Tanya mak nape ayah tak nak buang walau dah sakiit mcm tu. Dia xnak buang sbb betul2 saakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nama aku Hannah. Mama aku berasal dari utara tanah air, dan ayah aku berasal dari Pantai Timur. Aku ada 2 beradik, aku dan abang aku.

Aku dah berkahwin dan ada keluarga sendiri dan sekarang menetap di negeri kelahiran suami di KL.

Abang aku pula masih belum berkahwin dan dia jaga mama dan ayah aku di kampung.

Confession aku berkisar tentang ayah aku. Ayah aku seorang yang panas baran, garang tapi semua orang hormat dan takut dengan dia. Tapi dengan anak anak dan isteri dia tak pernah naik tangan.

Tapi aku dan abang aku tak berapa rapat dengan ayah sebab dia seorang yang jarang nak bercakap dengan anak anak. Lagipun ayah garang sangat. Ayah aku seorang bekas anggota keselamatan. Memang boleh kata seorang yang berjaya dalam kareer.

Dalam sibuk sibuk tu, Ayah aku seorang yg tak prnah tinggal solat dan Al-Qurn sentiasa jadi peneman setia ayah aku. Solat adalah benda yang ayah aku sangat sangat titik beratkan.Di waktu muda, ayah aku dikelilingi ramai kawan.

Tak kira lelaki atau perempuan. Sehinggakan ayah aku pencen pun, orang sangat suka beri jawatan jawatan di kampung. Sehinggalah ayah aku diberi kepercayaan menjadi ketua kmpung.

Namun, ada satu sisi gelap ayah aku yang semuanya terbongkar sikit demi sedikit apabila ayah aku mula jatuh sakit.

Sebelum aku ceritakan tentang sisi gelap ayah aku, aku nak ceritakan sedikit tentang keluarga ayah aku. Di mana kisah ni berkait rapat dengan penceritaan aku nanti. Datuk aku, iaitu ayah kepada ayah aku seorang alim ulama. Sangat alim dan warak kemudian berkahwin dengan nenek aku, iaitu ibu ayah aku.

Nenek aku pun sama, sangat menitik beratkan solat dan bacaan Al-Quran sentiasa meniti di bibir. Datuk aku meninggal muda, iaitu sblum mama aku kahwin dengan ayah aku. Aku masih ingat lagi, waktu nenek aku jatuh sakit. Terbongkar yang semasa nenek masih muda, dia ada amalkan banyak amalan yang bercanggah dengan agma.

Ketika itu, aku dah masuk sekolah menengah, jadi aku dah mula memahami. Susuk, ilmu penunduk, pemanis, banyak sangat yg diambil sampai ke tokong siam nenek aku pergi. Belum masuk saka lagi, itu pun ada. Terlalu banyak dan berlapis lapis sehinggakan terpaksa panggil ramai ustz, dan bmoh sebab nak buang benda benda tu amat susah.

Ada seorang ustz ni sangat marah sehinggakan dia cakap yang kamu ambil ni bukan takat syaiitan, ibliis ni ibliis. Tau tak ibliis ni ketua syaiitan. Semoga Allah ampunkan aruwah nenek aku. Waktu tu baru aku tahu rupanya keluarga ayah aku kecuali Datuk aku cukup suka menuntut ilmu salah.

Even Mak Long dan Mak Ngah aku pun masing masing pakai pemanis,susuk tu aku tak pasti. Tapi pemanis tu memang ada sebab diorang siap pujuk mama aku pakai pemanis untuk tak bagi suami lari katanya.Siap suruh ambil ilmu penunduk bagi anak anak dengar cakap. Namun, mama aku tak nak. Jadi boleh kata keluarga ayah aku memang amalkan benda benda salah ni.

Mama aku sebenarnya ada terdetik yang ayah aku ada ikut juga amalan amalan keluarga dia. Namun setiap kali mama aku tanya, ayah aku akan marah. Jadi mama aku macam tak berani nak tanya lagi. Sehinggalah nenek aku menghembuskan nafas terakhir selepas sakit lebih kurang 5 tahun.

Waktu tu, mama aku cerita, “peninggalan” arwah yang tak boleh dibuang itu diambil anak anak dia. Mama aku bagitau dia dah pesan pada ayah aku untuk jadikan ni pengajaran, if ada ambil bolehla dibuang sekarang. Tapi macam biasa ayah aku tak mengaku, siap dia marah mama aku.

Kehidupan keluarga aku berjalan macam biasa sampaila kami dah besar dan ayah dan mama aku masing masing dah pencen. Lepas pencen, ayah aku mula tunjukkan tanda tanda tak sihat. Ayah aku mula batuk batuk, lepas tu tangan terketar ketar. Lepas tu tiba tiba tak boleh berjalan.

Dktor sampai pelik sebab ayah aku takde penyakit kr0nik, even parkins0n pun bukan walaupun mula mula tu dktor diagn0s as parkins0n. Dktor siap buat MRI, dan CT scan tapi hasilnya dktor cakap ayah aku sihat.

Takde pnyakit kr0nik, even drah tinggi pun takde, kenncing manis pun takde. Tapi ayah aku masih tak boleh berjalan. Start ayah aku sakit, mama dan abang aku nampak macam macam dekat rumah. Bunyi mengilai, bayang bayang orang berlari, bunyi ketuk sliding, lagila sampai mama aku terpaksa panggil ustz.

Ustz tu pagar rumah, dan bacakan ayat ayat suci Al-Qurn tapi Ustz tu langsung takde cakap pasal ayah aku ada something ke apa.

Lepas ustaz ni pagar rumah, lepas tu dah takde bunyi bunyi tu lagi. Sampaila hari tu, masa tu belum C0vid, ayah aku masuk hspital sebab jatuh bilik air.

Ayah aku kena warded sampai sebulan. Alhamdulillah ayah aku ok. Cuma tau taula bila dah masuk hospital tu, doktor mesti akan check benda lain. Dktor ni pun pelik, dia tak faham kenapa ayah aku tak boleh berjalan. Dia ketuk ketuk kaki ayah aku, dia cakap saraf masih ada, tapi kenapa tak boleh berjalan.

Masuk hari kedua ayah aku warded, nurse nurse dan pesakit dekat situ kena ganggu. Ayah aku duduk wad yang ada empat orang, tapi dalam bilik tu ada ayah aku dan seorang psakit saja. Bunyi mengilaila, ayah aku gelak time tengah malam, banyak lagila. Kadang kadang nampak mata ayah aku terbeliak pandang siling. Tiap malam malam macam tu.

Nurse tu bagitau mama aku jugak akhirnya. Walaupun mula mula tu dia macam teragak agak nak cerita, takut mama aku tak percaya.Lepas sebulan ayah aku dibenarkan balik rumah,time tu ayah cengkung sangat, dengan leb4m satu badan.

Mama aku panggil ustz lain, kali ni ustz dari pusat perubatan terkenal. Kalau aku sebut mesti korang tau. Aku namakan ustz ni, ustz Don. Mama aku pun ceritala dekat ustz Don. Ustz Don nampak bersemangat.

Dia cakap InsyaAllah dia boleh tengok tengok kan. Ustz Don datang rawat ayah dalam sebulan macam tu, dia ada datang rumah dua tiga kali. Tapi lepas sebulan tu dia tak nak datang rumah dah. Dia mengelak ngelak, siap bagi nama kawan dia yang lain. Tapi dia tak nak cakap sebab apa.

Abang dan mama aku pun contact kawan Ustz Don yang ustz Don rekemenkan. Hasil pun sama, ayah aku masih takde perubahan. Dan kawan Ustz Don pun dah tak nak datang rumah, dia pun tak nak cakap kenapa,mengelak ngelak juga. Ayah aku makin lama makin teruk,kadang kadang meracau.

Walaupun begitu, abang dan mama masih bawa ayah aku jumpa dktor, disamping guna r4watan cara Isl4m. Sebab mama aku cakap di sudut hati dia, mama sebenarnya rasa macam ayah aku ni ada “something” tapi tak nak mengaku.

Sampaila baru baru ni, abg aku jumpa sorang Ustz. Nama Ustz ni Ustz Ismail. Ustaz Ismail ada datang rumah dan tengok tengokkan ayah.

Lepas tu ustz Ismail cakap masa ayah muda, ayah aku ada amalkan satu ilmu penunduk dari siam. Ilmu ni gunanya untuk bagi orang sekeliling dengar cakap dia. Bila ayah aku dah berumur, dia dah tak nak benda tu, jadi dia biarkan benda tu.

Mungkin ayah aku takde buat ritu4l yang dipersetujui jadi benda ni mengamok, sebab tu ayah aku sakit, dan dktor tak dapat kesan. Ustz Ismail cakap ada tiga cara nak buang. Cara pertama pergi jumpa bmoh yang dia pergi amik which is mustahil. Cara kedua ayah kena buat solat taubat, taubat yang sebenar benarnya selama tujuh hari berturut turut.

