Sepanjang hari saya berkurung, tak pergi toilet pun sbb buang air dah disediakan botol

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku dulu seorang yang sangat social. Keluar masuk kelab malam dengan teman lelaki yang silih berganti…

Berhibur itu cara aku untuk menjauh dari kekusutan di dalam rumah…

Aku dibenci oleh ibu kandung sendiri dan aku selalu dituduh pelcur yang ada hubungan sulit dengan bapaku sendiri sejak aku umur 9 tahun…

Semua terjadi sejak adik bongsuku dilahirkan. Aku ada 4 adik beradik…

Segalanya bermula sejak adik kandung ibu kerap datang rumah ketika ibu masih dalam pantang dan dia telah bawa cerita yang kononnya bapa aku ada perempuan lain…

Aku menjadi saksi atas segala cerita cerita yang dibawa…

Tak sangka, cerita cerita itu semua membuatkan ibu stress dan depress yang menyebabkan aku pula yang dibenci…

Parang pernah dihunus kepadaku seawal usia 9 tahun. Bila aku lari ke rumah saudara mara yang hanya bersebelahan, aku dihalau kerana mereka rasa terganggu jika ibuku datang cari…

Keselamatanku tiada siapa yang peduli. Semua aku hadap sendirian kerana bapaku kerja di luar daerah.

Aku hanya berkurung dalam bilik seharian dan hanya dapat makan pada tengah malam sebaik sahaja bapaku pulang…

Aku mula tidak bertegur sapa dengan ibuku kerana aku hanya diherdik, dimarah, dikutuk dan dihina dengan pelbagai tohmahan…

Aku berkurung sepanjang hari…

Kencing pun hanya dalam botol yang aku sediakan dalam bilik kerana takut untuk keluar…

Segalanya berlanjutan hingga aku umur 17 tahun…

Tingkatan 5, aku mula jadi liar…

Seorang sahabatku yang sekelas sangat social dan ada ‘sugar daddy’…

Selalu membawaku ke pusat karaoke dengan teman lelaki mereka…

Kecuali aku… masa sekolah menengah aku tiada teman lelaki…

Yang menjagaku adalah sahabat baikku…

Walaupun dia ambil ddah dan ar4k, dia sangat sangat melarang untuk aku mencuba…

Namun, aku yang sediakala jiwa kosong telah mencuba ar4k…

Habis SPM, aku bekerja dan telah berkenal dengan seorang lelaki yang aku namakan Dave… Dave tua dari aku 13 tahun…

Sejak itu, aku makin kerap keluar masuk kelab malam mengikuti Dave…

Aku cari ketenangan dengan cara berhibur. Masa tu aku selalu berdoa minta Allah izinkan untuk aku hamil anak Dave agar aku dapat kahwin awal untuk keluar dari kekusutan dalam rumah…

Tapi Allah Maha Mengetahui. Aku tidak pernah mengandung walau sudah dua tahun perhubungan kami…

Pada satu hari, aku telah dapat panggilan dari seorang wanita yang mengaku teman wanita Dave.

Sejak hari itu, aku tahu Dave tidak serius dengan aku. Dia hanya sukakan perhubungan tanpa ikatan…

Aku mula ambil keputusan sambung belajar jauh dari negeri kelahiranku…

Untuk lari dari semua masalah yang telah aku hadap dari 9 tahun dan dari lelaki yang hanya tahu mengambil kesempatan…

Masuk semester kedua, aku buat kerja partime join MLM untuk menampung perbelanjaan aku.

Aku bukanlah dari keluarga yang senang. Masa tu bapaku sudah tidak bekerja lagi…

Waktu bekerja, aku berkenalan dengan seorang client…

Aku tanya, dia suami orang atau bujang…

Dia terus terang yang dia adalah duda…

Aku tahu dia duda, aku bawa couple…

Kami couple sehari selepas berkenalan…

Sejak dari tu aku tinggal sebumbung dengannya dan kami kerap keluar masuk kelab malam…

“Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Lelaki yang jahat, untuk perempuan yang jahat.”

