Ya memang dah 18 tahun kahwin tp xde anak. Tiba2 suami kantoi cari perempuan lain nak jadikan isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya seperti yang semua baca, aku tak terima p0ligami.

Aku tak kuat untuk terima p0ligami. Walaupun aku tahu suami aku mampu, tapi aku yang tak boleh terima untuk dimadukan.

Ini cerita setahun yang lalu, namun masih menghantuiku.

Kisahnya begini. Latar belakang aku dan suami bekerja di bawah satu syarikat yang sama.

Suami aku manager bahagian pemasaran, dan aku manager bahagian kewangan. Kami sudah bekerja di sini 18 tahun seusia perkahwinan kami. Kami tidak dikurniakan zuriat.

Jadi pembaca boleh bayangkan umur kami berapa. Ya sekitar akhir 40-an.

Aku sendiri, punya pelbagai penyakit pada awalnya, seperti cysts, dll yang tak boleh aku nyatakan.

Semenjak 10 tahun kebelakangan ini aku dan suami berjinak jinak dengan gaya hidup sihat. Seperti berjoging, gym, berbasikal, dan cardio. Hanya untuk hidup sihat.

Kalau rakan rakan melihat kami berdua, memang sangat romantis, pasangan dua sejoli, pasangan paling sepadan.

Iyalah walaupun sudah akhir 40-an tapi kami masih nampak sepert gaya muda. Suamiku juga punya badan yang masih tegap, dan aku sendiri tidak kuranya. Masih boleh berseluar jeans.

Di pejabat, semua kagum dengan suami aku. Suami yang masih setia biarpun aku tidak dapat berikan dia zuriat.

Ya, aku sudah tidak boleh mengandung. Wanita seusiaku pasti memahami.

Dan sebenarnya tidak pernah pula dia bermain main atau mengusik untuk berkahwin lain. Dan aku pastinya, tidak pernah meminta dia kahwin lain. Kerana aku hanya ada dia dan dia ada aku.

Kisahnya bermula sekitar setahun yang lalu. Sebagai pengurus, kami berdua selalu outstation. Tapi tidak sama tempat dan masa. Berasingan. Sebab skop kerja kami berbeza.

Aku terlebih dahulu kerja di sini, kemudian aku sendiri yang meminta suamiku untuk memohon dan akhirnya rezeki dia dapat sehinggalah dia menjadi pengurus pemasaran.

Suamiku yang sangat mesra, peramah, suka menolong, bijak, sangat mudah disenangi orang, terutama orang orang besar di syarikat.

Kerana itu suami aku pada mula kerja, cepat juga naik pangkat. Sehinggalah sekarang. Di syarikat yang sama, kami memang dikenali.

Mana tidaknya, lunch bersama, kadang kadang ke kerja juga bersama. Melainkan ada hal. kami akan berasingan.

Sehinggalah pada suatu hari aku outstation selama 1 minggu di Melaka. Suamiku di Kuala Lumpur (tempat tinggal kami).

Pulang dari Melaka, aku tidak tahu kenapa terdetik hatiku sengaja untuk membuka handphone suami.

Biasanya selalu juga kami tengok hp antara satu sama lain. Iyalah tengok gambar, tengok mesej family, dan suami tidak meletakkan password. Sebab itu aku tidak pernah ada syak wasangka padanya.

Jadi aku terus membuka handphone setelah lihat fb, wsp, dan akhirnya aku membuka aplikasi telegram. Entahlah. Saja nak tengok.

Tangan aku berpeluh peluh, dada aku sesak, hati aku bergetar. Aku membaca mesej suamiku dengan seorang perempuan. Perempuan itu adalah perempuan yang aku kenali. Junior di syarikat kami.

ALLAH. Rupa rupanya suamiku ada hubungan dengan junior ini. Aku namakan dia Mia.

Memang aku mengenali Mia, cukup kenal sebagai junior, tapi tidak pernah kami bersembang.

