Hutang2 tu dari bisness yang lingkup. Suami terpaksa bayar beribu hutang selepas kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Mimi, luahan saya ni mengenai saya dan suami dan adik beradik suami.

Usia perkahwinan kami dah nak masuk 3 tahun, tiada rezeki anak lagi. Saya bekerja dengan pendapatan yang stabil, suami berniaga sendiri. Pendapatannya lebih kurang sama dengan saya.

Ceritanya, selepas kahwin saya dapat tau yang suami menguruskan bisnes dan menanggung hutang adik beradik yang bernilai ratusan ribu.

Hutang yang ditanggung adalah daripada bisnes yang lingkup semasa PKP. Suami perlu membayar hutang setiap bulan sebanyak beberapa ribu daripada duit gaji beliau dan selepas kahwin, termasuk duit saya juga.

Persoalannya kenapa suami saya yang tanggung hutang adik beradik ni? Persoalan ni saya dah ajukan banyak kali setiap kali gaduh berkaitan duit ni.

Jawapan dia ‘abang buat semua ni bukan sebab sesiapa, tapi sebab mak. Kalau abang abang dia hidup hancur atau masuk penjara, mak tak bole hidup tenang. Sebab tu abang ambik tanggungajawab nak selesaikan semua. Tak kisah la kalau hidup abang tak tenang’.

Walaupun di tengah tengah masalah ni kami berjaya beli rumah dan kereta baru, rumah second hand tapi besar, dan design cantik.

Saya sangat semangat dan teruja untuk renovate dan deco rumah tersebut. Duit saya dah sediakan banyak dengan simpanan saya sendiri, dan kwsp saya sendiri pun saya keluarkan untuk renovate.

Tapi impian saya nak renovate tertangguh sebab suami nak pakai duit untuk settlekan major hutang dalam bisnes yang dah lingkup tu.

Yang mana duit saya perlu dikeluarkan dengan lagi banyak.

Lama saya bermasam muka sebab saya tak rela dia nak pakai duit saya. Sedangkan saya tengah semangat nk masuk rumah baru (rumah ni kami tak boleh masuk lagi sebab perlu major renovation).

Akhirnya saya terpaksa akur dalam keterpaksaan.

Semua duit2 duit ni saya akan dapat balik tak?

Ya, saya akan dapat semula sebab mereka dalam proses nak jual tanah keluarga. Dan semua hutang hutang akan dibayar balik termasuk duit suami.

Tapi tak tau bila.. Kerana ada masalah lain yang perlu diselesaikan sebelum jual tanah tersebut.

Ape adik beradik dia buat sedangkan itu bisnes diorang? Saya tak pasti, bagi diorang suami akan uruskan semua. Duit sesen pun tidak dibantu daripada diorng walaupun diorang dah ada stable job lain.

Ada sekali suami saya ditengking,

“Ko dah ambik masalah ni kan? Ko selesaikanlah, jangan ingat ko hero la sebab buat semua ni”

Saya yang dengar pun tergamam dan rasa satu bende yang sangat tak adil jadi dekat hidup saya dan hidup suami juga. Saya rasa berbaloi ke dia buat semua ni kalau orang yang ditolong pun tiada rase nak berterima kasih.

Dipendekkan cerita, saya bercadang nak pegi Korea tahun ni dengan suami lepas border bukak, sebab memang impian saya untuk travel ke seluruh dunia.

Saya juga plan untuk buat rawatan IVFselepas pulang dari Korea.

Saya kumpul duit gaji saya sendiri, saya book tarikh dengan travel. Baru bayar booking fee dengan persetujuan suami.

Dan tiba tiba last minute, suami saya cakap dia nak pakai duit untuk tutup lagi beberapa major hutang bisnes tu.

Saya tak bersetuju, saya memberontak. Dah la rumah pun tak dapat buat lagi, sekarang impian saya yang lain pun abang dia nak stopkan. Duit saya, bukan duit dia..

Dan suami akan memujuk dalam paksaan untuk saya setuju dan cancel pegi overseas. Dia cakap bole pegi lepas dapat duit tanah yang tengah dalam proses nak jual, yang tak tau bila bole dapat.

Dan disebabkan ni saya beberapa hari tak bercakap dengan suami.. Sebab dalam hati saya kali ni saya takkan setuju.

Korang rasa adil ke suami buat macam tu untuk keluarga dia yang tak pandai hargai pun pengorbanan dia?

Adil ke suami buat macam ni dekat saya?

Adil ke untuk saya yang dalam keterpaksaan yang amat nak tangguh semua impian saya?

Saya ni isteri yang jahat ke sebab tak nak bantu suami lagi dan lagi?