Aku letih kerja dan penat layan perangai Kamal dan apa yang dia ambil kesempatan pada aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.

Saya perkenalkan diri sebagai Sofea, 30-an, bekerja sebagai manager di sebuah syarikat telekomunikasi malaysia. Mempunyai seorang anak dan bakal melahirkan anak pada bulan September tahun ni.

Saya berkenalan dengan Kamal, 30-an, melalui apps mencari jodoh / kenalan. Saya mendaftar selepas saya baru sahaja putus cinta dari satu hubungan yang lama.

Perkenalan kami pada mulanya bersifat platonic dan ketika itu, Kamal mempunyai seorang teman wanita. Kami mula rapat dan Kamal mula memberikan saya peluang.

Kamal menceritakan bahawa teman wanitanya mempunyai attitude problem dan jarang bercakap dengan dia, lebih mementingkan kerja dan Kamal tak nampak masa depan mereka.

Dipendekkan cerita, kami bertunang empat bulan selepas perkenalan kami. Agak cepat, ya saya setuju.

Saya salahkan diri saya kerana 1. Saya insecure 2. Takut hubungan yang lama 3. Ibu bapa mendesak. Pertunangan yang sangat simple dan memang ramai terkejut dengan pertunangan kami.

Bermulalah dugaan perhubungan kami. Dua bulan selepas pertunangan, Kamal mula menunjukkan perubahan dalam sikapnya; cepat marah, lambat reply mesej dan mula menyalahkan saya dalam setiap kejadian yang berlaku. Saya kira dugaan bertunang, jadi saya banyak bersabar.

Makin lama, kami makin kerap bergaduh sehingga kedua belah keluarga mula risau dan mencadangkan Tarikh pernikahan kami dipercepatkan.

Kami setuju tapi nak dijadikan cerita, seminggu seblum Tarikh, Kamal mengatakan bahawa dia tak akan hadir ke majlis pernikahan.

Saya cuba berbincang dengan keluarga untuk membatalkan perkahwinan tapi ditolak mentah mentah kerana malu dan terlalu singkat. Akhirnya kami berjaya juga dinikahkan.

Tapi, hari yang cerah jangan disangka tiada mendungnya. Sebulan selepas tarikh pernikahan, saya mendapat whatsapp mesej dari ex-gf Kamal.

Ia mengatakan mereka masih berhubung bermula pada dua bulan tarikh pertunangan kami dan mereka berhubung terakhir adalah dua hari sebelum ex-gf mesej saya.

Dan lebih mengejutkan, ex-gf Kamal mengatakan Kamal berjanji untuk mencerraikan saya sebulan selepas tarikh pernikahan; iaitu pada hari ini.

Saya confront Kamal dan beliau agak terkejut dengan apa yang saya tahu. Beliau merayu supaya dimaafkan

Saya katakan kepada ex-gf Kamal yang saya minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ini dan saya maafkan apa yang jadi.

Jika Kamal memilih untuk Bersama ex-gf, saya terima dan saya akan pulangkan wang hantaran yang Kamal berikan. Kamal bersungguh memilih saya dan kami mulakan hidup baru..

Namun, benar orang katakan; mudah untuk memaafkan tetapi sukar untuk melupakan. Itulah yang terjadi.

Saya menjadi lebih trauma, insecure dan lebih stress. Saya mula tawar hati kepada Kamal. Apa sahaja dia buat, saya rasakan ada sesuatu dibelakang saya yang dia lakukan. Saya sering check hp Kamal.

Ada beberapa kali Kamal mesej dengan wanita lain dan walaupun atas dasar kawan, saya tidak mengizinkannya. Saya katakan yang saya trauma dan beliau katakan beliau faham.

Selepas kami bersanding, kami merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Rezeki kami mungkin, senang betul kami mendapat zuriat. Saya pohon pada Allah untuk zuriat ini menjadi pengikat kasih saying kami dan sejarah ex-gf akan dilupakan.

Namun, setiap kali bergaduh kerana Kamal kantoi mesej perempuan lain, Kamal tak suka cara saya atau sebaliknya, Kamal akan mencari ex-gf nya.

Kami pindah masuk ke rumah keluarga Kamal kerana mungkin Kamal tak selesa di rumah keluarga saya (kami diminta untuk duduk rumah keluarga sehingga hubungan kami stabil atas permintaan keluarga).

Saya sangkakan okay tapi saya dapat detect yang Kamal sering berlegar legar pula di rumah ex-gf nya.

