Balu aruwah nak bawa jnazah ayah jauh di ulu perak. Aku tak nak tapi aku terpaksa akur kerana itu kehendak balu ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hidup aku mula berasa sangat bahagia sewaktu zaman kanak kanak.

Namun, perkara itu tak lama apabila mak dan ayah aku mula berselisih sehingga berlaku percerraian diantara mereka berdua sejak aku berumur 7 tahun.

Episod sadis telahpun bermula. Faktor percerraian adalah disebabkan ayah aku mula ada hubungan sulit dengan perempuan lain.

Jadi, itulah sebab mengapa mak aku tidak sanggup untuk bertahan dalam rumah tangga tersebut.

Rentetan itu, mak aku terpaksa melelongkan rumah di Ukay Perdana kepada bank dan juga terpaksa mengadaikan barang kemasnya disebabkan kesusahan hidup oleh pengabaian nafkah bapaku terhadap keluarganya sendiri.

Hal ini sekaligus membuatkan mak aku terpaksa membawa ketiga tiga anaknya pergi menumpang di rumah nenek aku sendiri.

Sungguh aku rasa pilu dan sedih kerana terpaksa akur untuk meninggalkan sahabatku di rumah asal dan di sekolah.

Aku juga terpaksa akur bahawa keluarga aku mula menghadapi satu episod kesedihan sepanjang fasa awal percerraian mak dan ayah aku.

Hal ini juga turut memberi impak kepada pembentukan karakter aku yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri kerana aku tidak pernah mendapat perhatian dan keberanian oleh sentuhan ayah aku sendiri.

Kadangkala aku menangis sewaktu perjalanan pulang dari sekolah rendah sambil mengenang nasib hidup aku.

Aku berasa buntu, bingung mengapa aku harus hadapi suasana sunyi dan sedih sejak sekolah rendah lagi.

Pernah suatu ketika aku pernah masuk ke wad di HKL di bangku sekolah rendah akibat sakit perut yang kronik sehingga tiada solusi apakah puncanya.

Akhirnya, setelah beberapa minggu di wad tersebut, doktor telah datang kepada ibuku dan memaklumkan bahawa aku menghadapi d3pression akibat terlalu banyak berfikir sehingga mengalami sakit perut.

Ini adalah proses awal kanak kanak mula berasa d3pression dengan hidupnya.

Mak aku berasa sedih setelah doktor itu memaklumkan sendiri kepadanya dan rasa bersalah kepada diriku kerana terpaksa bekerja keras untuk menafkahi anak anaknya sehingga dia terlepas pandang untuk memahami emosiku.

Sebut tentang ayah aku pula, sejak awal dia meninggalkan aku dia langsung tidak pernah menghiraukan tanggungjawabnya untuk memberi nakfah.

Sejak dari awal sekolah rendah sehinggalah aku melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Dipendekan cerita, aku mula rasa tawar hati dan mula belajar untuk menerima bahawa ayah aku adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai sifat empati yang tinggi akan kepada anak anaknya sendiri untuk berikan kasih dan sayang.

Disebabkan oleh sifat ayah aku itu juga membuatkan mak aku sentiasa berasa marah dan memaksa aku untuk meminta wang nafkah selama bertahun tahun dari ayah aku.

Walaupun aku sendiri sudah tahu jawapannya bahawa beliau memang tidak akan berikan walau sesen pun.

Akhirnya, pada penghujung tahun 2021, ayah aku telah menghadapi serangan jantung di hadapan klinik sewaktu bersama isterinya.

Ayah aku tidak sempat menerima bantuan kecemasan sehingga ayah aku dilaporkan telah meninggal dunia.

Apabila aku menerima berita pemergiannya, pelbagai perasaan menyelubungi aku pada masa tersebut.

Aku bingung sebab selama ini aku tidak banyak meluangkan masa bersama ayah aku dan juga tidak pernah mendapat sentuhan kasih sayang olehnya.

Maka, hari kedua sejak pemergiannya, aku menerima jasad aruwah ayah aku di bilik jnazah dari bilik myat di HKL untuk menguruskan jnazah ayah aku.

Melihat tubuh ayah aku yang sangat sejuk dan keras kerana berada semalaman di bilik myat, aku terus mengalirkan air mata sehingga membasahi seluruh pipiku.

Begitulah juga dengan abang aku yang turut membantu untuk membuka pakaian aruwah ayah aku.

Sambil aku memandikan tubuh ayah aku, aku bertanya kepada diri aku. Mengapa Allah tidak memberikan peluang untuk aku berkasih sayang kepada ayah aku sepertimana anak lain berkasih sayang bersama bapanya.

Selesai memandikan aruwah ayah aku dan kami terus membalutinya dengan kain kafan untuk bersiap sedia melaksanakan solat jnazah kepadanya.

Pada saat itu, isteri balu yang berhasrat untuk membawa jnazah ayah aku untuk mengebumikan beliau di Pengkalan Aur di Perak.

Aku berasa berat hati kerana lokasinya sangat jauh dari tempat tinggal aku.

Namun sekali lagi aku terpaksa akur bahawa seorang balu lebih mempunyai keutamaan yang telah hidup bertahun lamanya bersama aruwah ayah.

Sebelum menaiki van jnazah, aku beranggapan bahawa balu turut mahu naik bersama aku untuk menemani arwah ayah aku.

Namun tiada seorang pun yang menemani jenazah kecuali aku.

Pada saat inilah aku telah meluahkan segala isi hati aku secara lembut dan penuh emosi sepanjang perjalanan ke Perak sambil aku berkata,

“Ame sayangkan ayah, tapi ayah tak pernah tunjuk bahawa ayah sayangkan Ame. Ame sentiasa sayangkan ayah” itulah kata kata aku kepadanya.

Setelah selesai di Perak untuk proses pengebumian, abang aku dan aku turut membantu para jemaah yang lain untuk menurunkan jnazah di dalam liang lahad.

Berakhirnya proses pengebumian itu, pihak balu datang kepada aku sendiri sambil membisikkan permohonan maaf kerana telah memusnahkan dan merampas aruwah ayah aku dari keluarganya sendiri.

Aku tanpa berfikir panjang, aku membalas permohonan maaf itu dengan senang hati dan memaafkan perbuatanya.

Hal ini kerana, semua yang telah diaturkan oleh Allah bukan kehendak aku.

Akan tetapi Allah lebih mengetahui apakah hikmah dan jalan terbaik buat hamba hambanya yang dikasihi.