Masa baru kahwin gaji suami baru RM2000. Susah dia nak simpan duit nikah sebab tanggung keluarga 10 orang

Assalamu’alaikum wbt. Nak cerita kisah saya. Bab tak beri nafkah ni saya juga hadapi & saya sedaya upaya simpan perkara ini.

Saya tak mahu orang tahu sebab saya lah banyak nasihat orang tapi kali ni saya nak ajak pembaca soroti & mana yang baik jadikan panduan, mana tak elok tu jadikanlah sempadan.

Pra Perkahwinan:

1. Saya & suami bercinta agak lama, kiranya saya sangka dah kenal hati budi. Dia & keluarga memang kelihatan alim. Saya yakin saya takkan buat silap sebab saya memilih mereka kerana agama.

Saya sedia maklum mereka orang susah. Dia mengaku terang2 perlu bantu keluarga. Tentu ini ciri-ciri yang baik kerana jelas bertanggungjawab.

2. Masa baru berkahwin gaji suami RM2000+ lebih kurang. Dia dah kerja few years di private. Dia struggle untuk simpan nak nikah, dan tanggung keluarga besarnya seramai 10 orang.

Saya admire dia masa tu, baru betul anak jantan sebab saya compare dengan some guys yang mcm spoil brat sebab anak orang senang/ bandar.

Pasca perkahwinan:

1. Rupanya orang kampung ni walau nampak warak, mereka selamba sahaja menggunakan bahasa carut & kasar. Kita yang tak alim ni (saya Minah KL & mula berhijab sebelum menikah sedangkan mertua, ipar saya memang tudung labuh, berstokin) pun tak sanggup nak cakap mcm mereka.

Saya dulu sangka orang kampung rajin, pengemas & pembersih mcm species Saadiah dalam Musang Berjanggut, tetapi yang benar adalah sebaliknya. Ini kejutan yang pertama. Seterusnya banyak lah kejutan yang saya kena lalui.

2. Mak Mertua saya cerita bapa mertua saya tak beri dia nafkah, suka lepak dengan kawan2 dan selalu tinggal dia uruskan anak² yang ramai sambil membanting tulang cari pendapatan.

Ini juga di luar jangkaan saya. Saya menantu perempuan pertama & suami saya anak kesayangan (Ibu kata dia taat, rajin tolong kerja rumah, pandai jaga adik & bijak Akademik), maka jadilah saya tempat luahan perasaan dia. banyak kisah duka Ibu kongsi, tak larat saya nak perinci.

3. Mertua atau adik selalu minta duit atau bantuan dan keadaan ini berlarutan dalam tempoh yang lama. Setakat nak makan atau belajar ok lagi tapi realitinya macam-macam.

Contoh: bapa mertua beberapa kali minta jumlah ribu riban kerana nak mula meniaga. Semua duit tu burn begitu sahaja kerana apa yang dia usahakan hanya buat separuh jalan.

4. Walaupun saya tulis tu mcm tak best, hakikatnya di awal perkahwinan, saya naive, dan walau saya upset dengan bapa mertua pasal duit dan ada kalanya tension dengan husband kerana clash of values, saya secara amnya bahagia.

Suami punya duit cukup2 untuk menyara diri & memenuhi kehendak keluarga & pada masa tu saya guna gaji saya untuk perbelanjaan rumahtangga kami. Mula² memang saya ikhlas, malah bangga sebab rasa macam insan berguna.

5. Masuk tahun ke 10 dah mcm tak seronok dan masuk tahun ke 13 dah mula geram. Masuk tahun ke 15 makin menjeruk rasa esp anak2 semua dah masuk sekolah & semua perbelanjaan meningkat.

Saya beritahu suami saya tak happy sebab dia lepas tangan bab nafkah & selalu lebihkan keluarga dia but after so many years baru nak suarakan, suami saya jawab apa tau.. ‘oh, ingatkan awak tak kisah’.