Saya mohon dilepaskan dan kedua dua ahli keluarga minta kami duduk berasingan. Tiga bulan saya duduk bersendiri di rumah sendiri tanpa Kamal bertanya khabar atau ambil tahu. Saya yakin beliau gembira.

Namun satu hari beliau datang meminta peluang. Saya katakan okay tapi minta duduk rumah sendiri.

Pada hari saya masuk wad untuk kelahiran, kami bergaduh. Barang barang keperluan kelahiran anak dan kucing saya (untuk dihantar boarding), saya uruskan sendiri dengan tiada lift dan dalam perut tengah sarat.

Beliau tiba tiba hadir ke wad dan saya malas nak bergaduh dan buat macam kami tiada apa apa terjadi sebelum itu.

Masa nak discharge, kami bergaduh kembali kerana kewangan dan beliau bertindak mencampakkan duit ke muka saya dan meninggalkan saya.

Saya telefon keluarga Kamal dan mereka meminta saya pulang ke rumah mereka sebentar sebelum saya ke kampungg untuk pantang. Disitu, mama Kamal meminta saya untuk lebih banyak berdiam dan sabar serta banyakkan berdoa.

Mama juga minta Kamal ikut saya ke kampung untuk menjaga saya dan anak. Sama juga masih bergaduh. Saya diamkan dan banyakkan bersabar.

Hari terakhir saya berpantang, kami pulang ke kota bandar dan saya lebih banyak berdiam dan bersabar kerana mengenangkan anak.

Kamal tidak bekerja. Kamal lebih suka menghabiskan masa dengan bermain pc dan hp, dan memilih pekerjaan menjurus kepada apa yang beliau selesa walaupun gaji sikit.

Saya alhamdulilah mempunyai gaji yang agak tinggi dan selesa. Saya minta beliau mencari kerja tapi sering sahaja ada jawapan yang lebih kepada menyakitkan hati.

Rezeki anak agaknya, saya dinaikkan pangkat dan dapat rumah yang selesa.

Hari demi hari, Kamal masih tidak bekerja dan juga masih tidak membantu saya dalam menguruskan hal rumah tangga.

Saya tidak pandai memasak, jadi lebih banyak order food panda atau grab food. Saya tidak pandai mengemas rumah tetapi saya ada menyediakan alatan elektrik untuk Kamal gunakan agar dia menolong.

Hampa semuanya hanya dilakukan bila beliau ada mood atau bila merasa rumah sudah kotor. Saya pula lebih banyak melayan anak, kerja dan buat hal hal yang Kamal tak buat.

Saya cuba untuk mengelakkan pergaduhan dengan lebih banyak memendam perasaan, bersabar dan cuba ikut flow Kamal.

Kamal adalah seorang yang suka menggunakan perlian dan menyakitkan hati bila beliau ingin menegur saya atau bila berbincang. Tapi Kamal minta saya untuk menegurnya dengan cara baik dan mengunakan kata kata baik. Saya ikut kan dan sabar.

Tapi, baru baru ini saya makin menjadi tak puas hati dan mula membenci Kamal. Apa sahaja yang Kamal minta saya berubah, minta dari saya, semua dia dapat.

Saya mula berpura pura dalam mengutarakan kata cinta kepada Kamal. Kehidupan batin kami juga makin truk dengan saya merasa macam tidak diingini dan dikehendaki.

Saya salahkan diri kerana saya gemuk dan tua, tetapi berbanding dengan Kamal; saya lebih berjaya, masih mempunyai beberapa lelaki yang ingin mendekati saya.

Bila saya berbincang dengan Kamal, Kamal bertindak defensive dan membalas soalan soalan dan isu saya dengan remeh, sarcastic dan masih tiada perubahan.

Saya meminta beliau untuk mencari kerja untuk membantu saya menyimpan duit untuk kelahiran anak kedua. Sebelum ini Kamal ada mengatakan niat untuk membuat grab. Saya berusaha membantu dengan mendapatkan orang bank yang boleh luluskan permohonan loan untuk mendapatkan kereta.

Tapi, hanya buat dua tiga bulan selepas itu dah tak buat kerana alasan c0vid 19. Saya semakin menjadi benci kepada Kamal tapi demi anak, saya pendam dan sabar.

Kamal sering mengatakan kepada saya yang saya susah untuk dibawa berbincang dan bercakap.

Manakan susah, bila saya balik, saya kena suapkan anak, saya juga dimarahi jika menunggu isyak terus (Kamal tak sembahyang jadi saya ingat dia boleh membantu tapi Kamal cakap dia susah nak hisap rkok dan buat kerja).

