Aduh boleh pulak kantoi dengan mak sebab ternampak pill perancang dalam tong sampah

Hai. Sebagai mukadimah, aku tinggal sekali dengan abang aku dan keluarga dia dekat rumah peninggalan aruwah mak kami.

Abang aku stay dekat rumah family dari awal dia kahwin walaupun dah beratus kali aruwah mak aku halau dia suruh duduk sendiri dengan keluarga dia.

Tapi abang aku ni sajanis hidup dalam comfort zone maka dia pekakkan telinga dan stay saja dekat rumah ni. Aku balik rumah ni lepas mak aku meninggal sebab aku berhenti kerja dan nak tenangkan fikiran kononnya.

Sekali dapat kerja dekat kampung maka aku duduk sajala sini. Ayah aku dah pindah duduk rumah lain lepas dia kahwin baru.

Aku namakan abang aku sebagai Bakar dan kakak ipar sebagai Kak Solehah. Bakar bukanlah lelaki yang pemalas, dia rajin cuma dia baran.

Dia sajanis yang rajin kalau bab-bab mengemas, berkebun. Musim pkp ni sebab bekerja dari rumah, dia siap buat kebun. Duk berkebun la dia dari pagi sampai petang.

Nama saja kerja dari rumah, bukan ada kerja pun. Kerja dia buat dekat pejabat saja. Sama la juga dengan aku.

Duduk rumah tak buat apa tapi gaji berjalan. Berbalik pada Bakar, bab mengemas tu memang tip top. Tapi kalau bab jaga anak hmmm hampeh. Anak dia ada 5 orang termasuk kembar.

Beza umur diorang dalam 2 3 tahun saja. Kita semua ada bahagian baik dan ada bahagian buruk.

Bakar ni pun bukannya teruk sangat pun cuma tak ada common sense. Sebab tu aku nak fokus pada bab merancang anak bukan bab masalah rumah tangga.

Kan aku ada cakap Bakar suka mengemas. Bila dia dah mengemas, anak makan tumpah, tersepah balik ke, habis la budak tu dia kerjakan.

Aku sampai tahap bila anak dia makan, standby penyapu dengan penyodok sampai anak dia habis makan. Kesian takut budak-budak tu kena ngan Bakar. Setakat tumpah air pun dah mengamuk macam singa kelaparan.

Bakar ni sajanis yang berharap Kak Solehah saja jaga anak dan termasuk la dengan aku sekali kena jaga anak dia. Kak Solehah ni suri rumah.

Dan dia memang wanita kiriman tuhan. Aku tak tahu waktu bila dia malas, bila dia sedih, bila dia terasa. Gitulah cool manjang. Memang aku rasa Kak Solehah ni deserved better.

Tapi tu la kan kalau dah jodoh. Bakar ni kalau kata waktu tu dia nak makan, dia akan makan walaupun anak tengah melalak nak tidur, anak lapar ke, dia tak peduli.

Kena kalau masa tu Kak Solehah nak terberak pun, tahan la berak kau. Sama la juga kalau dia nak tidur, Kak Solehah tu lapar ke, belum makan dari pagi ke, dia bukan peduli pun. Handle la anak tu. Aku kan ada.

Dulu aruwah mak aku duk suruh dia keluar pergi cari rumah sendiri sebab mak aku menyampah dengan cara Bakar senang lenang saja anak biar orang jaga.

Lagipun mak aku kesian dengan Kak Solehah. Orang dah ada keluarga mestilah nak duduk rumah sendiri.

Asal anak bangun dari tidur, Bakar jagalah dalam 4 5 minit lepas tu bawa anak pergi dekat mak ayah aku, dia blah duk main telefon.

Mak aku berbuih mulut suruh merancang anak. Biar anak yang pertama besar sikit, dah pandai urus diri, baru fikir mengandung lagi.

Tapi sajanis egois, konon anak tu trofi kesuburan, Bakar tak bagi Kak Solehah makan pil perancang. Kantoi dengan mak aku sebab nampak pil perancang dalam tong sampah.

Kak Solehah cakap Bakar tak bagi makan. Anak baru pandai berjalan, dah mengandung yang lain. Berbulu betul mak aku dengan Bakar.

