Dpt notice duit masuk 500. Aku pun bagi tahu ni byk sangat ni miss. Sejak dari tu kami rajin wasap

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam semua nama aku Aziz. Tahun 2020 waktu ni aku umur 28 tahun dah graduate dan bekerja.

Hujung tahun tu aku datang majlis kahwin kawan aku belajar diploma, ramai kawan yang muncul waktu tu dah kahwin dan ada anak.

Kira dalam group kami waktu housemates cuma aku seorang belum berkahwin. Jadi semua macam tease aku, bila nak kahwin apa semua. Aku pun cakap nanti tengah cari calon.

Balik dari majlis tu yang 400KM jauh. Umi aku pun tanya, bila anak mak nak kahwin ni. Aku dekat rumah tinggal 4 keluarga sahaja, Ayah aku, umi aku dengan adik aku yang baru darjah 5.

Aku pun jawab dengan mak aku, payah nak cari jodoh sekarang sambil tu aku gurau cakap dengan mak aku suruh tolong carikan jodoh.

Lepas sehari duduk dekat rumah aku pun balik Johor, sebab aku kerja dekat Johor. Sambil drive balik, aku pun terfikir juga bila agaknya nak kahwin.

Hal kewangan aku rasa stable, rumah pula. Aku agak bernasib baik sebab zaman ayah aku muda dulu dia duduk Johor dan beli rumah sebab ada orang urgent nak keluar Malaysia dan perlu duit. Jadi rumah tu sekarang aku duduk dan ayah aku sendiri dah letak nama aku.

Bagi aku, yang kurang pada aku mungkin rupa dan tinggi. Muka bagi aku setakat 5 out of 10 average, tinggi pula 162 cm.

Aku sebenarnya ada juga singgah macam twitter, Facebook yang iklankan cari jodoh. Tapi masing masing nak cari tinggi yang dalam lingkungan 170 jadi aku pun give up nak try.

Bila sampai rumah scroll social media, aku dah makin macam desperate pula nak kahwin. Aku ada saja kenalan perempuan, tapi rasa janggal tiba tiba ajak kahwin.

Lepas seminggu tu, umi aku telefon tanya dia ada jumpa beberapa calon. Aku pun bagitahu umi aku haritu gurau saja sebab kalau boleh nak cari sendiri.

Lepas kena marah hampir sejam baru umi aku tenang. Umi aku rupanya pergi tanya kawan surau dia nak cari jodoh punya pasal.

Masuk 2020 lepastu start pandemic waktu ni kan agak huru hara sikit kan. Aku kena kerja dari rumah seminggu sekali baru masuk office. Banyak tempat kena tutup sebab roadblock apa semua.

Ini lah durasi yang aku rasa macam makin nak kahwin. Dari video tiktok membawa ke twitter membawa ke Instagram. Ramai update “nasib baik duduk suami isteri waktu c0vid” aku pun dah macam beruntung kalau dah berkahwin.

Duduk sorang waktu pandemic ni baru rasa sunyi dia lain macam.

Setiap hari memang ada benda sweet dari status wasap. Masuk bulan ke dua PKP. Aku ada terbaca status wasap lecturer aku waktu zaman diploma,

Dia update status “cozy weather” aku pun sebab tengah macam bosan balas lah status tu. Cakap miss apa khabar semua. Padahal dah lost contact lebih kurang 6-7 tahun.

Jadi miss aku ni pun balas kita orang bertukar info lebih kurang 2 jam then stop.

Lepas dalam 2 minggu, miss aku ni atau nama dia miss Filzah, dia tanya aku Johor stay dekat mana. Aku pun kasitahu Johor Bahru.

Dia pun minta tolong aku adik dia ni ada masalah emergency dan minta tolong aku pergi rumah dia sebab dia sorang dan lagi satu dia tak ada kenalan dekat sana yang kawasan tu. Sebab c0vid banyak tempat kena block.

Aku pun okay, pergi keluar address pun lebih kurang 10 minit. Keluar ni memang payah sebab banyak polis ronda, setiap kali lalu tanya pergi mana.

Bila sampai dekat rumah adik miss Filzah ni, aku ketuk tak ada response. Try buka pintu nasib baik tak kunci. Bila tengok, memang adik dia telentang atas lantai, aku pun angkat.

Aku check nafas okay, semua okay. Jadi aku pun angkat sebab waktu ni dalam hati aku kalau call ambulance atau emergency agak payah sebab iyalah semua tengah sibuk hal c0vid.

Aku pun call security minta tolong angkat sebab aku try angkat sorang tak larat badan Dia agak besar. Angkat masuk kereta bawa pergi hospital berdekatan bagitahu pengsan, bila check rupanya dia kena batu karang. Sebab terlampau sakit dia macam pengsan.

Aku pun call miss Filzah cakap adik dia okay. Miss Filzah ni pun minta nombor akaun aku, cakap nak kasi duit untuk rawatan adik dia.

Aku pun okay, dia kasi dalam 700 ringgit. Aku beli itu ini untuk adik dia pakai duit 700 ringgit, balance aku kasi adik dia. Lepas 3 hari duduk hospital adik dia pun keluar.

Adik dia yang nama Akmal ni pun cerita perut dia rasa senak, lepastu nak keluar pergi klinik dia macam tersadung lepastu jatuh nak bangun balik sakit. Jadi cuma hantar voice note dekat group family cakap perut sakit. Dah parents dia risau.

Bila hantar dia balik, malam tu miss Filzah ni telefon dia cakap kenapa tak ambil duit balance tu.

Aku reject cakap banyak sangat, balance dia ada dalam 500 lebih. Jadi esoknya dapat notification duit masuk 500 ringgit check dari nama Miss Filzah tadi. Aku pun kasitahu ni banyak sangat miss.

Jadi aku pun transfer balik dalam 400 dan ambik saja 100. Lepas sejam tu dia transfer balik 400. Dalam satu jam tu dah macam tak ada akal kami berdua main transfer duit.

Aku pun akhirnya mengalah cakap terima kasih untuk duit 500. Jadi start haritu hampir setiap hari kami ber-wassap. Sebab aku wfh dan miss Filzah ni wfh juga.

Dalam bulan 11 2020. Miss Filzah kasitahu suruh kasual saja jadi tak payah panggil dia miss, jadi aku pun okay. Sebab dah berapa bulan, dan terus terang kadang kita orang tu pun ada lah juga “flirting” moment.

Hujung tahun, Filzah tanya aku ada plan nak married ke. Aku jawab belum sebab belum jumpa lagi partner. Aku tanya dia balik soalan sama, dia jawab mungkin akan kekal Andartu.

Waktu Filzah mengajar aku umur dia dah 32 tahun, tahun 2020 39 dah nak masuk 40 tahun depan.

Jadi Filzah pun cakap next year dah 40. Aku pun puji dia cakap umur 40 tapi masih lawa, ada graduate sampai Phd.

Lagi sekali dia balas tapi itulah tak ada orang nak, aku pun terus balas cakap yang aku ada dan aku nak.

Lama juga dia tak balas tapi lepas 10 minit, aku send lagi cakap “I’m being serious” dah dalam 30 minit.

Filzah cakap wait quarantine over dan dia suruh aku datang rumah parents dia. Aku pun cakap ni macam laju sangat lepastu dia screensh0t mesej aku “I’m being serious”

Tup tap, January 2021 aku pun pergi datang. Aku rasa bangang betul waktu entah kenapa aku pergi pakai baju Melayu.

Waktu kena sambut dengan Filzah depan gate rumah dia, dia pun ketawa dan tanya kenapa aku pakai baju Melayu. Sampai tu aku pun bersembang dengan mak ayah dia.

Rupanya family dia semua tenaga pengajar, mak dia bekas guru besar dan ayah dia pula bekas pengetua sekolah. Adik dia sorang cikgu sekolah menengah, lagi seorang pun ambil course sebagai pendidik.

Mak dengan ayah dia okay, jenis sembang orang tua senang saja. Dia pun tanya mak ayah aku boleh terima ke, sambil tu mak Filzah cakap beza umur jauh, Filzah dah 40, Aziz 30 pun belum masuk lagi.

