Benda ni jadi bila suami tak bagi nafkah batin dengan baik. Dah hampir setahun sehingaa saya terpaksa bongkarkan kerana ingin tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana sudi siarkan artikel saya.

Tujuan saya menulis di sini untuk mendapatkan nasihat dan doa daripada pembaca semua.

Saya merupakan seorang surirumah berumur 30-an, suami juga sama dan merupakan seorang kakitangan kerajaan.

Saya sebelumnya seorang yang bekerjaya juga namun terpaksa “resign” mengikut suami yang berpindah tempat kerja.

Perkahwinan kami belum dikurniakan rezeki anak walaupun sudah 6 tahun mendirikan rumahtangga.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan kami tidak la bercinta sebelum kahwin seperti kebiasaan pasangan bercinta walaupun kami saling mengenali sejak di bangku sekolah lagi.

Rumahtangga mana yang tidak pernah dilanda badai bukan.

Setiap kali berlaku perselisihan kami memilih untuk mendiamkan diri. Tiada istilah pujuk memujuk sehingga akhirnya saya mengalah dan memohon maaf kerana ego sang suami.

Saya merasakan tidak mendapat perhatian yang secukupnya dari suami.

Disebabkan suami dan saya tiada pengalaman bercinta suami tidak pandai bermesra dengan isterinya sendiri. Kadang kala gurauannya sangat kasar untuk saya walaupun saya tahu niatnya baik.

Krisis berlaku apabila suami tidak memberikan nafkah batin selama 1 tahun lebih sehingga kini.

Puas saya “confront” dengan suami saya dengan ajak berbincang tapi suami selalu mengelak.

Apa apa masalah sebelum ini memang diselesaikan dengan cara berdiam diri dan akhirnya saya yang meminta maaf.

Untuk pengetahuan, suami saya seorang yang baik. Segala kelengkapan dia sediakan, rumah, nafkah makan minum cuma nafkah batin sahaja culas.

Dari segi nafkah batin, saya banyak makan hati dengan kata katanya apabila maarah banyak memaaki hamun, tidak dipujuk, dijaga perasaan dan hubungan keelamin yang hambar.

Saya cukup pasti dalam perkahwinan ini tiada orang yang ke-3.

Apabila orang asyik bertanya bila nak dapat anak? Saya hanya mampu berkata bahawa bukan rezeki kami lagi walhal saya tahu bahawa kami memang tidak cukup berusaha lagi.

Saya juga naif di awal perkahwinan saya, saya beranggapan hubungan keelamin sekali sebulan itu normal.

Kehidupan kami nampak bahagia walaupun hati dan perasaan saya terbeban. Hendak diluahkan kepada kawan tidak boleh kerana aib.

Hendak ke pejabat agama, suami pula tidak memberikan kerjasama.

Kemuncak krisis saya menjadi isteri derrhaka apabila setelah beberapa bulan saya tidak diberikan nafkah baatin.

Fikiran saya bercelaru asyik menangis dan akhirnya saya terjebak dengan ‘vide0dewasa’.

Ya, saya tahu jijik! Saya pun rasa jijjik sampai sekarang.

Permulaannya hanya atas dasar ingin tahu cara memikat suami tapi internet yang tanpa sempadan membawa kepada perkara yang tidak bermoral. Betapa lemahnya iman saya.

Saya tidak melihat “whole process” cuma ingin melihat reaksi wanita tersebut itulaa permulaannya.

Tanpa saya duga, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Perbuatan saya diketahui suami, suami saya tersangat kecewa sampai tidak sanggup menatap wajah saya, berdiam diri sampai sekarang.

Adapun saya cuba berbincang, suami memuukul saya dan suami menyuruh saya pergi ke balai p0lis untuk melaporkan.

Saya merelakan diri dipuukul suami di bahagian lengan kerana salah saya. Lagipun suami tidak memuukul sehingga mencederakan saya atau tinggal bekas.

Jangan memberi nasihat untuk berpisah, saya yakin suami tidak bermaksud untuk bertindak ganas kepada saya. Saya cuma sangat rindukan suami saya.

Tiada lagi salam, kucupan dan pelukan ketika berpergian.

I’ve learnt my lesson. Saya bertaubat bersungguh sungguh dan banyak dekatkan diri dengan Allah.

Suami katakan bahawa dia bencikan saya tapi dia tidak mencerraikan saya kerana kelakuan buruk saya.

Dia juga katakan dia tidak mahu memaafkan saya cuma dia minta diberikan masa yang dia sendiri tidak tahu sampai bila.

Saya memohon agar pembaca memdoakan rumahtangga kami bahagia, dibukakan pintu hati suami saya agar dapat memaafkan dan menerima saya kembali.

Doakan saya juga agar konsisten dalam perkara yang baik. Berilah nasihat yang baik atau apa apa tips untuk saya dapat pikat hatinya kembali.