Dulu masa ayah masuk wad, tak ada rasa nak balik tengok pun. Tapi bila mak pergi mereka tiba2 salahkan aku pulak

Assalammualikum dan salam sejahtera. Aku Bella. Bukan nama sebenar. Terima kasih admin sudi siarkan First time sesi luahan dekat sini, sebab aku dah tertekan sangat.

Aku tertanya tanya, ramai ke yang ada masalah macam aku? Ada adik beradik ramai tapi separuh yang ok, separuh lagi tunggu harta mak ayah je.

Aku mulakan cerita pasal ayah aku. Ayah aku ni orang yang alhamdulillah kuat. Tak pernah sakit lama.

Sakit pun dia tahan sendiri je. Jenis yang tak suka mintak tolong dan tak suka menyusahkan orang termasuk anak anak.

Tak perlu ditolong untuk buat apa apa. Sangat independent orangnya. Dah usia emas berlian nilam pun tetap buat semua sendiri.

Waktu masuk hospital je kitorang insist nak jaga. Tu pun sebab kami risau kan dia yang dah tua (kitorang = hanya yang peduli dekat ayah saja yang ada rasa risau ni).

Lepas keluar hospital, ayah dah kembali independent semula.

Pendek kata, ayah jenis yang tak banyak kerenah. Bab makan pun mudah, masak je apa apa, beli je apa apa. Ayah makan je. Sedap, ayah makan banyak. Tak sedap, ayah makan sikit. Mulut tak pernah merungut.

Nak dijadikan cerita baru baru ni ayah aku dimasukkan ke hospital kerana sakit yang teruk. Paling teruk dalam hidup dia sampai tahap tak sedarkan diri.

Doktor dah terangkan, akan ambik masa berbulan bulan untuk pulih. Banyak penjagaan yang perlu dibuat dengan rapi sepanjang nak pulih ni.

Ahli keluarga main peranan penting. Aku pun explain lah dekat semua adik beradik dalam group whatsapp, supaya semua paham yang penyakit ayah ni serius, anak anak kena balik bergilir gilir jaga ayah.

Tempoh untuk sembuh ni lama berbulan bulan. Kitorang semua bekerja, jadi aku nasihatkan eloklah kita bergilir gilir jaga.

Tapi…. Macam biasa, anak anak yang concern ni lah yang duk berulang alik siang malam pagi petang duk jaga ayah yang tak sedarkan diri dalam hospital.

While yang duk tunggu harta semata, ada dua orang. Memang penunggu harta tegar 2 orang ni. Diorang balik jaga ayah selepas aku buat bising.

Ye selepas aku bising. Aku namakan 2 manusia ni X dan Y.

Si X, balik juga lepas aku memekak. Si X sampai di hospital malam hampir jam 11pm, malam tu dia kata dia akan jaga ayah.

Tapi, esok pagi jam 9 dia dah kena balik ke negeri dia. Dia kata dia kerja, tak boleh tinggal.

Habis, aku tak kerja? Kau sorang je kerja? Aku EL terus kot lepas tahu ayah sakit.

Lepas EL, merayu dengan bos untuk extend cuti sebab ayah masih tak stabil.

Macamana aku nak fokus kerja kalau ayah aku sendiri tengah kritikal?. Tak kira lah kau kerja apa, satu satunya ayah kau tengah perlukan kau ni.

Kitorang 5 adik beradik penjawat awam golongan professional. Penjawat awam ada peruntukan cuti separuh gaji.

Kau dah tahu doktor cakap ayah ambik masa berbulan bulan untuk sembuh. Antara kau nak jaga atau tak. Full stop.

Kalau kau nak jaga, kau akan usaha mohon cuti. Kalau kau taknak, kau takkan buat apa apa.

Aku kenal kau X. Setiap kali mak ayah masuk wad kau memang banyak cikadak. Sibuk mengalahkan Perdana Menteri.

Tapi bila takde duit pandai pulak kau mintak duit dengan mak. Tak padan dengan tua, masih pinjam duit mak. Mak ayah sakit kau liat nak jaga.

Duit mak yang kau pinjam berpuluh ribu masih belum bayar lagi, sedangkan mak dah meninggal. Aku tahu ni sebab mak pernah cerita dekat aku sape yang pinjam duit dia.

Mak bagitahu aku, kalau dia meninggal, si fulan fulan fulan ni pinjam duit dia.

Si Y pulak, anak emas kesayangan mak ayah. Dia balik jugak, lepas aku memekak. Dia jaga ayah di wad tak sampai 3 hari (sekejap sekejap. bukan 3 hari berturut turut). Lepastu blah.

Lepas blah terus senyap macam dah mti. Hampir 2 bulan berlalu lepas last dia jenguk ayah yang masih sakit.

Ayah, ditahan di wad lebih sebulan. Kau boleh bayangkan, aku dan sorang lagi adik beradik aku, si B yang pagi petang siang malam berulang alik hospital.