Aku pun bagitahu dah bincang dengan umi dan ayah aku dan mereka bersetuju dan tak ada masalah dengan umur Filzah.

Lepas 4 jam sembang makan, solat apa semua. Mak ayah Filzah pun cakap dia terima dan harap boleh jumpa dengan family aku. Aku dengan pantas jawab minggu depan family aku datang.

Minggu depan family aku pun datang jumpa, nasib baik family aku tak ramai. Jadi kami bincang macam macam, lagi satu dengan c0vid time tu jadi banyak halangan.

Mak Filzah cakap dia harap boleh buat sebelum raya. Lepas bincang segala macam benda dan setuju. Akhirnya tinggal settlekan hal dokumen. Terus terang waktu c0vid haritu agak payah nak setelkan hal dokumen semua.

Selesai semua kami pun berkahwin dengan majlis limited setakat 20-30 orang tetamu tapi boleh tahan meriah.

Filzah pula dia apply kerja foreign company, yang ada policy boleh bekerja di rumah. Jadi Filzah pun ikut aku pindah ke Johor.

Waktu ni bila macam batch diploma aku tahu yang aku bakal kahwin dengan Miss Filzah semua macam “biar betul” sebab Miss Filzah ni dulu mengajar agak jarang, aku pun setakat ada nombor dia sebab class rep.

Jadi kami berdua pun mula hidup sebagai suami isteri. Awalnya ingat nak beraya rumah mak ayah masing masing sebagai pengantin baru. Sekali kena PKP, last sekali beraya je berdua di rumah.

Jujurnya banyak benda dari kahwin dan aspect lain Filzah yang decide sebab dia lagi mature dan bagi view dia lagi luas berbanding aku.

Paling aku jealous sekali sebenarnya kerja dia, gaji mahal dan bonus dia banyak. Dia dapat bonus 2ribu dollar khas untuk marriage punya bonus. Aku cuma dapat extra 2 hari cuti.

Itu tak termasuk kerja dia chill. Selalunya pukul 12 dia ada meeting, 1-2 kerja dah settle. Aku sebenarnya try juga nak apply, tapi requirements dia tinggi dan interview dia memang payah.

Tapi berbaloi, setiap minggu ada free food voucher. Macam perempuan setiap bulan dapat macam ladies allowance kira macam bonus untuk diorang pergi spa, saloon etc.

Secara jujurnya waktu kena PKP dah ada isteri baru dekat rumah tak keseorangan.

Baru lah setiap pagi boleh bergaduh kacau tidur suruh bangun, petang pula spent masa bersama masak dekat dapur.

Malam Basically Netflix and chill. Aku dengan Filzah dah plan untuk baby tahun 2023-2024.

Jadi parents bagi aku tanggungjawab besar, iya kahwin pun tanggungjawab besar. Tapi benda tu kau boleh komunikasi dengan pasangan.

Anak pula satu creature baru yang lahir tak tahu apa. Jadi aku dengan Filzah rasa yang kami berdua ni perlu masa lebih kurang 2-3 tahun sebelum menerima cahaya mata.

Aku pun dengan Filzah dah jumpa doktor buat pemeriksaan dan kami berdua tak ada masalah dari segi tersebut.

Jadi sekarang ni kami berdua tengah menikmati hidup berdua dahulu. Tapi dalam masa sama dah buat persiapan. Dari segi emosi fizikal, sebulan sekali aku dengan Filzah pergi kelas macam belajar bahagian penjagaan kanak kanak.

Apa yang perlu ada, emergency dan banyak lagi. Sekarang ni dah masuk 2022. Harapnya cuma tahun ni boleh balik beraya, jadi boleh lah beraya sebagai pasangan suami isteri.

Sebenarnya ramai dekat sana yang berkahwin waktu pandemic. Aku harap semua suami isteri, atau bakal suami isteri tenang bersama insan tercinta, dengan situasi c0vid yang tak tentu.

Awal tahun haritu aku positif, terus terang memang sakit. Aku punya post c0vid sebulan lebih baru batuk okay.

Setiap malam nak tidur saja terbatuk batuk kesian dekat isteri sendiri.