Saya memang dah lama lupakan dia, syg tu apatah lagi jauh sekali cuma perbuatan dia tu memang aku tak maafkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua. Nama aku Qwert. Aku cuma nak minta pendapat pada yang membaca dan mungkin ada pengalaman boleh juga beri pendapat ya.

Aku dah berkahwin dan dah ada anak. Alhamdulillah aku gembira dengan kehidupan aku dengan suami aku.

Syukur sangat sangat sebab suami aku antara orang yang terimaku seadanya. Tapi bukan benda ni yang aku nak cerita.

Lately ni, aku selalu mimpi orang yang sama dan tiap kali mimpi tu datang mesti pada waktu hampir subuh.

Aku cerita sikit ye. Masa aku study, aku ada kawan dengan sorang lelaki nama dia double ā€˜Dā€™. Aku kenal D tak lama mana.

Jadi aku saja cuba rapat dengan dia kan. Tak sangka akhirnya cuba serius then kami couple. Biasa lah budak study, selalu keluar berdua.

Sampai 1 tahap, D dengan aku lajak lah sampai check in.

Aku masih dara sampai lah D sentuh aku. D dah janji nak kahwin dengan aku lepas study.

Sayangnya lepas habis study, dia tinggalkan aku macam tu saja.

Zaman kolej aku suka kawan dengan orang. Jadi ada 1 hari D jumpa mesej mesej aku dengan orang lain. So dia decide nak putuskan aku. Masa tu dia baru saje kerja as a asst engineer.

Macam orang bdoh lah kan aku merayu. Yelah aku dah takut dia tinggalkan aku macam ni.

Tapi dia tak layan, dia hina hina aku lagi. Apa dia cakap semua aku ingat lagi. Aku cakap aku janji nak berubah tak WhatsApps sesiapa dah apa semua.

Tapi dia block aku semua. Sampai aku mesej mak dia tanya pasal dia. Aku macam orang giila takut. Nangis berhari hari.

Tapi lepas daritu, aku bangkit build balik diri aku. Aku semat setiap kata hinaan dia dekat aku. Sampai aku kenal dan rapat dengan suami.

Suami aku tahu semua cerita aku dan dia terima aku ikhlas sangat. Dia jaga aku baik sangat.

Sepanjang kawan, suami tak buat bukan buka pada aku dan jarang sangat kami berjumpa sebab suami PA.

Aku tak bercinta dengan suami. Aku tinggalkan semua habit buruk sebab aku nekad berubah.

Belum setahun kawan, kami dah decide nak kahwin. Alhamdulillah, aku bahagia.

Cuma lately ni aku selalu mimpi ex aku, datang menangis dekat aku dan suami. Tapi dalam mimpi jelah.

Ex aku lepas putus memang dia blah macamtu saja.

Aku tak faham maksud mimpi tu. Kalau ada yang tahu boleh tak bagitahu aku apa maksud mimpi ni.

Sebab aku memang sampai sekarang aku tak maafkan semua perbuatan dia sebab dia tinggalkan aku macam tu saja.

Aku memang dah lama lupakan dia. Sayang tu jauh sekali, sebab aku dah ada suami aku.

Cuma perbuatan dia aku tak maafkan sampai hari ni. Dan mimpi tu baru saja mula dalam bulan ni juga.

Mimpi ni lah punca aku fikir dah kenapa kan asyik muka dia saja muncul.

Selama aku kawen, kali ni lah baru mimpi dia dan kerap. Bantu aku jelaskan mimpi tu ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *