Malam tu di text aku dekat fb. Lepas tu berbulan aku tak char dgn dia. Mula2 okey lama2 tak tahu lah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu aku bagi amaran, penulisan aku ni sedikit panjang. Boleh skip je andai terlalu meleret dan tidak kena dengan minat anda. Ini penulisan pertama aku di IIUM Confession ni.

Aku berkahwin ketika usia ku di ambang 30-an dan tentunya mengundang pelbagai pertanyaan di kalangan masyarakat terutama makcik makcik bawang di sekeliling ku.

Tapi aku ambil pendekatan yang positif, mereka hanya mengambil berat.

Aku pun tak tau kenapa, aku selalu gagal dalam bercinta. Bila aku rasa dah serasi dengan orang tu, dia pula buat hal.

Bila dia okey, aku pulak yang decide nak putuskan hubungan.

Cinta pertamaku Izzat, berkenalan ketika kami di bangku persekolahan. Mesti ada pembaca yang pernah melalui zaman crush, couple dan sebagainya kan?

Aku pun tak terlepas dari zaman tersebut.

Aku bukan pelajar yang terkenal kerana kecantikan di sekolah. Kerana di sekolah, aku memanglah teramat selekeh.

Aku tak pandai pakai tudung, sebab di luar aku free hair. Masa tu jelah, sekarang dah ke arah yang lebih baik.

Jadinya tudung aku gelembung gelembung, senget sana sini.

Muka pun hitam betul, hitam berkilat mak aku kata kesan kuat merayap petang petang. Biasalah masa tu zaman belajar bawak motor, orang kata hari hari nak menjengkit keliling kampung.

Bab kecantikan aku fail, tapi bab belajar aku nombor satu. Siapa tak kenal aku, setiap kali exam mesti top 3. Mak aku pun pelik, sebab aku banyak main. Belajar jauh sekali.

Masa cuti sekolah bulan Disember, masa tu aku nak masuk tingkatan tiga. Aku beli set muka yang collagen warna pink tu, sebab masa tu aku dah mula rasa buruknya aku ni. Aku belajar pakai tudung elok elok, mungkin baru nak matang kot.

Hasilnya, glowing betul muka aku, dalam masa dua minggu ya. Tak sia sia usaha aku naik bas lompat lompat tu semata mata nak pergi CDM bank in duit dekat seller tu.

Seminggu sebelum naik sekolah, macam biasalah hang out dengan kawan kawan beli beg dan kasut semua. Bas lompat lompat tu lah kenderaan utama kami.

Dekat bandar, tulah kali pertama aku jumpa Izzat. Ish jatuh cinta pandang pertama. Dah lah handsome, budak pandai pulak tu.

Izzat senior aku, aku kenal nama je sebab cikgu selalu sebut sebut tapi tak pernah nampak orangnya.

“Buat apa cuti sekolah ni Zati? Makin putih pulak.”

Ni ayat pertama dia tegur aku. Terkejut, dia kenal aku ke? Mungkin cikgu kot selalu jaja nama aku.

Malam tu dia chat aku dekat Facebook. Lahhh dah lama friend rupanya, kenapa aku tak perasan?

Berbunga betul hati masa tu, tak sabar nak naik sekolah. Berbekalkan netbook 1 Malaysia dan broadband Maxis kejap kelip hijau kejap kelip merah, di situ lah bermulanya kisah cinta kami.

Dekat sekolah, aku ke dia mesti cari peluang nak tawaf satu bangunan konon pergi tandas padahal nak ngintai crush.

Kebetulan, tingkatan 3 dengan 5 banyak program dan kem bersama, jadi di situ memang kami kerap berjumpa.

Setiap kali kem, baju kami selalu sama warna. Ala gelinya kalau ingat balik.

Post dekat wall Facebook, mention dekat twitter. Ingat balik bdohnya aku, tak reti ke nak dm diam diam je. Dasar tak matang.

Dia mintak couple, aku tak nak.

“Takut mak marah. Mak aku tak bagi couple. Nanti lepas je SPM aku janji kita couple okey?”

Alah bdohnya jawapan aku dulu. Dan kami pun berjanji nak couple lepas aku habis SPM.

Kisah kami diteruskan sampai dia sambung belajar asasi, dan aku berjuang habis habisan untuk SPM.

Kami dah jarang contact, seminggu adalah berapa kali. Jumpa memang tak lah, adalah sekali sebelum aku ambik exam padahal U dia dekat je dengan rumah.

Last aku contact dia masa aku ambik result SPM, terciduk satu subjek Bi0logi. Dah kenapa pulak tiba tiba dapat B.

Beriya aku menangis padahal mak aku memang dah habis bangga masa tu. Siap buat kenduri panggil sedare mara. Aku kan anak tunggal, memang orang kata anak harapan dan kebanggan lah masa tu.

Last contact, Izzat kata dia dah nak final. Dia nak masa. Dia kata dia nak deactive FB dengan Twitter sebab nak fokus. Apa apa mesej je.

Masa tu Wechat dengan Whatsapp baru je ada, tapi handphone aku tak android. Samsung Corby handphone aku masa tu. Old school weh.

Berbulan aku tak contact sampai aku sambung belajar dekat matrikulasi di utara tanah air. Dia dekat selatan. Masa tu dia dah sambung degree.

Sepanjang aku dekat matrikulasi tu, boleh kata tiga kali je dia contact aku. Last jumpa masa dia accident terciduk langgar anjing malam malam.

Masa tu hari Jumaat, kelam kabut aku ambil bas balik ke selatan. Masa aku melawat dia, keluarga dia memang kenal dan layan aku dengan baik. Sebelum ni pun memang kami dah kenal dekat Facebook.

Aku ni stalker, aku stalk semua kaum kerabat dia masa mula mula berkawan. Tengok macam ok, takde negative vibes baru aku proceed kawan.

Aku sambung degree dekat utara jugak, dan dekat situ aku jumpa senior sekolah aku, kawan rapat si Izzat ni.

Dia tanya aku masih dengan Izzat ke, aku jawab ya. Berkerut kerut muka dia.

Aku pun story lah aku dah lama tak contact dan jumpa dia.

Satu hari tu, kawan dia nak jumpa aku ada benda penting katanya. Berdebar gila ya.

Dia tunjuk aku laptop dia, Facebook Izzat. Aku check guna Facebook aku, not found.

AKU KENA BLOCK!

Aku digula gulakan rupanya. Berapa tahun aku kena tipu. In a relationship with ‘little pony’!

Kurang ajar betul.

Masa dia accident tu, lepas aku balik si little pony tu datang rupanya. Kenapa tak kantoi masa tu ya?

Aku menangis berguling guling dalam bilik. Kawan aku sampai sembur air yasin sebab aku melalak macam mti laki.

Sedih gila masa tu, sebab aku sayang giila dekat dia. Aku tak ada kawan lelaki konon nak setia dengan dia.

Aku call dia banyak kali, dia tak angkat. Aku call guna handphone kawan aku, aku maki hamun dia. Masa taip ni pun hati aku macam kena siat siat. Geram betul, rasa nak tumbuk muka dia.

Dia kata nak explain, tapi aku taknak dengar apa apa. Aku block dia terus. Family dia semua aku block, aku taknak ada kaitan dah dengan dia.

Dua hari lepas tu dia muncul dekat U aku. Dia naik motor 569km dari selatan ke utara sebab nak pujuk aku, tapi hati aku masa tu memang dah keras. Nasib aku baik sebab kelas aku pack masa tu, tak ada masa nak jumpa dia.

Sempat dia bergaduh dengan kawan dia, tapi entah lelaki ni lain sikit terus baik tak lama lepas tu.

Tak lama lepas tu aku rapat dengan kawan satu course dan kami bercinta.

Mula mula okey, tapi tiba tiba dia jadi terlebih pengongkong ya amat. Nak keluar dengan kawan pun kena mintak izin, lambat reply whatsapp nak mengamuk.

Kadang kadang kalau aku keluar jauh sikit dia sibuk menempel nak ikut sekali. Bukan kawan kawan aku je tak selesa, aku pun dah mula rasa nak tendang dia jauh jauh.

Kalau dia nak jumpa aku, dia punya desperate lain macam sampai sanggup ponteng kelas. Tu dah red flag sebab aku nampak dia tak ada disiplin langsung dalam hidup.

Aku mintak break lepas final exam masa aku dah dalam kereta nak balik rumah. Sebelum ni aku ada mintak break tapi dia tumbuk kerusi yang kitorang duduk tu. Kerusi batu yang dekat taman tu, korang bayangkanlah sakitnya macam mana.

Seram giila dan kawan aku yang ada dekat situ terus suruh dia chill dan tak kematangan berfikir aku masa tu terus cakap tak apa kita teruskan je dan baiki apa yang perlu.

4 bulan aku tahan dia punya perangai annoying tu.

Masa aku mintak break pun dia mengamuk sakan tapi aku biar je. Tiga bulan lepas tu dia ada makwe baru, tak guna betul.

Last sebelum aku kahwin, aku bercinta dengan kawan sekolah aku. Tua setahun dari aku. Dia dan keluarga dia baik. Mak dia layan aku macam anak sendiri.

Tapi lama lama aku nampak family dia suka meminta minta. Lebih lebih lagi bila aku dah start kerja elok dan selalu bagi hadiah dekat family dia.

Aku kan anak tunggal, jadi aku excited sikit spend duit aku lagi lagi dekat anak buah dia.

Dekat mak ayah aku jangan cakaplah, apa je aku tak bagi? Happy bila tengok orang lain happy.

Red flag aku dekat dia bila kakak dia yang kedua mengandung dan nak bersalin dekat hospital swasta.

Dia ada pengalaman bersalin secara czer untuk anak pertama, dan dia mengandung semula masa anak pertama tu baru tiga bulan.

Takut kononnya nak pergi kerajaan sebab takut nak hadap nurse mulut jahat. Pada aku salah sendiri sebab tak ada ikhtiar, makan pil tak nak, rancang sendiri pun tak nak.

Dia nak pinjam duit aku 3 ribu sebab laki dia tak ada savings. Nak pinjam ayah sendiri, duit dah habis labur dekat MLM. Aku menolak sebab aku kata aku tak ada duit.

Aku cerita dekat mak, mak kata awal awal dah macam ni padahal tak sampai setahun aku bercinta dengan anak dia. Mak kata baik undur diri siap siap.

Baru nak bukak mulut, dia dah bersuara nak merisik aku dan aku terpaksa menolak mentah mentah.

Aku sayang dia tapi aku kena fikir diri aku jugak. Kalau mak dengan ayah aku dah tak ada, aku ada keluarga mertua je.

Kalau keluarga mertua tak okey, apa nasib aku nanti?

Tak lama lepas tu aku dapat tawaran kerja kerajaan di utara tanah air. Jodoh aku memang dekat utara kot, macam tak boleh terpisah.

Dekat jabatan aku, aku seorang je yang belum kahwin. Sibuk lah staff lain nak kenenkan aku dengan orang tu orang ni.

Jabatan aku berurusan dengan pelbagai jabatan lain seperti pejabat daerah, polis dan sebagainya. Ada je yang mereka nak kenalkan pada aku.

Aku ni kadang kadang fikir pendek, rasa nak sebat je sebab umur makin meningkat. Dah lah asyik jaga jodoh orang.

Mak aku pun dah mula berbunyi. Bila balik raya lagilah, nak bernanah telinga aku dengar. Ayat biasa, aku ni terlalu memilih. Eh mestilah!

Aku pernah kena tipu hidup hidup tau.

Raya terakhir aku single, masa tu jamuan raya jabatan aku. Daerah aku masa tu tuan rumah untuk negeri jadi semua pegawai dari daerah lain datang ke tempat aku.

Masa tu kecoh lah ada pegawai baru dan muda dari daerah sebelah. Katanya single lagi, mereka suruh aku try mengurat. Eh tak kuasa aku.

Nampak macam staff lain ni menyibuk, tapi mereka sayang aku. Aku adik bongsu kot.

Hari kejadian, aku nampak kelibat pegawai tersebut. Jantung aku berdegup, rasa menggigil seluruh anggota. Rasa yang sama macam ketika aku jumpa cinta pertama aku dulu.

Tiga bulan lepas tu aku bertunang dengan dia, dan tiga bulan kemudian kami berkahwin.

Melompat staff jabatan aku bila aku hantar kad kahwin. Lagi terkejut bila mereka tahu cerita sebenar yang aku dan dia dah lama kenal.

Dan dia Izzat, cinta pertama aku. Dan dia juga penipu yang dah tipu aku hidup hidup dulu. Dan sekarang dia lah ayah pada anak aku.

Lelaki yang penyayang, bertanggungjawab dan yang menjadikan aku wanita paling bahagia di dunia.

Kenapa aku terima dia balik?

Lepas jumpa dia, aku unblock dia dan semua family dia dari facebook. Tengok meyakinkan, tapi sebab dah kena tipu curiga aku dekat dia masih 99%.

Lepastu aku buat bdoh, dia pun tak kata apa.

Seminggu lepas tu dia datang ke jabatan aku dan dekat situ dia ambil peluang nak jelaskan semua pada aku.

Dia kata dia sunyi masa tu sebab aku sibuk dengan SPM. Dia sangkut dengan rakan sekelas dia dan bercinta.

Perempuan tu paksa buat relationship dekat facebook dan dia takut semuanya kantoi dia dah ada aku, sebab tu dia block aku. Dia taknak aku kecewa.

Family dia pulak memang marah dia teruk sebab semua tau dia memang berkawan dengan aku.

Lepas tunang, aku minta maaf menangis nangis dekat mak mertua aku sebab tuduh dia bersubahat dengan anak dia. Aku ni pun, masa tu fikir pendek je.

Paling sedih, dia accident masa balik dari lepas jumpa aku atas highway. Ni pun adik dia cerita dekat aku.

Tak teruk, tapi dia demam seminggu. Dia rasa tu karma, dan dia putuskan hubungan dengan perempuan tu.

Lepas tu dia tak pernah ada makwe lain. Dia cuma berdoa semoga jodoh kami masih ada.

Dia tau aku bertugas di jabatan tersebut dan masih mencari jalan untuk berjumpa semula dengan aku.

Dia pun tak sangka boleh sama jabatan dan sama negeri. Jarak daerah pun tak jauh, dalam 30 minit.

Aku minta pandangan mak dan ayah. Dengan restu mereka, aku terima dia dengan hati terbuka.

Ramai yang terkejut masa kami edar kad kahwin, tapi tulah memang jodoh kami.

Lepas kahwin, aku selalu je ungkit kes dia tipu aku tu sebab baru nak balas dendam tapi dia senyum je.

Aku rasa keputusan aku untuk tak terburu buru dalam soal perkahwinan adalah suatu yang tepat walaupun kadang kadang datang juga idea bdoh nak main sauk je tak kira siapa.

Perkahwinan ni kalau boleh kita nak kekal sampai bila bila. Sedih bila tengok rakan seusia ditinggal terkontang kanting dengan anak anak tanpa kerjaya dan sokongan keluarga.

Sedih tengok rakan sebaya dianiaya oleh keluarga mertua sampai di diagn0se dengan depression dan sebagainya.

Dan sedih juga dengan rakan sebaya yang meninggalkan isteri begitu sahaja dan tanpa memberi nafkah untuk anak anak.

Aku berharap dalam soal perkahwinan, tak kisah lelaki atau perempuan selidiklah dulu sebaik baiknya.

Aku pun sebelum berkahwin, aku selidik sampai aku puas hati. Selain istikharah, aku tanya kawan, tanya family dan tanya orang yang kenal dia.

Dan paling penting, pastikan keluarganya juga sealiran dengan anda sebab kita bukan berkahwin dengan dia je, tapi seluruh keluarga dia.

Goodluck dan semoga berbahagia semua.