Bila saya ingin rehat dengan menonton tv, masa itulah Kamal akan datang untuk berbincang. Saya tak suka untuk diganggu bila tonton tv sebab tak khusyuk, walaupun saya dah bagitahu Kamal dari mula kami berkenalan. Kerana itu semua, saya dikatakan susah untuk dibawa berbincang.

Kamal sering berbelanja sesuka hati untuk barangan computernya, tanpa berbincang dengan saya. Tiba tiba Kamal akan datang meminta duit dari saya atau mengunakan duit company kami (ada melakukan busines kecilan), tanpa pengetahuan.

Bila saya marah, dia akan cakap yang saya controlling dan kenapa saya boleh membeli barangan saya dan dia tak bleh. Saya katakan carilah kerja dan Kamal akan melenting.

Saya bekerja di dalam satu bidang yang menuntut waktu saya. Kadang kadang saya kena outstation dan anak saya dihantar ke nursery.

Saya minta Kamal untuk menguruskan anak pada waktu pagi (bersiap dan hantar) dan ambil anak waktu petang. Tapi bangun pun pukul berapa, end up saya juga kena mandikan sebab tak nak anak lambat.

Masa tengah siapkan anak, nak siapkan diri dan masa tu jugak nak kena jerit jerit kejutkan Kamal sebab Kamal susah bangun pagi dan dia selalu tidur lambat sebab main game di computer.

Saya end up buat kerja sendiri sebab malas nak bergaduh.

Baru baru ini kami bergaduh kerana Kamal sering tegur saya dengan sarcastic dan kurang ajar. Sabar saya ada batasnya dan saya melenting.

Dua tiga hari kami tak bertegur dan tiba tiba Kamal bawa keluar anak pertama dan bila saya tak izinkan, Kamal cakap dia ada hak.

Bila dia cakap dia hak, saya rasa gelap dunia sebab Kamal tidak memberikan sebarang nafkah untuk saya dan untuk penjagaan anak sejak dari dilahirkan.

Kami bergaduh teruk dan Kamal katakan jangan salahkan dia kalau dia cari perempuan lain.

Saya sedar ketika itu bahawa saya penat dan letih hidup dalam kepura puraan yang saya mempunyai cinta kepada Kamal dan hubungan kami okay.

Saya penat bersabar dan menerima perangai Kamal. Saya letih bekerja, dengan mengandung, dan diambil kesempatan oleh Kamal. Saya lalui dua malam tanpa anak yang disayangi.

Saya nekad untuk memohon cerrai selepas saya habis berpantang. Saya siapkan plan untuk saya duduk dimana, anak anak dijaga dan dihantar di sekolah mana, perbelanjaan selepas kami berpisah dan bercerrai, dan juga mula membayangkan hidup saya tanpa Kamal.

Tipu kalau saya katakan yang saya tidak lagi menyayangi Kamal tapi kasih sayang itu lebih kepada kasih sayang superficial.

Jika dia tanya, kalau dia lemas di sungai, adakah saya akan datang membantu Kamal? Saya akan katakan tidak kerana saya lebih bahagia tanpa dia.

Sikap sarcastic dan childish Kamal dan saya boleh menyimpan duit lebih banyak tanpa perlu berbelanja untuk dia. Saya nekad untuk berpisah kerana saya terlalu penat berpura pura dan bersabar.

Saya juga masih insecure dan trauma dengan kejadian kaki perempuan Kamal bila dia mengugut saya yang dia akan cari perempuan lain.

Apalah salah saya? Tidak boleh ke Kamal menegur saya dengan cara baik, kata kata baik dan manis?

Apa kurangnya saya yang banyak bersabar dengan dia dan kekurangannya? Jujur saya katakan, tiada perempuan yang mampu bersabar dengan Kamal dan kata kata serta perangainya, termasuk mama.

Jika boleh diputarkan masa, saya akan mengelak untuk swipe right Kamal. Mungkin saya akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari Kamal. Mungkin.

Doakan saya untuk bersabar dengan kehidupan selepas ini sehingga saya habis berpantang. Besar kemungkinan saya sahaja yang kena mengumpul duit untuk perbelanjaan anak anak.

Satu tempoh yang lama untuk saya bersabar tapi kali ini, saya takkan berikan duit kepada Kamal, hanya akan bayar pembelanjaan anak dan saya sahaja dan uruskan hal kami berdua sahaja.

Mengenai Kamal, biarlah apa jadi dengan dia, dan saya harap beliau yang akan melafazkan talak tanpa saya berjuang untuk fasakh.

Tang banyak bersabar, Sofea