6. Selain isu Kewangan, mereka juga berbeza moral values & pemikiran. Tak dapat elaborate part ni tapi rasanya pembaca paham. Antaranya suka sangat hentam orang. Very negative. Mati-mati dulu saya ingat orang susah sure humble.

7. Masa adik² ipar belajar, lain nak diurusnya, tapi bila dah grad, lain pula kena hadapnya. Bibik beritahu saya hati-hati kerana mereka ni manis di depan sahaja. Of course lah masa tu saya tak percaya.

Tapi selepas macam2 terjadi, terbukti amaran bibik-bibik saya ada kebenarannya. Ini buat saya membara sebab tahu kekurangan saya menjadi bahan sedangkan kekurangan mereka saya boleh terima.

8. Tepat 20 tahun kahwin saya pikir saya kena bertindak. Saya buat aduan ke Pejabat agama. Orang mungkin akan tanya kenapa lambat sangat.

Percayalah dengan sibuk hal anak2, keluarga, kerjaya, ulang alik makan jem pergi kerja, tanya beberapa Ustaz pula mereka kata sabar, bincang elok2, suami puan kalau cukup solat & pergi Kuliah,

Ada harapan dia boleh berubah, dia sendiri pun berapa kali bila perang besar janji nak berubah (tapi tak lama akan balik perangai asal), tup² dah masuk usia perkahwinan 2 dekad.

9. From private, suami saya became a successful businessman, rezeki & berkat doa Mak dia.. cuma dia lupa masa gaji kecik, siapa yang back up, masa mula meniaga, memang isteri yang tanggung keluarga.

Peranan kita memudahkan hidup dia, tak dipandang dua belah mata. Dah lama dia mampu tanggung anak bini tapi buat2 lupa sebab dah terbiasa alpa.

Dulu jawab ingat saya tak kisah, bila dah beritahu saya kisah, tak bagi jugak, setakat kita rajuk, rintih, rayu, dia buat tak tahu. Pandai² lah survive.

10. Saya tanya adakah sebab tak sayang saya, atau saya isteri yang tak bagus, sebab kalau saya ada salah hingga dia tak nak nafkahkan, elok lepaskan sebab saya tak redho, terlalu lama dan terhakis dah hormat saya pada suami.

Serba serbi buat & tanggung sendiri, baik jadi ibu tunggal secara rasmi. Kalau ingat cara dia ngorat dulu, takkan terlintas dia boleh sia-siakan saya.

11. Saya sanggup berpisah tapi dia tak nak. Saya dah siap jumpa lawyer. Bila disuruh sabar, saya ingat saya jawab kalau dia mati, bahagian Fara’id saya 1/8 sedangkan jika ajal saya dulu, dia dapat 1/4.

So saya kata nak tunggu apa, masa dia hidup saya mengemis harapkan dia, bila tiada, bukan dapat banyak mana. Kalau saya pulak pergi dulu, seronoklah dia sebab masa saya hidup dia tumpang semangkuk, bila saya mati dia dapat suku harta. Sampai ke situ fikiran saya.

12. Suami memang terkejut dapat Surat panggilan sesi Kaunseling. Gelabah dia masa ni, terus janji lunas nafkah. Saya dapat bukan sikit. Saya ingat lagi Ustaz yang handle kes ni terbeliak biji mata tengok amaun penyelesaian. Siap fotostat masuk file.

13. After that episode, keadaan reda sekejap tapi banyak benda dah berubah & rumahtangga dah tak aman. Isu dengan keluarganya, dengan dia sendiri.. Saya tabik Wanita yang boleh walk out dari marriage yang menguntungkan suami sahaja.

Saya mohon dilepaskan dengan cara baik tapi suami tak beri kerjasama langsung sehingga Pejabat Agama suruh ke Mahkamah Syariah. Saya tiada kekuatan nak teruskan. Setakat effort saya jumpa peguam 2x, pergi Pejabat Agama 4x, pun dah sangat exhausting.

