Tubuh saya kecil je tu tak nampak macam 30an. Kadang2 sy sedih mana jodoh sy sesat ni

Saya Merun. Berusia awal 30an. Pastilah belum berkahwin, kalau dah kahwin, luahan ni tak wujud.

Ya. Masih single dan menanti tuksedo bertopeng untuk menghulurkan mawarnya kepada saya. Haha. tak ada la. Melawak saja.

Saya kalau nak describe rupa tu, bukan la dalam golongan yang tak sedap dipandang. Boleh la, sebab keturunan pun dah campur walaupun kami claim kami Melayu jati.

Keluarga saya, Alhamdulillah. Bukan keluarga tipikal yang berpegang kepada prinsip perempuan kena kahwin pada usia sekian-sekian, terutamanya sebelah emak. Jenis yang tak kisah sangat bab kahwin ni.

Tapi dalam tempoh 30++ tahun ni, berkali-kali dah sebenarnya saya fail dalam acah relationship ni. Semuanya menjanjikan ke jinjang pelamin tapi semuanya putus tak sampai suku perjalanan pun.

Dan kesemuanya sudah saya bawa jumpa parents pun (syarat saya sebelum apa2, jumpa mak ayah saya dulu). tapi rupanya jodoh orang yang saya bawa balik. Haha.

Keluarga saya tak lah cerewet, sampai nak tetapkan lelaki tu kena kerja apa, hantaran sampai 10k apa semua. Mak ayah memang jenis yang 100% lepaskan pada saya hal hidup macam ni.

Bukan la maknanya dia orang tak ambil kisah pasal anak2, tapi ada la benda yang dia orang kawal, ada yang dia orang bagi saya decide sendiri sebab dia orang taknak akhir skali anak2 salahkan dia orang.

So bab pilihan pasangan ni, memang mak ayah tak ada la nak strict sangat walaupun kedua2nya educated. Mungkin sebab keluarga emak pun jenis macam tu, dan emak pun jadi serupa, ayah pulak jenis ikut saja la kan.

Ok stop situ. Cerita tentang saya.

Saya mula kenal couple2 ni sebenarnya masa di universiti. Bukan la sebab terpengaruh dengan orang, tapi saya sebab saya kenal lelaki tu macam mana. So saya terima.

Tapi ye la, umur 21, bercinta tara mana la sangat. So kami stop sebelum pergi jauh, sekarang dia pun dah kahwin. Saya still kawan baik dengan dia, isteri dia pun jadi bff saya, jadi geng membawang & travel dah.

Lepas tu. Kawan makcik saya. Kawan punya kawan, ntah macam mana kami putus macam tu saja. tak ada hard feeling pun masing2. Dia dah kahwin jugak. Still terserempak sebab rumah dekat. Tapi saya tak heran pun.

Then, kawan kepada kawan saya. Pun sama. Lepas beberapa tempoh, tiba2 senyap. Kadang2 saja dia tegur di medsos. Kadang2 dia perli kata saya jual mahal. Eh, saya tak pernah cakap apa2 pun dekat dia. Tiba2 dia ulang benda yang sama pada saya.

Padahal saya rasa saya punya la jaga bahasa, perangai (tak ada nak pegi berskandal apa semua). So saya rasa macam tak payah la kalau macam ni. Muncul bertegur 2-3 bulan sekali saja. Karang saya pulak yang perasan lebih2.

Ni kawan sekolah. Tapi last skali pun sama. Duk berhubung sembang2 benda penting tak penting 7-8 bulan, pastu tiba2 senyap saja. Padahal saya rasa saya bagi respon positif kot.

Lepas tu tiba2 umur saya pun dah 3X. Penghujung umur 20an dulu, saya sendiri rasa macam dah tawar hati.

Sekarang, saya jadi macam takut dah. Sebab saya rasa umur bukan muda dah pun nak main2. N nak kecewa macam budak2. Orang tak nampak, tapi saya simpan saja sedih seorang2.

Cuba dah subscribe macam2 dating apps, yang berbayar yang percuma semua ada. tapi last skali saya yang geli-geleman bila ada orang tegur dalam tu, bila orang tanya pasal saya etc (padahal takkan la nak diam saja kan?). Terus unsub. So tak jadi jugak.

Orang (persekitaran selain keluarga) duk perli, kata saya memilih. Tapi saya rasa saya yang tak terpilih. Saya tak mention pun kerja2 orang2 atas tu, sebab saya rasa macam tak penting pun. Asalkan dia kerja, sudah.

Ya saya tahu.

Nanti ada orang suruh saya bersyukur sebab ramai yang dah kahwin tu menyesal, nak single semula atas pelbagai sebab. Ye. Saya tahu tu. tahu sangat2.

Nanti ada orang suruh saya bersyukur sebab masih boleh balik rumah ibu bapa tanpa perlu siapa2 marah. Ye. Saya tahu tu. tahu sangat2. Walaupun dalam fasa covid ni, last saya balik kampung bulan 12 dulu.

Nanti ada orang suruh saya bersyukur sebab keluarga jenis tak kisah. Ye. Saya tahu tu. Sampai saya jeles dengan budak2 awal 20an yang sembang pasal makcik bawang duk tanya dia orang kenapa tak kahwin lagi.

Sebab saya tak ditanya langsung tentang tu. Mungkin sebab physical features saya yang kecik ni kot, buat tak nampak sangat usia angka 3 ni.

Tapi, saya punya persekitaran tetap buat saya rasa macam down. Kawan2 duk sembang pasal baju anak, pasal duit raya nak bagi anak, pasal brand susu, pasal brand carseat, pasal resepi makanan baby etc. Saya cuma mampu dengar saja. Nak menyampuk tak sesuai.

Raya masing2 duk upload gambar dengan family, atleast walaupun dia orang jauh dari mak ayah pun tetap ada suami n anak2 dalam gambar. Saya ni nak amik gambar pun guna kamera selfie, letak dekat tripod saja.

Dan paling tak best. orang2 ni la yang cakap “tu la siapa suruh tak kahwin”. dia orang tak tahu, barang hantaran, saya dah beli sikit2 start kumpul dari 2014! Berlambak yang dah expired pun. Tapi jodoh yang tak sampai2 lagi dekat saya. Mana sesatnya ntah.

Tapi saya gelak saja la. Sebab tahu dia orang bergurau. Saya tahu kawan2 saya macam mana. Susah senang saya dia orang banyak sangat membantu, dari masa dia orang bujang dulu lagi, sampai la dah anak 3-4.

Saya rasa, sebenarnya bukan saya saja macam ni. Tapi ramai lagi macam saya luar sana. Bukan kami yang memilih. Tapi kami bukan yang terpilih.