Masa aku tidurkan budak2. dia pura2 tengok tv. Jam 3-4 pagi ak sedar dia masih di ruang tamu dan tersenyum sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Aku bukan la penulis yang baik. Tapi aku perlukan jawapan. Tolong aku.

Aku seorang isteri dan ibu kepada 2 anak. Alhamdulillah. Rezeki aku. Aku juga bekerjaya, ada rumah dan juga kereta sendiri.

Aku perlukan jawapan untuk masalah aku dan suami. Suami aku ada trust issue dengan aku.

Bermula dengan aku tipu dia pasal fees tuition anak. Aku cakap fees tuition RM 300, sedangkn RM fees 500.

Jadi, setiap bulan Suami akan bagi RM 300, dan aku tambah RM 200. Niat aku cuma tak nak bebankan dia. Bila dia tahu, dia mengamuk.

Lagi satu, aku pernah buat pinjaman wang berlesen tanpa pengetahuan Suami.

Ya, dia dapat tahu dan mengamuk lagi.

Aku akui aku seorang yang boros. Aku hidup susah dari kecil. Tingkatan 3 aku dah buat part-time niaga di pasar malam semata mata untuk duit belanja sekolah.

Jadi, bila dah bekerja, aku tak nak hidup susah lagi. Aku tak nak anak anak aku rasa susah macam yang aku rasa.

Tapi, gaji aku cukup cukup untuk bayar rumah beli dan bil bil utiliti. Suami aku pun bergaji cukup cukup makan.

Tapi semua masalah itu dah settle. Yang menjadi masalah sekarang, setiap kali ada benda yang suami aku curiga, dia akan terus tuduh aku bukan bukan.

Dia selalu tuduh aku ada lelaki lain di luar. Aku dah fed-up.

Hari tu kami hampir berpisah kerana sikap dia yang curiga dan tuduh fitnah aku yang aku ada lelaki lain.

Bila aku menafikan, dia tak percaya dan tuduh lagi.

Sedangkan, selama tempoh perkahwinan, dia je yang pernah kantoi dengan aku berhubung dengan perempuan lain.

Video call perempuan lain tengah malam, mesej lvcah dengan kawan sekerja, mesej dengan perempuan 3-4 pagi. Dan semua kegiatan dia ni kantoi berbukti.

Aku tidurkan anak dalam bilik, dia konon nak tengok tv. 3-4 pagi aku tersedar dia masih di ruang tamu.

Diam diam aku keluar bilik tengok tengah senyum sendiri. Rupanya, mesej dengan perempuan lain. Aku bersusah sorang sorang tidurkan anak.

Tapi setiap kali kantoi, setiap kali juga aku maafkan dan layan dia seolah olah tiada apa yang jadi.

Tapi, bila aku yang salah, dia layan aku macam aku seorang saja yang bersalah. Dia tak pernah buat salah. Dia pressure aku sampai aku depression.

Baru baru ni, dia curiga kenapa aku screensh0t keputusan game badminton. Aku screensh0t untuk hantar pada dia sebab dia minat badminton tapi tak dapat tengok game hari tu. Salah aku sebab aku tak hantar.

Bila dia check hp aku, dia curiga kenapa aku screensh0t result game tu.

Bila aku explain, dia tak percaya. Sebab aku bukan la penggemar badminton. Aku cuma support minat dia.

Dia curiga dan asyik cakap aku screensh0t untuk hantar pada lelaki lain. Aku terus jerit suruh dia diam dan lari masuk bilik anak.

Dalam tempoh aku bertenang, aku dengar bisikan suruh aku bnuh suami aku. “Bnuh dia, bnuh dia, bnuh dia”.

Aku siap dapat bayangan aku ambil pisau dekat dapur, masuk bilik air dan t1kam suami aku.

Bila suami aku selesai mandi, dia tengok aku tutup telinga sebab aku dengar bisikan tu. Dia kata aku giila. Dia kata aku buat buat. Sebab nak meraih simpati.

Sebelum dia keluar rumah, aku explain lagi. Dan dia masih tak percaya. Automatik, aku terus cakap dekat dia “Kau blah”.

Suami aku terus kemas barang, dan salam anak anak.

Ye, rumah yang kami duduk adalah rumah atas nama aku. Aku halau dia. Sebab aku terlalu tertekan.

Tangan aku sejuk, menggigil. Anak anak datang peluk aku. Seharian aku berfikir samaada aku patut mohon berpisah atau kekal dalam hubungan dan ambil rawatan psikiatri.

Aku tak boleh terima setiap kali dia curiga dengan aku. Aku separuh mati percayakan dia, tapi dia asyik curiga dengan aku. Bdohkan aku.

Aku harap korang semua dapat bantu aku buat keputusan.

Berpisah atau kekal bersama dan ambil rawatan mental? Aku tahu kesihatan mental itu penting. Tolong aku.

By the way, anak anak semua dengan aku. Aku yang uruskan anak anak. Dia dah beberapa hari tak balik rumah. Bantu aku.

Maaf kalau cerita aku tunggang langgang.