Sesuatu Yang Terjadi Pada Diri Saya Selepas Bakal Suami Batalkan Majlis Kahwin Beberapa Hari Sebelum

Saya berumur 20-an dan sepatutnya mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Namun ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan menjelang petang.

Few days before the wedding, pihak lelaki membatalkan pertunangan dan perkahwinan disebabkan diri dia.

Katanya disebabkan hati dia yang tak boleh terima diri saya tapi sebaliknya yang diceritakan oleh keluarganya kepada saya.

Like few days before the wedding, dia cancelkan. Preparation boleh dikatakan 100%. Real reason : hanya antara dia dan Allah.

Cuma Alhamdulillah dia masih bertanggungjawab dengan memulangkan semula semua kos perkahwinan dan deposit yang burnt tapi duit takkan mampu bayar balik masa dan perasaan yang terbazir.

Kita bukan Tuhan boleh undur balik masa dan ubah semua yang berlaku.

Betul lah kata para agamawan/ motivator, cinta kepada makhluk takkan kekal. Allah bagi bahagia tu dan bila-bila masa Allah boleh tarik bahagia tu.

Mungkin apa yang saya alami tidaklah seteruk apa yang orang lain alami, tapi kesan trauma dia sangatlah mendalam.

Hari-hari saya akan mimpi buruk, ditinggalkan oleh dia sampaikan ada satu tahap saya takut nak tidur.

Sebelum saya bersama dengan dia, saya boleh tidur di mana-mana dan pada bila-bila masa. Tapi bila berlakunya benda ni, saya tak mampu tidur.

All the memories sentiasa bermain-main di fikiran saya, baik ataupun buruk. Kalau baik, saya akan tertanya-tanya kenapa dia begitu senang berubah hati.

Bila memori buruk bermain-main, kerap saya salahkan diri saya, kalaulah saya tak buat macam tu, kalau lah saya tak suka merajuk,

kalaulah saya boleh layan dia dengan lagi baik, kalaulah saya cantik sikit.

Semua ‘kalau’ yang menyalahkan diri saya. Semenjak perkara ni berlaku, saya hilang fokus dalam setiap perkara.

Macam-macam saya buat untuk hilangkan dia daripada fikiran saya, saya jumpa psychiatrist untuk dapatkan ubat penenang, saya jumpa ustaz minta air penawar.

Walaupun dah ambil ubat, malam-malam masa tidur masih datang nightmare tu.

Solat tahajud, solat taubat, solat hajat, selawat 1000x, istighfar 1000x, usahakan solat awal waktu. Semua dah saya cuba,

tapi hati masih lagi sangat-sangat berat terutamanya bila bangun pagi.

Ada masa saya rasa sangat okay, ada masa saya akan bangun pagi dan menangis kepada kedua orang tua saya, kenapa orang buat saya macam ni.

Bukan tak redha, selalu saya berdoa untuk Allah redhakan hati saya. Tapi, setiap memori yang ada sentiasa bermain-main di fikiran saya dan kerapkali saya menyalahkan diri saya.

Mungkin ramai yang senasib dengan saya malah mungkin apa yang berlaku ke atas orang lain lebih tragis tapi tidak menyiarkan ini secara terbuka.

Kalau difikir-fikirkan, mungkin Allah tengah melorongkan hati kami untuk kembali kepadaNya. Allah tak suka tengok hambaNya lebih mencintai makhluk.

Dan mungkin sebenarnya Allah tengah menjawab doa-doa saya yang saya lupa pernah saya doa dulu.

Mungkin juga, Allah menyelamatkan saya dari dugaan yang lebih besar yang tidak mampu saya tanggung suatu hari nanti. Banyak silap saya sepanjang perhubungan saya dengan dia.

Saya hanya mampu berdoa semoga Allah menerima taubat kami dan hilangkanlah segala rasa yang masih bersisa itu daripada hati saya.

Sama ada suka, sayang, rindu, benci, hilangkanlah. Biarlah hanya rasa kosong kepadanya.

Untuk para lelaki, tolonglah jangan mendekati perempuan sekiranya anda tidak yakin dengan diri anda boleh menyayangi perempuan itu sepenuh hati.

Kepada para perempuan, tolonglah jangan letakkan sepenuh kepercayaan kepada lelaki sebelum berkahwin.

Sungguh, berdoalah kepada Allah agar kita semua selamat daripada perkara sebegini.

Saya berdoa tiada perempuan lain yang akan mengalami patah hati seperti saya. Mungkin nampak ringan sahaja ujian saya, tapi trauma dia sangat mendalam bagi diri saya.

Mohon semua untuk terus mendoakan saya dikuatkan hati untuk menghadapi ujian ini.

Doakan keluarga saya juga kuat. Ibu bapa saya tersangat malu dengan saudara mara kerana apa yang berlaku ini.

Sekian,

– Saya (Bukan nama sebenar)