“Sekarang ni awak nikah je dulu dengan suami saya dan lepas tu baru sanding.” Cukup sebulan suami sy kene nikah lagi sorang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam admin, minta hide profile ank sedare kesayangan saya ini. Hehe.

Salam semua saya ingin ceritakan masalah rumahtangga saya ini. Saya dah siapkn diri untuk dikecam daripada kamu semua.

Saya berumur 22 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan. Saya berkhawin semase umur saya 17 tahun. Dan sekarang perkhawinan saya dah pon mencecah 5 tahun.

Saya berkhawin dengan suami semase suami tidak mmpunyai ape apa pon. Tiade kereta, tiade rumah sendiri, tiade moto.

Dia bekerja makan gaji di restoran dengan pendapatan hanya RM 900 sebulan. Kami baru baru khawin memang susah. Kadang kadang ikat perut tak makan.

Dengan hutang keliling pinggang. Sampai takde duit untk beli telur nak makan.

Saya fkir nak masak ape dan last last saya ambik daun tepi rumah untuk masak buat makan malam. Memang perit masa tu.

Selepas saya melahirkan anak alhmdulilh rezeki makin bertambah dan terus tambah..

Suami dapat kerje dengan gji RM 3k sebulan. Suami memang baik dan bertangungjawab. Tak pernah abaikan nafkah kami 2 beranak.

Dulu saya surirumh sepenuh masa. Suami dah mampu membeli emas dekat saya. Mampu beli kereta mewah, beli moto dan rumah teres 1 tingkat.

Memang rezeki anak tu ade, cuma kita kena banyak bersabar.

Awal tahun 2015 suami telah memulakan perniagaan dari kecil kecil sampai maju. Orang kampung hairan juga kenapa kami dapat kaya dengan cepat.

Dan sekarang suami mempunyai 4 buah restoran, 1 kedai baju dan 1 kedai runcit.

Alhmdulillah makin bertambah rezeki dari rumah teres 1 tingkat sekarang kami duduk rumah banglo 2 tingkat. Dan mempunyai 2 orang gaji di rumah..

Niat dihati bercerita bukan nak berlagak or menunjuk. Tapi nak bagiathu peritnye hidup kami dulu.

Tapi apekan daye betul la cakap pepatah dulu dulu, dugaan istri semasa suami susah dan dugaan suami apa bila suami dah senang dan berjaya.

Awal tahun ini pada 1 malam tu suami dan saya nak tido awal. Dan seperti biasa kami akan baca doa. Sembang sembang dahulu.

Dan malam tu suami nyatakan hasrat untuk menikah 1 lagi.

Saya terkejut, terkejut sangat sangat. Suami yang saya terlalu percaya telah menduakan saya.

Saya bertenang sekejap. Saya taknak gaduh gaduh dengan suami, saya tanya elok elok.

“Siapa bidadari tu bang yang telah mencuri hati abang dari saya?”. Soalan saya dengan tersenyum.

Suami jawab perempuan tu adalah janda anak 1 orang. Lagi saya terkejut. Ya Allah kuatkan lah hati hamba mu ini.

Malam tu saya dah tak mampu nak cakap pape lagi, saya diam. Saya belum jawab soalan suami saya lagi.

Suami tanya lagi, “boleh tak abang nak nikah 1 lagi?”.

Saya diam dan terus tido bertemankan air mata malam tu.

So selepas malam tu berlalu, saya dah fikir masak masak.

Memang suami saya mampu untuk nikah lagi. 4orang bini pon suami saya mampu semuanye.

Seperti biasa petang tu suami saya balik rumah waktu saya baru lepas solat Asar. Saya menyambut suami saya dengan baik.

Malam tu selepas solat saya dan suami masuk bilik. Sebelum tido saya panggil suami,

“Abang….. Saya izinkan abang untuk nikah lagi 1”.

Suami terkejut dengan jawapan saya. Dan suami tersenyum sambil ucapkan terima ksih cyg.

Saya cakap lagi. “Tapi ada 1 syarat”

Suami tanya syarat apa? Saya jawab “kalau abang nak nikah lagu 1, abang kena nikah 2 orang sekali gus..”

Suami terkejut lagi. “2 orang??”

“Ye 2 orang. Bini no 2 dan bini no3. Abang nak cukupkan 4 orang pon takpe. Saya tak kisah.

Tapi buat masa ini abang nikah 2 orang je dulu. Termasuk saya 3 orang la semua istri isteri abang nanti..”

Suami jawab, ya. Dia setuju.

Keesokkan nye suami bagitahu dekat perempuan tu yang saya telah setuju untuk mereka nikah. Tapi dengan 1 syarat suami kena nikah lagi satu isteri.

Last last perempuan tu meroyan dan jawab dia tak boleh terima kalau suami saya khawin bini no3.

Dan dia taknak berkongsi dengan perempuan lain. Dia hanya nak berkongsi dengan saya sahaja.

Selepas tu saya pergi jumpe perempuan tu dan cakap dekat dia,

“Takpela kalau awak tak boleh terima madu no 3 tu. Buat masa ni awak nikah je dulu dengan suami saya.

Dan selepas seminggu nikah awak bersanding. Cukup sebulan awak nikah dengan suami saya, suami saya kena khawin dengan seorang lagi perempuan, bini no 3.”

Dia menangis nangis dan merayu dekat saya jangan bagi suami nikah bini no 3.

Kejam kan saya?? Wahai pembaca semua, saya tahu saya kejam. Dan patut dikecam…

Itu keputusan muktamad saya.

Last last perempuan tu membwa diri dan balik kampung kerana tak mampu terima dengan syarat saya iaitu untuk suami nikah bini no 3.

Selepas peristiwa itu suami dah tak cakap nak nikah lagi. Perhatian dia lebih kepada kami sekeluarge.

Mungkin suami dah sedar bahawa peritnyee hidup bermadu ini.

Semua saya tahu saya ni kejam dan jehat sebab tak adil. Tak bagi suami untuk nikah lagi.

Saya tak kisah sapa sapa nak kecam saya. Sebab saya tahu saya tak adil bagi suami saya.

Sebenarnye saya tipukan suami je kena nikah 2 orang sekali gus. Saya nak tengok sejauh mana perempuan tu boleh buat dengan keputusan saya ini.

Tapi apakan daye, dia telah pon pergi dari hidup suami saya.

Tiada perempuan yang sanggup hidup berkongsi kasih dalam rumahtangga ini.

Ini je cerita dari saya. Wassalan..