Dah dihalau dari rumah biar dia rasa susah payah jaga anak sendiri tapi ayah aku duk backup Bakar. Ayah aku ni pun lebih kurang saja.

Waktu anak kecil dulu duk sepak terajang, ada cucu kemain siap tak bagi Bakar pindah. Dia main la sekejap, pastu aruwah mak aku la kena jaga.

Arwah mak aku ni sayang sangat dengan cucu cuma waktu dia yang ada, dia nak fokus pada ibadah.

Aku faham apa yang mak aku fikir sebab dia pun pernah merasa perit jaga anak umur rapat-rapat ni. Adik beradik aku ramai dan umur rapat. Ramai yang beza setahun saja.

Dulu aku merantau, jadi bila aku balik cuti, seronok Bakar sebab memang aku yang akan jaga anak-anak dia. Bawa pergi jalan-jalan pun, dengan aku la.

Nak tunggu Bakar yang bawa anak bini jalan-jalan memang kirim salam. Sekarang ni hidup dia lagi senang lenang sebab aku dah duduk dekat rumah ni.

Ada bibik tak berbayar jaga anak dia. Dah duduk sekali tak kan lah kau nak buat tak tahu saja dengan anak buah kau. Diorang comel kot cuma bapak saja bebal sikit.

Berak mandi main semua dengan aku. Aku ni buat sebab dah duduk sekali. Kesian juga aku tengok Kak Solehah duk uruskan anak.

Dah la ada baby, ada pulak anak umur 3 tahun yang kembar. Baby sajanis yang high demand. Asyik nak berkepit, payah nak tidur. Dah tidur senang terjaga.

Pantang ada bunyi. Aku yang bukan mak ayah dia pun stress, apatah lagi Bakar dengan Kak Solehah. Yang paling kesian si kembar tu la.

Dah la kecil lagi, tengah membuas, bila bising sikit memang jadi ma ngsa la. Aku pernah saja hampir kena terajang atas muka sebab aku backup anak buah aku.

Jilaker betul. Tu kalau dia terajang aku, memang aku pergi report polis. Abang tak abang, aku peduli apa. Nak marah macam tak ada otak.

Budak tu dah la kecil lagi. Marah tak padan dengan salah. Fyi, Bakar kalau marah anak, naik kaki tangan. Takkan aku sebagai orang dewasa dalam rumah tu nak tengok saja pastu ratib “tak apa la anak dia”.

Merancang tak nak, bila serabut dengan anak kecil, duk maki hamun anak b0d0h la apa la. Kau tu lagilah b0d0h. Dah tahu baran, biol beranak ramai.

Bakar ni bila aku dah start tolong, memang dia biar sajala aku yang buat sampai bila bila.

Dulu ada jugak dia basuh berak anak, tapi bila kadang-kadang aku yang tolong basuhkan, terus dia lepas tangan. Aku tolong basuhkan sebab aku kesian tengok anak buah aku.

Sampai kering t ahi, punggung pun sampai merah sebab lambat basuh. Kak Solehah asyik dengan baby, mana sempat nak tengok anak yang lain. Ada bapak pun, duk sibuk dengan kebun dia, bila penat dia tidur.

Aku sampai tahap bila bangun pagi aku akan terperuk dalam bilik sampai dia mandikan anak-anak dia.

Aku bangun solat subuh pastu terperuk dalam bilik. Kalau dia nampak aku dah bangun, memang dia buat tak peduli anak dia dan biar aku yang uruskan.

Waktu siang, selalu baby aku yang akan jaga kalau Kak Solehah ada hal. Mandi waktu tengahari anak dia berak ke semua aku yang uruskan.

Kadang pdpr anak pun aku yang ajar. Gosok gigi anak-anak dia sebelum tidur malam, cek pampers dah penuh ke belum dah jadi rutin wajib aku.

Pernah saja aku buat tak tahu sebab nak biar Bakar yang buat. Dia pun sama buat tak tahu dan tidur la budak-budak tu tanpa gosok gigi. Angin betul aku.

Waktu malam memang aku tak amik port la bab jaga baby dia. Aku duk diam saja dalam bilik. Kalau tak mengaji aku duk lipat baju yang bertimbun.

