Aku memang auto akan keraskan diri dna lawan mana yg mampu. Tiba2 aku nampak ibu pusing belakng dan buat tak tahu

‘Pada tanggal 1 Mei 1993, lahirnya seorang bayi comel, tangisannya memecahkan hening. Dia melihat sekeliling, ada ramai lagi bayi lain,

dilihat satu persatu wajah mereka, keluarga mereka senyum, mereka kelihatan bahagia. Lalu bayi itu lantas menoleh ibunya.

Mengapa raut wajah ibu bersedih. Kenapa ibuku tidak bahagia. Bayi itu menoleh ke sekeliling ibu. Ada raut wajah yang turut bersedih.

Muram, sunyi, sepi tanpa kata. Berbisik bayi itu dalam hati. Apakah salah kelahiranku ini? Ibu, janganlah kamu bersedih.

Anakmu ini sudah lahir. Sudah hilang sakitmu melahirkanku. Terima kasih ibu. Kini aku mengerti segalanya.

Semoga ibu tabah menerimaku seperti aku menerimamu. Anakmu ini amat menyayangimu. Anakmu ini dahagakan secebis kasih darimu.’

(Antara puisi yang pernah ku karang. Ketika ini umurku 12 tahun)

Sebelum teruskan baca ini ada lah sambungan dari Part 1 (Link dekat komen)

Alhamdulillah, semua yang baik datangnya dari Allah. Terlalu banyak andai aku mahu ceritakan 1 per 1 disini. Aku pasti kita semua diuji.

Dunia ini adalah pentas ujian. Yang membezakan kita adalah cara kita menghadapi ujian tersebut. Kisah ini adalah kisah hidupku.

Dan aku tahu ada orang yang lebih hebat ujiannya berbandingku. Aku akan cuba cerita sebaik mungkin disini. sudah ku karang semunya.

Semoga ada manfaat buat sahabat semua. aku hanya manusia biasa. Terima kasih kepada sahabat yang mendoakanku.

Berbalik pada ceritaku, selepas aku mengetahui akan statusku itu. Hidupku diteruskan seperti biasa. Aku seperti biasa mendampingi guru kaunseling sebagai teman rapatku.

Hidupku berpindah randah. Kemana sahaja aku pergi, aku pasti akan mendapatkan khidmat nasihat guru kaunseling di sekolah.

Beliau lah tempat aku meluah, mengadu segala hal. Di sekolah, aku menjadi kesayangan ramai. Aku suka pergi sekolah.

Walaupun aku perlu berjalan jauh ke sekolah. Bapa tiriku masih seperti biasa. Baran, bengis dan suka cari salah aku adik beradik. Aku kasihan melihat adikku.

Dan aku juga kasihan akan diriku sendiri. Di rumah tersebut, aku masih menjadi mngsa penderaaan s3ksual oleh bapa tiriku. Pantang ada masa terluang, dia akan datang memeluk dan merabaaku.

Walaupun aku sedar perbuatan dia itu tidak sampai meragut kesucianku, tapi aku tidak selesa diperlakukan begitu.

Aku marah, aku sedih. Pernah sekali tu, aku didapur sedang masak, dia datang memeluk dan merabaku dari belakang.

Automatic aku akan mengeraskan diri dan melawan sedaya upaya. Kebetulan semasa aku berpusing ke belakang, ibuku tiba tiba datang ke dapur.

Ibu melihat apa yang terjadi tapi ibu hanya mendiamkan diri seperti tidak ada apa yang berlaku.

Aku macam biasa akan jumpa guru kaunseling aku dan ceritakan kepada beliau apa yang berlaku.

Kalau ikut nasihat guruku itu, beliau nak report polis. Dan bapa tiriku pasti akan ditangkap dan dihukum pnjara.

Tapi aku berat hati untuk mengikut nasihat beliau pada masa itu. Aku memikirkan ibu dan adik adik tiriku yang masih kecil.

Apakah persepsi orang terhadap keluarga kami. Bagaimana mungkin ibu nak pergi keluar bekerja dengan keadaan anak anak yang masih kecil. Tidak, aku tidak boleh selfish.

Guruku itu menghormati keputusanku. Beliau cuma kerap kali berpesan untuk aku mengunci pintu bilik dan cuba untuk tidak bersendirian dalam rumah.