Seminggu tinggal sama sama, aku dapat tahu dia bekas penagih ddah dan pernah masuk penjara. Dan dia juga bertatu..

Tiada yang dia sembunyikan dariku…

Kecuali aku. Aku banyak sembunyikan kisah hidupku…

Aku masih meneruskan doa doa ku agar Allah izinkan aku mengandung agar aku dapat ikat lelaki itu…

Ya… aku ingin kahwin awal agar aku tidak perlu lagi bergaduh dengan ibuku…

Aku hendak kahwin awal sebab aku berfikir kalau aku sudah bersuami, pasti ibuku tidak lagi cemburu buta dan tidak lagi menuduhku bukan bukan…

Sampai aku berdoa “Ya Allah… izinkanlah aku mengandung anak dia. Aku berjanji andai aku mengandung, aku tinggalkan semua perbuatan yang Engkau murkai iaitu ziina dan ar4k..”

Alhamdulillah… Allah jawab doaku…

Aku mengandung selepas 3 bulan perkenalan kami…

Orang lain mungkin sedih dan risau bila mengandung anak luar nikah..

Tapi pada aku, itu rahmat untukku yang Allah bagi…

Kerana itu jalan yang aku ada untuk berdamai dengan ibuku dan keluar dari dunia kemaksiatan…

Anak itu yang aku nanti nantikan selama ini…

Sebaik sahaja aku tahu aku mengandung, aku bagitau teman lelakiku untuk ajak kahwin.

Dia duduk dan dia tanya aku..

Aku betul serius nak kahwin dengan dia?

Aku jawab ya. Dia setuju tapi dia tiada kemampuan untuk bagi hantaran kerana bisnes tengah jatuh teruk. Aku ok je…

Aku call bapa aku bagitau aku dah mengandung dan aku nak kahwin…

Bapaku terkejut. Kerana bapaku tidak tahu yang aku tunda semester dan tidak tahu aku dah tinggal bersama teman lelakiku selama itu…

Aku dinikahkan bermas kahwin Al-Quran…

Sejak hari pertama aku menjadi isterinya, itulah juga hari pertama aku bertegur dengan ibuku setelah sekian lama bertahun.

Ibuku peluk dan itulah pelukkan yang rindukan…

Awal perkahwinan, aku dan suami selalu bergaduh…

Sebab kenal pun tidak lama. Kami masih dalam proses suai kenal hati budi masing masing…

Waktu bercinta tidak akan lagi sama sebaik sahaja kahwin. Tapi kami sama sama usaha untuk terima kekurangan masing masing dan cuba belajar menerima baik buruk.

Aku mula menutup aurat walaupun belum sempurna…

Sepanjang aku mengandung, suamiku akan bacakan surah diperutku…

Setiap malam suamiku kipaskan dan tepuk sehingga aku tertidur dengan penuh kesabaran…

Setiap hari sebelum tidur aku di cium di dahi, mata kiri kanan, hidung, pipi kiri kanan, mulut, dagu dan leher…

Pakaian, suamiku yang basuhkan sejak awal perkahwinan…

Selepas bersalin, suamiku yang tukarkan pad. Kencing berak baby, suamiku uruskan…

Sehinggalah anak kami 5 orang….

Suamiku yang uruskan cuci kain dan urus anak anak…

Setiap kali aku masak, suamiku teman dan selalu peluk dari belakang cium di leher…

Kemana mana, kami berpegang tangan…

Setiap kali waktu solat, suamiku imamkan…

Waktu tidurku dan anak anak, suamiku tiup diubun ubun bacaan surah Al-Qadr dan surah Insyirah…

Waktu tidurku diwajibkan untuk tidur dilengan suamiku…

Genap 9 tahun perkahwinan, aruwah suamiku pergi meninggalkan kami pada bulan Mei yang lepas di hari Jumaat…

Sebulan sebelumnya, aruwah suamiku tiba tiba jatuh dan koma…

Selama aruwah suamiku koma, aku layan dia seperti mana dia layan selama aku berpantang…