Ingat aku bujang, anak kau aku nak kena jaga 24 jam? Ah takde. Malam aku nak mengaji. Turn kau pulak jaga anak sendiri.

Bakar ni bila Kak Solehah tengah masak ke, solat ke, Bakar akan suruh anak-anak dia yang dah besar sikit jaga baby. Paling besar pun darjah 2.

Bakar buat apa? Terbaring sambil main handphone. Bila baby tu terjatuh ke, menangis ke, anak-anak dia la yang akan kena terajang atas alasan tak jaga betul-betul.

Bakar ni kalau bab terajang memang champion. Aku harap tak kudung la kaki dia. Kenapa aku tak amik port jaga anak dia? Biar dia rasa jaga anak.

Rezeki kau kan. Apahal pulak aku yang nak kena dukung kehulu kehilir. Ewahhhhh. Anak-anak dia memang suka melepak dalam bilik aku sebab nak lari dari jaga adik.

Tapi nanti kena panggil juga. Kadang bila si kembar lapar nak makan, Kak Solehah nak tidurkan baby sebab baby dah melalak, Bakar suruh anak dia yang sulung suapkan makan.

Kau sebagai bapak buat apa gila? Sekadar bagi sperm? Anak anak kau tak minta ada adik pun. Akhirnya aku juga yang suapkan sebab yang adik banyak main dari makan bila anak dia suap.

Pernah waktu pampers anak dia bocor, dia buat tak tahu dan biar anak dia datang dekat aku.

Dia cuma cakap “pampers dia bocor tu” lepas tu blah. Eh eh banyak cantik. Aku cakap dengan Bakar, pergi la basuh.

Aduh benda simple macam tu nak kena beritahu ke wahai lelaki yang menjadi ketua keluarga dan khalifah di bumi Allah ni?

Aku faham saja sebenarnya yang dia nak aku yang settlekan anak dia. Tapi aku malas layan sebab waktu tu aku nak jemur baju. Anak kau, kau urus.

Kadang aku pun nak bermalas malasan jugak. Yela dah nama pun bujang. Tapi bila tengok Kak Solehah tu rasa kesian pulak.

Rasa diri tak guna pun ada jugak sebab aku rasa Kak Solehah tu lagi letih sebab kena jaga baby, aku boleh pulak nak bermalas malas. Kadang aku nampak Kak Solehah tertidur, baby duk main sorang-sorang.

Aku ambil baby bawa dia pergi jalan-jalan keliling rumah. Nasib la halaman rumah luas. Musim tak co vid boleh jugak bawa pergi kedai.

Aku lagi prefer Kak Solehah tu tidur sebab baru nampak dia macam manusia. Kalau tak sepanjang hari ada kerja. Lepas masak, bagi anak makan, urus pdpr anak anak macam-macam lagi la.

Part basuh baju, jemur, lipat, kemas dapur malam-malam selalunya aku yang buat dan aku tak kesah pun sebab pada aku budi Kak Solehah ni lagi banyak.

Kalau dekat rumah ni memang dia saja yang memasak. Aku bukan tak nak masak tapi bab masak ni aku benak sikit dan orang memang tak makan kalau aku masak sebab aku masak tak sedap.

Putus asa betul nak belajar masak. Sebab tu aku tak kesah pun jaga anak buah aku. Yang aku kesah perangai lepas tangan si Bakar.

Cis mentanglah aku ni adik dia. Dia buat aku serupa bibik. Aku pulak yang kena amik part dia jaga anak.

Ada juga masa yang aku rasa nak buat tak tahu biar Kak Solehah fikir panjang dan bertaubat tak nak beranak dah.

Tapi tak sampai hati bila tengok keadaan Kak Solehah yang tak cukup tangan. Bila aku buat tak tahu anak dia lapar ke, berak ke, Bakar tetap tak kesah.

Aku tak nak sampai kakak ipar aku mental, sekali ngan anak buah mental sebab tu aku tolong juga.

Aku rasa macam lebih baik aku jadi pokok pisang kalau jadi manusia berkira sangat. Pejam mata dan ingat Allah tu ada. Semoga Allah permudahkan urusan dunia akhirat aku.

Pernah aku mengadu dengan ayah aku siap nak pindah keluar rumah. Alih aku pulak yang kena ceramah. Katanya aku yang over.

Lantak dia lah tu anak dia. Dia nak tetak, maki hamun ke suka hati dia la. Pastu dia suruh aku sabar sebab nak buat macam mana dah tu perangai dia.

Ayah aku tak bagi aku keluar dari rumah tu. Sebulan aku tak bercakap dengan ayah aku. Geram betul. Dia tak tahu yang kita stress dengar orang duk memekak tengking maki anak.

Solat pun tak kusyuk bila dengar suara Bakar bercakap dengan anak dia. Takut budak-budak tu ada buat salah bila aku tak pantau.

Aku perasan Kak Solehah pun macam tu. Tak senang duduk bila dengar suara Bakar. Marah tak ada masalah cuma bab maki tu yang aku tak berkenan.

Marah tu biarlah padan dengan salah. Ni anak main air dekat sinki pun kau penumbuk atas belakang pakej dengan maki hamun. Masa tu anak dia umur baru 2 tahun okay.

Kau rasa? Mana nak tenang hidup aku. Dulu waktu ayah aku duduk sekali, Bakar ni tak ada la berani nak marah anak dia macam yang dia buat sekarang.

Bila ayah aku dah tak duduk sekali saja baru dia punya tocang keluar. Nak tunjuk dia punya skill ketua keluarga gamaknya. Kak Solehah dia tak berani nak tegur sebab dia takut Bakar jadi makin marah.

Walaupun aku selalu backup anak buah, tapi aku pun bukannya penyabar sangat. Aku pun baran jugak sebab berasal dari keturunan singa mengaum. Kalau tak, takkan aku berani lawan Bakar sampai hampir kena terajang. Aku peduli apa.

Kadang sebelum diorang kena marah dengan Bakar sebab buat salah, aku marah diorang dulu.

Sebab aku tahu Bakar punya tahap marah anak ni melebih lebih. Kesian dengan diorang, dengan Bakar kena marah, dengan aku pun kena marah.

Hidup dengan budak ramai ni serabut dengan peel diorang, barang aku jangan cakaplah dah berapa banyak yang jahanam sebab diorang main.

Beli mainan, barang aku jugak yang seronok dibuat main. Sabar sajala. Diorang dalam usia nak bermain, nak kenal emosi sendiri.

Tak boleh lah kau nak harap dia perangai baik, langsung tak buat salah dan boleh fikir macam orang dewasa. Kau yang dewasa pun bangang. Macamlah dia lahir terus behave.

Kadang aku kutuk pasal Bakar ni depan Kak Solehah tapi dia senyum saja. Pernah jugak aku gurau suruh Kak Solehah beritahu Bakar pergi mandul. Hehehe. Kutuk lebih lebih kang tak kena pulak. Walaupun tu abang aku, tapi tu laki dia.

Baby yang latest ni aku panggil baby pil perancang. Tetap mengandung walaupun Kak Solehah makan pil. Asyik perempuan yang kena usaha untuk tak mengandung.

Apa kata kau yang lelaki pulak yang berusaha. Pergi buat vasectomy. Setahun tak keluar bilik pun tak apa. Anak dah ramai, nak malu apa nya kalau buat vasectomy?

Takkan nak anak sampai 2 team bola sepak? Kalau pandai jaga tak apa. Ni asyik nak harapkan bini, orang lain untuk jaga.

Bila dah serabut dengan anak kecik, kau pergi maki, pukul budak tu lepas tu ada hati nak anak jadi anak soleh dan solehah. Kelakar betul.

Aku sebolehnya tak nak mengutuk abang aku tapi bila start meluah ni, dia jadi syok pulak menaip nak luah segala yang terbuku di dada.

Kalau ikutkan panjang lagi. Nak mengadu dekat mak, mak dah tak ada. Mengadu dekat ayah, aku yang kena balik. Mengadu dekat adik beradik lain, nanti diorang masuk campur, kang jadi gaduh.

Kita ni nak meluah saja bukan nak mengadu domba. Nak cerita dengan kawan, aib keluarga. Aku tak tahu la macam mana nasib anak buah aku kalau aku tak ada nanti.

Aku harap Bakar dengan Kak Solehah ni cukup cukup la ada anak. Berehat la pulak. Penat la oi! Aku sekali yang penat sebab jaga anak anak korang.

Aku cuma nak nasihat, kalau berjodoh dengan lelaki yang sajanis baran, tak payahlah nak ada anak ramai. Anak sorang dua cukuplah.

Nak larang jangan kahwin dengan orang baran, dah kalau jodoh nak buat macam mana. Tapi kalau boleh lari, larilah.

Waktu dilamun cinta tu tengok kiri kanan sikit jangan nak redha manjang konon boleh terima segala baik buruk. Konon boleh ubah.

Ingat ni, tak ada siapa yang boleh ubah orang melainkan diri sendiri yang nak berubah.

Yang isteri pun, tak payah nak redha sangat beranak ramai kalau suami anda panas baran dan sajanis lepas tangan.

Kesian dengan anak. Korang yang horny, anak yang jadi m angsa. Anak-anak kalau boleh pilih mak ayah, diorang pun tak nak lah mak ayah yang baran.

Orang yang panas baran ni bukan boleh bawak bincang. Silap-silap gigi kau yang berterabur. Bila mengandung, ayat cliche “anak tu rezeki.” Tapi rezeki tu datang sekali dengan amanah.

Tak tunai amanah, lingkuplah kau dalam neraka. Anak sorang pun dah barai tak cukup tidur.

Apatah lagi bila anak ramai dan rapat-rapat. Bila kita penat, kita akan mudah marah. Menyesal tu kemudian. Waktu tengah marah tu la ada yang boleh kawal dan ada yang tak boleh.

Biasanya tak boleh lah. Korang yang ada anak pun tahu kan macam mana penat jaga anak walaupun ada yang menolong.

Dekat rumah ni ada 3 orang dewasa pun masih rasa tak menang tangan nak jaga budak budak. Sebab kita manusia dan penat dengan tugas harian.

Ada masa nak rehat, tapi tak sempat nak buat sebab budak budak perlukan perhatian, dia akan datang kacau, ajak main, tanya macam macam soalan.

Aku cuma nak orang buka mata yang jaga anak bukan mudah. Jangan ego. Budak ni setakat kau main sejam dua memang la comel.

Lebih dari tu rasa nak humban saja dalam telaga. Aku sampai tahap tak boleh terima bila ada kawan yang sembang nak anak lagi walaupun ada anak sorang pun aku tengok dia dah barai.

Siap marah bila nurse suruh jarak anak. Padahal asyik merungut suami tak tolong. Bila nasihat, aku yang kena balik. Yela bujang kan.

Kau siapa nak nasihat orang bab-bab anak ni. Suami pun tak ada. Kadang rasa sedih bila baca yang mak-mak duk bercerita diorang bertukar jadi singa dekat rumah sebab stress dengan anak-anak.

Ingatlah anak tak minta dilahirkan pun. Kalau rasa tak boleh handle, jangan beranak ramai dan yang penting jangan beranak rapat-rapat.

Sebelum kesian dengan anak, kesian dengan diri sendiri dulu. Sebelum fikir emosi anak, fikir emosi diri dulu.

Nak anak ramai boleh, pastikan setiap anak ada sorang bibik. Baru la para ibu bapa lemah gemalai, kurang stress, anak pun boleh membesar yang penuh perhatian. Tak ada lah anak mengadap youtube sepanjang masa.

Cerita aku ni mungkin ada sedikit yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai pengajaran. Merancanglah. Jadi lelaki jangan ego, jadi perempuan jangan b0d0h.

Taat bukan bererti jadi b0d0h. Wajib dipatuhi bukan bererti kau adalah tuhan. Islam ni bukan agama yang menyeksa umat.

Jangan jadi b0d0h memb4bi buta atas alasan takdir. Ambil tahu pasal hak diri. Yang tak elok bukan takdir, tapi itu kau yang pilih. Tak memasal takdir yang dipersalahkan.

Sekian saja sesi luahan. Jangan beranak rapat rapat tau. Kesian anak korang tak sempat nak merasa kasih sayang.

Tua nanti jangan guna ayat cliche “mak bapak boleh jaga anak 10 orang, 10 orang anak tak boleh jaga mak bapak”.

Kang tua nanti anak kau jaga macam kau jaga dia masa kecil, memang makan kaki la kau hari hari.