Walaupun aku seperti ‘menyelamatkan’ bapa tiriku dari ditangkap polis, namun otak aku ligat memikirkan cara untuk kami mencari jalan keluar dari rumah tersebut.

Jadi semasa umurku 13 tahun juga, aku telah merancang untuk membawa adikku keluar dari rumah tersebut. Berhari hari aku berfikir.

Aku rasa cuma 1 sahaja caranya. Aku perlu mendapatkan bantuan dari keluarga dikampung. Semangatku berkobar kobar untuk membawa adikku keluar dari rumah tersebut.

Berbekalkan duit belanja sekolah yang sedikit, aku telah mengumpul duit syiling setiap hari untuk menelefon keluargaku di kampung.

Aku tahu mereka tidak mempercayaiku. Tapi aku merayu kepada mereka. Kalau tidak fikirkan aku, tolong fikirkan adikku.

Akhirnya mereka setuju untuk membantuku. Cuma pada ketika itu aku tidak pasti perancangan mereka. Pernah sekali teruk aku kena marah sebab bapa tiriku ternampak aku di public phone.

Aku diam tetapi dalam hati aku sudah berbunga bunga sebab keluargaku dikampung sudi membantuku.

Seminggu selepas itu, sedang aku disekolah. Aku terdengar pengumuman memanggil namaku untuk ke pejabat.

Berdebar debar aku. Rupa rupanya makcik aku yang tinggal di negeri yang berdekatan denganku telah hadir ke sekolah.

Bertapa gembiranya aku. Aku sudah nampak jalan cerah untuk aku dan adik keluar dari rumah tersebut.

Guru kaunselingku telah berbincang dengan makcikku tentang apa yang telah berlaku. Makcikku cuma memberitahu aku bahawa keluarga di kampung dalam perjalanan ke sini.

Aku dengan yakinnya telah masuk ke kelas dan memberitahu kepada semua rakan rakanku bahawa hari tersebut adalah hari terakhir aku di sekolah itu.

Ada antara rakanku yang menangis. Mereka pelik kenapa aku kelihatan sungguh gembira. Aku cuma katakan kepada mereka bahawa aku ingin pulang ke kampung. Mereka memahami.

Makcik aku telah membawaku menaiki kereta untuk pulang ke rumah pada petang itu.

Tapi beliau hanya menurunkan aku di lorong bersebelah bagi mengelakkan dari diketahui oleh bapa tiriku.

Sampai sahaja di rumah, aku dengan tersenyum memberitahu adikku, siapkan pakaian.

Sekejap lagi kita akan keluar dari rumah ini. Adikku tidak mempercayaiku. Malah beliau seperti mengejekku.

Aku cuma katakan beliau, terpulang mahu percaya atau tidak tapi tunggu lah sekejap lagi.

Sempat aku berpesan kepadanya, jangan lupa bawa kad pengenalan dan kalau orang tanya apa apa, angguk je. Barang lain tertinggal takpe. Hihi

Seusai Maghrib, seperti biasa aku dan adikku akan dileteri dan dimarahi oleh bapa tiri kami.

Berdiri tegak kami mendengar bebelan beliau. Tapi tidak kuingat topik apa pula yang berlangsung pada waktu itu. Hihi..

Cuma yang aku ingat adikku diarah untuk membuka pakaian pada ketika itu. Aku tidak ingat kenapa.

Suara bapa tiriku kuat. Bayangkan rakanku yang tinggal selang 3 buah rumah dari rumah kami pun boleh dengar suaranya kalau tengah marah. Sampai mereka takut nak ke rumah kami.

Sedang kami dimarah berjemaah, tiba tiba terdengar ada orang memberi salam di depan pintu rumah.

Aku cukup kenal suara itu. Itu suara aruwah atuk kami. Ya Allah, rindu aku kepadanya.

Bapa tiriku bangun lalu membuka pintu. Terkejut mereka melihat kehadiran keluargaku dari kampung.

Aku mejeling dan sempat berbisik kepada adikku dengan bangganya “kan aku dah cakap. Kau tak percaya.” hihi.

Mereka pun masuk ke rumah. Aruwah atuk cuma memberitahu “kami datang nak ambil cucu kami”.

Lalu berlakulah 1 perbincangan yang sangat hangat dan tegang pada ketika itu. Aku dan adikku duduk di tepi tangga seperti pesalah yang tunggu untuk dihukum.