Meruntun juga menulis ni sebab mengimbau peristiwa mcm2. Sebenarnya apa yang saya kongsi di sini hanya secebis kecil daripada drama yang sangat panjang. Macam2 benda berlaku..

Saya seorang isteri yang mulanya yakin ‘love will conquer all’, kini bukanlah orang yang innocent itu lagi. Tak sama langsung. Tapi saya harap & doa saya sentiasa ingat untuk bersyukur. Semua hambaNya ada ujian masing².

Actually, tak ramai orang tahu kisah ni. Masa saya sedang turun naik Pejabat Agama, ada 2 orang di Pejabat saya terpaksa beritahu (masa ni saya ambil unpaid leave sebab terlalu serabut) memang mereka sangat terkedu. sebab saya tak pernah beri clue.

Siblings, sedara, jiran, kawan pikir hidup saya mcm fairytale, suami kaya berjaya, saya pula berkerjaya dengan berjaya. Anak² belajar elok, keluarga besar rapat molek. Apa yang terzahir sangat berbeza drp reality kehidupan dengan suami yang saya list ni:

1. Kapasiti lelaki lain² & suami saya ni dari kecik, budak & remaja dah berazam nak senangkan hati ibunya kerana kesian ibu dia makan hati, selalu dimarahi & gigih cari rezeki. Bila dia berkhidmat untuk keluarga, dia puas hati mcm capai KPI paling cemerlang.

Dia tak nak Ibu dia susah lagi, nangis lagi. Kapasiti dia dari segi wang, kasih sayang, perhatian & masa dah penuh untuk keluarga dia & spare sikit sahaja untuk anak bini.

2. Genetics & upbringing memainkan peranan. Dia tak rasa bersalah buat apa yang bapak dia pernah buat.

Entah apa yang tertanam dalam sel² & sistem dia. Tak beri nafkah, pentingkan orang lain dari anak bini, suka lepak dengan kawan. Bila saya cakap you do exactly what your dad did, dia mcm susah proses.

So tengok lah perangai parents tapi kalau dah jodoh kita dengan orang yang problematic parents, dari awal jangan biar dia ulangi sejarah parent tu. Stop the vicious circle.

3. Penampilan beragama TAK SEMESTINYA faktor akan patuh hukum agama sepenuhnya. Bab nafkah memang ramai hampeh.

Saya ulang kali warning anak laki jangan ikut perangai Atok & bapak dia. 4 orang daripada adik beradiknya graduan Agama tapi tak meresap akhlak atau kefahaman Islam yang sebenar dalam keluarga tu. Their brand of Islam is just weird. Astaghfirullahal’adzim.

4. Sedikit background, parents saya dah tiada, adik beradik pun ada yang dah meninggal dunia & ada yang duduk luar negara jadi saya dah mula berdikari sejak muda lagi.

Bila kahwin, asal dapat keluarga besar pun dah happy, bolehlah kita menumpang kasih. Jadi dari awal saya independent.

Dia sibuk dengan keluarga dia, saya pun uruskan keluarga kita. Saya pikir that’s a temporary arrangement tapi ia berlarutan sampai sekarang. Ini satu kesilapan yang banyak kali saya ingatkan anak perempuan janganlah buat.

5. Bila dia tak bagi duit saya tak mintak. Ini pun silap besar. Tiada siapa nak bimbing saya, saya ingat pengorbanan jadi pengikat kasih sayang. Saya percaya orang akan hargai & kenang. Meleset sama sekali. Kerana itulah kita kena ikut apa yang Islam tetapkan.

Allah tahu fitrah wanita hendak dilindungi, dibela, disara, dijaga.. bila bertahun lamanya element itu missing, memang jadi tawar hati lebih² lagi kalau tahu suami mampu & lihat dia boleh beri duit yang banyak kepada keluarganya.