Berminggu minggu tidur tidur ayam je. Anak anak kitorang sendiri sakit pun sampai tak dapat nak bagi tumpuan sepenuhnya.

Sebab kitorang duk cover tugas anak anak ayah yang lain yang tak guna, duk tunggu harta.

Aku ada dua orang lagi adik beradik, C dan D. Diorang ada, cuma bukan selalu. Sekejap ada di negeri ni, pastu kena ke tempat lain.

Waktu C atau D ni ada, salah sorang, dapatlah aku dan B gilir 8 jam sehari jaga ayah.

Waktu diorang tiada, aku dan B memang penat nak mti. 12 jam setiap hari jaga

Aku pernah sampai tak jumpa anak aku 2-3 hari. Sebab time aku balik, anak dekat sekolah dan nursery.

Time anak balik rumah, turn aku pulak jaga ayah di hospital.

Masa mental aku rasa sangat letih, moral sangat down, aku rasa macam nak mti.

Adakah aku kena mti? Kalau mti lagi elok, mtikanlah aku ya Allah.

Masa tengah drive balik kepenatan dari jaga ayah di hospital, pernah terlintas dalam hati aku berharap ada lori langgar aku mti.

Lepastu aku nangis. Kalau aku mti sape nak jaga ayah. Kesian ayah. Teresak esak aku nangis dalam kereta. Sampai kabur pandangan.

Cepat cepat aku kesat air mata.

Dalam solat aku selalu tanya Allah kenapa duga aku dengan adik beradik yang tak guna ni. Kenapa ya Allah.

Kenapa adik beradik aku bukan yang supportive. Yang sayang mak ayah. Yang ada rasa concern bila mak ayah sakit.

Kenapa aku ada adik beradik yang giila harta macamni je.

Mak ayah kritikal pun kau boleh senyap je bekerja macam takde apa yang berlaku. Takde rasa nak ambik cuti balik jenguk mak ayah.

Yang dekat dengan mak ayah ni lah yang guna cuti rehat tahunan untuk jaga mak ayah terutamanya bila sakit.

Tambah tambah lagi kalau diorang warded. Apply cuti bergilir gilir sampai diorang discharge.

Dan orang yang sama ni jugak yang akan bawak ke temujanji susulan.

Masa aruwah mak aku ada dulu, sama jugak. Bila mak sakit, anak yang sama lah jaga, yang sama jugak yang lepas tangan.

Mak dah masuk hospital pun, takde rasa nak balik jenguk mak sakit.

Korang boleh bayangkan, mak ayah sakit, tapi anak anak boleh meneruskan rutin hidup bekerja macam biasa.

Sampai aku memekak dalam group whatsapp, aku marah baru lah ada rasa nak balik.

Si X macam biasa, lepas aku memekak dia balik malam tu. Esok pagi dah blah.

Tapi bila mak meninggal, diorang salahkan aku tak jaga mak betul betul.

Korang bayangkan. Si X ni anak anak dah besar. Yang bongsu pun duk asrama. Kau takde perlu nak risau dekat anak kecik bagai macam orang lain.

Si Y, anak anak dah sekolah. Pasangan ada, boleh drive around ambik hantar sekolah. Luak ke duit kau kalau balik jaga ayah sekejap sekejap? Takkan luak.

Kau kerja lah 8 hari seminggu pun, takde keberkatan rezeki kalau kau abaikan ayah kau yang tengah sakit. Aku dah sebut ayat ni dulu masa ayah warded beberapa tahun lepas.

Masa aku mintak balik, Y bagi alasan, dia tak boleh balik jaga ayah sebab kena kerja.

Aku cakap dekat mak masa tu, takkan berkat kerja dia. Takkan datang duit dan rezeki tu bila dia abai mak ayah. Lagi lagi yang tengah sakit.

Mak aku senyap je. Anak kesayangan dia si Y ni. Sampai ke mak meninggal macamtu jugaklah perangai X dan Y.

Sekarang ni, ayah masih banyak dalam keadaan tak sedar. Tapi kadang kadang bila ayah buka je mata terus sebut nama si Y.

“Y mana?” Ayah tanya. Dah 4 hari berturut turut ayah tanya Y bila dia buka mata.

Anak emas kesayangan. Tapi malangnya, Y ni HATI BATU ayah. Ayah tak tahu Y tak bother langsung pun pasal ayah. Duk tunggu duit ayah je ni.

Haritu masa kau takde duit, pandai pulak balik buat cerita kesian sampai mak ayah hulur duit dekat kau.

Aku, kalau orang takde duit tapi bertanggungjawab, baru aku ada rasa kesian.

Tapi kalau tak amanah macamni, maaflah. Rezeki kau takkan berkat. Sampai bila bila pun duit kau takkan cukup.

Percayalah, saat mak ayah sakit lah kau boleh tengok hubungan adik beradik yang sebenar. Siapa yang ada, dan siapa yang tak guna.

Adik beradik korang perangai tak guna macamni jugak ke?