Bapa tiriku tidak setuju mereka mengambil kami. Beliau cukup marah ketika itu. Tidak sedar sebenarnya yang didepannya itu adalah bapa mertuanya. Tidak ada langsung rasa hormat.

Kebetulan semasa kejadian, kakak tiriku datang. Beliau terus menelefon abang tiriku yang sulung untuk meleraikan kekusutan.

Abang dan kakak tiriku memang sedia maklum apa yang bapa mereka perlakukan kepada kami. Mereka sudah menasihati bapa mereka tapi tidak berkesan. Abang sulung tiri kami pun sampai.

Semasa itu bapa tiri sedang angkat dulung gelas kaca untuk membaling ke arah aruwah atuk, tapi abang sempat menghalangnya.

Bincang dan bincang, abang tiriku bersuara, “NAA dan ABD, naik atas kemas pakaian dan ikut atuk balik kampung.” Berdesup kami adik beradik bangun sebab gembira sangat sangat.

Tiba tiba bapa tiri menjerit “nanti dulu, aku tak izinkan”. Dan dia terus bangun seperti mahu menerpa kami adik beradik. Terus abang tiriku cepat cepat menahan bapanya.

Terus ditarik bapanya keluar rumah. Seram sangat masa tu. Cepat cepat kami masukkan pakaian dalam kereta.

Abang tiriku telah membawa bapanya naik kereta. Perpisahan kami dengan ibu pada malam itu adalah perpisahan yang paling tidak seronok. Ibu merelakan pemergian kami.

Ibu melepaskan kami dengan hati yang rela. Hanya pada Allah aku berdoa agar Allah menjaga ibu disana.

Dipendekkan cerita, semasa aku dan adik sudah di kampung. Semestinya kepulangan adik lah yang sangat dinanti nanti oleh semua orang.

Aku seperti biasa tidak dihiraukan. Namun aku bersyukur sekurang kurangnya aku sudah tidak perlu berdepan dengan bapa tiriku. Aku menyibukkan diri di sekolah.

Aku aktif bersukan. Aku aktif masuk macam macam pertandingan. Agar aku dapat mengubat luka dihatiku sendiri.

Syukur pada Allah kerana aku dikelilingi orang yang baik baik disekolah. Ketika di tingkatan 2, aku telah terpilih menjadi atlet menembak di peringkat negeri.

Setiap petang aku akan jalani latihan menembak di lapang sasar yang jauh dari sekolah. Ada van yang akan mengambil kami didepan sekolah.

Kadang kadang aku sampai lewat di rumah. Nenek akan memarahiku. Hanya aruwah atuk yang akan semangat tanya tentang latihanku.

Kadang kadang nenek memerliku dan atuk, katanya kat atuk ‘layan sangatlah budak tu’. Tapi aku dah cukup lali dengan semua itu.

Mencari salah aku itu sudah menjadi rutin mereka. Sampai lah 1 masa aku mendapat tawaran untuk duduk di sekolah asrama yang kompleks sukan tawarkan.

Supaya mudah aku menjalani latihan menembak. Nenek menentang untuk aku menerima tawaran tersebut.

Kadang aku pelik kenapa tak izinkan kalau tidak menyukai aku. Patutnya gembira la aku sudah tiada dirumah tu.

Tapi aku berkeras untuk pergi jugak. Dan aruwah atuk lah penyelamatku.

Jadi aku pun uruskan pertukaran sekolah. Berpindahlah aku kesekolah baru dan tinggal di asrama yang berdekatan dengan tempat aku menjalani latihan.

Aku ingatkan aku boleh hidup tenang. Jauh dari orang yang tidak menyukaiku. Rupanya aku silap lagi. Ada sahaja cerita tidak enak yang aku dengar tentang diriku.

Semasa aku di tingkatan 4, nenek aku cakap ada orang report dekat beliau yang aku suka berfoya foya di bandar.

Ya Allah aku ni rutin hari hari sibuk dengan latihan sahaja. Aku terpaksa bekerja sambilan di cafe asrama untuk kelangsungan hidup. Alhamdulillah juga dapat biasiswa.

Malam malam aku akan ke cafe untuk mengambil upah kupas bawang atau membasuh pinggan mangkuk. Dapatlah 20-30 ringgit seminggu. Lepaslah untuk aku membeli barang sekolah.

Keluarga takde sorang pun yang menghulur belanja. Tapi berita tidak enak tu terlalu mengganggu fikiranku.