Kita akan rasa macam kita tidak disayangi. Bukan sebab kita materialistic tapi hakikatnya rasa mcm digunakan sahaja dalam perhubungan sah itu. Sedangkan matlamat rumahtangga Islam jelas, dan suami isteri ada peranan masing².

6. Ada orang yang sangat miskin semasa kecil sampai sanggup melakukan apa sahaja untuk tidak menempuh kepayahan itu. Lepas lama kawin & dengar ipar perempuan pula cakap nak cari suami kaya biarlah tua pun,

mertua cakap dengan cucu laki carilah perempuan yang tak menyusahkan (maksudnya ada gaji/duit sendiri), barulah much later saya hadam yang suami saya mungkin tertarik dengan pakej yang saya ada. Iaitu dah siap berharta.

7. Saya recall balik, asal minta bantuan ipar, kena hulur duit. Bila ajar ngaji, ada upah, hantar kita ke airport, kena upah, hantarkan anak saya ke sekolah pun ada caj.

Ini bermakna kita tolong mereka kita keluar modal, kita mintak tolong mereka pun kena bermodal. Jadi beringat lah di awal perkahwinan agar berpada-pada dengan ipar duai.

Kalau jenis biasa menerima, mungkin mereka akan expect begitu sampai bila-bila. Bila nak memberi, tak berapa nak reti. Kita ni kalau iman kuat ok, tapi lama2 boleh bengkek juga.

8. Paling kritikal, kami sebenarnya tak sekufu dan inilah sebab paling berat saya rasa membuatkan perkahwinan ini dari mimpi indah jadi mimpi ngeri. Habis time bercinta, dah jadi milik mutlak dia, baru mcm2 kesusahan timbul.

Susah communicate, susah faham. Masa nak kawin, abang susah hati khuatir kita kawin orang susah tapi akhirnya bukan susah duit yang susah sekali tapi susah hati meniti hari dengan orang tak same wavelength yang paling susah sekali.

Kepada pembaca, didiklah anak tentang tanggungjawab berumahtangga. Saya pun sedang berusaha. Jika anak dah kerja & berkahwin, cuba tanya dia dah setel ke makan minum tempat tinggal anak bini. jangan pulak kita lagi sesakkan dia.

Kalau yang muda, belajarlah. Kalau nak mintak duit atau bantuan drpd ahli keluarga, jangan sampai dia abai yang dia wajib jaga. Especially kalau awak seorang Wanita. Suka tak kalau laki awak asyik bela keluarga dia & awak anak beranak tak dipeduli.

Kesudahannya, saya tak harap apa2 sangat dari suami. Hari dia ok, Alhamdulillah. Hari dia menjengkelkan saya zikir banyak2 tahan sabar. Kdg dtg nak marah, sound jugak. Dia tetaplah sebok hal kerja & family dia tapi hal duit dah tak sulit seperti dulu.

Dia takut jugak agaknya nak kedekut lagi sebab kali terakhir saya meletup (masa PKP pertama), memang anak² menyebelahi saya.

Masa tu baru dia sedar anak² pun sangat aware bapak mereka ni nampak je seperti Ketua Keluarga yang hebat tetapi praktikalnya tak sampai. Pd saya kalau dah tak boleh ubah semua, dia berubah sikit pun jadilah. Cinta dunia memang takdirnya begitu untuk saya.

yang penting saya tak bitter atau miserable. Saya pun tahu saya banyak kelemahan & dalam proses nak baiki diri jadi lebih baik. Doakan saya pls & moga Allah kembalikan ucapan yang baik serta doa yang ikhlas kepada kalian. Aamiin.

Sesungguhnya urusan jodoh itu sungguh Misteri. Saya doakan anak² kita jadi orang yang baik & dikurniakan pasangan yang baik yang merupakan anak kepada orang tua yang baik juga. Aamiin YaRabbal A’lamiin.

Wassalam & Jazakumullahu Khairan.