Mia bekerja di bawah jabatan suamiku bekerja. Istighfar aku. Mia gadis muda, berusia sekitar 26-28, Aku tidak pasti.

Gadis muda. Mestilah cantik, pandai bergaya. Dan budaknya juga pandai. Itu yang aku tahu.

Aku baca dan baca mesej mereka. Mia meminta untuk suamiku berterus terang dengan hubungan ini sekiranya mahu berkahwin. Dia tidak mahu berkahwin tanpa aku tahu. Pandai Mia.

Aku segera bertanya pada suamiku. Getar tangan aku belum berhenti. Aku melemparkan hp, aku mengeluarkan kata kata yang agak kesat. Aku marah. Aku sangat marah.

Aku terketar ketar memarahi suamiku. Kenapa? Bagaimana? Bila? Apa ? Macam macam soalan yang bermain di fikiranku.

Aku menangis di hadapan suamiku. Aku menangis, kerana aku tidak pernah percaya suami aku yang berlaku curang dibelakangku.

Suami aku mengaku. Mereka sudah jalin hubungan sekitar 2 tahun. Tapi suamiku tidak berani untuk berterus terang denganku.

Aku menangis, aku meraung. Aku tunjuk semua gambar yang di simpan. Aku kecewa. Hati aku remuk. Seusia ini aku dicurang oleh suami.

Di tempat kerja, aku dikenali dengan seorang yang hebat, profesional di tempat kerja. Sibuk tapi masih mampu menjaga suamiku. Semua kagum dengan aku, sebab suamiku ‘bersih dari scandal’.

Iyalah. Pasangan yang tidak punya zuriat, pasti suami aku memohon kahwin lain. Tapi tidak suami aku.

Kerana itu di pejabat kami berdua dikagumi pekerja lain. Sudahlah 2-2 bekerjaya. bahagia, semua lah dikatakan sempurna.

Jadi perkara ini terus bermain difikiranku. Apa kata kawan kawan ku nanti? Apa kata staf staf, apa kata keluarga aku, keluarga ipar aku?

Yang selama ini aku tunjuk di fb aku bahagia dengan suami. Rupa rupanya sudah 2 tahun suami curang di belakangku. Aku marah.

Aku hampir saja mahu menelefon Mia. Tapi dihalang suami. Katanya dia yang bersalah. Dia yang tidak menjaga perasaan aku. Dia yang mahukan Mia, jadi jangan kaitkan Mia. Biarlah masalah itu antara aku dan suami.

Tapi aku perempuan. Aku terus wassap adik beradik suami katakan bahawa abang mereka curang.

Aku mesej adik beradik ku kata aku ditipu suami. Ya ALLAH, hati aku retak. Suami kata dia akan berkahwin dengan Mia kalau aku izinkan.

Tak akan aku izinkan. Apatah lagi Mia tu satu pejabat dengan kami.

Aku ugut suami untuk lapor kepada pihak atasan supaya Mia dikenakan tindakan. Aku ugut suami untuk cari family Mia.

Aku hampir giila dengan perbuatan suami. Selama 18 tahun, tahun ke 17 aku dicurang suami. Dialah yang paling aku percaya.

Macam macam bermain difikiranku, agaknya adakah selama ni kalau aku oustation mereka berjumpa di luar, bermesej sehingga lewat malam.

Sakit kepala aku. Hari hari kami bergaduh. Naik kereta sekali. Tapi tidak bercakap. Ada sahaja yang suamiku cakap, aku rasa marah.

Aku tertekan. Aku akhirnya memberi amaran kepada Mia, bahasaku tidak lagi seperti seorang pengurus.

Aku panggil dia betina, perempuan murahan, bdoh, pel4cur, giila, semua aku humban ke Mia.

Seingat aku, Mia pernah katakan,

‘Saya minta maaf puan. Tapi sebelum tu, baik puan tanya suami puan kenapa dia cari saya. Namun saya bersyukur kerana puan tahu hubungan ni. Saya sendiri tidak sanggup lagi berpura pura di hadapan Puan’.

Inilah kata kata Mia yang membuatkan aku lagi sakit hati. Entahlah. Aku dah benci. Memang aku marah.

Maaf, aku terpaksa ringkaskan. Itu cerita setahun lalu. Kini suami tidak pun berkahwin dengan Mia, sebab pertama aku tidak izinkan.

Kedua, banyak harta sepencarian kami. Turun naik mahkamah yang melecehkan. Kalau dia kahwin. Adik beradik suami akan pinggirkan dia, begitu juga keluarga ku. Jadi suami memilih untuk tidak bersama Mia.

Atas alasan tidak sanggup dia berpisah dengan adik beradiknya. Tidak mahu kecewakanku.

Adakah ya aku lega mereka tidak berkahwin? hakikatnya tidak.

Aku jadi tidak percaya dengan suami. Aku selalu check telepon. Sudah berapa kali aku mintak dia tukar telefon.

Aku memberi amaran, sekiranya Mia tahu nombor telefon itu, jangan kata Mia yang malu, aku pun sanggup memalukan dia di syarikat.

Sehingga kini Mia masih di syarikat yang sama dan tidak berkahwin lagi. Aku tidak ada kuasa nak lucutkan jawatan Mia apatah lagi Mia juga seorang yang bijak.

Fresh graduate lah katakan ketika itu. Aku jadi queen control. Aku tak izinkan suami pergi kerja sendiri.

Aku suruh dia jual kereta dia, biar kami ada satu kereta sahaja. Aku jadi parani0d. Aku tidak izinkan dia ada FB, ada TELEGRAM.

Cukuplah wsp untuk urusan kerja. Aku tidak benarkan dia bermedia social. Aku halang semua hobi dia. Suami ikut kehendak aku.

Adakah kerana dia betul sayangkan aku atau kerana dia tidak mahu kami bergaduh sepeti sebelum ni.

Aku jadi tak aman apabila nampak Mia bercakap dengan suami biarpun atas urusan kerja. Tak senang nak tukar department. Jadi mereka masih berurusan.

Aku jadi hampir setiap masa tengok hp suami. Sebelum pergi kerja. Selepas balik kerja. Aduh usia aku begini aku perlu fikirkan masalah curang suami. Sungguh aku tak sangka.

Aku ada berjumpa ustazah. Kata ustazah, suami aku mampu, cuba redha, belajar perbaiki diri. Andai suami berkahwin dan dikurniakan zuriat, mungkin hikmah zuriat itu yang dapat mendoakan kami.

Hampir 2/3 ustazah yang aku jumpa cuba menasihatiku. Mahkamah pun begitu, suami aku layak.

Dan dia sendiri mengaku boleh adil, sedaya upaya, tapi kerana aku hampir ‘giila marahkan’ dia, dia memilih aku.

Tapi sekarang. Aku tak bahagia dengan suami seperti dulu. Aku sentiasa buruk sangka dengannya.

Ya, aku nampak bijak di tempat kerja, tapi aku sakit menanggung perasaan ini.

Adakah aku perlu berbincang dengan suami, adakah dia ada perasaan yang sama kepada Mia? Adakah aku perlu izinkan mereka berkahwin? Adakah aku perlu berjumpa Mia? Bagaimana aku nak hadapi semua ini.

Sebab hakikatnya walaupun mereka tak berkahwin, aku tak bahagia walaupun suami berusaha macam macam meyakinku. Entahlah.

Adik beradikku juga sudah lain dengan suamiku selepas tahu cerita ini. Aku kesian dengan suami. Tapi aku tidak sanggup berp0ligami dengan Junior aku sendiri.

Hari hari aku tahajud, berdoa semoga ALLAH tunjukkan jalan kebaikan kepada aku dan suami.

Aku berusaha YA ALLAH. Jadi bantu lah aku.