hari mengata aku sampai harini. Aku? Sekali pun tak pernah reply. Aku kenal suami aku lepas dua tahun mereka cerai.

Sekarang dia sebarkan aku ni punca mereka cerai. Padahal meroyan sebab scandal office dia curang balik dengan dia. Menyesal kot. Tak tahu lah..

Yang paling best. Ex wife tiru aku head to toe. Aku pakai bawal corak ni. Dia pergi beli. Warna sama corak sama. Baju pun sebiji. Warna sama design sama. Handbag, kasut etc. Paling tak tahan ex wife mekap sebiji aku. Kening dia mendatar.

Tapi dia lukis bagi sama bentuk dengan kening aku yang terangkat ni. Haha. Kalau tengok lama lama nak iras pulak muka kitorang. Ah sudah. Menakutkan pun ada.

Btw, hari hari aku kena cerca dengan ex dia dekat socmed guys. Huhu. Aku tak kacau hidup dia pun. Kawan kawan ex wife pun ramaiii komen maki aku.

Sampai lah aku kahwin baru baru ni. Dan dan ex wife subscribe macam macam kelas untuk budak tu. Minta nafkah 3k tiap bulan. Minta hak jagaan anak etc.

Persiapan raya dia claim 2.5k sebab beli baju budak budak katanya. Nangis nangis dekat court. Nak hak jaga anak tapi time jaga anak tolak tolak. Mengelat. Pelik kan.

Sepanjang kes berlangsung, aku sentiasa bagi full support dekat suami aku. Aku yakinkan suami aku boleh jaga budak budak tu kalau susah sangat tolak tolak.

Anak anak pun dah start manja dengan aku. Mereka nangis nangis kalau kena balik rumah maknya sebab selalu kena marah.

Dalam masa sama, aku dan suami tak pernah cakap buruk buruk pasal mak mereka. Even mak mereka yang burukkan aku dan suami dekat anak anak.

Mereka dah pun dapat kata putus dekat mahkamah dan suami dapat hak jagaan anak.

Aku ok saja jaga anak.. anggap macam anak sendiri. Cuma mak dorang ngamuk sebab anak anak dah start panggil aku mak.

Anak anak baru duduk dengan aku, tapi aku dah sayang macam anak sendiri. Pagi sebelum pergi kerja aku masakkan mereka untuk lunch balik sekolah. Malam balik kerja aku masakkan mereka lagi.

Masak semua yang mereka suka. Lipatkan baju gosokkan baju. Anak yang kedua tu manja ye. Darjah tiga dah. Tapi suami aku masih mandikan lagi. Anak yang first darjah lima. Besar besae dah semua.

Tapi lama lama rasa.. aku yang anak tiri dekat rumah tu. Mula mula aku ingat perasaan aku saja. Lama lama obvious pulak.

Kalau suami aku keluar. Dia belikan makanan dessert ngam untuk anak anak dia saja. Aku sabar. Kalau keluar berempat, pun sama.

Aku pernah tanya kenapa belikan anak anak saja tak tanya pun aku nak ke tak.

Kadang aku diam sebab ingat ada sekali aku punya. Sekali tengok, lahh untuk anak saja, aku habuk pun tak belikan apa apa. Suami aku bagi alasan “bagi u bukan abes pon”.

Satu lagi, bila masa aku makan tak habis. Aku tanya balik “habistu, anak anak makan habis ke?” Terus suami tanya “eh u anak anak i ke?” Soalan apa ni. Aku sabar lagi. Pejam mata saja.

Time beli barang dapur, kalau aku nak, aku tanya dorang sekali nak ke tak. Contoh nak ambik fishcake.

Aku tanya nak ke tak sebab anak dia tak makan banyak benda. Memilih. Suami aku tanya anak anak nak ke tak. Anak anak cakap taknak. Terus suami aku cakap takyah la beli. Aku sedih.

Dia tak tanya pun aku nak ke tak. Aku cakap teringin makan ikan. Suami cakap. Ayam jelah. Budak mana makan ikan sangat. Again. Sabar lagi.

Suami aku ni baik saja. Tak kedekut. Tak baran. Selalu tolong buat kerja rumah. Tolong aku masak.

Tapi. Aku rasa macam anak tiri dan rasa diketepikan. Aku seolah olah tak penting dan takkan diconsider dalam rumah ni. Semua anak anak saja.

Tak boleh ke suami berlaku adil. Aku kan isteri dia. Apa apa keputusan dia cuma fikir anak saja. Patut consider la aku sekali.

Kena consider semua pihak bukan satu pihak saja.

Malam tadi, aku masak butter chicken. Aku tido kejap sebab terlalu penat balik kerja. Hadap jem lagi.

Bangun bangun aku tengok suami aku belum makan. Sebab anak dia yang kedua makan 3 pinggan. Lauk habis. Nasib baik aku ada buat lauk frozen.

Tapi ayam kecik jela dua ketul yang tinggal. Aku panaskan untuk makan dengan suami aku. Masa aku panaskan, tiba tiba anak kedua lapar lagi.

Aku pun bagi dua lauk aku tu. Tapi kecik la sebab ayam kecik bagi dua dengan anak. Satu lagi ayam aku bagi suami aku.

Masa aku tengah korek korek periuk sisa makanan tu, suami aku datang dan tanya kenapa lauk ayam anak dia kecik sangat.

Dia suruh aku bagi ayam aku dekat anak dia. Aku cakap aku lapar. Dah tengah malam dah pun. Suami aku suruh saja aku makan leftover lauk anak anak lunch haritu.

Lauk lunch tu pun aku masak pagi tu sebelum pergi kerja. Tapi yang tinggal seketul kentang jela. Makan sambil nangis dalam hati. Da la aku yang masak.. budak tu dah makan 4 pinggan kot. Takkan ayam last kcik tu pun takde untuk aku. Sedih.

Aku sebelum ni pernah slowtalk sebab aku tau dekat rumah maknya, budak budak basuh pinggan sendiri. Dekat rumah aku langsung tak. Sikit sikit ‘ok’.

Tapi kalau hari hari aku penat sikit lah. Sebab dah besar kan. Kalau tak ajar sekarang nanti terbiasa.

Time aku makan mesti bangun duduk bangun duduk sebab anak anak haus air tak cukup saja. Anak anak taknak ambil sendiri. Jadi banyak kali aku bangun duduk.

Paling rasa rimas bila suami aku suruh aku asingkan tulang ayam masa masak siap siap. Dia kata senang anak dia nak makan.

Aku masak dah penat, kena asingkan tulang pulak. Besar dah anak anak nya ponn.

Aku jadi stress. Beli la boneless chicken kalau taknak tulang aaa stress. Aku balik keje penat time masak mamai mamai dah. Kadang anak dia kejut dua pagi. Suruh masakkan kudap kudap sebab lapar. Saya layan kan saja.

Selalu suami aku outstation, jadi banyak masa anak anak habis dengan aku. Mak nya dont bother nak ambil anak. Suami selalu operasi outstation. Jadi aku selalu jaga anak sorang sorang. Hubungan kami rapat.

Aku masih okay lagi sampai lah aku ada event yang melibatkan kerja aku. Aku kan buat side income.

So aku dapat invitation as penghargaan aku kerja dengan mereka selama ni. Aku excited gila gila kot. Bukan senang nak dapat peluang ni. Tapi event tu rsvp and cuma 2 pax saja.

Aku ajak suami aku. Suami aku cakap, kena bawak anak anak. Aku cuba tanya management. Mereka kata 2 pax dan event tak sesuai sangat untuk kanak kanak. Kalau food review ke apa, aku boleh saja ajak. Tapi ni event rsvp jadi aku macam.. berbelah bagi

Lagipun, event tu jumaat. Jumaat tu turn ex wife ambil anak. Tapi ex wife punya perangai, suka sidai orang. Kata nak ambil sekali tak datang. Anak dah tunggu. Banyak kali macamtu.

Plan kami semua kelaut sebab tunggu dia. Event aku ni 8 malam dah kena ada dekat sana. 8-10 malam saja. Dua jam.

Event tu tu jaraknya setengah jam dari rumah aku. Aku cuba bincang dengan suami aku. Aku tanya mak nya ambil anak pukul berapa. Apa plan kalau mak nya tak jadi ambil.

Suami aku terus tak da mood. Dia tuduh aku tak sabar nak anak takda kat rumah. Aku cakap la aku selamani tak kisah. Tapi haritu kan ada event.

Aku tanya lagi, boleh ke aku bawa kawan aku saja. Suami bebel katanya sampai hati taknak bawa dia. Aku dah pening. Suami ni tak bagi kata putus. Kalau mak budak budak tu ambil awal, suami boleh ikut.

Then aku tanya, kalau mak nya ambil lambat atau tak jadi. Macam mana? Suami kata.

“U siap siap jela nak pergi event mekap semua dress up saja. Kalau mak nya tak jadi ambil anak, atau lambat datang, cancel jela terus. Takpayah pergi event tu. Patut u dah ready jadi parents kena fikir la benda benda macamni”

Saya terkejut. Macam tu sekali. Saya cakap la. “Kan dua jam saja. Tak de ke plan nak date berdua. Dua jam saja. Teman la saya. Saya teringin nak pergi”.

Terussss suami cakap “baru beberapa bulan anak anak duduk sekali dengan kita, you dah macam macam. See, saya agak dah dari dulu lagi, u bukan nak jaga anak anak tu sangat pon. Yela bukan anak sendiri, boleh la fikir nak tinggal anak.”

Bila saya jawab anak anak dah besar dan saya sentiasa masak dan sediakan makanan untuk anak anak sebelum saya keluar rumah, suami akan cakap,

“Yela bukan anak sendri bole la fikir nak tinggal. Mentang mentang bukan anak sendiri. Kenapa? Dah start rasa terbeban? Susah kan jadi makbapak? Eh haritu bukan ke u kata nak jaga sangat?.”

Lepas apa yang saya buat, macamni ke suami saya cakap dekat saya. Saya sanggup jaga budak budak tu dari tengok drama tolak tolak ex wife diq. Kesian dekat suami.

Tapi apa yang saya dapat? Siapa nak kesian dekat saya?

Masakkan untuk anak anak sebelum pergi keje dan masak lagi bila balik keje untuk anak anak, sebab taknak bebankan suami dengan kewangan. Gaji suami pun takdala mewah. Cukup cukup sahaja.

Punya saya fikir macam macam cara nak senangkan suami. Last last bila ada isu macamni, suami mesti cakap saya ni bukan mak dorang, so bole la buat camni.

Lepastu samakan saya dengan ex wife. Suami tanya saya, apa beza saya dengan ex wife dia kalau saya pergi event tu dan tinggal anak kat rumah?

Saya cakap saya nak dating dengan suami kejap dekat luar sebab takde masa berdua langsung. Saya nak pergi event tu dengan dia.

Suami siap cakap lagi “ingatkan dah tau budak budak duduk dengan kita, awak ready la yang sampai bila bila kita takda masa berdua langsung. Rupanya saya silap”

Sekarang ni saya pening. Saya dah tepu duduk rumah. Suami nak bawa berjalan pun tak. Saya faham dia busy. Life saya kerja saja. Habis kerja layan anak keje masak saja dekat rumah dan kemas rumah. Kalau bawa berjalan mall pun anak meragam sebab penat jalan kaki and nak dokong.

Ok fine, kalau suami taknak teman saya sebab anak tak boleh tinggal kejap dekat rumah saya ok lagi. Saya minta nego, nak suruh kawan perempuan teman saya pergi event.

Dia dekat rumah dengan anak anak. Suami berkeras tak bagi. Sekarang saya ni memang kena duduk rumah and masak 24 jam ke untuk serve dia dan anak anak? Stress.

Tolong la saya balik kerja accident ke lepastu tak hidup dah. Penat lah macamni.

Mak mak diluar sana, ada anak, even dah besar sikit, memang tak boleh ke kita ni keluar kejap sejam dua dengan suami?

Atau keluar dengan kawan kejap dan minta tolong suami jaga anak anak kejap kat rumah?

Tak boleh ke? Kira jadi mak yang tak bertanggungjawab ke kalau macamtu? Mentang mentang saya mak tiri saja terus suami cakap saya tak ikhlas jaga anak dia, sebenarnya pura pura nak jaga anak anak. Allahu.

Haritu kawan baik saya mak dia dah meninggal dalam sebulan, ada contact saya untuk jumpa sebab dia tak tahu nak meluah dekat sapa.

Saya minta izin keluar sejam dua jugak minum minum dekat kedai makan berhampiran rumah. Suami tak bagi. Dia cakap “habistu saya dekat rumah dengan anak anak ni apa? Tunggul?”

Tiba tiba rasa rindu family. Semua family saya jauh jauh. Sini takda adik beradik. Ada suami dan anak tiri saja.

Apa apa pun saya bersyukur sebab so far anak tiri sayangkan saya. Balik kerja saja saya kena kerumun. Terharu. Tapi layanan suami buat saya jauh hati.

Sekarang ni saya kena start makan pill perancang sebab taknk mengandung. Mana tau jodoh kejap. Takda sapa nak kawin untuk cerai. Tapi mampu ke saya hadap kena sisih dalam rumah sendiri. Dengan suami sendiri lagi 30 tahun akan datang?

Tak sangka suami sendiri yang label saya mak tiri yang itu ini. Sedih. Kecewa. Rasa tak dihargai. Bukan minta balasan atas layanan saya dekat anak anak. Tapi saya nak rasa dihargai. Jauh hati.

Dari ikhlas jadi mixed feelings. Kalau pun ex wife tak berterima kasih dengan saya, boleh terima lagi. Ni suami. Belum part suami selalu tersasul panggil saya dengan nama ex wife. Pedih.

Lagi satu, sebelum kahwin saya ada buat istikharah. Lepas solat tiga kali saya buat. Tiga kali juga dada rasa sesak( macam serabut and sesak sebab nangis teresak esak tu) tapi saya ignore the sign.

Saya ingat tu perasaan saya saja. Sekarang tula yang saya rasa. Allah dah bagi petunjuk tapi saya ignore.

Doakan saya. Saya tak tahu sampai bila saya mampu bertahan.