Hari hari aku lap, mandikan…

Aku renggangkan otot otot kaki dan tangan dengan exercise…

Aku buat urutan massage di tapak kaki…

Aku tukarkan lampin tanpa rasa geli sedikit pun…

Aku gunakan kudrat yang ada untuk pusing pusingkan badan aruwah suamiku agar tidak bedsore…

Setiap jam aku bacakan Al-Quran…

Setiap masa aku cium dahi, mata dan pipi agar dia merasa apa rutin yang dia lakukan kepadaku…

Doktor maklumkan aruwah suamiku tiada harapan untuk sedar membuatkan aku ambil peluang untuk manfaatkan setiap saat yang ada untuk buat yang terbaik…

Bagi aku, aruwah suamiku tetap boleh merasa setiap sentuhanku…

Aku mahu dia tahu yang aku sangat sayangkan dia sampai akhir hayat dia…

Kerana dia adalah hadiah terbesar dari Allah untukku…

Anak sulungku hadiah terbesar kami berdua untuk kami sama sama berubah…

Kami pernah berimpian untuk sama sama buat umrah hinggakan aku menangis sebab rindukan Kaabah sedangkan aku belum pernah jejak kaki ke situ…

Belum sampai rezeki kami untuk naik umrah, Allah ambil suamiku…

Allah sayangkan aruwah melebihi dari aku sayangkan aruwah…

Aku redha… aku pasrah… aku ikhlaskan…

Aku tahu aruwah suamiku husnul khotimah kerana meninggalnya keluar airmata dan aruwah senyum… InsyaAllah…

Jiran tetangga saudara mara semua yang hadir menjadi saksi senyuman aruwah yang terukir diwajahnya yang tenang…

Kulitnya tidak berubah pucat walau sudah lebih 8 jam meninggal…

Aruwah hanya seakan akan tidur….

Wallahu’alam….

Kami sama sama berubah tinggalkan semua yang Allah larang…

Apa yang aku berjanji kepada Allah, aku tunaikan…

Anak sulungku adalah rahmat dari Allah sebagai asbab untuk kami tinggalkan dunia kemaksiiatan…

“Terima kasih Allah untuk segala nikmat yang Kau berikan kepada kami selama ini…

Terima kasih dan aku bersyukur kerana Engkau menjodohkan aku dan meminjamkan aku seorang suami yang sangat baik, penyabar, penyayang dan dapat membimbing diriku dan anak anak tentang keagamaan..”

Tinggallah aku dan anak anak…

Doakan aku diluaskan pintu rezeki untuk membesarkan anak anak dan dapat memberikan mereka yang terbaik…

Buat masa ni aku berniaga kuih muih sahaja di depan rumah untuk menampung perbelanjaan…

Kalau boleh aku tidak mahu berterusan mengharap bantuan kebajikan dan zakat semata mata…

Anak anakku ramai, kos sara hidup kini semakin tinggi…

Aku mahu melihat anak anakku membesar depan mata dan menjadi anak anak yang berjaya..

Doakan aku berjaya didik anak anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah.

Semoga mereka menjadi insan yang akan sentiasa membuat dan memberi kebaikan kepada agama…

Doakan aku ada rezeki untuk buat umrah bersama anak anak nanti…

Impianku bersama aruwah suami yang tidak kesampaian…

Al-Fatihah untuk suamiku…

*Janganlah kita pernah mendiskriminasikan bekas penagih ddah mahupun bekas banduan… kerana pengakhiran mereka mungkin lebih baik dari kita…

Beri mereka kata kata semangat dan sokongan… jangan dihina dan dikutuk agar mereka tidak kembali ke lembah hitam semula…

*Mana mana yang sedang dalam usaha berhenti tu, aku doakan kalian terus istiqomah untuk berubah menjadi lebih baik dari hari kelmarin…

*Hargailah dan layanilah isterimu sebaik baiknya. Kerana sakitmu nanti pasti isteri sahaja yang setia disisi menjaga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *