Saya belikan dia moto lagi 1 sbb moto yg ada takut rosak sbb dia rider delivery. Dah 1 tahun janji nak bayar pun dia tak bayar lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya harap cerita saya ni admin sudi siarkan.

Saya isteri yang bekerja pada waktu pejabat dan bekerja di dalam pejabat syarikat swasta.

Kami punyai anak yang baru berusia setahun tiga bulan. Segala hal amik dan hantar anak, saya akan uruskan sebelum dan selepas bekerja.

Malam waktu anak nak tidur saya yang akan uruskan dan tunggu anak sampai dia tidur. Anak pula jenis tak nak ada orang lain selain saya waktu dia nak tidur.

Suami pula kalau hampir je waktu saya dan anak hendak pulang ke rumah dia akan sibuk menguruskan segala kerja perniagaan ayam cucuk dia.

Saya pula stress sangat dengan suami tentang kewangan keluarga. Dari sebelum kahwin suami memang tak ada pekerjaan yang tetap. SPM pun dia tak ada.

Tetapi dia ada bercita cita dari sebelum kahwin nak kumpul modal untuk buka kedai makan kerana dia mahir memasak.

Tapi selepas kahwin, lain pula katanya sebab saya tak mahir memasak macam isteri orang lain yang membuatkan dia susah nak buka kedai makan.

Selepas kahwin dia dah kerja macam macam tapi susah nak kekal sampai la ada anak.

Lepas kahwin dia banyak sangat berhutang dengan saya kerana dia tak mampu katanya.

Dia kumpul hutang pun dah dua tahun sejak awal kami kahwin sehingga sekarang. Dia bayar hutang, nanti dia akan berhutang lagi sampai bila pun saya tak tahu.

Dia suka salahkan komitmen dia selepas kahwin menyebabkan die terpaksa berhutang. Komitmen dia cuma rumah RM300 dan duit ngasuh anak RM300.

Bab kereta semua dia serahkan pada saya semuanya. Alasan dia sebab saya dah beli kereta tu sebelum kami berkahwin lagi jadi tu tak wajib untuk dia bayar dan tanggung.

Rosak, insuran, minyak kereta, nak cat ke semua saya tanggung sendiri. Kereta tu cuma kehendak saja bukan keperluan katanya.

Keluarga tak benarkan saya bawa motor sebab tu saya beli kereta sebelum kahwin dengan dia.

Kalau bab makan minum dalam rumah ni saya yang akan pergi beli dari awal kahwin sampai ada anak. Barang dapur keperluan rumah pun saya akan beli waktu rehat pejabat.

Saya dah beli pun dia tak terus bayar tapi minta hutang dulu. Yang saya beli bulan 6 sampai sekarang dah nak masuk bulan 9 pun dia masih belum bayar.

Saya ada jugak beli kan dia motor cash sebab motor dia yang sedia ada takut rosak selalu sebab dia buat food delivery bawah satu syarikat.

Jadi saya beli kan dia motor tu dan dia janji akan bayar sikit sikit.

Tapi dah setahun hutang pada saya makin bertambah. Motor yang dia janji nak bayar pun tak terbayar lagi.

Sekarang saya susah sangat sebab kena cover semua bayaran bil komitmen bulanan kereta dan pinjaman ASB setiap bulan dengan jumlah yang tinggi sampai saya terpaksa buat loan peribadi dengan bank sebab nak ganti balik semua duit saving saya yang dia dah gunakan.

Bila saya susah sekarang hanya ibu saya la yang menghulurkan pertolongan. Saya mintak tolong dia, dia cuma cakap sabar dia tengah usaha.

Sedangkan saya perlu bayar macam macam setiap bulan. Bank bukan boleh tunggu usaha dia. Dia cuma berniaga ayam cucuk saja depan rumah ibu saya sebab depan tu ada sekolah rendah.

Selain tu tak ada kerja lain yang dia buat. Hanya berjanji nak berusaha je tapi tak ada usaha apa apa pun yang dia buat.

Dia janji nak bayar semua hutang saya balik dengan jual semula motor yang saya beli kan tu tapi senyap sampai ke sudah kalau saya tak bising. Hutang dia pada saya termasuk motor tu pun dah hampir 10 ribu.

Minggu cuti sekolah pun dia tak tahu nak buat kerja apa. Ayam cucuk dia pun terpaksa tutup sebab tak ada budak sekolah.

Bab kewangan balik kampung dia yang jauh sampai 12 jam tu pun saya juga yang kena sediakan.

Saya dah simpan duit untuk cat kereta tapi tiba tiba dia cakap keluarga dia suruh balik raya haji yang lepas sebab teringin berjumpa anak kami.

Terpaksa la saya gunakan duit tu untuk sewa homestay dan sewa kereta yang mencecah lebih seribu untuk dua tu.

Dia salahkan saya juga tak boleh tidur rumah adik beradik dia sebab saya ni terlalu demand.

Tapi bukan saya yang demand, adik beradik dia pun tak ajak kami tidur rumah mereka. Tak kan pandai pandai nak tidur rumah orang kalau orang tak ajak tapi saya juga yang disalahkan.

Keluarga dia semua mempunyai hidup yang senang tapi bila saya minta dia minta tolong pada keluarga dia, banyak alasan yang dia berikan.

Saya dah minta dia untuk cari kerja tetap tapi dia cuma cakap dia tengah usaha tapi saya tak nampak apa yang dia usahakan.

Dia juga selalu perlekehkan saya yang bekerja makan gaji kerana terikat dengan masa kerja berbanding dia yang bebas dengan masa kerja.

Saya minta dia untuk cerraikan saya sebab dah tak mampu nak tanggung semua benda yang ada termasuk astro yang dia nak sangat pasang.

Dia boleh bagi kerjasama sekiranya saya ingin betul betul bercerrai tapi sekarang saya buntu memikirkan anak saya yang baru berusia setahun tiga bulan ni.

Dia anggap balasan dan karma untuk dia kerana tak bertanggungjawab seandainya kami bercerrai.

Saya sanggup tinggalkan tunang saya yang bekerja pegawai kerajaan demi dia kerana ibu saya lebih berkenan pada dia.

Tapi lepas saya kahwin, dia bebankan saya dengan macam macam masalah.

Bab beli rkok tak pernah cakap tak ada duit. Kalau balik kampung atau jalan jauh dia wajib bawak air ketum untuk hilangkan penat dan mengantuk dia. Air ketum yang dah dicampur dengan redbull.

Adakah saya patut bercerrai atau tunggu saja usaha dia yang saya pun tak tahu bila.