Oneday husband perempuan tu dapat tahu. Dia siap buat report suruh tangkap abang dgn perempuan tu tapi mak ayah pula tetap nk macam tu

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Aku Mie, ada seorang abang. Dia bekerja sebagai seorang pilot.

Abang dah berkahwin dengan SIL selama 10 tahun dan tidak dikurniakan anak.

Hidup mereka ni kalau di lihat dari luar aman damai sahaja. Tapi mestilah aku ni nak ceritakan sisi buruk abang aku.

Nak luahkan dekat mana lagi kalau bukan disini kan?

Abang aku ni sebenarnya kaki perempuan. “Typical” sangat title pekerjaan dia dan “kaki perempuan” ni kan?

Dia ni kalau ikut kan haji umrah semua dah buat. Tapi itulah, hati manusia ni boleh berbolak balik.

Abang ni memang suka layan perempuan dalam applikasi beego la, wechat dan sebagainya.

Dalam 10 tahun berkahwin tu, setiap tahun pun abang ada mencurangi SIL. Tapi SIL diam sahaja. Sampai ada satu tahap, abang kantoi bawak balik perempuan bukan beragama Islam tidur di air BnB miliknya.

SIL masa tu confront perempuan tu dan beritahu kepada mak dan ayah. Tapi mak dan ayah macam tak ada apa apa tindakan. Abang cuba untuk “cover” dosa dia dengan bawa SIL umrah dan berjanji tak akan buat lagi.

Sampai la satu masa, semasa PKP, abang diberi cuti tanpa gaji. Dia mula buat perangai jijik ini kembali. Aku rasa dia ni tak pernah berhenti pun. Sentiasa ada “stock” perempuan yang dia hubungi dan layan.

Masa ni dia cuba pancing seorang bet1na bernama Izz. Izz ni telah berkahwin dan mempunyai 1 orang anak. Dia masih berstatus isteri orang semasa mereka berhubung.

Dia juga bekerja sebagai “call girl” mencari duit dengan menghantar gambar lcah ke jantan tak guna ni, dia akan dapat lah duit seratus dua menampung kehidupan dia.

Bukan dengan abang sorang saja dia memancing, banyak lagi lelaki lain dia pergunakan untuk mendapat duit! Dia ni orang KK. Izz ni mengoda abang dengan menghantar gambar lcah dia.

Sungguh tak malu la isteri orang yang macam ni! Sama naik la dengan abang aku sendiri. Jantan tak guna!

SIL dapat tau tentang hubungan ni sebab kantoi hp dia sembunyi dalam bilik air. Bila SIL buka hp, jumpa la segala message segala gambar lcah!

SIL dah tak boleh sabar dah dengan perangai abang kali ni. SIL cuba untuk confront bet1na tu. Tapi bet1na tu pandai berpura pura “innocent”.

SIL beritahu mak dan ayah. Ayah tetap dengan perangai acuh tak acuh. Ayah cakap, ayah nak tengok sejauh mana abang nak buat perangai.

Abang dah besar, jadi tak boleh ditegur walaupun ayah tau yang abang buat benda benda terkutuk macam tu!

Sampai harini mie rasa macam tak adil langsung untuk SIL. Mie rasa macam ayah ni sebelahkan abang yang curang, berziina, buat dosa besar.

Apa salah SIL? Abang cakap dia nak cerraikan SIL sebab masa SIL confront abang tentang perkara ni, SIL tak ada hormat, cakap tinggi suara!

Perempuan mana yang tak marah dan tinggi suara bila tau suaminya curang? Bukan sekali.. berkali kali.. sabar pun dah tak ada! Lagi masa tengah tak ada gaji boleh pulak buat perangai.

SIL bersusah payah berniaga bantu sikit sikit untuk tampung perbelanjaan. Tapi langsung abang tak hargai. Dia cakap dia tak suruh pun. Kenapa nak susah susah menjual?

Paham tak betapa geram nya aku dengan abang aku? Dengan mak ayah aku yang tak ada apa tindakkan nya. Menyakitkan hati!