Tapi ayah aku sekarang solat pun dia tak nak buat. Benda tu macam membuatkan ayah aku lupa bacaan dalam solat. Aku sedih sangat part ni sebab waktu ayah aku sihat dia tak pernah tinggal solat. Anak anak kalau tak solat, memang dia bantai habis habis. Tapi pengakhiran nya jadi begini.

Dan cara ketiga, ustz Ismail cakap orang terdekat dia boleh buat selepas solat Zohor. Baca ayat kursi tiga kali, berdoa dan lepas tu mandikan ayah aku. Hanya cara itu saja yang dia nampak. Jadi mama aku cakap dia akan buat. Then lepas tu abang aku akan buat if tak nampak hasil juga.

Lepas hari ketiga, mama aku telefon bagitau ayah aku meracau teruk. Ayah aku cakap dia takut, lepas tu asyik halau halau something.

Bila mama aku tanya nampak apa, dia tak nak bagitau. Ayah aku suruh abang aku duduk depan dia, dan suruh mama aku pun sama duduk tepi dia sepanjang malam.

Jadi malam tu abang dan mama aku tak tidur malam meneman ayah aku. Sepanjang malam tu ayah aku cakap kepala dia sakit, kaki dia sakit, satu badan sakit. Sakit sangat agaknya sampai dia ketuk ketuk kepala, ketuk ketuk dada. Aku dengar jadi sayu sangat. Bukan saja kesian dekat ayah aku, kesian jugak dekat abang dan mama aku.

Baru baru ni ayah aku cakap dia rindu cucu cucu dia. Dia mintak mama aku telefon buat v1deo call. Dia tersenyum tengok anak anak aku, lepas tu dia menangis. Itula pertama kali aku tengok ayah aku menangis. Sebab selama ni ayah aku terkenal dengan garang, tegas dan ego. Aku ikut sekali menangis.

Ayah aku tanya, dia rindu aku dan cucu cucu, bila nak balik jenguk dia. Aku dah setahun tak balik, sebabkan c0vid aku tak boleh nak balik. Nak balik pun p0lis tak bagi. Katanya takde dokumen yg mengatakan ayah aku sakit. Ayah aku sakit misteri, macam mana aku nak tunjuk bukti pada p0lis.

Keadaan ayah aku makin merosot, sekarang dia macam dah nyanyuk. Dia tanya abg aku, kenapa tunang abang aku dah tak datang rumah.Walhal abang aku dah lama putus tunang dah dekat setahun. Lepas tu Ayah aku cakap dia rindu dengan kawan kawan dia masa dia kerja dulu, dia nak balik ke Penang (dulu kami duduk Penang).

Abang aku cakap, “sekarang tak boleh rentas negeri yah, lepas dah boleh rentas negeri kita pergi ya”. Lepas tu ayah aku menangis. Aku yang duduk jauh yang dengar ni meronta ronta nak balik, sedih dan perit saja rasa hati. Ayah aku makan kuat, tapi badan cengkung.

Dalam hati aku sebenarnya takut, takut ayah aku pergi sebelum sempat dia buang benda benda tu. Sebab aku pernah tengok aruwah nenek aku pengakhirannya macam mana.Walaupun teruk macam mana pun ayah aku tu, aku sayang ayah aku. Mama aku cakap ayah aku sebenarnya ada bagi hint dia nak abang aku ambil alih benda benda dia tu, tapi abang aku tak nak.

Ada juga aku terfikir macam mana kalau ilmu yang ayah aku ambil terlalu banyak, macam mana nak tolong ayah aku buang benda benda tu, Allahh.. tak tahu aku nak cakap.Kenapala ayah aku boleh terfikir nak ambil ilmu ilmu tu. Masa muda memangla seronok sebab orang ikut cakap dia, tapi pengakhirannya macam ni?

Lagipun ayah aku nampak mak dia masa n4zak dulu macam mana, kenapa takde jadikan benda ni pengajaran. Aku ada tanya mama aku kenapa ayah tak nak buang even dah jatuh sakit.

Mama aku cakap mungkin ayah aku tau kalau nak buang benda tu, dia akan sakit, sakit yang betul betul sakit, sebab tu ayah aku tak nak buang.

Sebab ada kes yang pengamal sampai mening gal masa nak buang benda tu. Allah.. Aku tak kuat… Mungkin ada pembaca yang boleh bagi cadangan macam mana nak tolong ayah aku.