“Kita yang ambil gambar dia pulak beria posing. Komplen cakap gemuk lah, tapi bila dia amik tak ikhlas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua. Korang ada tak kawan yang kaki selfie? Pergi mana mana semua mesti ambil gambar dari makanan, OOTD sampailah ke pemandangan? WAJIB.

Aku rasa korang pun ada kawan atau sedara yang macam tu. Tapi diaorang jenis hardcore tau tidak?

Macam kisah aku sendiri, apa yang jadi sangat sangat menyedihkan. Aku ada 1 geng BFF dalam 5 orang.

Bila kerajaan umumkan rentas negeri saja haritu, terus grup wasap berkumandang bising dengan plan nak jumpa.

Aku siap minta cuti sebulan awal untuk plan bercuti ke Pulau Pinang. Kat sana memang kami pulun pergi kat banyak warung and kedai makan viral yang suggested dalam list travel katanya.

Antara 5 orang ni, aku paling kurang suka selfie. Setakat suruh aku join masuk selfie okeylah. Tapi sampai tahap nak snap beribu gambar takdelah.

Takat snap gambar view dan makanan bolehlah. Tapi aku memang tak pandai selfie apalagi nak snapkan gambar orang.

Aku bukan taknak tolong. Tapi aku sedar aku ni tak reti wey nak snap ala ala angle lawa or estetik bagai.

Tapi kawan kawan aku yang lain ni pula jenis ala ala instafamous. Setiap inci lorong nak snap gambar. 1 tempat 30 minit habis untuk selfie sahaja. Penat? Sangat penat.

Dek kerana aku tak minat bergambar sendiri, diaorang banyak minta aku snapkan. Memang aku bukan sengaja tau nak tangkap gambar buruk.

Tapi aku memang kekok apalagi diaorang nak angle itu ini. Kena sharp HD nak nampak kaki panjanglah.

Muka kecik pinggan ramping bagai. Diaorang dah ajar aku dan siap lock position, still gambar tu tak memuaskan hati mereka.

Siap tunjuk sample ig instafamous mana entah. Mana la aku mahir ermm aku tangan kayu.

Ada pula sampai tarik muka sebab gambar yang aku tangkap tu kureeeeng di mata dia orang.

Serba salah aku dibuatnya. Nak hasil macam hire jurugambar profesional memang takla. Nak ambil gambar sendiri pun jarang sangat.

Kadang dia orang paksa paksa nak tolong ambil gambar aku. Main rampas phone suruh aku posing. Ya aku akui, gambar yang dia orang snap memang lawa.

Tapi bila aku snap kan mereka punya dan benda tu buruk, diaorang anggap macam aku ni acuh tak acuh.

“Aku ambil gambar kau beria, kau snap macam tak ikhlas saja. Angle pun salah habislah aku nampak gemok”

Itulah ayat yang boleh dikatakan hampir 70% percutian tu sering dia orang lemparkan pada aku. Aku tak suruh snap gambar aku pun. Dia yang offer and snap.

Tiba tiba bila kita snap tak lawa, kena perli gitu balik. Ni memang benda yang paling buat aku spoil nak berjalan.

Aku boleh saja nak marah balik. Tapi takmau la holiday rosak dengan benda kecik.

Kita holiday nak fun fun nikmati masa sama sama. Kata lama tak jumpa? Tapi most of the time semua sibuk selfieeeee macam kemaruk sangat.

Simpan buat kenangan katanya tapi over sangat pula. Jalan 500 meter selfie. Jalan 2 langkah selfie.

Lepas tu singgah makan semua sibuk tunjuk hadap phone upload story and upload OOTD dekat IG.

Malam holiday tu selalunya kita akan macam pillow talk cakap pasal life ke kan? Main game fun ke. Borak sampai 3-4 pagi ke.

Tapi dia orang tak wey. Sorang sibuk edit tiktok. Sorang sibuk edit video compile gambar OOTD estetik.

Untuk apa? Untuk upload dekat media social malam tu juga. So what is the point kita holiday konon gathering. Tapi semua sibuk dengan phone masing masing???

Edit tu tunggu dah habis holiday pun boleh sepatutnya. Sikit sikit upload story atau status tu aku faham saja.

Tapi sampai tidur lambat belek gambar edit video bagai. Rasa macam tengah kerja graphic pulak. Macam ada pertandingan cipta video.

Sepanjang holiday tu aku rasa macam terpinggir. Kami gerak berlima tapi aku rasa macam keseorangan tau.

Semua nak selfie yang estetik macam berlawan lawan sapa paling lawa. Bila gambar tu dia tak suka, komen macam kita ni photographer upahan yang gagal pula.

Antara semua phone pula, diaorang pujilah kata kamera phone aku paling lawa and okey.

Makanya sepanjang 3 hari kami holiday tu, bayangkan dekat 2000 gambar saja diaorang punya.

Aku punya 100 pun tak sampai. Aku tak kisah TAPIIII! Paling merimaskan desak desak send gambar masa tu juga.

Misal kata pukul 3 kita masuk taman bunga dan snap gambar kan. Nanti pukul 3.01 dah remind suruh send semua gambar kat telegram tang tu juga.

Jujur cakap, aku jenis tak install Telegram. Tapi sebab holiday tu aku install juga. Katanya send guna wasap gambar jadi blur.

Nak dimarah kawan sendiri. Ada pula yang gaduh masam muka balik holiday apaaaaaalah.

Jadi nasihat aku lagi lagi geng bff perempuan ni. Janganlah anggap orang yang ambil gambar tak lawa tu as ‘tak ikhlas’.

Kami ikhlas saja dan cuba yang terbaik. Tapi please laaaaaa faham tak semua orang pandai snap gambar yang sempurna seperti yang korang nak.

Memang sejenis kekok nak ambil gambar sendiri. Tap tap tap siap. Mana la tahu kau nak shadow macam mana. Contrast nak 56% la bagai.

Hadoiii macam dalam studio!

Bila gambar tu buruk, kat situ juga kau sembur. Alahai. Kau holiday tapi 24 jam menghadap phone. Kenapalah tak nikmati persekitaran tu dengan mata kita sendiri.

Holiday jauh, tempat lawa, makan sedap. Tapi semua tu kita sibuk nak lihat melalui ‘lensa’ kamera.

Walhal lagi bagusnya kalau kita berpada pada ambil gambar dan selebihnya nikmati saja moment tu guna mata sendiri.

Janganlah sebab tak rasa gambar tu tak ESTETIK, tak jadi macam yang kau demnad. Kau anggap kawan tu macam macam. Kesian dia.

Kalau rasa nak perfect sangat gambar tu, kau bawalah cameramen peribadi ikut kehulu kehilir. Hah puaslah.

Lepas tu kau nak menyelam ke, nak tonggeng tergelak nak terkangkang macam model orang putih tu pun takde sapa marah. Nak demand itu ini agak agak la ye.

Sorry kalau ada singgung sesiapa. Tapi benda ni ramai rasa macam biasa. Padahal kawan kita tu mungkin diam diam rasa bersalah kena perli tangkap gambar buruk.

Padahal bukan ada mandatori pun. Kau gagal tangkap gambar on-point, nescaya kau akan digantung sampai mati. Haaa boleh ke macam tu?

Jalan dengan makcik makcik lagi best. Orang tua ni lagi pandai hargai percutian dengan jiwa dan mata mereka. Bukan 24 jam telefon.

Sedih wey kena perli sebab amikkan gambar tak okey. Ingat aku skill 20 tahun ke dalam photografy.