Panik sebab lampu dapur terpadam secara tiba2. Hawa nampak macam ada orang tengah tenung dia

Hawa masih termenung memandang taman kecil yang berada di laman rumahnya. Dah seminggu. Ya, seminggu sudah mimpi itu muncul dalam lena malamnya.

Setiap malam Hawa akan bermimpi ular besar berwarna hitam cuba mengejarnya dan secara automatiknya dia akan berlari sekuat hati menuju ke bangunan tinggal yang tak berada jauh darinya.

Masuk sahaja bangunan lama itu, segalanya bertukar gelap dan kelam. Cahaya terang tiba tiba muncul di tangga teratas.

Apabila dia cuba mendekati cahaya itu, cahaya itu semakin suram dan akhirnya keadaan menjadi gelap gelita dan Hawa terjatuh dari tangga teratas bangunan tinggi itu.

Dan apabila dia tersedar, dia berada di dalam keranda disebelah myat yang berkafan. Dan setelah muncul suara garau lelaki yang berkata ‘Mti!’ secara tak semena dia akan terjaga dari mimpi itu.

Aneh sungguh mimpi itu fikirnya. Hawa perasan yang mimpi itu mula muncul setelah kematian datuknya dua minggu lepas.

Namun dia menepis segala sangkaan buruknya itu. Ish, takkan la atuk ada ‘sesuatu’. Dia alim dan warak. Takkan lah.. Hawa bermonolog sendirian.

Deringan telefon bimbit mematikan lamunannya. Hawa tersenyum melihat nama itu muncul di skrin telefonnya, lantas dia menekan butang terima.

“Waalaikumsalam sayang. Tak ada buat apa pun. Ada depan rumah atuk ni hah. Ambil angin.

Yang lain ada dekat dalam. Pak ngah, Mak Teh, Acik Lang semuanya ada. Sayang bila nak balik?”.

Perbualan Hawa dan suaminya, Arif itu berlangsung selama beberapa minit sebelum Azah, sepupunya datang menyapa.

Dek kerana sudah tiada apa nak dikhabarkan pada Arif, Hawa menamatkan panggilan itu.

“Amboi pengantin baru ni. Dari jauh dah nampak tersengih sengih. Arif ke tu yang call?”, Azah membuka mulut setelah duduk di pangkin bertentangan dengan Hawa.

“Haah.. hehe”, Jawab Hawa pendek sambil tersipu malu.

Lama mereka berborak. Maklumlah mereka itu bagaikan belangkas. Membesar bersama sejak dari kecil apabila Hawa kematian ibu dan ayahnya semasa 6 tahun, dia menumpang kasih di rumah atuknya.

Azah sepupunya itu anak Pak Ngah, berjiran dengan atuknya. Selalu sangat dia bermalam di rumah Pak Ngah atau Azah datang bermalam di rumah datuk mereka.

“Azah, atuk kita tu kan, masa sebelum dia meningggal, ada dia berperangai aneh tak? Ada pesan pape tak?”. Azah mengerutkan dahi.

“ Kenapa tetiba kau tanya soalan ni? Ada apa apa jadi ke? Setahu aku dan sejak aku jaga dia ni, tak ada pulak pelik pelik yang aku tengok. Ok je. Macam biasa lah dia.

Sebelum subuh dah atas sejadah. Nak azan je terus menapak ke masjid. Maghrib Isyak, ayah dengan atuk sesama ke masjid. Apa peliknya?” Panjang cerita Azah.

“Haha. Tak ada lah. Kot kot atuk ada pesan apa apa ke. Orang tua kan banyak rahsia”, Hawa cuba berselindung dengan gelak kecil.

‘betullah.. takkan atuk ada macam macam. Jadi apa yang berlaku dekat aku?’ Hawa bermonolog dalam hati.

“jomlah masuk, dah senja ni”. Hawa cuba menukar suasana agar Azah tak fikir bukan bukan.

Bukan Hawa tak nak berkongsi cerita dengan Azah, namun dia rasakan itu hanyalah mainan tidur dan mungkin dia asyik terbawa bawa sebab terkesan dengan kematian atuk kesayangannya.

Pagi itu setelah siap berkemas, dia memasukkan bagasinya kedalam bonet kereta di depan rumah Atuk.

“Tak apa ke kamu drive sorang tu Hawa? Pak Ngah suruh Azah temankan kamu lah sampai ke KL. Nanti Azah balik sini naik bas.”

Sapa Pak Ngah di depan rumahnya dengan suara sedikit tinggi kerana jarak memisahkan rumah Atuk dan Pak Ngah.

Hawa tersenyum. Dia berjalan ke arah Pak Ngah.

“Terima kasih Pak Ngah. Tapi Hawa okay je. Kan dah biasa bawak keta sorang balik sini.”.

“Kalau macam tu meh masuk dulu makan pagi. Mak Ngah kamu dah siap masak”. Hawa tersenyum lagi sambil menanggalkan selipar dan masuk ke rumah Pak Ngah.

Perjalanan dari kampung Atuk ke Kuala Lumpur dirasakan lama pagi itu. Hawa memandang jam di dashboard kereta. ‘hmm.

Dua jam dah. Biasa dah lebih separuh jalan. Slow ke aku bawak’. Hawa menekan pedal minyak sedikit kuat.

Namun kereta nya itu meluncur laju seaakan dia menekan minyak penuh. Hawa panik. Kakinya yang menekan minyak tak dapat digerakkan seolah terkunci.

Hampir sahaja dia melanggar kereta di hadapannya. Nasib baik stering nya dapat dikawal dan Hawa memotong kereta itu.

Sebaik dia memotong, datang lori dari arah hadapannya. ‘Alllahuakbar. Kau lindunglah aku dari kecelakaan’.

Hanya itu kata katanya sebelum keretanya dengan sendiri bergerak normal dan Hawa berjaya mengelak dari bertembung lori itu.

Sliding door dibuka. Langsir dibuka. ‘hmm. Baru 2 hari tinggal dah suram rumah ni’ getus Hawa.

Langkahnya diatur ke bilik tingkat atas untuk membersihkan diri dan bersedia untuk menunaikan fadhu Zuhur.

Sebaik beberapa langkah dia memanjat anak tangga itu, Hawa terpandang sekilas kelibat bayang di dapurnya.

Kedudukan tangga yang bertentangan dengan dapur rumahnya membolehkan dia melihat bahagian dapur itu tanpa halangan.

‘eh. Sayang dah balik ke. Dia cakap minggu depan. Perasaaan aku kot’. Lalu meneruskan langkahnya ke tingkat atas.

Hawa berteleku sebentar di tikar sejadah selepas selesai menunaikan solat. Tragedi yang hampir menyebabkannnya kemalangan tadi bermain di fikiran Hawa.

‘Allah. Aku bersyukur kehadrat Mu kerana masih lagi peluang untuk aku bernafas.’ Namun dia masih pelik kenapa dan bagaimana dia boleh tertekan pedal minyak dan kakinya jadi kaku. Kakinya cramp ke tadi? Tapi tak sakit pun.. dia tertanya sendiri.

Ketung ketang kung ! Hawa terkejut dari tidurnya. ‘Allah!’. Dia melihat jam dinding menunjukkan pukul 6.30 petang.

Lamanya aku tidur. Namun dia diam seketika. ’bunyi apa tu?’ pintu bilik dibuka perlahan. Langkahnya perlahan menuruni tangga.

Sampai separuh tangga, dia mengintai ke arah dapur. Berselerak pinggan mangkuk kuali periuk di atas lantai. Hawa kaget.

Dia memandang pintu rumahnya. Kunci dan selak dari dalam. Pintu belakang dapur memang dia kunci dan tak pernah buka sejak dia pindah masuk.

“siapa tu? Sayang ke?”. Panggilannya senyap tidak berjawab. Tiada kelibat sesiapa pun. Baru sahaja Hawa ingin melangkah turun dia berhenti. ‘eh lupa belum solat Asar lagi’. Terus dia berlari anak semula ke biliknya.

Lampu dapur dibuka. Dia menarik nafas panjang. Otaknya ligat berfikir. Bagaimana dan siapa yang buat ni? Kucing? Tikus? Takkan lah sampai macam ni. Kalau kucing nak lari mana bukan ada lubang.

Mungkin tikus, tapi takkan tikus nak selerakkan semua ni. Gigihnya! Segala perkakas yang berselerak itu dikutip dan disimpannya kembali ke tempat asal. Siap!

Jam di laptopnya di pandang sekilas. Dah 11.30 malam. Kerjanya masih banyak belum diselesaikan. ‘stay up la aku malam ni.

Esok dah dateline. Aduh mak..’. dia bangun dan keluar dari biliknya. Berhajat ingin membancuh segelas nescafe sebagai peneman.

Jejak sahaja kaki di tingkat bawah, dia tersedar yang lampu dapurnya terpasang. ‘eh rasa lepas makan tadi aku dah tutup’. Dia berjalan perlahan merapati dapur.

Beberapa langkah je lagi tiba tiba lampu itu terpadam dengan sendiri. Hawa panik namun masih tercegat kaku. Dalam kesamaran dapur yang ada sedikit diterangi cahaya lampu ruang tamu itu Hawa melihat sesuatu berdiri merenungnya. Benda putih berbungkus.

Ya, itu pocong. Hawa kembali berpijak di bumi nyata dan terus membuka langkah seribu menuju ke biliknya di atas.

Bau busuk dan hanyir seaakan bangkai itu hilang sebaik sahaja dia menutup pintu biliknya. Jantungnya masih berdegup kencang.

Biliknya yang tadi suram hanya berteman lampu meja kini terang benderang. Lampu bilik dan lampu tandas biliknya dibuka. Hawa menuju ke katil. Telefon bimbit dicapai.

“sayang.. sayang..” suara Hawa terketar ketar.

“sayang. Awak kenapa ni? Okay ke? awak kat mana ni?” suara Arif cemas dihujung talian.

“saya takut.. tadi ada..”

Buk. Bukk. bukkk. Belum sempat Hawa menghabiskan ayatnya dia terkejut dengan bunyi yang kuat itu.

Seakan sesuatu melompat di tangga kayu rumahnya itu. Bunyi itu semakin hampir ke tingkat atas.

Hawa berselubung di dalam selimut. Telefon di tangannya digenggam kemas kedua belah tangan. Airmatanya mengalir deras. Dia kaku dan bisu. Fikirannya kosong.

Takut! Ya.. itulah keadaan bila mana pertama kalinya dia berhadapan dengan benda ghaib itu.

Selama ini Hawa hanya membaca cerita cerita seram melalui page Facebook seperti Fiksyen Shasha atau dari laman blog. Namun saat itu dia mengalaminya sendiri.

“sayang! Sayang! Awak dengar tak ni”. Suara Arif dihujung talian berlalu begitu sahaja.

Bang! Bang! Bang! Pintu bilik Hawa diketuk. Namun bukan dengan ketukan biasa menggunakan tangan. Tapi dengan kepala.

Pocong itu sudah tercegat berdiri didepan pintunya dan menghentakkan kepalanya ke pintu.
Hawa menangis menggigil di dalam selimut. Hanya itu yang dia mampu lakukan.

Azan subuh dari surau yang tak jauh dari rumahnya mengejutkan Hawa dari tidur. Dia tercegat duduk di katilnya. ‘aku mimpi ke? Astaghfirullahaladzim..’ . Dia melihat jam di skrin telefonnya.

Namun dia terkejut kerana banyak notifikasi missed call dan juga mesej dari Arif . ‘apa hal pulak ni’. Dia mendail dan suara Arif kedengaran di hujung talian.

“sayang? Awak gi mana semalam? Awak okay ke? kenapa awak cakap awak takut? Ada apa apa jadi ke?” belum sempat Hawa memberi salam dia ditujahi soalan demi soalan dari Arif.

Hawa diam sejenak. Tragedi malam tadi bermain semula di fikirannya. Dia memandang keadaan biliknya yang terang benderang. ‘sah bukan mimpi!’.

Hawa menelan air liur sebelum bersuara,

“malam tadi saya kena kacau. Dengan ghost.” Sengaja dia tukar perkataan hantu kepada ghost dan perkataan itu disebutnya perlahan.

“awak nampak kat mana? Dalam bilik ke?” soal Arif lagi.

Hawa menceritakan semuanya kepada Arif apa yang terjadi. Namun pasal mimpi dan kes dia hampir kemalangan itu belum Hawa ceritakan. Dia tidak mahu Arif risau. Talian dimatikan setelah Hawa meminta izin untuk solat Subuh.

‘Sayang pasang surah surah sepanjang hari tau, sampai lah saya balik’. Hawa teringat pesan Arif. Fikirnya itu sahaja cara agar Hawa tak diganggu dengan makhluk tak diundang itu lagi.

Beep. Menandakan mesej masuk .’Kau okay ke?’. Hawa mengerutkan dahi. Kenapa Azah tetiba whatsapp dia dan tanya soalan ni?

Hawa: Assalamulaaikum cik Azah ku sayang. Okay je ni hah. Terbungkang depan laptop hadap kerja-kerja terbengkalai. Kau kenapa chat aku malam malam ni?

Azah: Haha. Waalaikumsalam ustazah Hawa. Takde apa lah.

Azah: Arif bila balik? Aku nak datang rumah kau boleh?

Hawa: 2 hari lagi balik lah dia. Eh mai lah Azah oii. Aku dah ajak berkali kali kau taknak.

Azah: kau ni. Bukan taknak. Kan haritu aku jaga Atuk. Ni dah free boleh la aku vacay kekonon. Haha
Chat mereka tamat setelah Azah meminta diri nak tidur. Sebelum tidur Azah melihat profile picture Hawa. Gambar mesra Hawa disebelah Arif. Azah menitiskan air mata.

Ketukan pintu rumahnya mengejutkan Hawa. Sayup sayup kedengaran namanya dipanggil. ‘eh macam kenal suara tu’. Dia bergegas turun ke bawah dan pintu rumah dikuak.

“Sayang!”. Arif tersenyum lebar di muka pintu.

“awak kata petang ni sampai?”

“Saja nak surprisekan sayang pagi pagi.hehe:”

Arif pelik. Sejak 3 hari kepulangannya, hubungannya dengan Hawa makin dingin. Entah mana silapnya. Semuanya tak kena dimata Hawa.

Bila Arif Arif ingin bermesra mudah saja Hawa menepis. Hawa bersikap baran dengannya. Sama juga bilamana Arif ingin menolong dengan kerja kerja rumah. Mulalah Hawa melentiing.

“bukan macam ni lah lipat kain”.”bukan jemur macam ni”. “biarlah saya buat sendiri”.

Namun bila dia tak menolong dan hanya sekadar berada di depan tv, Hawa akan membebel mengatakan dia pemalas.

Sebelum ni elok sahaja hubungan mereka berdua. Maklum sajalah baru 2 bulan mendirkan rumah tangga.

Sedang arif termenung di atas sofa, kedengaran ketukan pintu rumahnya. ‘eh sapa pulak magrib maghrib macam ni melawat rumah orang’. Dia berdiri dan menuju ke pintu.

“eh Azah. Tetiba kau muncul takde bagitau aku !” matanya Arif sedikit membulat. Terkejut dengan kemunculan Azah tiba tiba di rumahnya.

“assalamualaikum. Jawab salam aku ni dulu kot ye pun. Aku dah bagitau Hawa la. Dia tak bagitau kau ke? Mana Hawa?” Azah tersenyum sambil bertanya.

“Waalaikumsalam. Yeke. Dia lupa la tu. Hawa ada. Ada kat atas. Lepas solat maghrib tadi dia belum turun. Masuklah dulu. Apa kau nak berdiri kat luar ni?”

Mereka berdua tergelak kecil. Arif dan Azah sememangnya sudah lama bersahabat baik. Sejak mereka sama sama belajar dan bekerja di tempat yang sama. Arif mengenali Hawa melalui Azah.

“Azah! “ Hawa sedikit terjerit apabila dia kebetulan menuruni tangga dan melihat Azah memasuki rumahnya. Dia bergegas menuruni tangga.

“Kau ni kenapa tak cakap awal awal. Boleh aku prepare masak masak dulu ke. ni kau datang dengan apa? Bas ek?”. Mereka berdua bersalaman.

Sudah beberapa hari Azah di rumah mereka. Ketika Azah memasuki ruang dapur dia melihat Arif termenung di kerusi meja makan.

“Oii angau!”. Dia menyergah Arif dengan mengetuk meja.

“opocot! Kau ni Zah.. terkejut aku”

“apehal pagi pagi dah termenung?”

“takde lah. Aku fikir hal kerja je”

“Rip. Kau ngan Hawa okey ke? Aku tengok korang berdua lain je..” Arif memandang Azah sekilas sebelum menarik nafas panjang.

“Kau perasan ke..entah la wey. Sejak aku balik ni perangai dia lain. Taktau aku nak explain macam mana. Apa aku buat semua tak kena. Pastu mula nak marah marah.

Aku dah puas tanya dia apa yang dia tak puas hati dengan aku. Dia cakap takde apa pun. Pening gak aku dengan dia. Dengan kau, aku tengok dia layan baik je. Aku ni suami dia kot”.

Azah memandang Arif lama. Dengan nada sedikit rendah, Azah bersuara.

“Rip. Aku ada hal penting nak bagitau kau. Sebenarnya kan..” belum sempat Azah menghabiskan ayat mereka disapa dengan Hawa.

“amboi. Kusyuk nampak korang bergosip!”

“keluar kau dari sini! Jantan tak guna! Aku benci tengok muka kau. Dah lama aku tak puas hati dengan kau!”.

Petang itu Azah dikejutkan dengan suara jeritan Hawa. ‘Dah mula lagi’. Getusnya sebelum bergegas keluar dari bilik tetamu yang berada di tingkat bawah ke ruang tamu.

Dia lihat Arif cuba memujuk Hawa namun Hawa hilang sabar dan menyelerakkan barangan rumah. Selepas itu Hawa berlari ketingkat atas dan mengunci bilik.

Arif dan Azah berpandangan kosong sesama sendiri sebelum Azah membuka mulut untuk menyatakan kepada Arif hal penting yang dia ingin beritahu beberapa hari lepas.

Lebih kurang jam 8 malam rumah mereka didatangi 3 orang lelaki iaitu Ustaz Hamdi dan dua anak muridnya Ali dan Irfan. “Masuklah ustaz” Arif mempelawa mereka.

Belum sempat mereka melabuhkan diri di sofa kedengaran seseorang berlari turun anak tangga. Hawa!

“hoi jantan. Berani ya kau bawak bdoh bdoh ni datang rumah aku.” Merujuk kepada Ustaz Hamdi dan anak muridnya.

Azah keluar dari biliknya apabila kedengaran kecoh di luar. Arif cuba menenangkan Hawa namun tenaga Hawa terlalu kuat dan menepis Arif dengan mudah.

Arif memandang Azah dan mengangguk. Azah juga mengangguk tanda dia faham apa yang harus dia lakukan.

“Hawa. Meh sini meh. Kenapa marah ni. Tak baik tau”

“Azah.. aku tak suka diorang. Kau halau la diorang” Hawa merengek dan memeluk Azah.

“ya ya. Nanti aku halau diorang. Tapi kau duk sini dulu tau.” Azah membawa Hawa perlahan dan menyuruh Hawa duduk di atas tikar kosong yang dihamparkan di ruang tamu.