Apalah nasib aku bila berkahwin nanti? Kalau suami aku curang, mak ayah aku ok kot anak dia dibuat sebegini rupa? Kena buang macam sampah ja!

Abang memang dah sangat tergila gilakan izz. Masa kemelut rumahtangga ni. SIL mengandung lebih kurang 2 bulan. Disebabkan terlampau stress, SIL keguguran.

Dia tak beritahu siapa pun. Dia pergi hospital sendiri. Abang aku? Melawat pun tidak! Lepas SIL discharge abang ajak mak pergi tengok SIL dekat rumah. Masa ni abang dah balik duduk dengan mak.

Sampai ja rumah, abang letak makanan atas meja dan bila SIL duduk ja.. dia terus lafaz cerai!

Sehari selepas SIL balik dari hospital dengan sakit lagi, emosi tak stabil.. dia sanggup ceraikan terus depan mak. Apa punya manusia abang ni? Memang kejam!

Dia siap cakap tah tah SIL ni pura pura ja keguguran.. bukan nya dia boleh mengandung pun! Tak tau la syaiitan apa yang merasuk abang masa ni.

Lepas saja dia bercerrai, 2/3 hari lepas tu dia terus pergi KK untuk berjumpa dengan bet1na tu.

Masa tu PkP dia ambil surat polis, fake kan tujuan dia konon nak renew permit kerja. Padahal dia pergi merendek dengan isteri orang aka call girl aka pelcur!

Aku memang dah geram sangat masa ni. Mak dan ayah tetap tak mau ambil tindakan apa pun!

Bila mak tanya abang, abang cakap abang pergi melawat kawan abang cncer lah.. melawat kawan abang chemo lah! Padahal duduk dekat condo sarang pelcuran bet1na tu untuk memuaskan nfsu.

Fast forward, satu hari suami bet1na tu dapat tau, dia report jabatan agama untuk tangkap abang dan bet1na tu.

Aku tertunggu tunggu apa respond mak ayah aku. Tapi malangnya mak ayah aku tetap dengan pendirian sesat mereka! Tetap sebelahkan abang! Konon nya abang di aniaya! Tak patut orang buat abang macam tu!

Korang rasa? Dekat mana letaknya logic mak ayah aku? Termakan kata kata abang aku yang kononnya dia di perangkap.

Dia hanya pergi hantar makanan dekat bet1na tu! Hantar makanan 1 pagi? Lepas tu masuk duduk dalam rumah sekali? Dituduhnya orang mengendap dia.. ekori dia.. semata mata nak aniaya dia..

Kalau dah orang intai kau pergi masjid.. takkan orang nak panggil pencegah maksiat? Mesti la sebab orang intai kau masuk rumah bet1na! Sebab tu kena tangkap khalwat! Aku je ke yang masih ada logic dalam rumah ni?

Mak ayah aku tetap sebelahkan abang aku mati matian. Aku kesian dekat SIL2 aku yang lain.. kalau lah abang abang aku yang lain buat perkara yang sama, besar kemungkinan menantu menantu mak ayah aku dibuang saja macam sampah macam tu!

Sekarang mak dan ayah mula terima si pelcur untuk jadi menantu. Mak dan ayah ni buta ka? Bukan tak pernah tengok gambar lcah bet1na tu.. atas bawah semua.

Bet1na tu tak malu sangat sangat datang masuk dalam keluarga kami!

Aku tak mau la nak tuduh benda benda syirik ni. Tapi aku boleh katakan kalau terkena pun.. ini lah balasan kepada keluarga aku yang in denial.

Yang nak tengok sangat sejauh mana perangai abang ni akan pergi.. memang jauhhh sangat.. la pergi nya.

Aku harap ibu bapa tolong lah jangan nak sebelahkan anak membabi buta. Tolong lah tau bahawa anak yang curang itu tak patut disebelahkan!

Curang tu bukan HAK! Lelaki / perempuan tiada hak untuk curang walau apa pun alasan!

Selamat pengantin baru lah abang ku si jantan tak guna! Semoga perkahwinan ini hingga ke j4han4m!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *