Jururawat byk kali nampak perempuan tua nangis tiap kali ada yang temui ajal. Ingatkan waris rupanya bukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pembaca.

Kisahku pada kali ini adalah sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah hospital antara yang tertua di negeri sebelah utara.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh sepupu aku iaitu salah seorang jururawat di hospital tersebut dan merupakan antara kompilasi peristiwa peristiwa mistik yang dialami oleh komuniti pekerja di hospital berkenaan.

Seperti kebiasaanya ‘aku’ dalam kisah ini adalah sepupu aku dan tanpa membuang masa lagi ayuh kita selami peristiwa mistik di WAD 9.

Seperti selalunya suasana di wad 9 ini ketika syif malam amatlah merunsingkan hati dan jiwaku.

Walaupun selalunya suasana ketika syif malam agak tenang dan tidak membebankan kerana tiada hiruk pikuk daripada para pelawat dan tugasan pada waktu malam selalunya hanya melibatkan pemantauan dan sedikit urusan dokumen,

namun ketenangan yang dilalui oleh kami sebagai para jururawat dirasakan amat meresahkan terutamanya sekali jika ketenangan itu dihadiri bersama kesunyian.

Pada malam itu, aku bersama 2 orang lagi rakan sekerja yang aku gelar Kak N dan juga Linda (bukan nama sebenar) sedang berada di meja pendaftaran bagi menguruskan beberapa dokumen dan kerja yang tertangguh.

Kami bertiga pada lewat malam itu walaupun sedang bekerja tapi masih dalam mod bersantai kerana kebanyakkan pesakit pada waktu itu sedang diulit mimpi dan tidak banyak yang memerlukan pemantauan yang rapi.

Dalam keasyikan kami menyiapkan kerja, tiba tiba kami terkejut apabila mendengar deruan tapak kaki di kaki lima wad berdekatan dengan meja tempat kami sedang bekerja.

Bunyi datang sepintas lalu dan kemudiannya hilang bersama dengan semangat kami bertiga untuk menyambung kerja.

Bagi menghilangkan rasa gerun yang bersarang di hati, kami bertiga kemudiannya menyambung pekerjaan sambil berbual dan antara yang menjadi topik perbualan kami pada waktu itu adalah tentang kisah kisah mistik yang berlaku di wad 9 ini.

Menurut Kak N iaitu antara kakitangan yang paling senior di situ, wad 9 ini sebelumnya adalah wad lelaki dan kemudiannya ditukarkan kepada wad perempuan.

Menurut Kak N lagi, ketika wad 9 ini masih wad lelaki tidak banyak kisah mistik atau peristiwa aneh yang berlaku melainkan pernah sekali seorang pesakit mengadu seperti ditindih sesuatu.

Namun sekarang gangguan yang berlaku boleh dikatakan lebih kerap dan semakin menakutkan.

Sejak wad ini ditukarkan ke wad perempuan banyak kes dimana pesakit dan juga kakitangan melihat jelmaan seperti Pocong dan juga Lembaga hitam.

Kedua dua jelmaan ini ini sering dilihat di dalam kawasan tandas yang berada di penjuru wad pada lewat malam.

Di samping itu, bertentangan dengan wad 9 ini terdapat sebuah bangunan yang dijadikan sebagai bilik myat.

Jadi bagi kakitangan yang ingin masuk ke dalam wad selalunya akan melalui dahulu bilik myat tersebut dan disitu juga terdapat sebuah kisah di mana salah seorang jururawat sering melihat jelmaan seorang wanita tua yang akan menangis di sebelah jnazah sekiranya terdapat kematian dan bilik myat tersebut digunakan.

Pada mulanya jururawat tersebut menyangka jelmaan tersebut merupakan waris kepada si mti yang diuruskan di dalam bilik berkenaan.

Namun, hampir setiap jnazah yang diuruskan pasti jelmaan wanita tua ini akan meratapinya dan kemudiannya hilang begitu sahaja.

Berbalik pada kisah di dalam wad kami, pernah tidak lama sebelum ini kecoh di wad kami di mana seorang pesakit berlari ke meja pendaftaran tempat kami bertugas pada sekarang ini sambil menangis dan meraung.

Apabila sudah ditenangkan oleh kakitangan yang bertugas pada malam itu, dia menceritakan yang dia melihat pocong melalui biasan cermin di dalam bilik air ketika dia menggunakannya.

Namun, disebabkan biasan yang dilihatnya itu hilang sekelip mata dia hanya cepat cepat keluar daripada bilik air tersebut dan kembali berbaring di katilnya sambil berselubung di bawah selimut sebelum tertidur.

Perkara yang menyebabkan dia menangis sambil berlari ke meja pendaftaran adalah ketika dia berbaring secara tiba tiba katilnya bergoncang dengan agak kuat dan ketika dia membuka mata,

pocong yang dilihatnya tadi berdiri hadapanya sambil membongkokkan badan seperti orang sedang rukuk dalam solat sambil menghadapnya.

Situasi itu terjadi hanya beberapa detik sahaja dan ekoran terkejut dengan pemandangan yang menakutkan itu yang menyebabkan pesakit tersebut berlari ke meja pendaftaran.

Pesakit tersebut kemudiannya ditukarkan ke wad lain dan dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.

Selain pesakit, kakitangan hospital terutama sekali jururawat seperti kami juga antara yang teruk diganggu oleh entiti di wad tersebut.

Antara gangguan yang paling teruk sekali adalah gangguan yang terjadi pada rakan sekerja kami yang bernama Atikah.

Kisahnya berlaku ketika Atikah sedang menuruni tangga daripada tingkat atas untuk ke wad 9 di mana dia akan bertugas pada malam kejadian.

Tangga tersebut terletak di sebelah kiri wad dan bertentangan dengan bilik myat dan dikelilingi oleh taman mini.

Di bawah tangga selalunya akan disimpan kerusi roda dan juga rangka besi katil yang tidak digunakan dan ketika menuruni tangga itu Atikah mendengar bunyi bising besi berdenting dan apabila bahagian bawah tangga itu diperiksa olehnya.

Atikah menjadi tergamam kerana pada awalnya dia menyangka bunyi bising itu angkara kucing namun tekaannya tersasar juah sekali.

Apa yang dilihat Atikah sebenarnya adalah susuk tubuh lembaga seperti lelaki tua yang botak dan tidak berpakaian dan kurus kering seperti cuma tulang yang dibaluti kulit yang pucat dan kedut seribu sedang menghadapnya.

Lembaga tersebut kemudiannya merangkak laju ke arah Atikah sambil mengeluarkan bunyi yg menggerunkan seperti bunyi lembu atau kerbau disembelih, suara keruhan yang nyaring bunyinya.

Dalam sekelip mata lembaga hodoh terbabit berada betul betul di hadapannya sambil memegang kaki Atikah persis seekor anak kera memaut kaki ibunya.

Pada ketika itu terlihat jelas di mata Atikah wajah lembaga tersebut, wajah pucat dengan kulit yang kusam seakan myat.

Tidak kelihatan bebola mata dan soket matanya yang rompong ke dalam berwarna hitam dan sebahagian daging pipi kirinya bergantungan seperti telah dimakan haiwan buas menyebabkan tulang rahangnya kelihatan dan drah hitam pekat menitis hingga ke pangkal leher lembaga itu dan mengotori seluar uniform jururawat Atikah.

Atikah kemudiannya terus tidak sedarkan diri di kawasan tangga tersebut sebelum dijumpai oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Atikah kemudiannya dikhabarkan mengambil cuti kecemasan selama seminggu bagi memulihkan kembali semangatnya.

Gangguan lain selalunya datang dalam bentuk bunyi bunyian seperti ketukan pintu dan juga bunyi kerusi dan meja diseret serta bunyian tapak kaki berlari seperti yang dialami oleh kami bertiga tadi.

Bunyi yang sering didengari oleh kami adalah daripada kawasan pantry yang terletak bersebelahan dengan kaunter pendaftaran dan setiap kali diperiksa seperti selalunya kawasan pantri kosong namun bunyi tersebut masih boleh didengari pada setiap malam.

Gangguan yang sama juga akan berlaku di tandas sekiranya salah seorang daripada kami pergi ke tandas berseorangan.

Pintu tandas akan diketuk dan tombol akan cuba dipulas seperti cuba dibuka secara paksa dari luar namun ketika dibuka ternyata terbukti kosong dan perkara ini pernah berlaku padaku sendiri tidak lama dahulu.

Segala ganguan yang berlaku ini pada akhir akhir ini semakin kerap berlaku dan kebanyakkan daripada kami sudah biasa dan kami hanya mengendahkannya dan meneruskan kerja bagi mencari rezeki dan menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami.

Namun bagi pembaca kisah ini berhati hatilah sekiranya anda ke wad kami kerana para entiti di sini masih setia menanti kehadiran anda. Sekian wallahualam