Betul2 dia suruh aku bertahan lagi setengah tahun. Aku kecewa dan bila keluar dari bilik pegawai aku terus ke tndas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Ash. Bekerja sebagai seorang penjawat awam dalam sebuah jabatan kerajaan.

Level jawatan aku cuma kakitangan sokongan sahaja. Tak pernah berniat pun nak mohon ke peringkat pengurusan, walaupun aku dah ada ijazah.

Aku lebih suka dengan kerja aku sekarang. Lebih banyak masa lapang peribadi untuk aku explore skil skil aku yang lain.

Umur aku sekarang dah nak hampir 40-an, masih belum berkahwin.

Sebab aku lebih fokus untuk jaga emak aku (ayah aku dah lebih 10 tahun meninggal dunia), memandangkan adik beradik aku yang lain dah pun berkahwin. Dan mereka agak sibuk menjaga keluarga sendiri.

Aku dah 10 tahun juga berkerja dalam kerajaan ni. Dah bersilih ganti pegawai atasan yang aku serve sepanjang aku bekerja di jabatan ini.

First posting aku sampailah sekarang.

Masalah utama yang sering hadap sekarang adalah untuk berulang alik dari rumah aku ke tempat kerja.

Setiap hari, aku kena tempuh lebih kurang 100 kilometer dan habiskan masa 2 jam atas jalan. Aku pergi kerja dengan motorsikal sahaja. Lebih mudah nak elakkan traffic jam.

Jadi terpaksalah juga hadap hujan panas, jalan sesak, jalan sibuk, lori treler, GCB setiap hari untuk pergi dan balik ke tempat kerja.

Tapi dalam masa 10 tahun ni, aku belum pernah lagi mengeluh. Aku sentiasa positif walaupun tengah penat kadangkala bila terpaksa tempuh ulang alik yang jauh ni.

Tapi bila aku dah cecah 40-an, aku sendiri dah terasa stamina aku dah tak macam dulu. Memang letih dari segi fizikal dan mental bila berulang alik jauh ni.

Lebih meletihkan, bila pagi pagi aku terpaksa bangun dan bersiap awal (sampaikan terpaksa lawan benda negatif dalam fikiran aku ni) untuk bergegas ke tempat kerja.

Badan penat. Otak letih. Semangat makin lesu. Itulah yang aku rasakan sejak 2 ke 3 bulan ni.

Jadi aku mula cari kenalan yang jawatan sama dengan aku untuk buat pertukaran suka sama suka.

Aku inform juga pada pegawai atasan yang aku serve sekarang ni yang aku nak mohon pertukaran ke jabatan yang dekat dengan rumah aku.

Mula mula pegawai aku tu agak berat nak lepaskan aku. Tapi bila aku explain situasi yang aku kena hadap sekarang, akhirnya dia faham.

Sejujurnya, aku happy bertugas di tempat sekarang. Prestasi kerja aku tak pernah menurun sejak dari aku mula masuk kerajaan.

Semua orang recognize yang aku memang rajin dalam bekerja sampaikan aku dapat APC beberapa tahun lepas.

Pengiktirafan yang aku dapat bukannya dari bodek bos, tapi dari hasil kerja yang aku tunjukkan.

Bila aku dah siapkan surat permohonan termasuk isi borang tukar tu, proses proses seterusnya seperti biasalah.

Siapa yang kerja kerajaan memang tahu prosedur tukar suka sama suka ni.

Tak lama selepas tu, pegawai atasan aku panggil masuk ke bilik dia.

Pada mulanya, aku fikir dia nak beritahu berita baik.

Tapi malangnya, dia terangkan pada aku yang pertukaran aku tu tak dibenarkan oleh Pengarah Negeri.

Alasan utama pengarah aku tu adalah, orang yang nak datang bertukar dengan aku tu agak bermasalah dalam kerja.

Jadi, aku tak dibenarkan bertukar dari tempat sekarang. Sebab kalau aku ada dekat sini, tempat sini takkan ada masalah.

Jadi pengarah aku kononnya membuat keputusan sebagai ketua jabatan untuk kebaikan organisasi.

Dia suruh aku bertahan 1 tahun ke 2 tahun lagi.

Fikiran aku jadi blank sekejap. Jadi tak faham, kecewa bercampur marah.

Alasan yang pengarah aku bagi tu agak selfish dan tak adil.

Oleh kerana tak nak orang yang tukar dengan aku tu buat masalah di tempat ni, pertukaran aku tak dibenarkan.

Habis tu, macamana dengan kebajikan aku? Keselamatan aku? Kesihatan mental dan fizikal aku? Tolak tepi ke?

Atau nak tunggu sampai aku kemalangan, masuk hospital berbulan bulan, barulah aku dibenarkan bertukar ke tempat yang lebih dekat dengan rumah aku?

Masa tu, aku terasa penat sangat sangat. Bila aku keluar dari bilik pegawai aku, aku terus ke toilet. Menangis.

Sebab masa tu aku marah sangat sangat. Marah dengan cara jabatan aku tak kisah kebajikan kakitangan.

10 tahun aku bersabar, berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Tapi bila aku mohon simpati dan empati dari ketua jabatan aku sendiri untuk aku bertukar ke tempat yang lebih dekat, senang senang aje mereka tolak tepi masalah aku. Macam benda remeh temeh.

Ada kawan yang menyindir, aku perform sangat dalam kerja sampaikan pegawai tak nak lepaskan aku pergi tempat lain.

Bila dengar sindiran tu, terasa makin geram hati aku.

Bila aku fikir balik, memang aku tak pernah buat masalah dalam kerja. Aku tak pernah MC, jarang sangat EL (kecuali bila betul betul perlu) dan aku tak selalu sangat ambil cuti tahunan.

Kerja aku tiptop, sebab aku gunakan pengalaman semasa berkerja swasta dulu untuk uruskan dan susun atur setiap tugas tugas yang aku buat.

Dalam kerja kerajaan ni, yang penting kena susun kerja dan pandai atur masa untuk siapkan kerja ikut dateline. Itulah yang aku buat dari dulu sampai sekarang.

Sebab jabatan aku ni paling banyak berhubung dengan orang awam dan jabatan lain.

Kalau aku lembap buat kerja, memang tertangguhlah urusan orang awam dan jabatan lain.

Bahkan selalunya aku selalu buat kerja extra mile; bantu kerja orang lain, walaupun bukan tugas utama aku.

Tak sangka, betapa toksiknya jabatan kerajaan ni sampaikan mereka tak peduli dan tak jaga pun kakitangan yang perform dalam kerja.

Mereka cuma jaga kakitangan yang pandai sembang, pandai bodek dan pandai wayang semata mata rupanya.

Waktu aku menulis ni, hari inilah aku baru dapat tahu keputusan pengarah aku tu. Hati ni tengah geram bercampur aduk dengan marah, sedih dan hampa.

Aku berharap sangat adalah nanti jalan keluar dari masalah aku ni.