Azah memberi isyarat kepada Arif. “Ustaz. Kami rasa dah boleh mulakan” ujar Arif.

Ustaz Hamdi, Ali dan Irfan mendekati Hawa yang duduk bertimpuh di tikar.

“saya mintak izin kamu ya Arif” Ustaz Hamdi bersuara. “silakan Ustaz.”

Proses mengubati Hawa berlangsung hampir 2 jam. Dan selepas segalanya selesai, Hawa yang yang tidur kepenatan dicempung Arif dan dibawa masuk kebilik mereka.

“Alhamdulillah segalanya sedikit mudah sebab masih awal lagi.” Ustaz Hamdi bersuara setelah menghilangkan dahaga dengan minuman yang disediakan Azah.

“Ya ustaz. Saya pun susah nak percaya sebenarnya. Mujur Azah ni yang yakinkan saya dan dia minta saya call ustaz.”, kata Arif.

“Pada mulanya saya keberatan nak cerita apa sebenarnya yang terjadi dekat Arif. Sebab saya malu. Saya sayangkan mak ayah saya.

Tapi saya juga sayangkan Hawa. Tak sangka sampai macam ni sekali mak ayah buat pada Hawa. Padahal diorang tu PakNgah dan Makngah pada Hawa. “ tutur Hawa sedikit sebak.

“Bila manusia penuh hasad dengki syaiitan menguasai. Saya mintak Arif dan Hawa maafkan lah PakNgah dan Makngah kamu tu.

Begitu juga kamu Azah. Janganlah kamu buang mereka setelah apa yang terjadi. Taatilah mereka selagi tidak melanggar hukum agama”, lebar Ustaz Hamdi memberi nasihat.

-cerita sebenar Azah kepada Arif-

“Aku tak percaya. Tak! Mana wujud lagi benda benda khurafat macam ni. Kau jangan nak main main Azah.”

“Ya Arif. Aku mohon kau percaya aku. Kalau kita terlambat, aku taktahu apa akan jadi hubungan korang suami isteri.

Mak Ayah aku dah nekad nak korang bercerai berai dan Hawa mti. Aku tahu diorang buat demi aku.

Tapi tu jalan yang salah. Aku dah mintak diorang berhenti. Memang dulu aku sedih kau kawin dengan Hawa sebab aku suka kau. Tapi Hawa yang dapat kau. Tapi aku redha.

Sumpah masa aku tengok korang bersanding aku happy sangat sangat. Tengok kau dan Hawa senyum atas pelamin.

Masa tu aku rasa bebas sangat hati aku ni. Tak sakit malah happy. “ lebar Azah menerangkan situasi sebenar.

Dia menyambung, “ Mula mula aku tahu pasal ni, aku tak percaya. Aku tak sangka diorang berdendam dengan Hawa.

Mula mula pasal kau kawin dengan Hawa sedangkan diorang ingat kau dengan aku, sebabkan kita rapat dan kau dah kenal semua family aku.

Dan makin menambah dendam diorang bila aruwah Atuk wariskan separuh hartanya kepada Hawa, separuh lagi barulah kepada adik beradik Ayah.”

Arif meraup wajahnya. “Habis lepas ni macam mana kau? Nak balik sana jumpa PakNgah MakNgah?”

Azah diam seketika sebelum membuka mulut, “diorang dah tak bagi aku balik. Kata mereka kalau aku datang dan bagitau hal sebenar pada korang, anggaplah aku ni bukan anak diorang dah.

Tapi tak apa. Aku tahu aku berada di jalan yang betul. Aku tak mahu mereka menyakiti Hawa. Yang penting sekarang kita selamatkan Hawa dulu.”

-TAMAT-
Ingat tak dekat atas aku ada tulis yang Azah menangis tengok profile picture Hawa? Dia menangis sebab masa tu dia baru dapat tahu mak ayah dia bomohkan Hawa.

Sebab tu jugak dia tanya Hawa okay ke idok. Ada yang syak Azah yang jahat tak?

Sorry kalau citer tak best.