Tak tenang aku nak menjalani latihan dan perlawanan. Lama aku berfikir apa patut aku buat.

Semasa tu aku dah nekad untuk aku berhenti menembak. Aku tidak suka orang mengata buruk tentangku. Walaupun aku tidak melakukannya. Tapi aku yakin nenek aku mempercayai berita itu.

Ada juga kadang terdetik, atau mungkin nenek yang saja mereka reka cerita. Tak senang aku nk berlatih masa tu.

Jurulatih seperti berat melepaskan aku. Beliau telah menghantar aku menjalini kem sukan untuk para pelapis Malaysia di ibu negara pada tahun sebelumnya.

Beliau mengharapkan aku untuk pergi lebih jauh. Semasa tu beliau bagi 2 kata putus,

berhenti terus dan tidak boleh memasuki pertandingan terdekat atau tidak berhenti dan beliau akan masukkan namaku untuk ke pertandingan seterusnya.

Katanya ada pertandingan peringkat international di Jerman pada masa akan datang.

Dan akhirnya aku memilih untuk berhenti dan melepaskan kerjayaku sebagai penembak.

Bagi aku keluarga adalah segalanya. Aku masih berusaha untuk mendapatkan kasih sayang dari mereka.

Sudahlah ibu jauh. Owhh terlupa, semasa aku buat keputusan untuk berhenti ni aruwah atuk aku telah kembali menemui penciptaNya.

Jadi aku tahu aku balik ke rumah nenek tanpa ada lagi insan yang akan menyebelahiku. Tapi aku selalu ingat pesan atuk, ‘biar orang buat kita, jangan kita buat orang’.

Aku pulang ke rumah tetapi aku masih bersekolah di sekolah sukan tersebut.

Kebetulan guru kaunseling di sekolah tersebut tinggal berdekatan dengan rumah nenek. Beliau tahu kisah aku pada masa itu.

Lalu beliau menawarkan aku untuk pergi dan balik sekolah bersamanya. Besar jasanya.

Terima kasih Cikgu Asliza. Sekarang ni beliau dah tinggal dekat dengan kediamanku. Berjiran akhirnya kami, hihi.

Cikgu aku ni pada masa tu tengah bekerja sambil belajar. Jadi kadang kadang beliau akan bawaku ikut belajar berkumpulan di rumah kawannya. Kadang kadang kami akan sampai lewat di rumah.

Nenekku cukup marah jika aku pulang lewat. Walaupun cikgu akan hantar aku sampai kedepan pintu rumah.

Sampai 1 masa nenek pernah mengeluarkan kata kata hinaan terhadapku yang aku rasa itu adalah 1 tuduhan yang amat berat buatku.

“Mu ni balik lambat lambat, nanti sedar sedar perut kedepan bunting macam ibu mu.” Panggg, 1 lagi tamparan hebat buatku.

Sungguh aku sedih. Malam tu aku berdiam. Tiba tiba nenek bersuara lagi, “tak payah nak sedih sedih la. Aku tak percaya semua mu cakap.

Entah entah cikgu mu pun menipu. Entah entah mu sepakat dengan cikgu mu pegi jumpa jantan dekat luar sana.” Allah Allah. Masa tu aku tak tertahan lagi.

Menggigil aku menjawab,”Nenek, kalau nenek tak percaya takpela. Tapi nenek percayalah Allah nampak segala galanya.

Allah tahu apa yang NAA buat dekat luar” (sambil tunjuk jari telunjuk ke atas) aku ingatkan nenek akan terdiam dengan jawapanku.

Rupanya tidak, nenek berkata lagi. “Mu tak payah nak sebut sebut Allah sangatlah. Mu sedar tak mu tu jiijik. Tak layak sebut Allah.”

Allah, mengalir airmata ni. Hari hari aku menghadap Allah, mengadu nasib dekat Allah, tetapi masih ada insan yang berani mempertikaikannya.

Jijik aku dimata manusia, aku yakin aku tidak jijik dimata Allah selagi aku mentaati segala perintaNya. Ampunkan nenekku ya Allah. Dia tak tahu. Ampunkan dia.

Baiklah, terlalu panjang tulisanku ini. Maaf kerana tidak dapat diceritakan semuanya di dalam sambungan ke 2 ini.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan coretanku ini di tulisanku yang seterusnya.

Aku akan terus menulis sehingga tamat kisahku ini. Khas buat mereka yang menanti. Terima kasih.